love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 23 May 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 11)






BAB 11
“ABANG, seronok tak hari ni?” Tanya Datin Raudhah sambil menyikat rambut di depan meja soleknya. Datuk Haidar mengangkat wajah dari pembacaan. Buku berjudul “Rahsia Al-Fatihah” itu diletakkan di atas meja sisi katil.
“Eh, bakpo pulok Odah tanya abang macam tu? Selama ini tok sedak ke berkumpul dengan anak-anak?”
“Bukan tok sedak abang, tapi hari ini abang perasan tak, kedatangan Marha buat rumah kita bising, meriah, gege. Mereka bertiga macam seronok sangat saling sakat menyakat.” Terang Datin Raudhah. Dia sudah mengambil tempat di sebelah suaminya di atas katil.
“Ooh... pasal Marha rupanya, ingatkan siapa. Abang perasan sangat. Harraz yang selama ini kaki sakat, makin menjadi-jadi nampaknya. Merah-merah muka Marha dibahan tadi. Dah nak dekat sama merah dengan muka Raz.” Jawab Datuk Haidar. Mereka berdua ketawa.
“Dari mula kaki Marha melangkah masuk ke rumah ni, saya dah mula sukakan dia. Abang macam mana?”
“Abang sukakan dia.” Jawab Datuk Haidar sambil tersenyum-senyum. Lain benar senyuman Datuk Haidar ni?
What?? Ulang lagi sekali bang. Kenapa senyuman gatal abang tu keluar sekali?” Datin Raudhah separuh menjerit. Datuk Haidar ketawa.
“Tak, maksud abang, abang pun sukakan dia macam mana Odah sukakan dia. Odah ni, mesti ke lautlah tu fikirannya. Seorang pun abang dah habis kudrat jaga, inikan nak menambah. Hahha….” Datuk Haidar ketawa lagi.
“Abang ni, suka sangat buat Odah terkejut tau!” marah Datin Raudhah. Dia menampar lembut bahu Datuk Haidar.
“Odah nak kenenkan Raz dengan Marha ke?” Tanya Datuk Haidar tiba-tiba. Datin Raudhah memandang wajah suaminya. Kuat betul deria keenam suaminya ini. Pantas betul menangkap apa yang tersirat di hati.
“Itu memang niat di hati bang, tapi macam mana janji kita dulu?” Tanya Datin Raudhah. Datuk Haidar mengeluh.
“Kita dah cari mereka merata tempat Odah, kali terakhir kita jumpa mereka masa Raz umur empat tahun di Sarawak, tu pun kita jumpa Piki sorang je, isteri dia dan anak bongsu mereka kita tak jumpa. Lepas tu sampai sekarang mereka menghilang. Bukannya masa kali terakhir kita jumpa tu kita ada bagi alamatkan?” Datuk Haidar juga menjawab dengan soalan. Datin Raudhah senyap. Dia mencerna kata-kata suaminya. 
Benar apa yang dikatakan oleh Datuk Haidar, mereka ada meninggalkan alamat, namun sehingga hari ini teman baik mereka, Piki, tidak menghubungi mereka. Mereka pernah berjanji untuk menjodohkan anak lelaki mereka dengan anak perempuan bongsu Piki. Seingatnya Piki ada empat atau lima orang anak sebelum anak bongsunya, tetapi jarang sangat berjumpa, kerana anak-anaknya yang lain belajar disekolah berasrama. Nama pun ingat-ingat lupa, jadi kalau nak mencari anak-anaknya yang lain pun, belum tentu mereka boleh.
“Tak perlulah kita fikir Odah, kalau ada jodoh budak-budak ni, adalah. Kalau Piki datang tuntut janji kita dulu pun, saya serah keputusan kepada Raz, dia yang akan hidup dengan pilihannya, bukan kita. Betul tak sayang?” Datin Raudhah memandang wajah Datuk Haidar, kemudian memeluk suaminya.
“Abang rasa keputusan kita menjodohkan mereka ketika kecil tu, salah ke? Abang rasa kalau Karmila dapat tahu, dia marah tak pada orang tua mereka?” Datin Raudhah melontarkan soalan. Datuk Haidar kelu, tak tahu nak menjawab apa yang sesuai dengan soalan yang diberikan. Dia mengeluh.
“Insyaallah, kita hanya mampu mendoakan apa yang terbaik. Semoga apa yang bakal terjadi hari esok lebih baik daripada semalam. Abang tak ada jawapan untuk soalan-soalan Odah. Segalanya ada dalam hati mereka sendiri, apa yang bakal terjadi semuanya telah ditakdirkan, namun sebagai manusia kita harus guna setiap takdir yang berlaku tu sebagai pengajaran”

