BAB 9
HARRAZ berlari-lari anak menuju ke bilik
tidurnya. Rasa ingin melepaskan penat seharian di pejabat
tak tertahan lagi. Pengalaman di hari pertama memang
memenatkan. Bukannya penat apa sebenarnya, penat kerana terpaksa sengih dan
senyum sepanjang masa. Almaklumlah, baru masuk kerja kena tunjuk contoh yang
baik. Hari ini dia di bawa mengelilingi
keseluruhan bangunan pejabat, di perkenalkan kepada staf ,
ketua-ketua jabatan dan ahli lembaga pengarah syarikat, serta beberapa taklimat
mengenai jawatan yang disandangnya juga berkenaan beberapa projek
yang sedang berlangsung.
“Nasiblah jadi
anak pengarah syarikat, walaupun hari pertama bekerja, tugas dah macam aku yang
buka syarikat ni. Orang sedap dok cakap aku untung lahir je dah ada kerja
yang menunggu, tapi sebenarnya diorang tak tau, seksa! Tobak sekso!” Dia merebahkan badannya di
atas katil sambil menguak-nguakkan tangan serta kakinya.
Selesa!
Itu yang sedang
dia nikmati sekarang. Kemudian, secara tiba-tiba dia bangun.
Solat Asar!!
Alhamdulillah,
dia teringat solat Asar yang belum di tunaikan. Segera dia bangun menuju ke
bilik air. Mandi, mengambil wudhuk,
seterusnya menunaikan kewajipan. Beberapa ketika kemudian,
selesai solat, Harraz bangun daripada sejadah dan menuju ke katil. Hajat
di hati ingin menyambung sesi merehatkan badan, namun, langkahnya menyimpang ke
arah meja solek di dalam biliknya.
“Beg
plastik gapo pulak atas
meja ni?” Tanya Harraz pada diri sendiri. Seingatnya, sebelum
ke pejabat tadi, meja ini kemas, kosong, tiada apa-apa barang yang di letakkanya.
Dia
membuka dan mengambil isi dalamnya.
“Baju aku!!”
Harraz
tiba-tiba tersenyum. Dia mencium baju tersebut. Disedut nafas dalam
sekali.
Wangi!
Pandai anak
itik basuh baju rupanya. Ini melebarkan lagi senyumannya. Rasa puas hati,
akhirnya perempuan ini menurut katanya tanpa banyak bantahan.
“Agak-agak
berapa liter pewangi yang dia gunakan ya? Wangi sungguh. Bilik
aku ni dah macam dipenuhi bau wangi baju kesayangan je.” Namun secara
tiba-tiba, senyumannya mati. Di bahagian bawah baju tersebut terdapat
sulaman mata lalat yang agak besar dibuat. Benang berwarna
merah dan perkataan “naga” di tulis. Hatinya mula
membara.
“Tak ada kerja
betul, ini membalas dendam ke apa? Rajin sangat menyulam
baju orang! Saja bikin aku panas ni! Kalau ya pun berbakat dalam seni
jahitan, kenapa tak jadi pereka fesyen? Tak jahit di baju sendiri? Kenapa baju
kesayangan aku jugak yang dia nak test
skill menjahit dia?” Kerana marah, Harraz membaling baju tersebut.
Oh! Kesian kau
wahai baju kesayangan…
Harraz
berlari-lari anak. Dia bergegas menuju ke tingkat bawah, mencari Risya. Pantang
benar barang miliknya diusik atau diganggu.
“WAH, seronoknya mandi kolam. Dah lama aku
tak berendam macam ni. Rasa macam kerak-kerak badan dah hanyut dalam
kolam... hahahha”. Risya membebel sendiri , hari tanpa kelas
begini harus di manfaatkan dengan baik. Dia menyanyi-nyanyi kecil
sambil berenang-renang.
“Risya!!”
Risya
tersentak. Dia berpaling ke dalam rumah.
“Apa kena
dengan abang aku sorang ni.” Kata Risya. “Risya kat sini bang, kenapa?!!”
jawab Risya lantang.
“Pedih tekak
aku, dia yang duduk jauh-jauh, aku pulak yang kena menjerit.” Dia melihat
Harraz terkocoh-kocoh berlari ke kolam renang, di belakang rumah mereka, dimana
tempat dia sedang enak beristirehat.
