nothing to write actually. ini je sempat share. hehehhee... ada masa kan ku chat2 na.... badan xberapa sihat sebab ehem2.. ehhehehhe
love letterz..
To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...
**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.
muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!
yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Friday, 21 August 2015
Thursday, 12 March 2015
cik adah bakal jadi puan adah.
salam sejahtera smua pembaca2 blog berhabuk milik adah firaisaa. maaf... line internet yang sekejap ada sekejap tak ada membantut nafsu update blog. hehehehe... yang hanya berkesempatan adalah update di laman muka buku dan juga intagram sahaja.
hari ini.. 12.3.2015...
lagi dua hari aku bakal dinikahkan dengan jejaka pilihanku.
14.3.2015 adalah tarikh keramat yang mana mengubahku menjadi seorang yang lain, merubah statusku, menambah juga tanggungjawab dalam kehidupan ku.
sudah besar rupanya aku ni. hahahahh
maaflah.. aku tak boleh nak terima kenyataan yang aku ni dah tua. still rasa budak2 happening gitu. hehehehe..
to my dear husband to be..
get ready to share your life with me.. harap segalanya berjalan dengan lancar.. setia untuk ada dengan saya tak kira apa juga yang berlaku. buktika yang awak boleh jadi sesetia hero2 novel yang selalu saya duk usung tu. wakakakakaka..
sebenarnya.. agak sayu rasa. bukan tak nak kawin.. bukan.. cuma rasa sayu sebab dah tak sebebas macam dulu. dah tak boleh nak balik rumah kita sesuka hati. kita kena fokus pada keluarga sendiri pula... and sbnrnya banyak benda lagi dalam kepala ni. banyak benda yan duk berlegar2 sampai kadang2 rasa nak je pergi jauh2 dan lepaskan perlahan2. tapi diri ni kena akurlah. setiap orang merasai fasa ini.. hati kena kuat.. sebab masa inilah setan2 duk menghasut untuk tak berkahwin...
insyaAllah.. dear readers.. doakanlah yang terbaik buat ku..
semoga adah dan suami akan sentiasa berkekalan dan sabar dalam menempuhi dugaa hidup berumahtangga.
amin.
Tuesday, 17 February 2015
Cinta Hatiku Encik Naga (Abang naga akhirnya jadi realiti)
Assalamualaikum!
ya Allah... bersawangnya blog adah ni.... hahhahaha... mintak maaflah.. semuaya berlaku dengan pantas. tak sempat adah nak kejar tau!
Alhamdulillah... anak pertama hasil hobi menulis ni akhirnya dah keluar versi cetak.. siapa sangka kan? dulu angan-angan je sebelum kahwin nak ada novel dulu..and now... terima kasih Allah.. dah kabulkan permintaan ku..
terima kasih juga buat anaasa publication sebab sud terima naskah ini.
ya Allah... bersawangnya blog adah ni.... hahhahaha... mintak maaflah.. semuaya berlaku dengan pantas. tak sempat adah nak kejar tau!
Alhamdulillah... anak pertama hasil hobi menulis ni akhirnya dah keluar versi cetak.. siapa sangka kan? dulu angan-angan je sebelum kahwin nak ada novel dulu..and now... terima kasih Allah.. dah kabulkan permintaan ku..
terima kasih juga buat anaasa publication sebab sud terima naskah ini.
ini dia!! abang naga perot boyot! hahhahahahha...
boldeh dapatkan naskah ini dengan penerbitan Anaasa ya? harga ada diskaun lagi dari harga di buku. hehehe..
okaylah . nak sambung kerja!!
pssst! now adah tengah praktikal sebenarnya. maaf puan penyelia.. adah curi2 update entri. hehehehehe..
Thursday, 18 December 2014
Bunga Spanar
Selamat pagi sayang.. ecececece.. hehehhee..
BUNGA SPANAR> insyaAllah bakal memulakan manuskrip ni secepat yang mungkin selepas selesai hal pak cik naga tu okay. cerita ni asalnya datang daripada mimpi saya. dua hari berturut-turut mimpi benda yang sama. apa lagi. ku buat ajelah.. ehhehehe.. insyaAllah.. doakan ya?
love:
adah firaisaa
Monday, 8 December 2014
ABANG NAGA LULUUUUUS!!!!
Harraz dan Marha....
Alhamdulillah... setelah bertukar kepada beberapa penerbit.. akhirnya dengan deraian air mata.. aku mengucapkan syukur kerana hasil penat lelah selama ini bagaikan sudah terbayar. itu belum betul-betul terbit tu.... itu baru dapat berita lulus.. ekekeke... masa tu aku tengah baring kat atas katil.. mamai2 duk tidur.. tiba2 je dapat berita.. huwaa!!! aku bangun daripada terbaring tu, duk bersila atas katil. mata duk baca email yang aku dapat... dalam kepala duk fikir.. manuskrip lulus.. kalau lulus maksudnya terbit.. kalau terbit....... huwaaa!! aku terus menangis.. hahhaa. bukan aku nak mengangis sangatlah! tapi air mata tu yang keluar sendiri.. sapa suruh entah. ahhahaa
terus hapdet kat facebook.. hahaha. alah.. biaselah.. dunia di hujung jari.... (baca ala2 mat saleh ye)
jadi dengan rasminya. aku perkenalkanlah... penerbit yang Allah gerakkan hatinya untuk menerima naskah tak seberapa daripada aku ni..
tajuk insyaAllah masih dalam otak ni.. mungkin akan di tukar sedikit..hhehehe.. walaupun ceritaku tak berapa nak naga sangat. wakakak
okaylah. okalah.. aku mengaku.. mula2 tulis entri semangat gile.. now dah mengantuk pulak. ehhehe.. jadi.. itu je berita nak bagi tau.. hahahhaa.. terima kasih Anaasa!
*now ANAASA dah ade 5 biji buku.. nak beli sila pm aku atau kalau nak beli dgn penerbit sendiri pun boleeh.. ehhehe..
cover-cover daripada diorang lawooo kan? jom! berangan macam mana rupa HArraz dan Marha pulak. hehehe..
nunite!!
Thursday, 15 May 2014
Pelupuk Hati - Teaser
hai.. hari ini saya dah di penghujung final exam.. jadi.. ada teaser baru!! hhehee..
Tengku Bazilah tersenyum. Menantu? Kahwin dengan siapa? Dia hanya punya dua orang anak lelaki, seorang sudah layak berkahwin, Tengku Ash Johan, seorang lagi masih di tingkatan 5, Tengku Ash Jefri. Takkan mahu berkahwin dengan yang tingkatan 5 itu? Aduhai… mulut… mulut.. terlepas cakap.
