love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 20 December 2012

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 2)


BAB 2

RAMBANG matanya bila masuk ke Parkway, sebuah kedai hadiah yang terkenal di Bandar Kota Bharu. Pelbagai jenis hadiah tersusun, dari sekecil ibu tangan, sampailah sebesar-besar manusia dewasa. Tangannya tak diam, sekejap pegang teddy bear sekejap pegang gelas, sekejap itu, sekejap ini. Memang sakit kepala bila tiba saat pemilihan. Rasa mahu memiliki semua yang ada di dalam kedai ini.
“Apa agaknya hadiah yang sesuai buat Kak Syida? Nak bagi gelas, dah bermacam-macam jenis gelas yang aku dah beli. Hiasan yang kecik-kecik ni, kalau dibaling Aliff dengan Afiq mahu hancur. Ish! Tak boleh, tak boleh. Kena bagi benda yang besar-besar ni.” Bebel Marha sendirian. Sekali tengok, macam baru terlepas dari Tanjung Rambutan lagaknya. Bercakap seorang diri. Dia bergerak lagi kearah patung beruang setinggi dirinya.
“Takkan aku nak bagi teddy kat Kak Syida? Nanti apa kata Abang Iman. Mesti dia cakap aku ni buang tabiat. Akak aku dah kahwin mesti peluk laki dia, takkan nak peluk teddy ni kot... aduh... Yang ini pun tak lulus.” Bebel Marha lagi.
Sambil dia berjalan-jalan matanya didongakkan ke rak paling atas, dan tanpa di sengajakannya.

Prang!!