“Apa hal
abang aku sorang ni? Kalut semacam je?”.
Harraz berdiri
di sebelah kolam renang.
“Sini kejap,
ada hal dunia nak bincang ni.” Arah Harraz sambil menunjukkan
isyarat menggunakan jemari tangan kanannya. Risya yang terpinga-pinga melihat
wajah garang Harraz berenang perlahan-lahan menuju ke tepi kolam .
“Ewah-ewah,
bercekak pinggang bagai, apa hal ni?” soal Risya masih mahu bergurau.
Senyuman nipis diselitkan.
“Bila adik
ambik baju dengan perempuan itik tu?” soal Harraz tanpa menanti masa yang
panjang. Dadanya bagai digoncang-goncang sang jantung yang sedang mengepam
darah laju.
“Perempuan itik
mana pulak ni?”
“Perempuan itik
muncung tu la, siapa lagi!” muka Harraz sudah memerah. Marah.
Risya memandang
abangnya dengan beberapa kerlipan. Sudah! Naga dah nak menggelegak
ke? Jangan aku yang dihambur api kejap lagi sudah. Gerutu Risya
di dalam hati. Memang dia dan abangnya baik, namun sesekali kalau Harraz naik
angin, kecut juga urat perutnya melihat. Harraz ni bukan boleh jangka. Kalau
nak meletup, bom!! Meletup aja tanpa tengok kiri kanan.
“Abangku
sayang, kakak tu ada namalah, Marha. M.A.R.H.A. tau?” dijeling
sekilas matanya. Geram dengan tingkah abang yang poyo semacam aje ni. Tak
pernah dalam hidup dia melihat Harraz berperangai sebegini dengan perempuan.
Selalunya Harraz buat tak kisah sahaja jika ada masalah dengan mana-mana
perempuan.
“Tak kisah la
siapa-siapa pun, bila adik ambik? Soalan senang pun susah nak jawab.”
Banyak cakap pulak adik aku ni. Marha konon, dah itik tu, itik je lah, dia
panggil aku naga tak apa pulak? bentaknya di dalam hati. Geram!
“Tiga hari
lepas. Kenapa?” Risya malas meleretkan perbincangan.
“Kenapa hari ni
baru letak kat bilik abang?”
“Risya lupa lah
abang, kenapa marah-marah ni? Akak dah bagi baju tu, apa lagi
yang abang tak puas hati?”
“Baju memang
dah bagi, tapi kenapa rajin sangat sulam menyulam baju abang? Siap tulis
naga lagi tu?”
“Ye ke abang? Hahahahhahahaah!” Risya
ketawa, termengah-mengah dalam air. Harraz cemberut. Kurang gula punya
adik! Aku punyalah berasap dia bantai gelak?
“Ala abang, Kak
Marha nak bagi kenangan la tu, hehhe…. Tapi tak payah la
marah... kalau abang marah-marah, cancel plan
nak bawak Kak Marha datang sini.”
“Datang
sini? Buat apa? Kau nak menaikkan darah abang lagi ye? Dah
tau abang tak suka perempuan mulut itik tu. Kau nak sua lagi mukanya depan
abang? Maaflah, mata abang tak mahu menghadam wajah dia tau. Tak sudi pun nak
tengok. Dahla mlut itik, huduh!” Selar
Harraz. Dia sudah melabuhkan punggung di atas
bangku bersebelahan kolam renang. Mukanya makin
memerah. Risya menyambung ketawa yang masih bersisa. Adoilah abang
aku ni, marah sangat. Sensitif!
“Untuk
pengetahuan abang, Kak Marha tu dah jadi kakak Risya tau. Alhamdulillah,
adik bersyukur abang terlanggar dia tempoh hari, tak pasal-pasal
adik dapat kakak. Best! Kejap
lagi adik nak pergi rumah dia tau. Dia tinggal dekat Pelangi Mall
Condominium, dekat tepi Sungai Kelantan tu, blok c, abang nak
ikut?” terang Risya panjang lebar di akhiri dengan ajakan yang dia harap
menyejukkan hati abangnya, Harraz.