“A’a.. terima kasih ya doktor. Apa-apa nanti saya akan hubungi doktor kembali.” Sebaik sahaja Doktor Hazelin keluar daripada pintu bilik, Tengku Bazilah diserang dengan anak sulungnya.
“Umi, apa yang umi katakan ni? Menantu? Bila masa dia kahwin dengan Johan? Entah anak siapa-siapa entah dalam kandungannya. Kenapa umi nak bertanggungjawab?” soal Tengku Bazlinda sedikit keras. Tengku Bazilah sedikit kaget. sudah terlepas cakap, mahu cakap apalagi? Inilah yang orang kata, kerana mulut badan binasa.
Tengku Bazlinda mengeluh kuat sambil menjeling ke arah ibunya. Bukan dia tak sukakan Nur Rumaisaa, tetapi berita ini memang mengejutkannya. Selama ini dia memerhatikan Rumaisaa seorang yang baik, sopan santun, dan dia mengaku dia pernah terniat mahu menjodohkan Rumaisaa dengan adiknya, Tengku Ash Johan. Tetapi, bila semua ini terjadi, dia tak mahu adiknya bertanggungjawab melulu. Belum sempat Tengku Bazilah menjawab, Nur Rumaisaa yang tadi hanya terbaring lesu, mula bergerak-gerak tanda sedar.
kita letak sikit ajelah... takut skrg ni musim plagriasm... hehehe.... so.. ape2 sy update kt Fb ajelah okay. hehehehehhe...
Tuesday, 25 March 2014
berperang dalam segala hal.
salam sejahtera buat semua pembaca "Lazuardi Cinta". sedar tak sedar agak bersawang juga blog ni kan? hehehe. maaflah... saya tak sempat... terlalu banyak komitmen pada pekajaran yang harus dilunaskan.... maafkan saya segalanya.... tentang MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA andai ada rezekinya... murah berkahnya... maka akan terhasillah sebuah buku.. kalau tidakpun.. tidak mengapalah.. saya pendatang baru.. jadi harus terima banyak kekurangan yang masih perlu dibaiki.. kan?? kalau bukan rezeki saya dgn penerbit yang ini... saya akan bergerak ke arah lain... mencuba tak salah. yang penting putus asa tu yang jangan. betul x? hehehe....
manuskrip kedua dan ketiga yang masih mencari arah bertajuk NAK JADI PENGANTIN dan DARI JIWA SANG LELAKI pula insyaAllah... itu projek 2015. 2014 ni draf je sikit2...... asalkan bergerak drpd terus senyap tak bergerak kan? apa pun yang penting sekrang.. keutamaan saya adalah menghabiskan pengajian yang tinggal beberapa semster je lagi ni... lepastu nk buat persiapan jadi isteri orang pulak... kalau ada rezeki bakal pengantin.. insyaAllah... MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan menemui anda dlm versi cetak.. kalau belum murah rezekinya.. mesti ada yang terbaik drpd Allah bukan? xperlu persoalkan kenapa... hanya buat dan berdoa. janji usaha ada.... insyaAllah... apapun.. saya memohon jasa baik kalian yang membaca entri bersawang kali ini.. semoga MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan diterima baik oleh pihak penerbit.... insyaAllah...
*** Harraz Rizki bukan hero handsome mana pun, bukan lelaki romantik sampai meleleh tu.. Marha Karmila pula perempuan biasa2.. hanya jiwanya yang kental dan baik hati... ya.. Memoir inta Pak Cik Naga bukanlah cerita cinta yang meletop kebabom! namun di dalamnya penuh ilmu yang mahu saya kongsikan hasil drpd pengalaman dan juga niat mahu membantu org lain tentang kewujudan dan mencegah ganguan alam ghaib pada manusia. itu sahaja... insyaALlah.. baik niat kita.... baiklah rezekinya... isnyaLlah.... Amin...
yang ikhlas:
Adah Firaisaa
(tatabahasa berterabut. nak cepat. ngantuk. hehee. babai. muah2)
manuskrip kedua dan ketiga yang masih mencari arah bertajuk NAK JADI PENGANTIN dan DARI JIWA SANG LELAKI pula insyaAllah... itu projek 2015. 2014 ni draf je sikit2...... asalkan bergerak drpd terus senyap tak bergerak kan? apa pun yang penting sekrang.. keutamaan saya adalah menghabiskan pengajian yang tinggal beberapa semster je lagi ni... lepastu nk buat persiapan jadi isteri orang pulak... kalau ada rezeki bakal pengantin.. insyaAllah... MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan menemui anda dlm versi cetak.. kalau belum murah rezekinya.. mesti ada yang terbaik drpd Allah bukan? xperlu persoalkan kenapa... hanya buat dan berdoa. janji usaha ada.... insyaAllah... apapun.. saya memohon jasa baik kalian yang membaca entri bersawang kali ini.. semoga MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan diterima baik oleh pihak penerbit.... insyaAllah...
*** Harraz Rizki bukan hero handsome mana pun, bukan lelaki romantik sampai meleleh tu.. Marha Karmila pula perempuan biasa2.. hanya jiwanya yang kental dan baik hati... ya.. Memoir inta Pak Cik Naga bukanlah cerita cinta yang meletop kebabom! namun di dalamnya penuh ilmu yang mahu saya kongsikan hasil drpd pengalaman dan juga niat mahu membantu org lain tentang kewujudan dan mencegah ganguan alam ghaib pada manusia. itu sahaja... insyaALlah.. baik niat kita.... baiklah rezekinya... isnyaLlah.... Amin...
yang ikhlas:
Adah Firaisaa
(tatabahasa berterabut. nak cepat. ngantuk. hehee. babai. muah2)
Wednesday, 8 January 2014
Dari Jiwa Sang Lelaki- Prolog
Prolog
“Kenangan itu… kenangan
yang merantai jiwa remaja kita. Apa mungkin ia kembali. Atau terus akan berlalu
dibawa syahdu angin, dihempas deburan ombak”
SEPASANG kaki melangkah menurut persisiran pantai
yang setia menanti deburan ombak. Tidak jauh mana dia membawa diri kali ini. Sesak
di dalam dada berjaya dia kabuskan dengan senyuman mesra. Alasan memancing ke
Pantai Bagan Lalang di daerah Sepang ini bukanlah tujuan utama sebenarnya,
namun lebih kepada merawat hati yang duka nestapa.
Dia seorang pencinta setia, seorang yang berpegang
kepada janji yang dilafazkan. Namun kenapa dia yang selalu yang kesepian? Ditinggalkan?
Kisah dia ini terbalikkah? Berputar tiga ratus enam puluh darjah dengan apa
yang selalu sahaja berlaku di luar sana. Kebiasaanya dia mendengar perempuan
dipermainkan dengan kaumnya, namun dalam kisah hidup dia berlainan pula.
