love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 28 November 2013

Nak Jadi Pengantin - Bab 1


Bab 1

SUFIAH duduk menekur lantai. Dia menarik nafas panjang cuba mencari kekuatan dalam permasalahannya. Renda kain telekung sembahyang dipintal-pintal perlahan. Otaknya menerawang memikirkan kesudahan bagi keadaan yang sedang berlaku sekarang. Setelah agak lama dia diam begitu, akhirnya dia bangun.
Telekung sembahyang dibuka dan dilipat dua, kemudian di sangkutkan ke penyidai. Dia hemudian berlabuh di atas katil. Samsung S4 miliknya dicapai lalu jari telunjuknya menari di atas skrin dan melakar bentuk huruf L. Kelihatan satu ikon sampul surat beserta nombor satu terpapar di skrin bermaksud terdapat satu mesej yang masih belum dibaca. Laju ibu jarinya menyentuh ikon tersebut.

“Sorry sayang, abang tengah pujuk abah la ni. Doa ya, semua ni akan berjalan dengan lancar”

Sufiah mengeluh kuat. Aduh… bilalah semua ni akan selesai? Tergantung macam ni. Abah tanya kejap lagi aku nak jawab apa? Kusut… kusut.
Tok! Tok!
Sufiah Hannani yang sedang menekur telefon bimbit di tangan mendongak kearah pintu  biliknya.
“Siapa?” mendatar suaranya menyoal.
“Abah” jawab satu suara di luar. Sufiah mula menggaru kepala. Aduh, apa aku nak jawab ni? Aduh! Aduh!
“Kejap bah.” Dia bangun dan membuka pintu bilik. Terjengul muka abah kesayanagn dihadapan pintu biliknya.
“Ha? Macam mana?” Aduh! Dah menembak? Belum sempat pintu ni aku bukak luas-luas, abah dah tembak dengan soalan cepu emas.
“Erm, belum ada jawapan lagi abah, dia masih berbincang dengan keluarga.” Jawab Sufiah perlahan. Takut!
“Oh, tak apalah, nanti dah ada keputusan cakap kat abah. Bagitau dia, dalam masa dua minggu ni je, lepas ni, abah tak terima dah!” Gulp! Sufiah menelan air liur. Tambah sebiji lagi nampaknya batu kat atas kepala ni. Dia menghantar bapanya yang berlalu dengan anak mata. Pintu bilik ditutup kembali dan terus melompat ke atas kati. Kepala ini perlu direhatkan seketika.

“ABAH bukan tak percaya, tapi abah risau. Kamu tu tak bekerja lagi, study pun baru masuk semester berapa? Lambat lagi nak habis degree tu. Kenapa awal sangat nak bertunang? Tak boleh tunggu dah ke?” Encik Khairul berpaling mengadap anak bujangnya. Pelik kenapa tiba-tiba mintak nak bertunang.
Qays Hadi memandang bapanya. Dia turut mengeluh. Kenapalah susah nak fahamkan abah ni.
“Abah, Qays nak bertunang je. Belum nak kahwin lagi, lagipun Sufi dah cakap, keputusan  kahwin tu terletak pada tangan dia. Dia yang akan putuskan bila dia nak kahwin, abah dia tak akan tetapkan. Lagipun dia faham kami masih belajar. Abah dia just tak berani nak lepaskan dia belajar jauh sendirian, lepastu nak bawak kereta bagai. Itu yang abah dia mintak kami tunang, kurang-kurang Qays ada untuk tengok-tengokkan Sufi bila kami kat sana nanti.”
“Lepastu kamu nak belajar ke nak jaga anak orang ni?” selar Encik Khairul.
“Abah, Qays dah fikir masak-masak, benda macam ni bukan buat main. Qays sedar, Qays anak sulung, kena tunjuk contoh baik-baik untuk adik-adik. Qays bertunang ni pun Qays nak elokkan nama abah jugak. Sufi selalu datang sini, abah tak fikir ke kalau orang tanya, ‘siapa yang datang tu?’. Abah nak jawab apa? Abah nak jawab, ‘awek anak aku yang datang…’. Macam tu? Tak ke nampak macam abah tak kisah? Kalau abah jawab tunang anak aku tak adalah nampak buruk sangat.” sebijik kena di muka Encik Khairul. Puan Syafira keatwa mendengar jawapan anak bujangnya.
Encik Khairul mula rasa lembut hati. Pandai jugak anak aku ni berfikir. Logik! Logik!
“Nak bertunang ni bukan pakai lima puluh sen je, kamu ada duit?” Encik Khairul menduga.
“Kalau tak cukup semuanya, tak adalah saya berani minta dengan abah. Abah just say yes je. Semuanya Qays akan uruskan sendiri. Tolonglah abah, Qays ada masa dua minggu ini je nak lesaikan hal ni. Kami dah kenal lama dah abah, dah hampir tiga tahun dah. Atau abah tak berkenan dengan Sufi? Kalau tak berkenan kenapa tak cakap awal-awal?” Qays merenung wajah bapanya mengharap keputusan positif.
“Abah bukan tak suka, tapi abah risau kamu tak dapat fokus pada study. Nanti sibuk dengan hal lain.” Suara Encik Khairul makin kendur namun kedengaran tegas.
“Habis tu, abah ingat dengan hubungan yang tak nampak hala tuju macam ni hati Qays akan tenang? Study Qays akan cemerlang?” soal Qays laju. Dia penat memujuk abahnya. Hampir tiga hari lamanya. Dia masih ada seminggu sahaja sebelum tempoh dua minggu yang ditawarkan oleh Dato’ Mohammad tamat.
“Betul tu abang, kta kena fikir jugak perasaan Qays. Lagipun dah terang lagi yang mereka tak akan berkahwin dalam masa terdekat ni. Kalau kamu bertunang sekarang, agak-agak berapa lama baru kahwin?”  tangannya menyentuh paha anak bujang yang sedang cemberut. Muka tak puas hatilah tu!
“Lepas Qays studylah, takkan nak kahwin sekarang, nak makan apa? Nak belanja kenduri dengan apa?”
“Ha! Dengar tu abang? Lepas Qays study, maknanya dekat dua tahunlah jugak sebelum diorang kahwin. Bolehlah ye bang? Kesian budak-budak ni. Lagipun betul kata Qays tu, pertunanagn ni kurang-kurang menjaga air muka kita juga bila orang tanya pasal Sufi datang ke rumah ni. Awak pun tahu saya rapat dengan Sufi tu, ke hulu ke hilir.” Puan Syafira memujuk.
“Nantilah saya fikir macam mana.” Encik Khairul terus berlalu keluar, sebentar kemudian kedengaran deruman kereta meninggalkan rumah.
Qays dan Puan Syafira saling berpandangan.
“Dah hampir berjaya dah tu, usaha lagi. Malam ni jangan lupa solat hajat banyak-banyak. Mohon Allah lembutkan hati abah. Kita nak buat benda baik, bukannya nak pergi mencuri kan?” senyuman manis diberikan kepada anak bujangnya, Qays.
“Terima kasih ma sebab faham Qays.” Puan Syafira dirangkulnya.
“Dah nama anak mama, mestilah mama faham. Mama tahu apa niat Qays sebenar. Kalau bukan sebab abah, mama dah lama suruh korang berdua kahwin.” Puan Syafira senyum.
“Kahwin ma? Lagi Qays nak!” suaranya sedikit tinggi.
“Hisy!” jerit Puan Syafira lalu menepuk paha Qays kuat. Gatal sangat anak teruna aku ni! Qays Hadi menyeringai menahan pedih di pahanya.
“Nampak tak kegatalan kamu? Dengar dek abah, hati yang nak lembut terus jadi keras balik. Nak?” kali ini telinga Qays pula menjadi mangsa tangan kecil Puan Syafira.
“Tak… tak.. tak nak ma…. Tak nak…” Qays mengaduh. Kepalanya ditelengkan supaya tarikan telinga dari jemari ibunya tidak kuat.
“Tahu takut. Ni mama nak tanya. kamu nekad nak kat Sufiah tu?” Qays terkebil-kebil memandang wajah ibunya. Lama.
Apa punya soalan mama ni? Dah hampir tiga tahun aku duk berkepit dengan Sufiah, baru hari ini tanya nak betul ke tidak? “Mama ni biar betik! Sufiah tu ke hulu ke hilir dengan mama dah nak dekat dua tahun, datang rumah kita setiap minggu, ikut je mama ajak pergi mana. Mama pulak baik sangat sampai panggil sayangla, babyla. Kalah Qays yang bercinta dengan dia ni, tapi hari ni baru mama tanya perasaan Qays yang sebenarnya? Ni kenapa bagi soalan pelik kat Qays ni?” duduknya dikemaskan, badannya tegap mengadap ibunya.
Bila Puan Syafira mula menyoal soalan pelik-pelik macam ni tak lain tak bukan nak mengujilah ni! Qays Hadi senyum sendiri. Kenal sangat dengan perangai mama tercinta. Wajahnya dimaniskan sambil memandang ibunya, apabila  pandangan mereka bertembung Qays mengangkat kedua-dua keningnya tanda bertanya kenapa. Puan Syafira senyum, hailah anak bujang seorang ni, sekejap je masa berputar, dah besar rupanya. Buktinya, tengoklah, menggatal dengan anak dara orang, hormone nak berpasangan dah keluar rupanya.  Pantang sebut perkataan kahwin.
“Sufiah tu anak Dato’, berani ke lawan?” Puan Syafira tanya lagi, kali ini dengan nada yang lebih rendah dan perlahan. Seakan-akan berbisik. Kepalanya juga direndahkan mendekati wajah Qays.
“Haaish! Mana tak berani ma… kalau tak berani tak ada Qays pergi rumah dia, kenal dengan abah dia.” Qays juga menjawab dengan nada perlahan dan berbisik. Kepalanya dijengah sedikit kehadapan, mendekati wajah ibunya. Risau kalau-kalau ibunya tidak mendengar setiap bait yang keluar daripada mulut seksinya.
Puan Syafira mengangkat kepalanya. “Kenapa Qays bisik jugak ni?” suaranya dikuatkan.
“Mana Qays tahu, dah mama bisik, Qays ikutlah, kang tak ikut mama marah pulak.”
“Ikut pun bertempatlah. Aduh, pening mama layan karenah kamu seorang ni. Sudahlah, mama nak ke dapur. Daripada duduk tengok kartun, baik pergi solat hajat mintak hati abah kamu lembut. Pergi!” sedikit meninggi suara Puan Syafira. Kakinya melangkah ke dapur sambil mulutnya tak berhenti membebel-bebel tentang apa yang patut Qays lakukan. Qays Hadi pula hanya senyum sambil memandang skrin televisyen.
Ibu, kalau membebel rasa sakit telinga, tapi kalau tak ada, rasa rindu. Lebih baik sakit telinga daripada rasa rindu!