Bunyi kaca berderai. Marha hanya mampu berdiri kaku.
 Alamak! Ahhh…sudah!! Mamat mana pulak yang aku langgar ni? Huk aloh mung Marha. Terbolah!  Bisik Marha di dalam hati. 
Cuak!
Perlahan matanya diturunkan dan terpapar wajah seorang lelaki yang sedang memandangnya. Lelaki berbadan tegap itu memandang Marha dengan tajam sekali. 
Aduh, mamat ni mesti senok otak dengan aku. Kenapa la cuai sangat, ni salah otak akulah ni, berangan tak sudah-sudah. Nak buat gapo ni...
“Er... er… Minta maaf encik, saya tak perasan encik berdiri dekat sini. Tak… tak apa, barang ni saya bayarkan ya.” Marha tergagap-gagap membuka bicara. Namun lelaki tersebut hanya diam seribu bahasa.
 “Haiyaa… ini barang sudah pecah ma… siapa mahu ganti? Kamu? Kamu?” seorang lelaki berbangsa Cina berdiri di antara mereka, dia membebel-bebel sambil menunding-nunding jari telunjuknya kepada Marha dan lelaki perasan serius itu. Marha kaget.
  “Er… er… saya Apek… saya….” jawab Marha.
Apek ni bisingla… kot ye pun barang ni pecah tapi jangan la bising-bising. Malu woo… mamat ni sorang, dari tadi, bisu ke apa? Aku mintak maaf dia buat senyap jer, bajet bagus ker apa? Aku kira bajet syarikat pun tak seserius mamat ni, ke dia tengah kira bajet Kristal yang pecah ni? Hahahha… ish! Sempat pulak aku berangan, dah la barang ni pecah pun sebab aku. Aku yang langgar mamat ni, kalau aku tak langgar, mesti tak pecah punya. Aduh… Apek ni bebel lagi. Diamla Apek…malu la ….
 “Tak apa, saya yang bayar. Lain kali hati-hati. Berjalan guna kaki, lihat arah guna mata, bukan berjalan guna mata, melihat dengan kaki.” Jawab lelaki itu.
Marha mendongak. Tersedar daripada alam bebelannya apabila mendengar suara tegas lelaki tersebut. Marha memuncungkan mulutnya. Sudah lekat tabiat apabila dia dimarahi. Dia hanya memandang kosong pada wajah lelaki tersebut.
Ha… boleh pun bercakap, ingat dah bisu tadi, siap perli-perli aku lagi... Amboi... Mesti dia dah habis kira bajet ni, sebab itu dia dah boleh bercakap. Herm… mesti dia rasa benda ni tak mahal. Tengok perwatakan macam orang duit berkepuk je. Hehehehe… Apa pun, selamat…duit aku. Monolognya disambung lagi.
 “Betul ni encik? Saya yang langgar encik tadi, patutnya saya yang bayar..” Marha masih berbasa-basi. 
Eleh, orang dah nak bayar tu, saja nak cakap banyak. Buatnya mamat ni nak aku yang bayarkan…rugi… rugi… hatinya memerli diri sendiri.
 “Tak apa.” Jawab lelaki itu pendek. 
 “Thanks ea.” 
Wah! Tak payah keluar duit la… ini yang aku suka ni. Hatinya berbisik gembira. Bibirnya tersenyum girang. 
Bestnye!! ni yang rasa nak je selalu langgar lelaki handsome ni...” ujar  Marha dengan nada berbisik. Siapa tak seronok kalau ada orang yang sanggup bertanggungjawab atas kecuaian sendiri.
“Kenapa awak cakap sorang-sorang ni? Dari Lorong Che Hussin  ke?” Sergah Lelaki itu.
Lorong Che hussin adalah merujuk kepada satu kawasan yang letaknya bersebelahan dengan Hospital Sultanah Zainab II, Kota Bharu. Kawasan tersebut merupakan satu kawasan khas untuk pesakit-pesakit mental atau dengan bahasa mudahnya wad gila.
 “Erk!! Erm… erm… heheheheh” Marha buat muka tak tahu malu. Hanya senyum dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
“Terima kasih encik…?” ayat Marha berhenti dan memandang tepat ke wajah lelaki itu.
“Tak payah nak mengorat guna cara lama, saya dah kalis. Tak apalah… saya pergi dulu. Lain kali jaga mata, jangan banyak berangan. Kalau tak, entah berapa ramai yang akan kopak sebab kecuaian awak!”
 Alamak! Mamat ni membebel kat aku ke? Malunya!!! Dah la ramai orang kat Parkway ni... gumam hatinya sambal mata melilau ke seluruh kedai.
“Iya encik, maaf sekali lagi, tapi ngorat cara lama tu macam mana encik? Saya rasa saya ni hidup zaman moden... heeee, dolu-dolu tak main dah encik”, jawab Marha sambil tersengih menunjukkan barisan giginya.
 “Nampak sangat kuno. Kau nak tau nama aku cakap jelah, tak payah buat muka pending sambil mata terkebil-kebil macam tu....” jawab lelaki itu dan terus berlalu meninggalkan Marha dengan wajah kerang busuknya. Beberapa langkah dia berjalan meninggalkan Marha yang terkebil-kebil, dia berpusing.
            “By the way, my name is Rizki.”
Selepas itu, lelaki tersebut terus berlalu. Marha pula?
Homaigod!!! Rizki?? Rizki apa? Rezeki yang datang daripada langit ke apa ni? Memang pembawa rezekilah kau! Dahla handsome,  mulut longkang sikit tak apa la kan… hehhehe…. Eh, kejap! Maksudnya mengurat cara lama, tu dia kata aku buat-buat tanya nama dia ya tadi? Hahahhaa… kuat perasan jugak ya mamat ni? Lantak dialah, janji aku tak kerugian hari ni.” Bebelnya sendirian. Suka benar membebel sendiri, patutlah lelaki tadi mengagak dia dari Lorong Che Husin.
 Marha tersenyum-senyum sendirian dan terus berlalu dari kedai Parkway itu. Lebih baik memblahkan diri daripada menjadi mangsa pandangan orang yang dari tadi asyik menonton drama aku dan Rizki. Huuu…. Rizki lagi... huwaa….. di awangan….
Marha terus berlalu dan menuju ke deretan kedai yang lain. Masih mencari apa yang terbaik untuk dijadikan hadiah hari lahir kakaknya, Mursyida. Memang setiap tahun itu agenda wajib yang dia lakukan untuk kakaknya yang tercinta. Kakak yang sanggup membantunya ketika susah di universiti dahulu walaupun kakaknya hanya bergantung hidup pada suami yang bekerja kampung dan upah menjahit baju.
Walaupun besar duka yang diberikan oleh abang dan kakak yang lain, namun bagi dirinya, biarlah. Nikmati sahaja sisa hidup yang ada, semuanya milik Allah SWT. DIA yang lebih berhak menentukan apa yang akan terjadi. Tugasnya sebagai hamba adalah mendekatkan diri pada penciptanya, menjaga serta menyayangi orang di sekelilingnya.