Hidup seorang Wafi Ikram bukan sahaja dipermainkan
dengan tipu muslihat perempuan, malah dihina pula. Dicaci maki seolah-olah
seluruh dunia ini menghukum apa yang telah berlaku padanya. Semuanya bukan dia
minta walaupun dia tahu dia yang bersalah membiarkan hidupnya terumbang-ambing
mengikut olengan bisikan syaitan. Tetapi atas nama manusia, tiada yang
sempurna, semuanya pernah melakukan kesilapan. Jadi, kenapa dia dihukum teruk
begitu? Tak adakah orang yang mahu menolongnya, mengubah dan mengajaknya keluar
daripada jalan yang dia sendiri tidak pilih.
Masih adakah manusia seperti Almira Putri yang
menerima dia seadanya, malah membantu pula dia naik dan bangun seperti yang
lain. Terhutang budi benar dia pada Almira Putri, tanpa nasihat dan kata-kata
semangat yang dicurahkan kepadanya, dia tak mampu sampai ketahap ini dengan
izin Allah.
Wafi Ikram bukanlah seorang anak hartawan, jutawan
malah mempunyai asset berbilion-bilion jauh sekali. Dia hanyalah anak sepasang
suami isteri yang biasa-biasa kehidupannya, bersederhana dalam segala hal. Dan kejayaan
dia hari ini juga bukanlah gah mana, namun bekerja sebagai seorang pereka dalam
industry pembuatan pengbungkusan produk satu kejayaan baginya. Kerana bantuan kata-kata
nasihat daripada Almira Putri dan izin Allah, dia berjaya menghabiskan
pengajiannya dengan tangis, jerih pedih serta susah dan payah kerana berita
yang memagut keceriaanya berlaku disaat-saat akhir dia menghabiskan pengajian.
Kakinya melangkah lagi tanpa tahu ke mana destinasi
yang sepatutnya membawa dirinya berhenti. Hanya berjalan, berjalan dan terus
berjalan menerusi gigi air di pantai yang memutih dan laut yang membiru. Hatinya
rasa pedih, nak menangis air mata sudah kering lama dahulu, nak meraung nanti
dikatakan gila pula oleh orang sekeliling, bagaimana pula jika dia diam? Kalau diam
risau segala rasa yang hadir memakan diri sendiri dari dalam. Mahu menulis rasa
yang terpendam? Jangan mimpilah, dia tak tahu menulis bait dan kata yang dia
rasa, semuanya tak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.
Setelah lenguh kaki melangkah, Wafi Ikram berhenti.
“Maaf mama, Wafi terpaksa tipu mama dan Abang Izz,
bukan tak mahu berkongsi, tapi biarlah luka ini dirawat sendiri.” Luahnya perlahan
sambil pandangannya dilemparkan jauh ke arah lauh yang luas terbentang.
Kali ini hatinya patah benar dengan apa yang
terjadi. Sangkanya Hanim mampu mengubat rindunya pada Almira Putri. Namun dia
harus sedar, kejadian Allah itu maha agung! Mungkin hanya wajah mereka yang
hampir serupa, namun bukan sikap dan tingkah laku yang sama.
Hanim Natasya. Seorang gadis kecil molek yang
dikenali kerana berjiran tempat kerja dengannya. Hampir dua tahun hanya
berbalas senyuman, akhirnya tahun ini dia dapat menggenggam erat hubungan
diantara mereka. Namun tak tahu mana silapnya, hubungan mereka masih belum pun mencapai
usia setahun, Hanim minta hubungan mereka ditamatkan. Setelah didesak
berkali-kali tentang punca retaknya hubungan mereka, akhirnya Hanim membuka
mulut.
Salahnya juga tak bercerita awal-awal tentang apa
yang telah berlaku dalam hidupnya sepanjang dua puluh sembilan hidup di bumi
Allah ini. Namun apabila difikirkan, mereka baru sahaja kenal, rasanya tak
perlu dia meneritakan segala-galanya tentang sejarah hitam atau putih kehidupannya.
Untuk mengenali mestilah harus berani megambil masa dan risiko bukan? Lagipun andai
benar Hanim redha dan menerima dia kerana masa sekarang, Hanim tak akan berlalu
pergi meninggalkan dia sendirian begini. Betul atau tidak? Siapa yang mahu beri
jawapan pada soalan yang hanya dilepaskan pada alam.
Wafi Ikram tunduk mengutip cengerang-cengkerang yang
memutih mendarat di pinggir pantai. Selepas dibelek-belek melihat bentuk dan
seni yang terukir, dia melemparkan cengkerang-cengkerang tersebut ke dalam laut
satu persatu. Sesekali rambut yang sedikit panjang miliknya diselak dan
diselitkan dibawah kacamata yang dipakai. Ada juga rasa rimas yang bertamu saat
hujung rambut melindungi tubir mata atau mencucuk-cucuk mahu menerobos masuk,
namun kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, dia lebih senang mengambil langkah
membiarkan rambut hadapannya panjang mengurai melindungi sepasang mata. Lagipun
sekarang dunia sibuk dengan dunia K-Pop yang berfesyen rambut menutup ruang
dahi, jadi tidaklah dia terasa asing sangat bila menggayakan rambut yang
serupa.
Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Cuba mengusir
rasa sesak dan duka yang menghuni hati. Harapannya semoga segala rasa yang
menyeksa jiwanya berlalu pergi perlahan-lahan bersama setiap karbon dioksida
yang keluar daripada liang pernafasannya.
“Wafi Ikram harus bangun! Tak boleh lemah!!” jeritnya kuat melawan bunyi deruan ombak yang
menghempas pantai.
Almira Putri, andai kau masih ada bersama….
Thursday, 28 November 2013
Nak Jadi Pengantin - Bab 1
Bab 1
SUFIAH duduk
menekur lantai. Dia menarik nafas panjang cuba mencari kekuatan dalam
permasalahannya. Renda kain telekung sembahyang dipintal-pintal perlahan.
Otaknya menerawang memikirkan kesudahan bagi keadaan yang sedang berlaku
sekarang. Setelah agak lama dia diam begitu, akhirnya dia bangun.
Telekung
sembahyang dibuka dan dilipat dua, kemudian di sangkutkan ke penyidai. Dia
hemudian berlabuh di atas katil. Samsung S4 miliknya dicapai lalu jari
telunjuknya menari di atas skrin dan melakar bentuk huruf L. Kelihatan satu
ikon sampul surat beserta nombor satu terpapar di skrin bermaksud terdapat satu
mesej yang masih belum dibaca. Laju ibu jarinya menyentuh ikon tersebut.