Friday 25 October 2013

REVIEW Terima Kasih Cinta.- lya Zara

hai! ini novel pertama yang berjaya masuk ke blog aku utk di review!! hehe... jom baca!!


TKC atau nama panjangnya Terima Kasih Cinta karya kak Lya Zara. Sebab tajuknya dah terima kasih, saya pun nak cakap, TERIMA KASIH KAK LYA ZARA BAGI BUKU NI. Hehehehe… pertama kali buku ni ku pegang tatkala diri ini sedang berehat-rehat di beranda rumah bersama-sama dengan abah tersayang (ceewah skema dooe!!) apabila sahaja bungkusan ini berada di genggamanku, terus pembalutnya di koyak rakus. (huwaa.. nk gelak ayat skema ginih!) terpapar tajuk TERIMA KASIH CINTA yang sememangnya telah membuat aku jatuh cinta. Walaupun aku bukanlah seorang penggemar warna merah jambu. TKC Berjaya juga menarik minatku!! Terus ku snap the picture and upload ke instagram dan kak Lya Zara di tag laju2. Aku berjanji akan membacanya selepas minggu Hari Raya Aidiladhla. Tapi tak sempat raya laaa…. Malam tu aku nak tidur pandaaang je buku ni. Kenapa rasa nk baca eah? Aku pandang “set pending dalam rak tu, dah 30 biji novel aku diamkan”. Tapi knp TKC menarik minat aku? Dah macam berjoget2 minta di baca. Aku malas nak fikir banyak2, capai jugak buku ni.
AMANI DAN ZAFRAN. Adi putra celup dan juga perempuan lurus seperti straw! Hehehe… oh my Gucci! Memang suweet habes. Di awal permulaan cerita, mereka bertembung sewaktu menahan teksi. Masing-masing berebut teksi nan satu itu kerana tuntutan kerja. Amani lewat untuk sesi temuduga manakala Zafran pula mengejar masa untuk mesyuarat penting. Namun lelaki, tetap lelaki. Zafran Berjaya menjdikannya sebagai penumpang teksi tersebut. Apa yang lebih malang, sejurus selepas teksi tersebut berlalu, kecepek!! Amani terjelepok ke lantai. Kasutnya tertanggal tumit!
Keesokannya…..
Secara tidak sengaja, Amani ke syarikat Zafran utk temuduga. Zafran kalut apabila terpandang wajah Amani. Ingat Amani nak sangat stalk dia ya? Perasan! Hahaha…dan kerana tiada pilihan. Zafran kena terima jugaaaaaak…….
 Berlaku pelbagai insiden yang berjaya buat aku rasa macam nak gulai tempoyak je si Zafran ni. Mulutnya ya ampun.. memang macam dah pergi buat insuran gaya retis Hollywood gituh! Membunuh betol! Kononnya tak suka penampilan Amani yang bertutup litup, di paksanya si Amani tu make up. Ha! Hasilnya dah gaya rupa hantu kak Limah dah. Syu, kawan Amani sendiri tak dapat menahan ketawanya bila wajah Amani yang ber’smokey eyes’ tu.
Benci punya benci, sehinggalah satu hari, Amani pengsan ketika Zafran tengah briefing pasal kursus untuknya.
‘ya. Perasaan damai yang dahulunya pernah bermukim di sekeping hati Zafran’
Bermula daripada hari itu, Zafran tak keruan. Rindu mula bertapak dan segala macam perasaan bunga di seluruh taman dunia berkumpul. Ehehhhee.. padan muka! Dulu benci-benci siapa suruh kan? Nak tau kenapa benci-benci? Sebab dulu Zafran pernah ada kekasih namanya Natrah, bersikap lemah lembut, sopan santun dan jenis tak ‘terdedah’. Tetapi dia kecewa kerana dia terjumpa Natrah “ter..Zzzzzz” dengan orang lain.
Now pasal Arissa. Permpuan gedik seantero Malaya. Seorang model dan seksa sangat kau! Mulut cakap sukakan Zafran, tapi badan sedekah kt orang lain. Tak ke haru? Hahahha…. Dia ni suka sangat si Amani jadi setiausaha Zafran sebab setahunya Zafran takkan terpikat dengan orang ‘tertutup’ macam Amani ni. Tapi kesian dekat ekau yo Arissa? Melopas…. Hahaha…
Ok, tak lama kemudia, Zafran meluahkan rasa hati dan mereka bertunang. Nak tahu macam mana? Rupanya umi Zafran pun sukakan Amani. Ni sebab Zafran pernah bawak Amani ke rumahnya, dan Amani tumpang untuk bersolat. Tetapi yang lawak, orang yang dia panggil ibuk dengan longat indon tu, rupanya umi Zafran. Dia sangkakan orang gaji. Bila majlis pertunangan tu barulah dia tahu itu adalah umi Zafran. Hahaa. Kalau aku mau lari menyorok dalam almari. Hahaa…
Selepas mereka berkahwin, hubungan mereka agak hambar. Kenapa? Ha.. kalau nak tahu ini ken abaca sendiri! Kesian Zafran menunggu. Hehehe.. yang paling sedih, selepas hbgn mereka elo. Natrah kembali dengan sorang anak kecil. Lebih memilukan apabila Arissa menghantar gambar-gambar Zafran dan Natrah yang dikatakan berkahwin di sempadan Thailand. Amani kecewa dan melarikan diri… dan.. tak nak cerita dah, nanti korang tak beli!! Hahhaha….