“Buat
apa? Menyakitkan hati je.” Jawab Harraz ringkas. Rasa marah
masih berbekas dan bercampur ego sebenarnya.
“Lah, tadi
marah sangat. Dah tu pergi la jumpa orang yang menyulam tu, marah dia
sendiri. Dok pot pet, pot pet kat adik, macamlah boleh jadi apa-apa.
Benang tu takkan terurai sediri.” Risya memberi cadangan. Harraz
diam. Mencerna idea daripada Risya. Peluang ke dugaan ni?
“Pukul
berapa?” Tanya Harraz
setelah diam beberapa ketika. Risya senyum.
Dah agak dah!
“ASSALAMUALAIKUM!”
terdengar salam daripada luar rumah. Marha cepat-cepat berlari
ke arah pintu. Mesti Risya dah sampai. Tak sabar ni! Walau
baru tiga hari lepas dia berjumpa dengan gadis comel itu, entah kenapa rasa
rindu mula bertamu, sedangkan setiap hari
berhubung samada melalui mesej ataupun facebook. Syukur, bertambah seorang
lagi kenalannya, tak sia-sia bergaduh dengan naga, ada jugak dia jumpa tempat
bergurau dan berkawan.
“Waalaikumussalam!” Jawab
Marha lembut sambil membuka pintu.
“Aaa!!! Sampai
jugak akhirnya! Dari tadi akak tunggu kamu, ingatkan tak jadi
datang.” Kata Marha sambil memeluk Risya. Kedua pipi
dilagakan.
“Eh! Mana
boleh tak datang, dah janjikan? Tapi nasib baik pak cik guard kat
bawah tu tak banyak songeh. Hehe..” jawab Risya.
“Kenapa?
Diorang tanya Risya macam-macam ke?” soal Marha sambil menutup pintu. Mereka
melangkah ke ruang tamu dan duduk di sofa.
“Tak ada tanya
apa pun, suruh tulis nama je. Tapi parking
depan tu susahkan kak, asyik penuh je.”
“A’a, selalu
sangat penuh. Kadang-kadang ada yang malas naik parking kat atas, terus parking kat bawah je, walaupun berbayar.”
“Patutlah,
nasib baik ada satu kereta keluar tadi. Dapat jugak parking.” Risya bergerak menuju ke balkoni kondominium milik Marha.
“Cantiknya akak
pemandangan daripada balkoni rumah ni. Nampak sungai, mesti best malam-malamkan? Tak adalah berserabut
dengan pemandangan kota tu.” jerit Risya, dia teruja.
“Alah, biasa
jelah. Risya duduk kejap eah, akak buatkan air. Duduklah
tengok-tengok apa yang boleh di tengok. Hehehe..” Marha
berjenaka. Risya ketawa.
“Ada-ada je
akak ni” kata Risya sambil matanya menghantar tubuh Marha
yang menghilang di sebalik dapur. Cantik
rumah ni. Bertemakan warna merah, putih dan sedikit
hitam. Hampir keseluruhan perabot di dalam rumah ini berwarna hitam dan putih,
hanya sofa di ruang tamu ini sahaja berwarna
merah. Warna yang berani. Sebentar kemudian, Risya menerima
satu pesanan ringkas.
Harraz: abang kat depan rumah dia ni dah. Bukak
pintu cepat!
“Amboi abang
aku ni. Mengarah nampak.”
Risya: ketuk jelah pintu. Tak boleh ke? Knp nak
bermesej bagai ni?
Risya senyum,
kemudian dia menekan send. Tak sampai
seminit, dia menerima satu lagi pesanan ringkas.
Harraz: abang cakap buka tu, bukalah. Banyak pulak
songehnya
“Issh! Abang
ni.” Risya merungut sambil dia bangun menuju ke pintu. Klik! Pintu di buka,
Harraz melangkah masuk.
“Lama betul abang parking kereta,
dahla banyak songeh. Meh sini, duduk.” Bebel Risya. Harraz yang mula menapak
ke dalam rumah berlagak biasa. Dia duduk di sofa,
sebelah adiknya. Matanya melilau-lilau memerhati keadaan susun atur rumah.
Okay. Not bad. Kemas, macam rumah perempuan.