PRANG!!
Harraz memandang Kristal yang baru dipegangnya terjatuh. Hancur. Matanya diangkat dan dia memandang gadis yang melanggarnya dengan tajam sekali. Sakitnya hati! Aku punyalah berkenan dengan Kristal tu. Dia ni ingat mudah ke nak mencari bentuk kapal macam tu, boleh dia langgar? Memang saja nak naikkan hangin aku..
“Er… er… Minta maaf encik, saya tak perasan encik berdiri dekat sini. Tak… tak apa, barang ni saya bayarkan ya.” Gadis itu takut-takut bersuara, mungkin tahu salahnya. Siapa suruh berjalan mata ke atas?
Harraz diam tidak  menjawab, masih menahan sabar.
“Haiyaa… ini barang sudah pecah ma… siapa mahu ganti? Kamu? Kamu?” seorang lelaki berbangsa Cina berdiri di antara mereka, dia membebel-bebel sambil menunding jari telunjuknya kepada Harraz dan perempuan pending itu.
            “Er… er… saya Apek. Saya...” jawab gadis itu.
Eleeeh…. Ada duit ke nak ganti, muka macam budak sekolah saja, marah lagi Apek, marah lagi, suka betul aku tengok muka dia kena bebel… haha… Harraz ketawa dalam hati, tetapi wajahnya masih lagi diseriuskan sambil hati menahan gelodak rasa yang mahu ketawa.
            “Tak apa, saya yang bayar. Lain kali hati-hati. Berjalan guna kaki, lihat arah guna mata, bukan berjalan guna mata, melihat dengan kaki.” Harraz menjawab menunjukkan kemachoannya, baru gentleman sikit...
Gadis itu terus memandang Harraz, sambil wajahnya yang sedikit memuncung kemudian bertukar menjadi sebuah senyuman. 
Senyum memanjang! Ingat aku boleh cair ke dengan senyuman macam tu? Kambing lagi lawa la! Jerit Harraz dalam hati. 
Eh! macam mama dengan Risya la pulak muncung 18 tuh. Hahahahhaa… Harraz ketawa lagi, namun masih di dalam hati. Risau dilihat perempuan itu rosak rancangan mahu buat dia cuak.
Sungguh, rasa kelakar melihat perempuan itu memuncung, sama seperti perangai adik dan ibunya. Kali pertama dia melihat perempuan lain memuncung selain keluarganya. She looks very draw!
“Betul ni encik? Saya yang langgar encik tadi, patutnya saya yang bayar...” gadis itu bersunguh-sungguh bertanya. Ewah-ewah, banyak songeh pulak perempuan nih, aku nak bayar dah cukup baik.
“Tak apa.”
Thanks ea.”  Jawab gadis itu, masih tersenyum panjang. 
Senyum lagi, happylah tu aku yang bayarkan. Eiii... geram betol perempuan nih! Eh!? Apa yang mulut dia terkumat-kamit tu?
“Kenapa awak cakap sorang-sorang ni? Dari Lorong Che Hussin ker?” Sergah  Harraz. Gadis itu kaget. Terus mulutnya berhenti bergerak.
“Erk!! Erm… erm… heheheheh” Gadis itu senyum dan menggaru-garu kepalanya.
“Terima kasih encik…?” gadis itu bersuara lagi sambil terkebil-kebil memandangnya.
Harraz memandang wajah gadis itu, bersungguh Nampak? Nak tanya nama aku la tu, sama macam  perempuan-perempuan  lain.
“Tak payah nk mengorat guna cara lama, saya dah kalis. Tak apalah… saya pergi dulu. Lain kali jaga mata, jangan banyak berangan, kalau tak, entah berapa ramai yang akan kopak sebab kecuaian awak!” Harraz jual mahal. Kepoyoan terserlah di situ.
“Iya encik, maaf sekali lagi, tapi ngorat cara lama tu macam mana encik? Saya rasa saya ni hidup zaman moden... heeee, dolu-dolu tak main dah encik” jawab gadis itu sambil membuat muka peliknya, muka pending! Dengan mata yang melilau-lilau melihat sekeliling.
Eii…. Geramnya aku dengan perempuan ni, saja nak kenakan aku balik yer, buat-buat tak faham pulak?
“Nampak sangat kuno. Kau, nak tau nama aku cakap jelah, tak payah buat muka pending sambil mata terkebil-kebil macam tu....” jawab Harraz meninggalkan gadis pending itu. Beberapa langkah dia berjalan, dia berpusing.
“By the way, my name is Rizki.”
Harraz terus berjalan menuju ke tempat letak kereta bawah tanah di bangunan KB Mall. Sambil berjalan, dia bermonolog, masih mengingati kejadian yang baru sahaja terjadi.
Kenapa pulak aku baik hati bayar benda tadi, aduh… rugi…rugi… nak kata perempuan tadi cantik, tak ada la sangat, tapi manis tu ada lah. Hehehehe… Harraz Rizki tersenyum sendiri.  Dia berlalu keluar selepas membayar harga Kristal yang pecah itu, menaiki keretanya dan terus meninggalkan KB Mall.