So apa yg saya dapat drpd cerita ni.
  1. 1.      Buat keputusan jangan terburu-buru. Siasat satu2 perkara yang terjadi. Barulah tak kecewa macam Zafran kecewa dgn Natrah.
  2. 2.      Terima takdir dan apa yang berlaku, jangan nak sibuk hal orang. Jangan mendengki dengan orang. Ingat, setiap yang berlaku ada hikmahnya! Jangan jadi macam Arissa yang tak dapat terima kenyataaz Zafran tak sukakan dia tu.
  3. 3.      Yang paaaaaaling penting daripada cerita ini. TUTUPLAH AURATMU. KERANA MENUTUP AURAT, MENJADIKAN KAMU LEBIH BERNILAI. Seperti Amani dan Arissa. Siapa pilihan kamu jika kamu seorang lelaki?


Best sangat, walaupun nipis, tapi inilah yang dikatakan kecil2 cili padi!! Terima kasih kak Lya Zara utk cerita yang bermanfaat ini!!! Semoga Berjaya!!!!!

ikhls- Adah

Wednesday 24 July 2013

Gallery CPCN

hi!! entri ni untuk suka2 jer.. biasalah.. dunia khayalan. hahaha.. 
1. SUMBER GAMBAR2 INI ADALAH "GOOGLE". tenkiu pak cik google.
 (kalau ad gambar korang punye dlm ni, please bg tau eah.)
2. enj0y dan selamat berimaginasi. hihihihi.. 






 okay. first, ini adalah bilik Marha dekat penthouse dia. comel x? cun gile kan??? hehehehheh.... kalaulah adah dapat bilik mcm ni, jgn panggil la yer.  tak dengar dah.. hehehehe... sibuk duk bergolek-golek atas katil, lepastu tengok tv atas buai tu... ooh! heaven!!






ha!! ini pulak bangunan kondo yang Marha duduk. kolam renang ni kat tingkat 10. rumah marha tingkat 22. hehehehe... blok c tu dekat sebelah bgunan hotel Grand Riverview okay.


ini pulak tempat yang Risya dan Marha berjumpa kali pertama, bkn main seronok sampai maghrib baru balik. hehehhe... tempat ini jugalah termeterainya ikatan seorang kaka dan adik terjalin... sobs.. sobs... sedih...


 this one is dapur rumah Marha, ala2 bar gitu. syomelnyeee...... hehehhehe.... kalaulah adah dapat kan?



ha... yang ini pula ruang tamu penthouse Marha. cun tak? kan dah cakap.. sofanya warna merah. Berani!


ingat lagi tak? mula2 Harraz dan Marha berjumpa? kat sinilah... pang! pecah kristal. hehehhe...

ni replika kapal tu. memang susah nak dapat, dahla mahal. kalau adah memang botak nak beli ni. hehehhehe 

ni TRW yg Marha suka sgt tu, tp time ni mat yo ada lagi la. hahahahahahaha...

ni kat KFC di KB Mall. yang mana pertemuan kali kedua berlaku. hehehe... eksiden berlanggor tu. yang Alif kecik langgar pak cik NAGA. hehehhehe.. 

okay. apa yang saya bayangkan, inilah rumah keluarga Harraz. ataupun rumah Datuk Haidar dan Datin Raudhah.  jgn marah.... sebenarnya ni rumah siapa ya? kalau ada yang tahu please inform me okay! serius cantik!!

ni Dining room, yang mana kejadian ayam terbang berlaku. 
(ABAIKAN GAMBAR KURANG COMEL TU EAH, SORRY)


ni pulak bilik dan juga bilik pakaian Harraz. nampak tak betapa cerewetnya seorang lelaki bernama Harraz? 


 yang pink bagai ni, biasalah.. anak perempuan sorang, si Risyalah, siapa lagi. hhehhe.... bak kata Harraz "malanglah lelaki dapat Risya. bilik PINK!"

ni kolam belakang rumah yangg Risya berendam tu. and masa ni Harraz jadi naga sebab Marha sulam baju dia. 



yang dua ni Hospital Perdana. Marha di bawa ke hospital ni lah masa tak sedarkan diri tu.

cantik kan? inilah bilik yang Marha duduk selepas dia tahu dia disantau dan keluarga Harraz sudi menjaga dan menolong dia. damainya...... lat sofa tu lah dia memangis sebab terharu dengan keprihatinan Datin Raudhah.






Thursday 23 May 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 11)






BAB 11
“ABANG, seronok tak hari ni?” Tanya Datin Raudhah sambil menyikat rambut di depan meja soleknya. Datuk Haidar mengangkat wajah dari pembacaan. Buku berjudul “Rahsia Al-Fatihah” itu diletakkan di atas meja sisi katil.
“Eh, bakpo pulok Odah tanya abang macam tu? Selama ini tok sedak ke berkumpul dengan anak-anak?”
“Bukan tok sedak abang, tapi hari ini abang perasan tak, kedatangan Marha buat rumah kita bising, meriah, gege. Mereka bertiga macam seronok sangat saling sakat menyakat.” Terang Datin Raudhah. Dia sudah mengambil tempat di sebelah suaminya di atas katil.
“Ooh... pasal Marha rupanya, ingatkan siapa. Abang perasan sangat. Harraz yang selama ini kaki sakat, makin menjadi-jadi nampaknya. Merah-merah muka Marha dibahan tadi. Dah nak dekat sama merah dengan muka Raz.” Jawab Datuk Haidar. Mereka berdua ketawa.
“Dari mula kaki Marha melangkah masuk ke rumah ni, saya dah mula sukakan dia. Abang macam mana?”
“Abang sukakan dia.” Jawab Datuk Haidar sambil tersenyum-senyum. Lain benar senyuman Datuk Haidar ni?
What?? Ulang lagi sekali bang. Kenapa senyuman gatal abang tu keluar sekali?” Datin Raudhah separuh menjerit. Datuk Haidar ketawa.
“Tak, maksud abang, abang pun sukakan dia macam mana Odah sukakan dia. Odah ni, mesti ke lautlah tu fikirannya. Seorang pun abang dah habis kudrat jaga, inikan nak menambah. Hahha….” Datuk Haidar ketawa lagi.
“Abang ni, suka sangat buat Odah terkejut tau!” marah Datin Raudhah. Dia menampar lembut bahu Datuk Haidar.
“Odah nak kenenkan Raz dengan Marha ke?” Tanya Datuk Haidar tiba-tiba. Datin Raudhah memandang wajah suaminya. Kuat betul deria keenam suaminya ini. Pantas betul menangkap apa yang tersirat di hati.
“Itu memang niat di hati bang, tapi macam mana janji kita dulu?” Tanya Datin Raudhah. Datuk Haidar mengeluh.
“Kita dah cari mereka merata tempat Odah, kali terakhir kita jumpa mereka masa Raz umur empat tahun di Sarawak, tu pun kita jumpa Piki sorang je, isteri dia dan anak bongsu mereka kita tak jumpa. Lepas tu sampai sekarang mereka menghilang. Bukannya masa kali terakhir kita jumpa tu kita ada bagi alamatkan?” Datuk Haidar juga menjawab dengan soalan. Datin Raudhah senyap. Dia mencerna kata-kata suaminya. 
Benar apa yang dikatakan oleh Datuk Haidar, mereka ada meninggalkan alamat, namun sehingga hari ini teman baik mereka, Piki, tidak menghubungi mereka. Mereka pernah berjanji untuk menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan bongsu Piki. Seingatnya Piki ada empat atau lima orang anak sebelum anak bongsunya, tetapi jarang sangat berjumpa, kerana anak-anaknya yang lain belajar disekolah berasrama. Nama pun ingat-ingat lupa, jadi kalau nak mencari anak-anaknya yang lain pun, belum tentu mereka boleh.
“Tak perlulah kita fikir Odah, kalau ada jodoh budak-budak ni, adalah. Kalau Piki datang tuntut janji kita dulu pun, saya serah keputusan kepada Raz, dia yang akan hidup dengan pilihannya, bukan kita. Betul tak sayang?” Datin Raudhah memandang wajah Datuk Haidar, kemudian memeluk suaminya.
“Abang rasa keputusan kita menjodohkan mereka ketika kecil tu, salah ke? Abang rasa kalau Karmila dapat tahu, dia marah tak pada orang tua mereka?” Datin Raudhah melontarkan soalan. Datuk Haidar kelu, tak tahu nak menjawab apa yang sesuai dengan soalan yang diberikan. Dia mengeluh.
“Insyaallah, kita hanya mampu mendoakan apa yang terbaik. Semoga apa yang bakal terjadi hari esok lebih baik daripada semalam. Abang tak ada jawapan untuk soalan-soalan Odah. Segalanya ada dalam hati mereka sendiri, apa yang bakal terjadi semuanya telah ditakdirkan, namun sebagai manusia kita harus guna setiap takdir yang berlaku tu sebagai pengajaran”