Eh! Bukan ke Si Itik tu perempuan? Komen Harraz di dalam hatinya. Dia senyum
sendiri mengenangkan fikirannya yang terbabas.
“Maaflah Risya,
akak tak sempat buat apa pun, akak…” ayat Marha tergantung. Matanya tak
berkedip memandang Harraz a.k.a naga sedang duduk di sofa rumahnya.
“Alamak,
alamak… kejap Risya, kejap.!” Marha kelam kabut. Nasib baik di sebelahnya ada
meja kecil. Terus diletakkan dulang air dan berlari masuk ke bilik untuk
mengenakan tudung. Dalam hatinya menyumpah-nyumpah sakit hati apabila memandang
wajah naga yang selamba bagai tiada apa-apa yang berlaku. Dari dalam bilik dia
dapat mendengar suara Harraz yang sedang ketawa bedekah-dekah. Dapat dia
bayangkan wajah naga yang tidak cukup oksigen sedang ketawa. Memang pasti warna
merah!
“Oh, kau
ketawakan aku ya? Kau ketawa tengok aku kelam kabut ya? Tak apa, tak apa, aku
maafkan kali ni sebab aku yang ajak adik kau datang. Mesti kau yang menyempit
nak datang ni kan? Kure hajar punyo nago!
Dohla muko meroh mereey, marah pun meroh, suko pun meroh. De namo nago gak, duk
meroh situh la!” Marha membebel seorang diri di dalam bilik. Dia cuba
menenangkan diri sendiri sebelum keluar menghadap muka naga. Siaplah kau! Dasar
naga jadian!
“JADI inilah rumah anak itik yang
pending ni ya?” Harraz bersuara sebaik sahaja melihat Marha keluar daripada
mengenakan tudung.
“So what?” soal Marha dengan perasaan
sedikit geram. Tak habis-habis perkataan itik tu!
“Okaylah, not bad. Ada citarasa jugak kau ni kan?”
“Eh! Hello! Aku
ni manusia macam kau jugak. Oops! Terlupa, kau kan N.A.G.A, naga! Maaflah encik
naga, tersilap spesis pulak.” Harraz yang mendengar mula memerah telinganya.
Geram sungguh! Berani perempuan itik ni mengejeknya ya?
“Suka-suka hati
kau cakap aku naga ya? Engkau ni memang nak kena dengan aku kan?”
“kena apa?”
“hoi! Sudahlah
korang ni! Kalah Risya yang budak-budak je bergaduh. Abang, please behave
yourself. Datang rumah orang ni kan? Kita bukan tuan rumah.” Bebel Risya yang
sedari tadi melihat drama sebabak di hadapannya. Marha tersenyum melihat Risya
memarahi abangnya. Harraz pula semakin geram.
Adik aku ni,
dah pandai sebelahkan orang luar nampaknya. Aku yang dah bertahun-tahun jadi
abang dia ni, boleh dia marah sesuka hati? Bebel Harraz did alam hati.
“Bakpo mung sulam baju aku?” dah keluar
loghat Kelantannya. Sudah!
“Dah aku nak
sulam. So? Salah ke? Hadioh la ko
encik naga ni. Kesian aritu buat drama kat KB Mall tak di beri penghargaankan.
Saya yang kelih ni rasa kesian,
bagilah sedikit reward. Cantik tak?” Tanya Marha dengan niat memerli. Padan
muka! Rasakan! Dia ingat marah dia je, marah aku simpan dalam peti besi? Sorry!
That’s not me! Ini Marha Karmila okay.
“Tak! Huduh! Tak ada seni langsung. Lain kali
kalau ya pun ada bakat, masuk kelas seni sulaman. Tak pun kalau dah rasa pandai
sangat, join pertandingan menyulam. Ni apahal nak sulam-sulam baju orang. Ingat
aku beli dengan daun kering ke baju tu?” Marah Harraz pula. Risya yang
mendengar menggeleng perlahan. Parah dah aku tengok dua makhluk ni. Asal jumpa
berapi, asal jumpa menembak! Bebelnya di dalam hati. Nak menyampuk kang, dengan
dia-dia skekali kena sembur.
No comments:
Post a Comment