BAB 3
DUM! Harraz
menghempas pintu kereta miliknya kuat. Geram dengan tingkah pemandu di hadapan
yang menghentikan kereta secara tiba-tiba.
Ei! Dia ingat jalan mak nenek dia ke sesedap
rasa nak berhenti ikut suka. Nampak rupa kereta macam kereta perempuan.
Bukti?
Buktinya ada pelekat bunga kat cermin
belakang. Hah! Inilah perempuan kalau bawak kereta. Macam jalan ini dah dibayar
untuk dia seorang yang memandu. Bebelnya di dalam hati. Berasap-rasap dah ni.
Kaki dilangkah laju menuju ke arah Perdana
hitam yang terletak elok di bahu jalan. Dengan perasaan marah dia mengetuk
cermin kereta tersebut. Terhendap-hendap dia cuba mengintai. Maklumlah kereta
di ‘tinted’ gelap gelita. Mana nak
nampak orang di dalam.
“Ish! Tok
se tubik pulak orang dalam ni. Aku nak bagi ceramah free tok se pulak! Woi! Tubiklah!”
jerit Harraz. Kali ini lebih kuat lagi ketukan.
Pap!
Pintu di buka. Tanpa menunggu, Harraz terus
menarik pintu kereta dan membukanya. Nah! Ternganga luas pintu kereta tersebut
terbuka. Belum sempat orang di dalam kereta membuka mulut, Harraz terlebih
dahulu menembak laju amarahnya.
“Mung
ni, drive ada lesen ke tidak? Nasib
baik aku sempat tekan break. Kalau
tidak, habis kereta mung dengan
kereta aku bercium di tengah-tengah jalan ni. Lain kali naik kereta pakai otak!
Jangan tidur... aku ni terkejut tahu tak? Nasib baik tak tercabut jantung kat
dalam dada ni. Kalau bukan sebab rasa terkejut, terhenyak macam kena sergah
dengan kingkong ni, tak ada aku nak bagi ceramah percuma pada mung. Lain kali bawak kereta guna otak!
Faham?”
Bertubi-tubi bebelan Harraz menusuk ke
telinga Marha. Bercampur aduk loghatnya, apabila dia marah memang begitulah.
Pengaruh papa yang dari Kelantan dan mama dari Selangor memang kuat dalam
percakapannya. Namun yang pelik, mama fasih betul bercakap Kelantan.
Berbalik kepada hal tadi, Marha tahu salahnya
menekan break secara mengejut, tapi
manalah dia tahu Afiq nak tanya soalan cepu emas tu.
“Ma... maaf encik. Saya tak sengaja.” Jawab
Marha perlahan. Dia masih menunduk. Tak mahu lelaki yang sedang marah-marah itu
mengecamnya.
“Maaf. Maaf. Maaf je reti. Manusia memang
macam itukan. Bila buat salah, mohon maaf. Tapi sebelum buat salah tu tak ada
langsung nak fikir.” Tambah Harraz lagi. Marha masih menunduk memandang kaki.
“Cik akak, kalau saya sedang bercakap pandang
saya boleh? Saya bukan tunggul berdiri depan awak. Awak ni kurang pelajaran ya?
Dahla buat saya terkejut beruk, bila saya bercakap langsung tak nak pandang
muka orang yang sedang bercakap ni.” minta Harraz dengan suara lembut namun
ditegaskan. Pandangannya bergerak ke arah dua kanak-kanak sedang terkebil-kebil
memandangnya.
“Ha? Pandang? Kenapa pulak? saya punya
sukalah nak pandang ke tidak.” Jawab Marha laju. Dia sebenarnya sudah mula
kecut perut.
Aku pandang karang, dia nampak muka aku macam
mana? Mesti dia akan bahan aku cukup-cukup kan? Mapuh dohla….! Hatinya resah.