HARRAZ masih tidak mampu melelapkan mata. Masih teringat kejadian dia menyakat si gadis mulut itik, Si Marha siang tadi. Apabila di ingat apa yang terjadi tadi, ketawanya meletus sendirian. Terbayang-bayang kejadian di meja makan tadi.
“Marha, makan ya? Jangan malu-malu, buat rumah ni macam rumah sendiri okay.” kata Datuk Haidar. Marha hanya mengangguk. Dia makan dengan berhati-hati sambil memendam rasa. Bukan dia tak perasan si naga sedang memerhatikan dirinya bagai nak telan. Rimas! Suapannya mula menjadi kekok. Aduhai, kot ya pun nak terkam aku, tunggulah mangsa kenyang dulu, baru best makan mangsa yang gemuk dengan makanan ni. Bisik hati kecil Marha.
Dia akui, kedatangannya ke rumah ini amat menyeronokkan, rasa seperti keluarga sendiri. Risya yang manja, Datin Raudhah yang baik dan penyayang, Datuk Haidar yang peramah, semua ini buat pengubat rindunya pada kedua orang tuanya. Namun satu yang menjadikan dirinya tak ceria, N.A.G.A. Naga!
Harraz menyuap makanannya sambil melirik ke arah Marha. Control ayulah tuh! Harraz ketawa di dalam hati.
“Macam mana aku nak balas dendam ni.” Harraz berkira-kira sendiri. Dia melihat kedua orang tuanya serta adiknya yang kepoh sedang enak menikmati makanan tengahari. Tiba-tiba dia tersenyum menghilangkan kerutan di dahi. Dia mencapai seketul ayam dan dengan pantasnya dia membaling ke dalam pinggan Marha.
Plok!
“Eh! mak ayam jatuh terlentang!” Marha terkejut lantas melatah. Dia terbangun dan terbatuk-batuk. Tersedak nasi akibat terlampau terkejut. Risya turut bangun dan menurut-ngurut belakang Marha. Datin Raudhah menghulurkan air. Harraz ketawa puas hati walaupun di dalam hatinya terbit rasa cuak dimarahi papanya. Datuk Haidar menjeling tajam. Harraz perasan renungan maut papa. Sudah..!!
“Harraz, kenapa dengan kamu ni? Tak reti nak hormat orang lain nak makan? Tak pernah-pernah buat perangai.” Marah Datin Raudhah.
“Ayam terlepas ma. Sorry!” Harraz menunjukkan barisan gigi putihnya. Dia bangun menuju ke dapur dan terus membasuh tangan dan pinggan. Sebentar kemudian, dia terus keluar. 
Marha menjeling ke arah Harraz yang berlenggang lenggok keluar ke ruang tamu. Huh! Nasib baik depan mak ayah engkau. Kalau kat rumah aku, siap engkau kena cili! Aku sepak-sepak bagi patah segala tulang. Baru padan! Hati Marha berapi membebel. Tak sangka sampai begitu sekali Harraz menyakatnya. Harraz yang sempat melarikan diri, ketawa geli hati melihat wajah pucat Marha yang terkejut.
“Baru kau rasa, original from Harraz. Buat hal lagi dengan aku, aku balaslah secukup rasa. Itu baru tersedak nasi, kalau kau banyak bunyi lagi, tersedak anak gajah pulak aku buat. Jangan tak tahu. Ini Harraz. Suka-suka hati dia baju favourite di sulam-sulam. Hah, kali ini rasalah. Rajin tak bertempat. Lain kali nak tunjuk bakat pergi kelas sulaman, jadi cikgu. Baru ada orang hargai bakat menyulam tu.” Harraz membebel sendirian, melepaskan rasa. Dia bersandar pada kerusi di ruang tamu. Layan kartun lagi seronok!


“AMBOI, bahagia nampak!” tegur Risya. Harraz yang sedang berbaring di atas katilnya sepantas kilat berpaling ke arah pintu bilik. Risya dengan muka masam berdiri di situ. Harraz sengih.
“Kamu. Nak. Apa??” Tanya Harraz sepatah-sepatah.
“Nak makan abang! Boleh?” Tanya Risya, dia mengambil tempat di kerusi meja solek. Berhadapan dengan Harraz.
“Eh! Abang tak sedap tau, tak payah makan! Cari orang lain eah? Tak pun makan Kak Marha adik tu, sedap jugak abang tengok dia pucat tadi. Hahahahhaha…”
“Tak baik abang buat Kak Marha macam tu!” protes Risya.
“Alah apa salahnya, sesi perkenalan dalam rumah kita. Adik yang salah.” Jawab Harraz dengan muka selamba lalu memeluk erat bantal peluknya dan membuang pandangan keluar  menerusi  dinding kaca bilik. Langsir diangkat tinggi untuk memudahkannya melihat pemandangan di luar.
 “Eh! Apa adik pulak, kalau abang tak baling ayam tadi, takkan ada kejadian macam tu dalam rumah kita tau. Sesedap rasa tiba-tiba cakap adik yang salah.” Jerit Risya sedikit kuat.
“Adik, adik dah tahu abang tak suka perempuan mulut itik macam dia, yang adik sampai boleh bawa dia ke rumah kita kenapa? Memang patut abang balas sakit hati tadi.”
“Eleh, tak sukalah sangat. Tak suka orang berpada-pada oppa oiiii! Nanti jatuh sayang, adik tok se tolong sikit pun tau. Komen pendapat pun tok se, tok se, tok se! Tahu?” jawab Risya  sambil  menarik telinga Harraz, kemudian dia terus berlari keluar. Harraz menyeringai sakit.
“Kurang asam punya adik, tarik telinga aku pulak. Memang taklah nak kat mulut itik tu, peluk  Bobo lagi best. Mana Bobo ni. Meooow!! Bobo… jom tidur dengan papa jom! Bobo.!!” Jerit Harraz, kemudian seekor kucing berwarna putih baka Maine Coon berlari masuk ke biliknya. Kemudian kucing itu melompat atas katil Harraz dan menyusup ke celah ketiak.
“Ha... ada pun, papa ingat kamu seronok main kat luar tak reti nak tidur dah. Seronok ke main tadi?”
“Meow...”
“Iye? Ish..ish… mesti kamu kacau tok ma lagi ya?” Tok ma, panggilan Bobo untuk Datin Raudhah. Kata Harraz, Bobo ni anak dia. So, kena panggil Datin Raudhah macam cucu panggilkan neneknya. Macam-macam hal!
“Meooow..”
“Hahahahhaha..” Harraz ketawa….
“Kamu ni macam paham je ape yang papa cakap. Semua yang papa tanya kamu jawab aje. Nasib baik si mulut itik tadi tak jumpa kamu kan?” Tanya Harraz lagi sambil melaga-lagakan hidungnya dengan hidung kucing kesayangan.
“Meow…”
Tiba-tiba Harraz menyedari, di sebalik bulu tebal di sekeliling leher kucingnya, ada satu rantai yang tersangkut. Sejak bila Bobo ada colar tambahan pulak ni? Perak pulak tu? Harraz terus mengambil rantai yang berloketkan jed, namun jed ini berbentuk sebelah sahaja kepak rama-rama. Ada ke orang pakai sebelah je kepak? Macam pelik je! Mesti ada sebelah lagi! Harraz berfikir sendiri.
“Tapi siapa punya? Tak pernah-pernah aku tengok mama ngan adik pakai jed.” Harraz membebel sendirian sambil tangan kanannya  menepuk-nepuk lembut badan Bobo. Bobo yang selesa di dalam aircond dan enak di dodoi tuannya, terus berdengkur.