“HAH! Ke mana Raz? Petang baru nampak muka? Adik sibuk mencari ajak teman main buai kat bilik sambil bergosip katanya.” Tegur Datin Raudhah apabila batang hidung anak lelaki tunggalnya kelihatan.
“Saja jalan-jalan tengok negeri tercinta ni, maklumlah… dah lama tak balik.” Jawab Harraz. Dia menghenyakkan diri di atas sofa di ruang menonton tv.
“Untungla... boleh jalan-jalan. Mama jugak duk kat umah ni.” Datin Raudah menjeling manja anaknya. Dia sibuk menggubah bunga plastik sebagai hiasan rumah.
“Alah mama, macamlah tak boleh ajak papa keluar. Raz ajak tadi tak nak ikut. Ni, mama cakap adik cari Raz? Bakpo?” Harraz bertanya sambil menekan butang alat kawalan televisyen. Channel 616, Cartoon Networks menjadi pilihannya. Apa lagi kalau bukan Tom & Jerry yang di cari.
“Ya Allah budak ni. Punya panjang ayat mama tadi, kamu boleh tanya bakpo? Mama cakap adik cari, nak ajak teman main buai kat dalam bilik sambil bergosip. Jelas ke tak?”
Harraz mencebik.
“Buai kat bilik? Bergosip? Kalau pasal buai dengan gosip Raz tak apa lagi, tapi kalau pasal bilik, tak naklah. Pink! Tiba-tiba rasa dua alam je masuk dalam bilik tu.” Jawab Harraz sambil menunjukkan wajah kegelian. Datin Raudhah ketawa. Macam-macam perangai!
“Kamu ni Raz, alah… bilik aje pun bukannya apa sangat. Dah nak buat macam mana, adiknya perempuan, bukan salah pun kan?”
“Salah memang tak salah ma. Orang lain pun perempuan juga, tapi tak adalah sampai satu bilik tu warna pink. Dengan cadar, dinding, langsir, buai pun, siling lagi lah... yang papa pergi layan permintaan dia nak siling bunga-bunga merah jambu tu kenapa? Mabuk Raz tau tak?”
“Habis kamu nak suruh adik punya bilik macam kamu? Segalanya putih dengan hitam je? Pucat semacam je mama tengok. Macam orang tak ada citarasa tau.”
“Eh, itu bukan pucat mama, itu namanya kemas, bersih!” Jawab Harraz laju. Datin Raudhah hanya menggeleng kepala. Tahu sangat sikap ‘pengemas,pencerewet,penggeli’ anak lelaki nan satu itu.
“Apa-apa jelah Raz, mama nak keluarlah dulu tengok bunga. Kalau adik datang melalak dengan kamu, pandai-pandailah menjawab ye?” Datin Raudhah terus berlalu menuju ke taman bunga miliknya.
Oleh kerana anaknya hanya dua, masing-masing sudah dewasa dan sibuk dengan hal sendiri, taman inilah yang menjadi pengubat sunyinya. Harraz senyum namun matanya tetap di skrin televisyen melihat Tom di kejar oleh Jerry.