“Sorry sayang, abang tengah pujuk abah
la ni. Doa ya, semua ni akan berjalan dengan lancar”
Sufiah
mengeluh kuat. Aduh… bilalah semua ni akan selesai? Tergantung macam ni. Abah tanya
kejap lagi aku nak jawab apa? Kusut… kusut.
Tok!
Tok!
Sufiah
Hannani yang sedang menekur telefon bimbit di tangan mendongak kearah pintu biliknya.
“Siapa?”
mendatar suaranya menyoal.
“Abah”
jawab satu suara di luar. Sufiah mula menggaru kepala. Aduh, apa aku nak jawab
ni? Aduh! Aduh!
“Kejap
bah.” Dia bangun dan membuka pintu bilik. Terjengul muka abah kesayanagn
dihadapan pintu biliknya.
“Ha?
Macam mana?” Aduh! Dah menembak? Belum sempat pintu ni aku bukak luas-luas,
abah dah tembak dengan soalan cepu emas.
“Erm,
belum ada jawapan lagi abah, dia masih berbincang dengan keluarga.” Jawab
Sufiah perlahan. Takut!
“Oh,
tak apalah, nanti dah ada keputusan cakap kat abah. Bagitau dia, dalam masa dua
minggu ni je, lepas ni, abah tak terima dah!” Gulp! Sufiah menelan air liur.
Tambah sebiji lagi nampaknya batu kat atas kepala ni. Dia menghantar bapanya
yang berlalu dengan anak mata. Pintu bilik ditutup kembali dan terus melompat
ke atas kati. Kepala ini perlu direhatkan seketika.
“ABAH bukan tak
percaya, tapi abah risau. Kamu tu tak bekerja lagi, study pun baru masuk semester
berapa? Lambat lagi nak habis degree tu. Kenapa awal sangat nak bertunang? Tak
boleh tunggu dah ke?” Encik Khairul berpaling mengadap anak bujangnya. Pelik
kenapa tiba-tiba mintak nak bertunang.
Qays
Hadi memandang bapanya. Dia turut mengeluh. Kenapalah susah nak fahamkan abah
ni.
“Abah,
Qays nak bertunang je. Belum nak kahwin lagi, lagipun Sufi dah cakap,
keputusan kahwin tu terletak pada tangan
dia. Dia yang akan putuskan bila dia nak kahwin, abah dia tak akan tetapkan.
Lagipun dia faham kami masih belajar. Abah dia just tak berani nak lepaskan dia
belajar jauh sendirian, lepastu nak bawak kereta bagai. Itu yang abah dia
mintak kami tunang, kurang-kurang Qays ada untuk tengok-tengokkan Sufi bila
kami kat sana nanti.”
“Lepastu
kamu nak belajar ke nak jaga anak orang ni?” selar Encik Khairul.
“Abah,
Qays dah fikir masak-masak, benda macam ni bukan buat main. Qays sedar, Qays
anak sulung, kena tunjuk contoh baik-baik untuk adik-adik. Qays bertunang ni
pun Qays nak elokkan nama abah jugak. Sufi selalu datang sini, abah tak fikir
ke kalau orang tanya, ‘siapa yang datang tu?’. Abah nak jawab apa? Abah nak
jawab, ‘awek anak aku yang datang…’. Macam tu? Tak ke nampak macam abah tak kisah?
Kalau abah jawab tunang anak aku tak adalah nampak buruk sangat.” sebijik kena
di muka Encik Khairul. Puan Syafira keatwa mendengar jawapan anak bujangnya.
Encik
Khairul mula rasa lembut hati. Pandai jugak anak aku ni berfikir. Logik! Logik!
“Nak
bertunang ni bukan pakai lima puluh sen je, kamu ada duit?” Encik Khairul
menduga.
“Kalau
tak cukup semuanya, tak adalah saya berani minta dengan abah. Abah just say yes
je. Semuanya Qays akan uruskan sendiri. Tolonglah abah, Qays ada masa dua
minggu ini je nak lesaikan hal ni. Kami dah kenal lama dah abah, dah hampir
tiga tahun dah. Atau abah tak berkenan dengan Sufi? Kalau tak berkenan kenapa
tak cakap awal-awal?” Qays merenung wajah bapanya mengharap keputusan positif.
“Abah
bukan tak suka, tapi abah risau kamu tak dapat fokus pada study. Nanti sibuk
dengan hal lain.” Suara Encik Khairul makin kendur namun kedengaran tegas.
“Habis
tu, abah ingat dengan hubungan yang tak nampak hala tuju macam ni hati Qays
akan tenang? Study Qays akan cemerlang?” soal Qays laju. Dia penat memujuk abahnya.
Hampir tiga hari lamanya. Dia masih ada seminggu sahaja sebelum tempoh dua
minggu yang ditawarkan oleh Dato’ Mohammad tamat.
“Betul
tu abang, kta kena fikir jugak perasaan Qays. Lagipun dah terang lagi yang
mereka tak akan berkahwin dalam masa terdekat ni. Kalau kamu bertunang
sekarang, agak-agak berapa lama baru kahwin?”
tangannya menyentuh paha anak bujang yang sedang cemberut. Muka tak puas
hatilah tu!
“Lepas
Qays studylah, takkan nak kahwin sekarang, nak makan apa? Nak belanja kenduri
dengan apa?”
“Ha!
Dengar tu abang? Lepas Qays study, maknanya dekat dua tahunlah jugak sebelum
diorang kahwin. Bolehlah ye bang? Kesian budak-budak ni. Lagipun betul kata
Qays tu, pertunanagn ni kurang-kurang menjaga air muka kita juga bila orang tanya
pasal Sufi datang ke rumah ni. Awak pun tahu saya rapat dengan Sufi tu, ke hulu
ke hilir.” Puan Syafira memujuk.
“Nantilah
saya fikir macam mana.” Encik Khairul terus berlalu keluar, sebentar kemudian
kedengaran deruman kereta meninggalkan rumah.
Qays
dan Puan Syafira saling berpandangan.
“Dah
hampir berjaya dah tu, usaha lagi. Malam ni jangan lupa solat hajat
banyak-banyak. Mohon Allah lembutkan hati abah. Kita nak buat benda baik,
bukannya nak pergi mencuri kan?” senyuman manis diberikan kepada anak
bujangnya, Qays.
“Terima
kasih ma sebab faham Qays.” Puan Syafira dirangkulnya.
“Dah
nama anak mama, mestilah mama faham. Mama tahu apa niat Qays sebenar. Kalau bukan
sebab abah, mama dah lama suruh korang berdua kahwin.” Puan Syafira senyum.