“Manalah kamu kutip benda alah ni Bobo oi… nak kata kutip kat luar, Bobo tak pernah di lepaskan di luar pagar, pergerakan kucing ini selalu dikawal. Pelik!”  Harraz terus memikirkan punca rantai itu, dia menyimpan rantai tersebut di dalam laci almarinya dan akhirnya dia terlelap sendiri sambil menepuh-nepuk punggung kucingnya. Ala-ala mendodoi anak.

Sunday 19 May 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab10)



BAB 10
“KAU kenapa ni Marha? Tension semacam je? Kamu ada masalah ke?” Tanya  Fatiya, teman baiknya. Mereka tinggal di kawasan dan blok yang sama, hanya aras rumah berbeza. Fatiya tinggal di tingkat 15, manakala dia di tingkat paling atas, tingkat 22. Fatiya berasal daripada Selangor, namun menetap di sini atas faktor kerja dan tidak mahu tinggal bersama keluarga. Fatiya mengambil tempat di atas katil, sebelah Marha yang memuncung.
“Tak ada apa-apalah.” Ringkas jawapannya. Marha duduk menopang dagu di atas lututnya. Separuh badannya di dalam selimut. Sejuk! Mana tidaknya, aircond terpasang dengan suhu paling rendah, kononnya boleh menyejukkan hati yang membara. Tapi langsung tak ada kesan, mulutnya tetap muncung sedepa.
“Aku bukan kenal engkau hari ini je Marha, jangan lupa tu. Engkau, kalau dah mulut memuncung, muka cemberut macam tu. Ini bukan tak ada apa-apa,tapi ni dah segala ada nih.” Bebel Fatiya lagi. Dia turut masuk ke dalam selimut yang membaluti tubuh Marha. Kulit kayu ke si Marha ni?
“Engkau gaduh dengan siapa ni? Jangan sampai aku buat kau bercakap sudah. Baik kau bagitahu awal-awal.” Fatiya memberi amaran. Tangannya mula menjalar di sekitar belakang Marha. Dia tahu, Marha cukup sensitif jika belakangnya disentuh. Marha mula bergerak, lalu menepis tangan milik Fatiya. Dia mendengus kuat. Lemah apabila tangan Fatiya sudah memulakan aksi.
“Yelah, yelah, aku cerita. Tangan tu tak payah aktif sangat, ada yang makan gigitan berbisa aku, tak pasal nanti kecoh dengan jeritan anak dara tua di kawasan kondo ni.” Marah Marha. Fatiya ketawa. Dia mengenangkan gigitan pertama yang dia terima ketika mengusik Marha. Mahu seminggu melekat kesan gigitan tersebut di lengannya.  Tak sanggup rasanya, cukuplah hanya sekali.
“Anak dara tua tak anak dara tua, cepat cerita. Aku baru dua puluh lima tahun okay? Belum tua lagi!” Fatiya sudah tidak sabar lagi. Apa yang membuat teman baiknya muncung memanjang begini.
“Tadi mamat naga tu datang rumah aku! Eiii! Memang padan dengan nama naga, dah la muka merah, lepas tu datang rumah aku main sembur-sembur pulak. Memang berapi semburannya. Buat lagi perangai hangin macam tu, memang padan dengan muka dia puas hati aku dapat sulam baju kesayangan dia dengan nama naga. Baju kesayangan konon. Sekarang, biar dia rasakan! Sanggup ke tak pakai baju tu depan orang ramai? Hahahaha” Marha ketawa kuat.
“Mamat naga mana pulak ni? Yang kau cerita dia suruh kau basuh baju tu ke?” Tanya Fatiya yang masih belum kurang jelas.
“Itu jelah naga yang menghuru harakan hidup aku sejak kebelakangan ni. Benci aku!” jerit Marha kuat sambil menepuk kuat tilam. Fatiya terkejut terus melompat dan memeluk  Marha.
“Hoi! Dah engkau kenapa peluk aku? Rimas la... rimas!” marah  Marha sambil merungkaikan pelukan Fatiya. Fatiya ketawa. Berasa lucu dengan perlakuan spontannya.
“Engkau yang bengong, menjerit lagi kuat-kuat siapa suruh? Dah tahu aku ni cepat terkejut, suka-suka hati je.” Fatiya marah-marah manja. Marha masih memuncung.
“Dah aku geram sangat. Kau tahu tadi, aku ingatkan adik dia datang seorang je, aku dengan tak bertudungnya sambut adik dia, nasib baik time tu naga tak ada lagi. Lepastu aku masuk dapur tinggalkan adik dia, kejap jer. Lepas buat air aku keluar la. Hampir melompat aku, nasib baik tak tumpah air yang aku tatang. Berlari macam pelesit aku masuk cari tudung. Dia bantai gelakkan aku, lepas tu siap sembur aku macam-macam. Kononnya  marah sangat aku sulamkan perkataan naga kat baju kesayangan dia tuh. Aku bantai buat bodoh jer, malas nak layan. Ahhahahaa... terus tengok tv. Pastu siap kritik rumah aku tak cantik la, aku itu, aku ini.Eeeiiiii!!!!” sekali lagi Marha menjerit dan terus menarik selimut membaluti seluruh tubuhnya. Eh! Tapi betul dia buat bodoh? Bukan ke dia sekali melayan perang mulut tadi?
Fatiya ketawa melihat Marha membatukan diri dalam selimut.
Itulah Marha, pantang marah mulutnya tak akan berhenti menjerit dan membebel. Bibir wajib dimuncungkan tanda protes. Rambut harus berserabai dek perlakuan tangan yang menggaru-garu kepala tanpa sebab. Sebijik orang tak waras! Hahaha... Fatiya ketawa lagi.
“Dahla tu..  dia dah balik pun kan? Tak payah nak layan setan sangat, lepas ni kau takkan jumpa dia lagi kan?” pujuk Fatiya. Dengan tak semena-mena, Marha bingkas bangun daripada pembaringannya.
“Siapa kata tak jumpa?? Masalahnya Tiya, minggu depan hari jumaat, Risya paksa aku pergi rumah dia. Mama dia jemput makan tengahari. Aduuuh!” Fatiya ternganga, kemudian mengeluh.
“Nasib engkaulah Marha, dapat adik yang baik, comel, elok, tapi abangnya naga. Hahahaa...”
“Sampai hati kau kan. Kawan kau punyalah seksa sekarang, kau boleh mengeluh macam tu je?”
“Lepas tu apa yang kau jangka aku akan buat? Pergi bunuh naga tu? Eh! Hello!! Ini bukan kat Thailand, bukan kat Mexico. Tak suka je boleh bunuh orang sesuka hati.” Fatiya membebel. Bukan dia tak kesian dengan Marha, tapi dah ini takdirnya, nak buat macam mana.
“Bunuh? Aku tak adalah sampai kejam macam tu.” Muncung Marha masih kelihatan.
“Ha! Tahu pun…  dahlah, aku nak balik. Malas aku  nak layan rajuk kau tu. Jangan lupa kunci pintu. Pergi rehat, kau bukannya boleh sangat stress bagai tu. Bye.” Fatiya berlalu pergi. Marha masih memendam rasa. Sebentar kemudian dia mendengar pintu di tutup. Marha bangun mengunci pintu dan menyambung menjadi batu. Menjadi batu? Erk! Macam Si Tanggang kena sumpah aje ayatnya. Hehehe…