“HAI sayang, lama tunggu?”
Marha yang malu-malu hanya mampu menunduk. Tak sangka ada lelaki misteri yang mengajaknya berdating hari ini. Bukan setakat dating, tetapi siap dengan romantic candle light dinner lagi kau! Dengan lantai yang penuh dengan kelopak bunga mawar merah, tiga batang lilin yang di letakkan di tengah-tengah meja, muzik merdu yang entah darimana datangnya. Waaah! Ini memang terlebih romantik.
“Baru je sampai.” Jawab Marha ringkas. Segan pun ada sebenarnya. Disebabkan dia tidak sabar, dia datang setengah jam lebih awal. Nasib baik semua persiapan yang lelaki misteri ni buat dah siap.
“Kenapa menunduk je ni, malu ya?” Tanya lelaki itu. Marha hanya ketawa perlahan. Eh! Mestilah perlahan, takkan nak ketawa besar? Jatuh saham nanti.
“Awak tak nak pandang saya?” lelaki itu bertanya lagi.
“Nak, tapi seganlah. Erm... Ape semua ni sebenarnya? Cakap makan malam je.” Tanya Marha. Buat-buat tidak tahu.
“Semua ni? Semua ni khas untuk pengarang jantung hati saya. Awaklah. Ini bukti cinta saya pada awak.”
Wah!! Marha sudah menjerit di dalam hati. Ini memang tangkap leleh punya luahan da... Menjerat hati dan menusuk kalbu. Ewaah! Hatinya berjoget riang.
“Awak, dongak please. Pandanglah saya.” Lelaki itu cuba memujuk.
“Kejaplah… saya malu.” Jawab Marha.
“Ala… tak nak la… dongaklah sekarang...” rayu lelaki itu lagi.
 Eh! Main paksa-paksa orang pulak. Tak menyabor sungguh! Yelah! Aku dongak.
Namun, sebaik sahaja Marha mengangkat muka dan bertentangan dengan lelaki tersebut...
“Aaaaa!!!!!”  Marha menjerit sekuat hati kerana terperanjat. Dia cuba bangun daripada tempat duduknya, namun tanpa diduga,  DUSH!! 
Marha terlentang jatuh daripada kerusi. Dia memeritkan matanya. Sakit! Marha bangun dengan susah payah. Malu! Kemudian, mengenyeh-genyeh matanya.
Gila! Kenapa lelaki yang bernama Rizki tu dinner dengan aku? Biar benar?” 
Namun apabila membuka mata. Satu lagi kejutan yang dia dapat.
“Aik?? Kenapa aku pakai pijama? Eh? Kenapa katil pulak ni? Ni bilik aku ni?? Bukan ke tadi ada bunya ros, ada lilin, ada... Ya Allah! Aku mimpi! Silly! Silly! Silly you Marha. Kenapa dalam ramai-ramai lelaki, mamat bajet bagus tu jugak yang masuk dalam mimpi kau? Macam tak ada orang lain ke hah? Aduh...” jerit Marha sambal menggaru kuat kepalanya yang tidak gatal. Rasa bodoh dan kelakar pula.
Marha duduk di birai katil, menggosok pinggangnya yang berdenyut ngilu, kesan jatuh tergolek daripada katil tadi. Dia memegang kepalanya. Masih berfikir kenapa dia bermimpikan lelaki yang dia jumpa di Parkway siang tadi.
“Aku ada teringat pasal dia ke hari ni? Erm... rasanya tak ada. Lepas terjumpa tadi aku terus lupakan dia rasanya. Tapi kenapa malam ni menggatal masuk dalam mimpi aku ni?” Marha membebel kepada diri sendiri.Dia rasa pelik. Tak pernah dia bermimpikan seseorang sehingga dia tergolek jatuh katil.
Ini mainan tidur atau setan? Ah! Apapun jawapannya, it’s still weird! Dah lama aku tak berfikir soal lelaki ni... nama dia Rizki, tapi aku tak nampak pulak kot celah mana rezeki untuk aku kalau melalui dia. Kalau setakat rezeki tak payah bayar Kristal tadi, itu perkara biasa je kot. Dia lelaki, mestilah nak tunjuk kelelakian dia. Ye dok? Kalau jatuh katil ni pun orang tak panggil rezeki, orang panggil bala! Hadoi... pening... jangan melebih Marha oi!
Sambung tidur lagi best!’