HARRAZ masih tidak mampu melelapkan mata. Masih teringat kejadian dia menyakat si gadis mulut itik, Si Marha siang tadi. Apabila di ingat apa yang terjadi tadi, ketawanya meletus sendirian. Terbayang-bayang kejadian di meja makan tadi.
“Marha, makan ya? Jangan malu-malu, buat rumah ni macam rumah sendiri okay.” kata Datuk Haidar. Marha hanya mengangguk. Dia makan dengan berhati-hati sambil memendam rasa. Bukan dia tak perasan si naga sedang memerhatikan dirinya bagai nak telan. Rimas! Suapannya mula menjadi kekok. Aduhai, kot ya pun nak terkam aku, tunggulah mangsa kenyang dulu, baru best makan mangsa yang gemuk dengan makanan ni. Bisik hati kecil Marha.
Dia akui, kedatangannya ke rumah ini amat menyeronokkan, rasa seperti keluarga sendiri. Risya yang manja, Datin Raudhah yang baik dan penyayang, Datuk Haidar yang peramah, semua ini buat pengubat rindunya pada kedua orang tuanya. Namun satu yang menjadikan dirinya tak ceria, N.A.G.A. Naga!
Harraz menyuap makanannya sambil melirik ke arah Marha. Control ayulah tuh! Harraz ketawa di dalam hati.
“Macam mana aku nak balas dendam ni.” Harraz berkira-kira sendiri. Dia melihat kedua orang tuanya serta adiknya yang kepoh sedang enak menikmati makanan tengahari. Tiba-tiba dia tersenyum menghilangkan kerutan di dahi. Dia mencapai seketul ayam dan dengan pantasnya dia membaling ke dalam pinggan Marha.
Plok!
“Eh! mak ayam jatuh terlentang!” Marha terkejut lantas melatah. Dia terbangun dan terbatuk-batuk. Tersedak nasi akibat terlampau terkejut. Risya turut bangun dan menurut-ngurut belakang Marha. Datin Raudhah menghulurkan air. Harraz ketawa puas hati walaupun di dalam hatinya terbit rasa cuak dimarahi papanya. Datuk Haidar menjeling tajam. Harraz perasan renungan maut papa. Sudah..!!
“Harraz, kenapa dengan kamu ni? Tak reti nak hormat orang lain nak makan? Tak pernah-pernah buat perangai.” Marah Datin Raudhah.
“Ayam terlepas ma. Sorry!” Harraz menunjukkan barisan gigi putihnya. Dia bangun menuju ke dapur dan terus membasuh tangan dan pinggan. Sebentar kemudian, dia terus keluar. 
Marha menjeling ke arah Harraz yang berlenggang lenggok keluar ke ruang tamu. Huh! Nasib baik depan mak ayah engkau. Kalau kat rumah aku, siap engkau kena cili! Aku sepak-sepak bagi patah segala tulang. Baru padan! Hati Marha berapi membebel. Tak sangka sampai begitu sekali Harraz menyakatnya. Harraz yang sempat melarikan diri, ketawa geli hati melihat wajah pucat Marha yang terkejut.
“Baru kau rasa, original from Harraz. Buat hal lagi dengan aku, aku balaslah secukup rasa. Itu baru tersedak nasi, kalau kau banyak bunyi lagi, tersedak anak gajah pulak aku buat. Jangan tak tahu. Ini Harraz. Suka-suka hati dia baju favourite di sulam-sulam. Hah, kali ini rasalah. Rajin tak bertempat. Lain kali nak tunjuk bakat pergi kelas sulaman, jadi cikgu. Baru ada orang hargai bakat menyulam tu.” Harraz membebel sendirian, melepaskan rasa. Dia bersandar pada kerusi di ruang tamu. Layan kartun lagi seronok!