“Kahwin
ma? Lagi Qays nak!” suaranya sedikit tinggi.
“Hisy!”
jerit Puan Syafira lalu menepuk paha Qays kuat. Gatal sangat anak teruna aku
ni! Qays Hadi menyeringai menahan pedih di pahanya.
“Nampak
tak kegatalan kamu? Dengar dek abah, hati yang nak lembut terus jadi keras
balik. Nak?” kali ini telinga Qays pula menjadi mangsa tangan kecil Puan
Syafira.
“Tak…
tak.. tak nak ma…. Tak nak…” Qays mengaduh. Kepalanya ditelengkan supaya
tarikan telinga dari jemari ibunya tidak kuat.
“Tahu
takut. Ni mama nak tanya. kamu nekad nak kat Sufiah tu?” Qays terkebil-kebil memandang
wajah ibunya. Lama.
Apa
punya soalan mama ni? Dah hampir tiga tahun aku duk berkepit dengan Sufiah,
baru hari ini tanya nak betul ke tidak? “Mama ni biar betik! Sufiah tu ke hulu
ke hilir dengan mama dah nak dekat dua tahun, datang rumah kita setiap minggu,
ikut je mama ajak pergi mana. Mama pulak baik sangat sampai panggil sayangla,
babyla. Kalah Qays yang bercinta dengan dia ni, tapi hari ni baru mama tanya
perasaan Qays yang sebenarnya? Ni kenapa bagi soalan pelik kat Qays ni?”
duduknya dikemaskan, badannya tegap mengadap ibunya.
Bila
Puan Syafira mula menyoal soalan pelik-pelik macam ni tak lain tak bukan nak
mengujilah ni! Qays Hadi senyum sendiri. Kenal sangat dengan perangai mama
tercinta. Wajahnya dimaniskan sambil memandang ibunya, apabila pandangan mereka bertembung Qays mengangkat
kedua-dua keningnya tanda bertanya kenapa. Puan Syafira senyum, hailah anak
bujang seorang ni, sekejap je masa berputar, dah besar rupanya. Buktinya,
tengoklah, menggatal dengan anak dara orang, hormone nak berpasangan dah keluar
rupanya. Pantang sebut perkataan kahwin.
“Sufiah
tu anak Dato’, berani ke lawan?” Puan Syafira tanya lagi, kali ini dengan nada
yang lebih rendah dan perlahan. Seakan-akan berbisik. Kepalanya juga
direndahkan mendekati wajah Qays.
“Haaish!
Mana tak berani ma… kalau tak berani tak ada Qays pergi rumah dia, kenal dengan
abah dia.” Qays juga menjawab dengan nada perlahan dan berbisik. Kepalanya dijengah
sedikit kehadapan, mendekati wajah ibunya. Risau kalau-kalau ibunya tidak
mendengar setiap bait yang keluar daripada mulut seksinya.
Puan
Syafira mengangkat kepalanya. “Kenapa Qays bisik jugak ni?” suaranya dikuatkan.
“Mana
Qays tahu, dah mama bisik, Qays ikutlah, kang tak ikut mama marah pulak.”
“Ikut
pun bertempatlah. Aduh, pening mama layan karenah kamu seorang ni. Sudahlah,
mama nak ke dapur. Daripada duduk tengok kartun, baik pergi solat hajat mintak
hati abah kamu lembut. Pergi!” sedikit meninggi suara Puan Syafira. Kakinya melangkah
ke dapur sambil mulutnya tak berhenti membebel-bebel tentang apa yang patut
Qays lakukan. Qays Hadi pula hanya senyum sambil memandang skrin televisyen.
Ibu,
kalau membebel rasa sakit telinga, tapi kalau tak ada, rasa rindu. Lebih baik
sakit telinga daripada rasa rindu!
Friday, 25 October 2013
REVIEW Terima Kasih Cinta.- lya Zara
hai! ini novel pertama yang berjaya masuk ke blog aku utk di review!! hehe... jom baca!!
TKC atau nama panjangnya Terima Kasih
Cinta karya kak Lya Zara. Sebab tajuknya dah terima kasih, saya pun nak cakap,
TERIMA KASIH KAK LYA ZARA BAGI BUKU NI. Hehehehe… pertama kali buku ni ku
pegang tatkala diri ini sedang berehat-rehat di beranda rumah bersama-sama
dengan abah tersayang (ceewah skema dooe!!) apabila sahaja bungkusan ini berada
di genggamanku, terus pembalutnya di koyak rakus. (huwaa.. nk gelak ayat skema
ginih!) terpapar tajuk TERIMA KASIH CINTA yang sememangnya telah membuat aku
jatuh cinta. Walaupun aku bukanlah seorang penggemar warna merah jambu. TKC Berjaya
juga menarik minatku!! Terus ku snap the picture and upload ke instagram dan
kak Lya Zara di tag laju2. Aku berjanji akan membacanya selepas minggu Hari
Raya Aidiladhla. Tapi tak sempat raya laaa…. Malam tu aku nak tidur pandaaang
je buku ni. Kenapa rasa nk baca eah? Aku pandang “set pending dalam rak tu, dah
30 biji novel aku diamkan”. Tapi knp TKC menarik minat aku? Dah macam berjoget2
minta di baca. Aku malas nak fikir banyak2, capai jugak buku ni.
AMANI DAN ZAFRAN. Adi putra celup dan
juga perempuan lurus seperti straw! Hehehe… oh my Gucci! Memang suweet habes. Di
awal permulaan cerita, mereka bertembung sewaktu menahan teksi. Masing-masing
berebut teksi nan satu itu kerana tuntutan kerja. Amani lewat untuk sesi
temuduga manakala Zafran pula mengejar masa untuk mesyuarat penting. Namun
lelaki, tetap lelaki. Zafran Berjaya menjdikannya sebagai penumpang teksi
tersebut. Apa yang lebih malang, sejurus selepas teksi tersebut berlalu,
kecepek!! Amani terjelepok ke lantai. Kasutnya tertanggal tumit!
Keesokannya…..
Secara tidak sengaja, Amani ke
syarikat Zafran utk temuduga. Zafran kalut apabila terpandang wajah Amani. Ingat
Amani nak sangat stalk dia ya? Perasan! Hahaha…dan kerana tiada pilihan. Zafran
kena terima jugaaaaaak…….
Berlaku pelbagai insiden yang berjaya buat aku
rasa macam nak gulai tempoyak je si Zafran ni. Mulutnya ya ampun.. memang macam
dah pergi buat insuran gaya retis Hollywood gituh! Membunuh betol! Kononnya tak
suka penampilan Amani yang bertutup litup, di paksanya si Amani tu make up. Ha!