“PERGI dulu kak deh!” Marha menjerit dari dalam keretanya.
Bye ibu, abah!” Alif dan Afiq melambai ke arah ibubapanya. Mursyida dan Iman. Kemudian kereta Perdana itu meluncur laju meninggalkan rumah yang didiami Mursyida sekeluarga.
“Anak-anak mama hari ni nak pergi mana?” tanya Marha.
“Afiq nak pergi playground, nak main gelongsor, boleh mama?” jawab anak sulung Mursyida.
“A’a, atik pun nak yi ugak! (adik pun nak pergi jugak)” Alif si kecil yang pelat turut menyokong cadangan abangnya. Marha ketawa.
“Boleh je, tapi anak-anak mama kena janji jangan nakal-nakal, jangan berbalah boleh? Tak mau lari-lari, nanti jatuh, luka, lepas tu nangis… kalau ada yang menangis mama tinggal je kat situ, tak nak kawan. Boleh?”
“Aik oos! (baik boss!)” jerit Alif. Afiq dan Marha ketawa. Kedengaran lucu setiap kali Alif membuka mulut. Alif hanya tersengih menampakkan giginya yang belum penuh tumbuh. Marha kembali memandang ke hadapan dan meneruskan pemanduannya ke Taman Tengku Anis yang terletak di Tanjung Chap, satu kawasan yang popular untuk aktiviti beriadah dan bersama keluarga.
Hari ini hari Sabtu, seperti biasa dia akan membawa anak-anak kakaknya keluar bersiar-siar sementara Mursyida menyiapkan baju-baju yang ditempah. Kerana hadirnya Alif dan Afiq inilah membuatkan hidupnya lebih ceria dan terisi. Kalau di ikutkan penat, memang tak terlarat untuk membawa dua kanak-kanak aktif ini berjalan, namun untuk mengelakkan hidupnya dari mengingati peristiwa-peristiwa sedih, dia gagahkan juga diri.
Mursyida dah banyak berkorban untuk dia ketika dia melanjutkan pelajaran. Jadi sekarang, apa salahnya jika dia membantu mengasuh anak-anak saudara demi membolehkan Mursyida mencari rezeki. Anak-anak kecil ini sudah dilayan bagaikan dia yang melahirkan mereka.
“Amenye ama... atik nak air la... (Lamanya mama... adik nak air la...)” tiba-tiba si kecil Alif bersuara. Marha senyum.
“Kejap lagi dah nak sampai, sekejap lagi kita beli air kat sana deh?”
“Yela..”
“Bagus anak mama, dengar cakap. Sabar ya?”
“Abang nak aiskrim boleh mama?” Tanya Afiq pula.
“Apa je yang anak-anak mama nak, semua mama akan bagi, tapi janji kena jadi anak soleh. Boleh?”
Boyeh je...” jawab Alif. Afiq ketawa.
“Adik telornya...” tegur Afiq. Mereka ketawa.
“Mama, Afiq nak tanya boleh?”
“Iye sayang, tanyalah. Mama tengah drive ni.” Jawab Marha manja.
“Bile Afiq nak ada papa?” soal Afiq telus dengan riak wajah yang selamba. Soalan yang dilontarkan bagaikan bom yang secara tiba-tiba meletup.
Sreeeet!!!!
Sebaik sahaja soalan habis dilontarkan, kaki Marha laju menekan break. Nasib anak-anak saudaranya bertali pinggang keledar. Kalau tidak, pasti ada yang menepek di cermin depan kereta. Fuh!
“Mama!!” jerit Afiq daripada tempat duduk belakang. Marha kelam kabut. Dia memberi signal ke kiri. Kereta digerakkan dan diberhentikan sebelah kiri. Ya Allah, selamatkanlah aku. Nasib baik kereta kat belakang sempat berhenti. Ya Allah. Tangan Marha terketar-ketar. Terkejut dengan reaksi sendiri yang berhenti mendadak sebegini. Dia memang sensitif kalau soalan bab teman hidup ni, tapi tak sangka tindakbalasnya hampir membahayakan nyawa mereka semua.
“Afiq sayang, semeta deh? Kejap je. Mama nak rest. I’m not okay.” Beritahu Marha sambil mengukir senyuman palsu. Dia tersentak dan terkejut sebenarnya dengan soalan yang keluar daripada mulut Afiq tadi. Bagaikan ada yang menepuk bahunya tiba-tiba. Iya! Rasa terkejutnya lebih kurang begitulah.
Tok! Tok!

Cermin tingkap kereta diketuk oleh seseorang. Marha berpaling dan mempamerkan reaksi terkejut. Kali kedua terkejut sebenarnya!

No comments:

Post a Comment