AWAL kamu bangun hari ni Harraz, selalu kalau cuti selagi tak dengar orang berkhutbah Jumaat, selagi itu kamu memerap dalam selimut?” tegur Datin Raudhah. Harraz yang berdiri di depan dinding berakuarium yang  bersaiz 5 kaki di ruang tamu rumah,  menoleh ke belakang.
“Mana ada awalnya mama. Pukul 10 pagi dah ni, lewat dah.” Jawab Harraz. Dia mengambil tempat di sofa dan menghidupkan televisyen. Hari jumaat, siaran biasa-biasa sahaja, tak ada yang mampu menarik minatnya. Akhir sekali dia membuka saluran Ceria di Astro. Kartun Tom and Jerry lebih menarik perhatian.
“Mana tak awal mama, hari ini kan kita ada tetamu istimewa. Takkan mama dah lupa.” Risya yang baru turun dari tingkat atas menyampuk dan ketawa.
Harraz buat tidak tahu. Datin Raudhah turut mahu mengusik anak tunggal lelakinya.
“Allah Risya… patutlah, mama terlupa. Kamu tunggu Marha ke Raz?”
What??” Harraz memandang mamanya dengan pantas. Terkejut dia yang sedang memberi fokus kepada kartun yang sedang ditayangkan.
“Eh, mama salah oyak ke Raz? Ke mung yang tok se dengar?” Datin Raudhah masih mengusik.
“Mengarutlah mama ni, mengusik je kerjanya… janganlah… orang nak tengok Tom and Jerry pun tak boleh.” Muka Harraz mula memerah. Malu.  Terkantoi niatnya. Dia memang menunggu kedatangan Marha a.k.a perempuan mulut itik. Namun niatnya hanya satu, mahu menyakat dan membalas dendam.  Tunggulah Marha, hari ini aku balas betul-betul. Minggu lepas aku pergi rumah kau, kau buat tak tahu aje time aku  membebel. Tengok kali ini, siapa yang kenakan siapa. Bisiknya di dalam hati. Idea-idea nakal mula menerjah.
“Kalau mama salah, kenapa sampai ke Pelangi Mall orang tu ikut? Tak pernah-pernah kamu nak ikut Risya keluar, lagi-lagi ke rumah orang.” Tambah Datin Raudhah. Seronok pulak membahan anak sendiri. Selalu dia sahaja yang selalu dibuli Harraz, hari ini balas sikit-sikit je, bukan luak pun.  Datin Raudhah  tersenyum menahan ketawa. Dia sudah perasan wajah Harraz sudah mula bertukar warna. Cuba tengok telinganya, macam dah keluar asap dah tu.
“Raz ikut Risya sebab Raz nak marahkan perempuan tu, rajin sangat menyulam baju Raz dah kenapa? Ingat Raz beli guna daun kering ke?” mulutnya membebel, tetapi matanya masih pegun memandang skrin televisyen.
“Alah, bukannya kamu tak boleh marah dengan cara lain, bagi nota ke, kirim saja pada Risya. Lagipun, itu guna duit papa jugak, kalau rosak tak leh pakai, mintak dengan papa duit, beli baru. Habih ceghito!”
“Bagi nota? Mama…”
“Assalamualaikum….”
Belum  sempat habis  Harraz menjawab usikan daripada mamanya, terdengar seseorang memberi salam. Mereka bertiga memandang serentak ke pintu utama.
“Akak!” jerit Risya. Dia berlari ke arah Marha dan seterusnya memeluk Marha. Risya menarik Marha yang kelihatan malu-malu untuk masuk, dan mereka beriringan masuk ke rumah. Datin Raudhah bangun dan menyambut kedatangan tetamunya. Harraz yang masih melayan Tom and Jerry, tersenyum sinis. Tanda niat membalas dendam akan tercapai tak lama lagi.


“KITA nak masak apa hari ni mama?” Tanya Risya. Mereka bertiga duduk bersembang di bar dapur. Berkira-kira untuk memilih menu. Kaum Adam telah selamat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
“Entahlah, mama pun dah bosan asyik makan makanan sama tiap hari. Ha, Marha nak makan apa? Elok duk termenung, fikir nak makan apa ke?” Datin Raudhah bertanya sambil menepuk lembut paha Marha. Marha tersentak. Aduh! Kantoi berangan la pulak!
“Eh... erm.. entah, Marha ikut je Datin.”  Datin Raudhah tersenyum.
“Datin lagi, lupalah tu, kan mama dah pesan tadi, panggil mama. Kamu dah jadi kakak Risya, maksudnya kamu pun dah jadi anak mama. Lagipun Risya satu-satunya anak perempuan mama, ada kamu meriah sikit rasanya. Dulukan, mama teringin nak ada keluarga besar, seronok tau ada keluarga besar-besar ni. Tapi itulah, perancangan Allah tu lebih berkuasa. Dua saja yang mama ada.”
“Tak apalah mama, mana-mana pun rezekikan. Mungkin ada dua lebih berkualiti daripada ada ramai kan. Hehehhe…. Jadi apa kita nak masak ni?” Marha cuba menceriakan kembali keadaan.
“Apa kata kita buat nasi ayam hari ini?” Risya memberikan cadangan.
“Boleh jugak, dah lama akak tak makan nasi ayam.”
“Mama punya nasi ayam sedap sengoti akak. Betul! Tak tipu. Mesti mengigau seminggu kalau makan nasi ayam mama.” Risya ketawa.
“Pandailah Risya ni, bodek mamalah tu. Dah, bangun, gi bukak peti tu, tengok cukup barang ke tidak nak buat nasi ayam.” Arah Datin Raudhah.
“Yes mem!” Risya dan Marha menjawab serentak. Mereka berdua bangun dan berlari ke peti ais. Datin Raudhah tersenyum.
Seronok melihat Risya berteman gelak ketawa. Rasa terisi rumah. Dia memandang Marha. Wajah polos itu. Rasa seperti gadis itu membawa satu perasaan yang luar biasa ke rumah ini. Seperti pernah dilihat rias yang sama seperti ini, tetapi dia lupa. Setiap kali memandang wajah Marha, rasa dekat, seperti pernah berjumpa. Mungkinkah mereka pernah berjumpa di alam roh? Iya, kebarangkalian itu tinggi. Dia pernah mendengar orang-orang tua berkata, jika kita bertemu seseorang wajahnya seperti familiar, terasa dekat, mungkin di alam roh dulu, sebelum ditiupkan masuk ke dalam janin kita pernah berkawan, dan berhubung dengan orang tersebut. Tetapi dia sendiri tidak pasti sejauh mana kebenaran kata-kata ini, mungkin hanya cerita rekaan orang tua semata atau memang betul-betul berlaku.
“Cukup ma!” jerit Risya secara tiba-tiba mematikan lamunan Datin Raudhah.

 “Okay, jom masak.” Datin Raudhah menjawab. Dia bangun dan mula bergerak mendekati dua orang anak dara yang berdiri di hadapan peti sejuk unuk menyiapkan bahan memasak nasi ayam.