Hasilnya dah gaya rupa hantu kak Limah dah. Syu, kawan Amani sendiri tak dapat
menahan ketawanya bila wajah Amani yang ber’smokey eyes’ tu.
Benci punya benci, sehinggalah satu
hari, Amani pengsan ketika Zafran tengah briefing pasal kursus untuknya.
‘ya. Perasaan damai yang dahulunya pernah bermukim di sekeping hati
Zafran’
Bermula daripada hari itu, Zafran tak
keruan. Rindu mula bertapak dan segala macam perasaan bunga di seluruh taman
dunia berkumpul. Ehehhhee.. padan muka! Dulu benci-benci siapa suruh kan? Nak tau
kenapa benci-benci? Sebab dulu Zafran pernah ada kekasih namanya Natrah,
bersikap lemah lembut, sopan santun dan jenis tak ‘terdedah’. Tetapi dia kecewa
kerana dia terjumpa Natrah “ter..Zzzzzz” dengan orang lain.
Now pasal Arissa. Permpuan gedik
seantero Malaya. Seorang model dan seksa sangat kau! Mulut cakap sukakan
Zafran, tapi badan sedekah kt orang lain. Tak ke haru? Hahahha…. Dia ni suka
sangat si Amani jadi setiausaha Zafran sebab setahunya Zafran takkan terpikat
dengan orang ‘tertutup’ macam Amani ni. Tapi kesian dekat ekau yo Arissa? Melopas….
Hahaha…
Ok, tak lama kemudia, Zafran
meluahkan rasa hati dan mereka bertunang. Nak tahu macam mana? Rupanya umi
Zafran pun sukakan Amani. Ni sebab Zafran pernah bawak Amani ke rumahnya, dan
Amani tumpang untuk bersolat. Tetapi yang lawak, orang yang dia panggil ibuk
dengan longat indon tu, rupanya umi Zafran. Dia sangkakan orang gaji. Bila majlis
pertunangan tu barulah dia tahu itu adalah umi Zafran. Hahaa. Kalau aku mau
lari menyorok dalam almari. Hahaa…
Selepas mereka berkahwin, hubungan
mereka agak hambar. Kenapa? Ha.. kalau nak tahu ini ken abaca sendiri! Kesian
Zafran menunggu. Hehehe.. yang paling sedih, selepas hbgn mereka elo. Natrah
kembali dengan sorang anak kecil. Lebih memilukan apabila Arissa menghantar
gambar-gambar Zafran dan Natrah yang dikatakan berkahwin di sempadan Thailand.
Amani kecewa dan melarikan diri… dan.. tak nak cerita dah, nanti korang tak
beli!! Hahhaha….
So apa yg saya dapat drpd cerita ni.
- 1. Buat keputusan jangan terburu-buru. Siasat satu2 perkara yang terjadi. Barulah tak kecewa macam Zafran kecewa dgn Natrah.
- 2. Terima takdir dan apa yang berlaku, jangan nak sibuk hal orang. Jangan mendengki dengan orang. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya! Jangan jadi macam Arissa yang tak dapat terima kenyataaz Zafran tak sukakan dia tu.
- 3. Yang paaaaaaling penting daripada cerita ini. TUTUPLAH AURATMU. KERANA MENUTUP AURAT, MENJADIKAN KAMU LEBIH BERNILAI. Seperti Amani dan Arissa. Siapa pilihan kamu jika kamu seorang lelaki?
Best sangat, walaupun
nipis, tapi inilah yang dikatakan kecil2 cili padi!! Terima kasih kak Lya Zara
utk cerita yang bermanfaat ini!!! Semoga Berjaya!!!!!
ikhls- Adah
Wednesday, 24 July 2013
Gallery CPCN
hi!! entri ni untuk suka2 jer.. biasalah.. dunia khayalan. hahaha..
1. SUMBER GAMBAR2 INI ADALAH "GOOGLE". tenkiu pak cik google.
(kalau ad gambar korang punye dlm ni, please bg tau eah.)
2. enj0y dan selamat berimaginasi. hihihihi..
okay. first, ini adalah bilik Marha dekat penthouse dia. comel x? cun gile kan??? hehehehheh.... kalaulah adah dapat bilik mcm ni, jgn panggil la yer. tak dengar dah.. hehehehe... sibuk duk bergolek-golek atas katil, lepastu tengok tv atas buai tu... ooh! heaven!!
ha!! ini pulak bangunan kondo yang Marha duduk. kolam renang ni kat tingkat 10. rumah marha tingkat 22. hehehehe... blok c tu dekat sebelah bgunan hotel Grand Riverview okay.
ini pulak tempat yang Risya dan Marha berjumpa kali pertama, bkn main seronok sampai maghrib baru balik. hehehhe... tempat ini jugalah termeterainya ikatan seorang kaka dan adik terjalin... sobs.. sobs... sedih...
this one is dapur rumah Marha, ala2 bar gitu. syomelnyeee...... hehehhehe.... kalaulah adah dapat kan?
ha... yang ini pula ruang tamu penthouse Marha. cun tak? kan dah cakap.. sofanya warna merah. Berani!
ingat lagi tak? mula2 Harraz dan Marha berjumpa? kat sinilah... pang! pecah kristal. hehehhe...
ni replika kapal tu. memang susah nak dapat, dahla mahal. kalau adah memang botak nak beli ni. hehehhehe
ni TRW yg Marha suka sgt tu, tp time ni mat yo ada lagi la. hahahahahahaha...
ni kat KFC di KB Mall. yang mana pertemuan kali kedua berlaku. hehehe... eksiden berlanggor tu. yang Alif kecik langgar pak cik NAGA. hehehhehe..
okay. apa yang saya bayangkan, inilah rumah keluarga Harraz. ataupun rumah Datuk Haidar dan Datin Raudhah. jgn marah.... sebenarnya ni rumah siapa ya? kalau ada yang tahu please inform me okay! serius cantik!!
ni Dining room, yang mana kejadian ayam terbang berlaku.
(ABAIKAN GAMBAR KURANG COMEL TU EAH, SORRY)
ni pulak bilik dan juga bilik pakaian Harraz. nampak tak betapa cerewetnya seorang lelaki bernama Harraz?
yang pink bagai ni, biasalah.. anak perempuan sorang, si Risyalah, siapa lagi. hhehhe.... bak kata Harraz "malanglah lelaki dapat Risya. bilik PINK!"
ni kolam belakang rumah yangg Risya berendam tu. and masa ni Harraz jadi naga sebab Marha sulam baju dia.
yang dua ni Hospital Perdana. Marha di bawa ke hospital ni lah masa tak sedarkan diri tu.
cantik kan? inilah bilik yang Marha duduk selepas dia tahu dia disantau dan keluarga Harraz sudi menjaga dan menolong dia. damainya...... lat sofa tu lah dia memangis sebab terharu dengan keprihatinan Datin Raudhah.