“AMBOI, bahagia nampak!” tegur Risya. Harraz yang sedang berbaring di atas katilnya sepantas kilat berpaling ke arah pintu bilik. Risya dengan muka masam berdiri di situ. Harraz sengih.
“Kamu. Nak. Apa??” Tanya Harraz sepatah-sepatah.
“Nak makan abang! Boleh?” Tanya Risya, dia mengambil tempat di kerusi meja solek. Berhadapan dengan Harraz.
“Eh! Abang tak sedap tau, tak payah makan! Cari orang lain eah? Tak pun makan Kak Marha adik tu, sedap jugak abang tengok dia pucat tadi. Hahahahhaha…”
“Tak baik abang buat Kak Marha macam tu!” protes Risya.
“Alah apa salahnya, sesi perkenalan dalam rumah kita. Adik yang salah.” Jawab Harraz dengan muka selamba lalu memeluk erat bantal peluknya dan membuang pandangan keluar  menerusi  dinding kaca bilik. Langsir diangkat tinggi untuk memudahkannya melihat pemandangan di luar.
 “Eh! Apa adik pulak, kalau abang tak baling ayam tadi, takkan ada kejadian macam tu dalam rumah kita tau. Sesedap rasa tiba-tiba cakap adik yang salah.” Jerit Risya sedikit kuat.
“Adik, adik dah tahu abang tak suka perempuan mulut itik macam dia, yang adik sampai boleh bawa dia ke rumah kita kenapa? Memang patut abang balas sakit hati tadi.”
“Eleh, tak sukalah sangat. Tak suka orang berpada-pada oppa oiiii! Nanti jatuh sayang, adik tok se tolong sikit pun tau. Komen pendapat pun tok se, tok se, tok se! Tahu?” jawab Risya  sambil  menarik telinga Harraz, kemudian dia terus berlari keluar. Harraz menyeringai sakit.
“Kurang asam punya adik, tarik telinga aku pulak. Memang taklah nak kat mulut itik tu, peluk  Bobo lagi best. Mana Bobo ni. Meooow!! Bobo… jom tidur dengan papa jom! Bobo.!!” Jerit Harraz, kemudian seekor kucing berwarna putih baka Maine Coon berlari masuk ke biliknya. Kemudian kucing itu melompat atas katil Harraz dan menyusup ke celah ketiak.
“Ha... ada pun, papa ingat kamu seronok main kat luar tak reti nak tidur dah. Seronok ke main tadi?”
“Meow...”
“Iye? Ish..ish… mesti kamu kacau tok ma lagi ya?” Tok ma, panggilan Bobo untuk Datin Raudhah. Kata Harraz, Bobo ni anak dia. So, kena panggil Datin Raudhah macam cucu panggilkan neneknya. Macam-macam hal!
“Meooow..”
“Hahahahhaha..” Harraz ketawa….
“Kamu ni macam paham je ape yang papa cakap. Semua yang papa tanya kamu jawab aje. Nasib baik si mulut itik tadi tak jumpa kamu kan?” Tanya Harraz lagi sambil melaga-lagakan hidungnya dengan hidung kucing kesayangan.
“Meow…”
Tiba-tiba Harraz menyedari, di sebalik bulu tebal di sekeliling leher kucingnya, ada satu rantai yang tersangkut. Sejak bila Bobo ada colar tambahan pulak ni? Perak pulak tu? Harraz terus mengambil rantai yang berloketkan jed, namun jed ini berbentuk sebelah sahaja kepak rama-rama. Ada ke orang pakai sebelah je kepak? Macam pelik je! Mesti ada sebelah lagi! Harraz berfikir sendiri.
“Tapi siapa punya? Tak pernah-pernah aku tengok mama ngan adik pakai jed.” Harraz membebel sendirian sambil tangan kanannya  menepuk-nepuk lembut badan Bobo. Bobo yang selesa di dalam aircond dan enak di dodoi tuannya, terus berdengkur.

“Manalah kamu kutip benda alah ni Bobo oi… nak kata kutip kat luar, Bobo tak pernah di lepaskan di luar pagar, pergerakan kucing ini selalu dikawal. Pelik!”  Harraz terus memikirkan punca rantai itu, dia menyimpan rantai tersebut di dalam laci almarinya dan akhirnya dia terlelap sendiri sambil menepuh-nepuk punggung kucingnya. Ala-ala mendodoi anak.

2 comments:

  1. sebelum komen, nak ucap tahniah dulu...
    tahniah sebab dianugerahkan bakat menulis...
    adik perlu mematangkan cara penulisan...
    yang utama sekali, perlu tetapkan kita punya mesej yg ingin disampaikan, jika penulis sendiri tak tau nak sampaikan apa, pembaca akan rasa tiada apa2 dalam pembacaannya....
    cara adik bercerita okey...
    cuma perlu tingkatkan imagnasi untuk realisasikan babak atau perlakuan yang payah...
    apa pun, kematangan dan keseronokan cerita akan meningkat dengan penambahan larya yang dibuat...
    aik berbakat...teruskan usaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih kak.. sy masih baru dlm dunia ni, entah kemana lagi, masih mencari2 penggunaan ayat yang sesuai, elok dan tak over dan mudah utk org memahami. kdg2 satu bab tu, 3 atau 4 kali sy edit utk mmastikan pembaca faham apa yg sy nak cuba ceritakan.. apa pun, terima kasih atas komen membina akak... =)

      Delete