Thursday 16 May 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 9)



BAB 9
HARRAZ berlari-lari anak menuju ke bilik tidurnya. Rasa ingin melepaskan penat seharian di pejabat tak tertahan  lagi. Pengalaman di hari pertama memang memenatkan. Bukannya penat apa sebenarnya, penat kerana terpaksa sengih dan senyum sepanjang masa. Almaklumlah, baru masuk kerja kena tunjuk contoh yang baik. Hari ini dia di bawa mengelilingi keseluruhan bangunan pejabat, di perkenalkan kepada staf , ketua-ketua jabatan dan ahli lembaga pengarah syarikat, serta beberapa taklimat mengenai jawatan yang disandangnya  juga berkenaan beberapa projek yang sedang berlangsung.
“Nasiblah jadi anak pengarah syarikat, walaupun hari pertama bekerja, tugas dah macam aku yang buka syarikat ni. Orang sedap dok cakap aku untung lahir je dah ada kerja yang menunggu, tapi sebenarnya diorang  tak tau, seksa! Tobak sekso!” Dia merebahkan badannya di atas katil sambil menguak-nguakkan tangan serta kakinya.
Selesa!
Itu yang sedang dia nikmati sekarang.  Kemudian, secara tiba-tiba dia bangun.
Solat Asar!!
Alhamdulillah, dia teringat solat Asar yang belum di tunaikan. Segera dia bangun menuju ke bilik air. Mandi, mengambil wudhuk, seterusnya menunaikan  kewajipan. Beberapa ketika kemudian, selesai solat, Harraz bangun daripada sejadah dan menuju ke katil. Hajat di hati ingin menyambung sesi merehatkan badan, namun, langkahnya menyimpang ke arah meja solek di dalam biliknya.
“Beg plastik gapo pulak atas meja ni?” Tanya Harraz pada diri sendiri.  Seingatnya, sebelum ke pejabat tadi, meja ini kemas, kosong, tiada apa-apa barang yang di letakkanya.
Dia membuka dan  mengambil isi dalamnya.
“Baju aku!!”
Harraz tiba-tiba tersenyum.  Dia mencium baju tersebut. Disedut nafas dalam sekali.
Wangi!
Pandai anak itik basuh baju rupanya. Ini melebarkan lagi senyumannya. Rasa puas hati, akhirnya perempuan ini menurut katanya tanpa banyak bantahan. 
“Agak-agak berapa liter pewangi yang dia gunakan ya? Wangi sungguh. Bilik aku ni dah macam dipenuhi bau wangi baju kesayangan je.” Namun secara tiba-tiba, senyumannya mati.  Di bahagian bawah baju tersebut terdapat sulaman mata lalat yang agak besar dibuat. Benang berwarna merah dan  perkataan “naga” di tulis. Hatinya mula membara.
“Tak ada kerja betul, ini membalas dendam  ke apa? Rajin sangat menyulam baju orang! Saja bikin aku panas ni! Kalau ya pun berbakat dalam seni jahitan, kenapa tak jadi pereka fesyen? Tak jahit di baju sendiri? Kenapa baju kesayangan aku jugak yang dia nak test skill menjahit dia?” Kerana marah, Harraz membaling baju tersebut. 
Oh! Kesian kau wahai baju kesayangan…
Harraz berlari-lari anak. Dia bergegas menuju ke tingkat bawah, mencari Risya. Pantang benar barang miliknya diusik atau diganggu.


“WAH, seronoknya mandi kolam. Dah lama aku tak berendam macam ni. Rasa macam kerak-kerak badan dah hanyut dalam kolam... hahahha”. Risya membebel sendiri , hari tanpa kelas begini harus di manfaatkan dengan baik.  Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil berenang-renang.
“Risya!!”
Risya tersentak. Dia berpaling ke dalam rumah.
“Apa kena dengan abang aku sorang ni.” Kata Risya. “Risya kat sini bang, kenapa?!!” jawab Risya lantang. 
“Pedih tekak aku, dia yang duduk jauh-jauh, aku pulak yang kena menjerit.” Dia melihat Harraz terkocoh-kocoh berlari ke kolam renang, di belakang rumah mereka, dimana tempat dia sedang enak beristirehat.
“Apa hal abang aku sorang ni? Kalut semacam je?”.
Harraz berdiri di sebelah kolam renang.
“Sini kejap, ada hal dunia nak bincang ni.” Arah  Harraz sambil menunjukkan isyarat menggunakan jemari tangan kanannya. Risya yang terpinga-pinga melihat wajah garang Harraz berenang perlahan-lahan menuju ke tepi kolam .
“Ewah-ewah, bercekak pinggang bagai, apa hal ni?” soal Risya masih mahu bergurau. Senyuman nipis diselitkan.
“Bila adik ambik baju dengan perempuan itik tu?” soal Harraz tanpa menanti masa yang panjang. Dadanya bagai digoncang-goncang sang jantung yang sedang mengepam darah laju.
“Perempuan itik mana pulak ni?”
“Perempuan itik muncung tu la, siapa lagi!” muka Harraz sudah memerah. Marah.
Risya memandang abangnya dengan beberapa kerlipan. Sudah! Naga dah nak menggelegak ke? Jangan aku yang dihambur api kejap lagi sudah. Gerutu Risya di dalam hati. Memang dia dan abangnya baik, namun sesekali kalau Harraz naik angin, kecut juga urat perutnya melihat. Harraz ni bukan boleh jangka. Kalau nak meletup, bom!! Meletup aja tanpa tengok kiri kanan.
“Abangku sayang, kakak tu ada namalah,  Marha. M.A.R.H.A. tau?” dijeling sekilas matanya. Geram dengan tingkah abang yang poyo semacam aje ni. Tak pernah dalam hidup dia melihat Harraz berperangai sebegini dengan perempuan. Selalunya Harraz buat tak kisah sahaja jika ada masalah dengan mana-mana perempuan.
“Tak kisah la siapa-siapa pun, bila adik ambik? Soalan senang pun susah nak jawab.” Banyak cakap pulak adik aku ni. Marha konon, dah itik tu, itik je lah, dia panggil aku naga tak apa pulak? bentaknya di dalam hati. Geram!
“Tiga hari lepas. Kenapa?” Risya malas meleretkan perbincangan.
“Kenapa hari ni baru letak kat bilik abang?”
“Risya lupa lah abang, kenapa marah-marah ni? Akak dah bagi baju tu, apa lagi yang abang tak puas hati?”
“Baju memang dah bagi, tapi kenapa rajin sangat sulam menyulam baju abang? Siap tulis naga lagi tu?”
“Ye ke abang? Hahahahhahahaah!” Risya ketawa, termengah-mengah dalam air. Harraz cemberut. Kurang gula punya adik! Aku punyalah berasap dia bantai gelak?
“Ala abang, Kak Marha nak bagi kenangan la tu, hehhe…. Tapi tak payah la marah... kalau abang marah-marah, cancel  plan nak bawak Kak Marha datang sini.”
“Datang sini? Buat apa? Kau nak menaikkan darah abang lagi ye? Dah tau abang tak suka perempuan mulut itik tu. Kau nak sua lagi mukanya depan abang? Maaflah, mata abang tak mahu menghadam wajah dia tau. Tak sudi pun nak tengok. Dahla mlut itik, huduh!” Selar Harraz. Dia sudah melabuhkan punggung di atas bangku bersebelahan  kolam renang. Mukanya makin memerah. Risya menyambung ketawa yang masih bersisa. Adoilah abang aku ni, marah  sangat. Sensitif!
“Untuk pengetahuan abang, Kak Marha tu dah jadi kakak Risya tau. Alhamdulillah, adik bersyukur abang terlanggar dia tempoh hari, tak pasal-pasal adik dapat  kakak. Best! Kejap lagi adik nak pergi rumah dia tau. Dia tinggal dekat Pelangi Mall Condominium, dekat tepi Sungai Kelantan  tu, blok c, abang nak ikut?” terang Risya panjang lebar di akhiri dengan ajakan yang dia harap menyejukkan hati abangnya, Harraz.
“Buat apa? Menyakitkan hati je.” Jawab Harraz ringkas. Rasa marah masih berbekas dan bercampur ego sebenarnya.
“Lah, tadi marah sangat. Dah tu pergi la jumpa orang yang menyulam tu, marah dia sendiri. Dok pot pet, pot pet kat adik, macamlah boleh jadi apa-apa. Benang tu takkan terurai sediri.” Risya memberi cadangan. Harraz diam. Mencerna idea daripada Risya. Peluang ke dugaan ni?
“Pukul berapa?” Tanya Harraz setelah diam  beberapa ketika. Risya senyum.
Dah agak dah!