Labels:
gallery
Thursday, 23 May 2013
Cinta Hatiku Encik Naga (bab 11)
BAB 11
“ABANG, seronok tak hari ni?” Tanya Datin Raudhah sambil menyikat
rambut di depan meja soleknya. Datuk Haidar mengangkat wajah
dari pembacaan. Buku berjudul “Rahsia Al-Fatihah” itu diletakkan di atas
meja sisi katil.
“Eh, bakpo pulok Odah
tanya abang macam tu? Selama ini tok
sedak ke berkumpul dengan anak-anak?”
“Bukan tok sedak abang,
tapi hari ini abang perasan tak, kedatangan Marha buat rumah kita bising,
meriah, gege. Mereka bertiga
macam seronok sangat saling sakat menyakat.” Terang Datin
Raudhah. Dia sudah mengambil tempat di sebelah suaminya di atas katil.
“Ooh... pasal Marha rupanya, ingatkan siapa. Abang
perasan sangat. Harraz yang selama ini kaki sakat, makin menjadi-jadi
nampaknya. Merah-merah muka Marha dibahan tadi. Dah nak dekat sama merah
dengan muka Raz.” Jawab Datuk Haidar. Mereka berdua ketawa.
“Dari mula kaki Marha melangkah masuk ke rumah ni, saya dah
mula sukakan dia. Abang macam mana?”
“Abang sukakan dia.” Jawab Datuk Haidar sambil tersenyum-senyum.
Lain benar senyuman Datuk Haidar ni?
“What?? Ulang lagi sekali bang. Kenapa senyuman gatal abang
tu keluar sekali?” Datin Raudhah separuh menjerit. Datuk Haidar
ketawa.
“Tak, maksud abang, abang pun sukakan dia macam mana Odah sukakan
dia. Odah ni, mesti ke lautlah tu fikirannya. Seorang pun abang dah habis
kudrat jaga, inikan nak menambah. Hahha….” Datuk Haidar ketawa lagi.
“Abang ni, suka sangat buat Odah terkejut tau!” marah Datin
Raudhah. Dia menampar lembut bahu Datuk Haidar.
“Odah nak kenenkan Raz
dengan Marha ke?” Tanya Datuk Haidar tiba-tiba. Datin Raudhah
memandang wajah suaminya. Kuat betul deria keenam suaminya ini. Pantas betul
menangkap apa yang tersirat di hati.
“Itu memang niat di hati bang, tapi macam mana janji kita
dulu?” Tanya Datin Raudhah. Datuk Haidar mengeluh.
“Kita dah cari mereka merata tempat Odah, kali terakhir kita jumpa
mereka masa Raz umur empat tahun di Sarawak, tu pun kita jumpa Piki sorang je,
isteri dia dan anak bongsu mereka kita tak jumpa. Lepas tu sampai sekarang
mereka menghilang. Bukannya masa kali terakhir kita jumpa tu kita ada bagi
alamatkan?” Datuk Haidar juga menjawab dengan soalan. Datin Raudhah
senyap. Dia mencerna kata-kata suaminya.
Benar apa yang dikatakan oleh Datuk Haidar, mereka ada
meninggalkan alamat, namun sehingga hari ini teman baik mereka, Piki, tidak
menghubungi mereka. Mereka pernah berjanji untuk menjodohkan anak lelaki
mereka dengan anak perempuan bongsu Piki. Seingatnya Piki ada empat atau lima
orang anak sebelum anak bongsunya, tetapi jarang sangat berjumpa, kerana
anak-anaknya yang lain belajar disekolah berasrama. Nama pun ingat-ingat lupa,
jadi kalau nak mencari anak-anaknya yang lain pun, belum tentu mereka boleh.
“Tak perlulah kita fikir Odah, kalau ada jodoh
budak-budak ni, adalah. Kalau Piki datang tuntut janji kita dulu pun, saya
serah keputusan kepada Raz, dia yang akan hidup dengan pilihannya, bukan
kita. Betul tak sayang?” Datin Raudhah memandang wajah Datuk Haidar,
kemudian memeluk suaminya.
“Abang rasa keputusan kita menjodohkan mereka ketika kecil tu,
salah ke? Abang rasa kalau Karmila dapat tahu, dia marah tak pada orang tua
mereka?” Datin Raudhah melontarkan soalan. Datuk Haidar kelu, tak tahu nak
menjawab apa yang sesuai dengan soalan yang diberikan. Dia mengeluh.
“Insyaallah, kita hanya mampu mendoakan apa yang terbaik. Semoga
apa yang bakal terjadi hari esok lebih baik daripada semalam. Abang tak ada
jawapan untuk soalan-soalan Odah. Segalanya ada dalam hati mereka sendiri, apa
yang bakal terjadi semuanya telah ditakdirkan, namun sebagai manusia kita harus
guna setiap takdir yang berlaku tu sebagai pengajaran”
HARRAZ masih tidak mampu melelapkan mata. Masih teringat kejadian
dia menyakat si gadis mulut itik, Si Marha siang tadi. Apabila di
ingat apa yang terjadi tadi, ketawanya meletus
sendirian. Terbayang-bayang kejadian di meja makan tadi.
“Marha, makan ya? Jangan malu-malu, buat rumah ni macam
rumah sendiri okay.” kata Datuk Haidar. Marha hanya mengangguk. Dia
makan dengan berhati-hati sambil memendam rasa. Bukan dia tak perasan si
naga sedang memerhatikan dirinya bagai nak telan. Rimas! Suapannya
mula menjadi kekok. Aduhai, kot ya pun nak terkam aku, tunggulah mangsa
kenyang dulu, baru best makan mangsa
yang gemuk dengan makanan ni. Bisik hati kecil Marha.
Dia akui, kedatangannya ke rumah ini amat menyeronokkan, rasa
seperti keluarga sendiri. Risya yang manja, Datin Raudhah yang baik dan
penyayang, Datuk Haidar yang peramah, semua ini buat pengubat rindunya pada
kedua orang tuanya. Namun satu yang menjadikan dirinya tak ceria, N.A.G.A.
Naga!
Harraz menyuap makanannya sambil melirik ke arah Marha. Control ayulah tuh! Harraz ketawa
di dalam hati.
“Macam mana aku nak balas dendam ni.” Harraz
berkira-kira sendiri. Dia melihat kedua orang tuanya serta adiknya yang
kepoh sedang enak menikmati makanan tengahari. Tiba-tiba dia tersenyum
menghilangkan kerutan di dahi. Dia mencapai seketul ayam dan dengan
pantasnya dia membaling ke dalam pinggan Marha.