“ASSALAMUALAIKUM!” terdengar salam daripada luar rumah. Marha cepat-cepat berlari ke arah pintu.  Mesti Risya dah sampai. Tak sabar ni! Walau baru tiga hari lepas dia berjumpa dengan gadis comel itu, entah kenapa rasa rindu mula bertamu, sedangkan setiap hari berhubung samada  melalui mesej ataupun facebook. Syukur, bertambah seorang lagi kenalannya, tak sia-sia bergaduh dengan naga, ada jugak dia jumpa tempat bergurau dan berkawan.
“Waalaikumussalam!” Jawab Marha lembut sambil membuka pintu.
“Aaa!!! Sampai jugak akhirnya! Dari tadi akak tunggu kamu, ingatkan tak jadi datang.” Kata Marha  sambil memeluk Risya. Kedua pipi dilagakan.
“Eh! Mana boleh tak datang, dah janjikan? Tapi nasib baik pak cik guard kat bawah tu tak banyak songeh. Hehe..”  jawab Risya. 
“Kenapa? Diorang tanya Risya macam-macam ke?” soal Marha sambil menutup pintu. Mereka melangkah ke ruang tamu dan duduk di sofa.
“Tak ada tanya apa pun, suruh tulis nama je. Tapi parking depan tu susahkan kak, asyik penuh je.”
“A’a, selalu sangat penuh. Kadang-kadang ada yang malas naik parking kat atas, terus parking kat bawah je, walaupun berbayar.”
“Patutlah, nasib baik ada satu kereta keluar tadi. Dapat jugak parking.” Risya bergerak menuju ke balkoni kondominium milik Marha.
“Cantiknya akak pemandangan daripada balkoni rumah ni. Nampak sungai, mesti best malam-malamkan? Tak adalah berserabut dengan pemandangan kota tu.” jerit Risya, dia teruja.
“Alah, biasa jelah. Risya duduk kejap eah, akak buatkan air. Duduklah tengok-tengok apa yang boleh di tengok. Hehehe..” Marha berjenaka. Risya ketawa.
“Ada-ada je akak ni” kata Risya sambil matanya menghantar tubuh Marha yang menghilang  di sebalik dapur. Cantik rumah ni. Bertemakan  warna merah, putih dan sedikit hitam. Hampir keseluruhan perabot di dalam rumah ini berwarna hitam dan putih, hanya sofa di ruang tamu  ini sahaja berwarna merah. Warna yang berani.  Sebentar kemudian, Risya menerima satu pesanan ringkas.

Harraz: abang kat depan rumah dia ni dah. Bukak pintu cepat!

“Amboi abang aku ni. Mengarah nampak.”

Risya: ketuk jelah pintu. Tak boleh ke? Knp nak bermesej bagai ni?

Risya senyum, kemudian dia menekan send. Tak sampai seminit, dia menerima satu lagi pesanan ringkas.

Harraz: abang cakap buka tu, bukalah. Banyak pulak songehnya

“Issh! Abang ni.” Risya merungut sambil dia bangun menuju ke pintu. Klik! Pintu di buka, Harraz melangkah masuk.
“Lama betul abang parking kereta, dahla banyak songeh. Meh sini, duduk.” Bebel Risya. Harraz yang mula menapak ke dalam  rumah berlagak biasa. Dia duduk di sofa, sebelah adiknya. Matanya melilau-lilau memerhati keadaan susun atur rumah.
Okay. Not bad. Kemas, macam rumah perempuan. Eh! Bukan ke Si Itik tu perempuan? Komen Harraz di dalam hatinya. Dia senyum sendiri mengenangkan fikirannya yang terbabas.
“Maaflah Risya, akak tak sempat buat apa pun, akak…” ayat Marha tergantung. Matanya tak berkedip memandang Harraz a.k.a naga sedang duduk di sofa rumahnya.
“Alamak, alamak… kejap Risya, kejap.!” Marha kelam kabut. Nasib baik di sebelahnya ada meja kecil. Terus diletakkan dulang air dan berlari masuk ke bilik untuk mengenakan tudung. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah sakit hati apabila memandang wajah naga yang selamba bagai tiada apa-apa yang berlaku. Dari dalam bilik dia dapat mendengar suara Harraz yang sedang ketawa bedekah-dekah. Dapat dia bayangkan wajah naga yang tidak cukup oksigen sedang ketawa. Memang pasti warna merah!
“Oh, kau ketawakan aku ya? Kau ketawa tengok aku kelam kabut ya? Tak apa, tak apa, aku maafkan kali ni sebab aku yang ajak adik kau datang. Mesti kau yang menyempit nak datang ni kan? Kure hajar punyo nago! Dohla muko meroh mereey, marah pun meroh, suko pun meroh. De namo nago gak, duk meroh situh la!” Marha membebel seorang diri di dalam bilik. Dia cuba menenangkan diri sendiri sebelum keluar menghadap muka naga. Siaplah kau! Dasar naga jadian!

JADI inilah rumah anak itik yang pending ni ya?” Harraz bersuara sebaik sahaja melihat Marha keluar daripada mengenakan tudung.
So what?” soal Marha dengan perasaan sedikit geram. Tak habis-habis perkataan itik tu!
“Okaylah, not bad. Ada citarasa jugak kau ni kan?”
“Eh! Hello! Aku ni manusia macam kau jugak. Oops! Terlupa, kau kan N.A.G.A, naga! Maaflah encik naga, tersilap spesis pulak.” Harraz yang mendengar mula memerah telinganya. Geram sungguh! Berani perempuan itik ni mengejeknya ya?
“Suka-suka hati kau cakap aku naga ya? Engkau ni memang nak kena dengan aku kan?”
“kena apa?”
“hoi! Sudahlah korang ni! Kalah Risya yang budak-budak je bergaduh. Abang, please behave yourself. Datang rumah orang ni kan? Kita bukan tuan rumah.” Bebel Risya yang sedari tadi melihat drama sebabak di hadapannya. Marha tersenyum melihat Risya memarahi abangnya. Harraz pula semakin geram.
Adik aku ni, dah pandai sebelahkan orang luar nampaknya. Aku yang dah bertahun-tahun jadi abang dia ni, boleh dia marah sesuka hati? Bebel Harraz did alam hati.
Bakpo mung sulam baju aku?” dah keluar loghat Kelantannya. Sudah!
“Dah aku nak sulam. So? Salah ke? Hadioh la ko encik naga ni. Kesian aritu buat drama kat KB Mall tak di beri penghargaankan. Saya yang kelih ni rasa kesian, bagilah sedikit reward. Cantik tak?” Tanya Marha dengan niat memerli. Padan muka! Rasakan! Dia ingat marah dia je, marah aku simpan dalam peti besi? Sorry! That’s not me! Ini Marha Karmila okay.
“Tak! Huduh! Tak ada seni langsung. Lain kali kalau ya pun ada bakat, masuk kelas seni sulaman. Tak pun kalau dah rasa pandai sangat, join pertandingan menyulam. Ni apahal nak sulam-sulam baju orang. Ingat aku beli dengan daun kering ke baju tu?” Marah Harraz pula. Risya yang mendengar menggeleng perlahan. Parah dah aku tengok dua makhluk ni. Asal jumpa berapi, asal jumpa menembak! Bebelnya di dalam hati. Nak menyampuk kang, dengan dia-dia skekali kena sembur.

Dua insan mula berani berbicara. Adakah ia tanda getar cinta bakal mengetuk? Jangan lupa, kadangkala, orang yang kau paling cintai adalah orang yang paling dan pernah menyakitimu.