Plok!
“Eh! mak ayam jatuh terlentang!” Marha terkejut
lantas melatah. Dia terbangun dan terbatuk-batuk. Tersedak nasi
akibat terlampau terkejut. Risya turut bangun dan menurut-ngurut belakang
Marha. Datin Raudhah menghulurkan air. Harraz ketawa puas hati
walaupun di dalam hatinya terbit rasa cuak dimarahi papanya. Datuk Haidar
menjeling tajam. Harraz perasan renungan maut papa. Sudah..!!
“Harraz, kenapa dengan kamu ni? Tak reti nak hormat
orang lain nak makan? Tak pernah-pernah buat
perangai.” Marah Datin Raudhah.
“Ayam terlepas ma. Sorry!” Harraz menunjukkan barisan
gigi putihnya. Dia bangun menuju ke dapur dan terus membasuh tangan dan
pinggan. Sebentar kemudian, dia terus keluar.
Marha menjeling ke arah Harraz yang berlenggang lenggok keluar ke
ruang tamu. Huh! Nasib baik depan mak ayah engkau. Kalau kat rumah aku,
siap engkau kena cili! Aku sepak-sepak bagi patah segala tulang. Baru
padan! Hati Marha berapi membebel. Tak sangka sampai begitu sekali
Harraz menyakatnya. Harraz yang sempat melarikan diri, ketawa geli hati melihat
wajah pucat Marha yang terkejut.
“Baru kau rasa, original
from Harraz. Buat hal lagi dengan aku, aku balaslah secukup rasa. Itu baru
tersedak nasi, kalau kau banyak bunyi lagi, tersedak anak gajah pulak aku buat.
Jangan tak tahu. Ini Harraz. Suka-suka hati dia baju favourite di sulam-sulam. Hah, kali ini rasalah. Rajin tak
bertempat. Lain kali nak tunjuk bakat pergi kelas sulaman, jadi cikgu. Baru ada
orang hargai bakat menyulam tu.” Harraz membebel sendirian, melepaskan rasa.
Dia bersandar pada kerusi di ruang tamu. Layan kartun lagi seronok!
“AMBOI, bahagia nampak!” tegur Risya. Harraz yang sedang berbaring
di atas katilnya sepantas kilat berpaling ke arah pintu bilik. Risya
dengan muka masam berdiri di situ. Harraz sengih.
“Kamu. Nak. Apa??” Tanya Harraz sepatah-sepatah.
“Nak makan abang! Boleh?” Tanya Risya, dia mengambil
tempat di kerusi meja solek. Berhadapan dengan Harraz.
“Eh! Abang tak sedap tau, tak payah makan! Cari
orang lain eah? Tak pun makan Kak Marha adik tu, sedap jugak
abang tengok dia pucat tadi. Hahahahhaha…”
“Tak baik abang buat Kak Marha macam tu!” protes Risya.
“Alah apa salahnya, sesi perkenalan dalam rumah kita. Adik
yang salah.” Jawab Harraz dengan muka selamba lalu memeluk erat bantal
peluknya dan membuang pandangan keluar menerusi dinding
kaca bilik. Langsir diangkat tinggi untuk memudahkannya melihat pemandangan di
luar.
“Eh! Apa adik pulak, kalau abang tak baling ayam
tadi, takkan ada kejadian macam tu dalam rumah kita tau. Sesedap rasa
tiba-tiba cakap adik yang salah.” Jerit Risya sedikit kuat.
“Adik, adik dah tahu abang tak suka perempuan mulut itik macam dia,
yang adik sampai boleh bawa dia ke rumah kita kenapa? Memang patut abang
balas sakit hati tadi.”
“Eleh, tak sukalah sangat. Tak suka orang berpada-pada oppa
oiiii! Nanti jatuh sayang, adik tok
se tolong sikit pun tau. Komen pendapat pun tok se, tok se, tok se! Tahu?”
jawab Risya sambil menarik telinga Harraz, kemudian
dia terus berlari keluar. Harraz menyeringai sakit.
“Kurang asam punya adik, tarik telinga aku pulak. Memang
taklah nak kat mulut itik tu, peluk Bobo lagi best. Mana
Bobo ni. Meooow!! Bobo… jom tidur dengan papa jom! Bobo.!!” Jerit
Harraz, kemudian seekor kucing berwarna putih baka Maine Coon berlari masuk ke
biliknya. Kemudian kucing itu melompat atas katil Harraz dan menyusup ke
celah ketiak.
“Ha... ada pun, papa ingat kamu seronok main kat luar
tak reti nak tidur dah. Seronok ke main tadi?”
“Meow...”
“Iye? Ish..ish… mesti kamu kacau tok ma lagi ya?” Tok
ma, panggilan Bobo untuk Datin Raudhah. Kata Harraz,
Bobo ni anak dia. So, kena panggil Datin Raudhah macam cucu
panggilkan neneknya. Macam-macam hal!
“Meooow..”
“Hahahahhaha..” Harraz ketawa….
“Kamu ni macam paham je ape yang papa cakap. Semua yang
papa tanya kamu jawab aje. Nasib baik si mulut itik tadi tak jumpa
kamu kan?” Tanya Harraz lagi sambil melaga-lagakan hidungnya dengan
hidung kucing kesayangan.
“Meow…”
Tiba-tiba Harraz menyedari, di sebalik bulu tebal di sekeliling
leher kucingnya, ada satu rantai yang tersangkut. Sejak bila Bobo ada
colar tambahan pulak ni? Perak pulak tu? Harraz terus mengambil
rantai yang berloketkan jed, namun jed ini berbentuk sebelah sahaja kepak
rama-rama. Ada ke orang pakai sebelah je kepak? Macam pelik je! Mesti
ada sebelah lagi! Harraz berfikir sendiri.
“Tapi siapa punya? Tak pernah-pernah aku tengok mama ngan
adik pakai jed.” Harraz membebel sendirian sambil
tangan kanannya menepuk-nepuk lembut badan Bobo. Bobo yang
selesa di dalam aircond dan enak di
dodoi tuannya, terus berdengkur.
“Manalah kamu kutip benda alah ni Bobo oi… nak kata
kutip kat luar, Bobo tak pernah di lepaskan di luar pagar, pergerakan kucing
ini selalu dikawal. Pelik!” Harraz terus memikirkan punca
rantai itu, dia menyimpan rantai tersebut di dalam laci almarinya dan akhirnya
dia terlelap sendiri sambil menepuh-nepuk punggung kucingnya. Ala-ala mendodoi
anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)






.jpg)








