Tapi agak-agak dia cam ke tidak? Baru sekali
kot jumpa hari tu, takkan dia ingat. Lelaki ni orang kata ingatannya paling
lama 3 jam sahaja. Ini dah berapa hari ni, mesti lupa punya kan? Hatinya
bertanya sendiri, harap-harap minda yang sedang berfikir ada jawapannya.
Kenapalah aku dapat soalan saat macam ni
tiba-tiba dia muncul pulak? Petunjuk yang dia akan jadi papa untuk anak-anak
saudara aku ke? Ish! Jangan perasan sangat Marha, buat apa kalau setakat handsome tapi mulut ‘kelongkangan’
begini. Peringatan di beri kepada diri sendiri.
“Iya! Pandang muka saya ni, jangan risau saya
takkan jatuh hati tengok muka awak punya.”
Eh! Poyo pulak mamat ni. Tiap kali gaduh
dengan perempuan memang dia kena sentuh bab hati dan perasaan ke? Marha mengutuk di dalam hati.
“Nah! Saya pandang awak! Saya tahulah salah
saya break mengejut. Tapi awak tak
ada hak nak serang-serang saya tepi jalan macam ni. Awak ingat saya tak
terkejut? Suka hati nak marah orang! Awak ingat saya sedang bersuka ria nak test drive saya punya break? Bukannya nak tanya apa masalah
sampai boleh break macam tu, ini tidak. Kerja nak membebel, nak marah je. Dia
fikir jantung dia je, jantung kita ni macam mana? Simpan je dalam kocek baju?”
Marha mendongak dan memandang tepat pada
wajah Harraz. Geram sungguh dia!
Rahang Harraz jatuh. Dia bagaikan tidak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Apa benar ini orang yang sama?
“Engkau lagi!! Ei! Kenapa asyik ada masalah
je bila aku jumpa kau? Tak ada orang lain ke? Dah lah itik, patutlah kau
terkedek-kedek bawak kereta. Serupa itik! Memang serupa!” selar Harraz.
Marha buntang
matanya.
Itik? Dia ingat aku? Dia ni lelaki ke apa?
Orang cakap ingatan lelaki tahan 3 jam, tapi dia ni kenapa pulak kuat sangat
ingatannya? Dah lebih tiga jam dah kalau kira betul-betul. Dia ni campuran ke
apa? Otaknya memproses kejadian yang
sedang terjadi.
“Eh! Ingat kau seorang menyampah? Aku lagi
menyampah! Harap je nama Rizki, tapi langsung tak membawa rezeki! Mulut tu tahu
nak marah-marah orang je! Lantak kau lah nak membebel sorang-sorang tepi jalan
ni. Aku pergi dulu.” Badan Harraz ditolak, pintu keretanya ditarik lalu ditutup
rapat. Sebentar kemudian, kereta Perdana berwarna hitam itu menderum laju
meninggalkan Harraz yang masih berdiri kaku.
“Dia cakap aku tak bawak rezeki?? Dasar
perempuan pending mulut itik!”
“SELAMAT hari lahir Kak Syida!!.” Jerit
Marha sebaik sahaja kakaknya membuka pintu, dengan cepat dia memeluk erat
kakaknya. Bukan main terkejut Mursyida dengan keletah adik nan seorang
ini. Yelah, sekarang pukul 12 tengah malam tiba-tiba ada orang
datang serbu rumah dan peluk kuat-kuat macam ni. Tak ke
terkejut beruk??
“Terima kasih…. Marha, Marha. Setiap tahun tak berubah, pukul 12 malam setiap
kali birthday akak mung
tersembul depan pintu rumah ni. Dah la menjerit kuat, buatnya dengar
sampai ke rumah mak ngah mung tu, tak
ke dia cop mung ni anak
dara tak betol? Macam tak kenal sangat mak ngah mung tu...” bebel Mursyida.
“Waaaaaah! Rindu
la... lama tak jumpakan kak?” kata Marha sambil melonggarkan
pelukannya. Senyum yang paling manis di buatnya.
Sebenarnya cover malu sebab terover menjerit dan
dibebel pula oleh Kak Syida... Hehehe…
“Lama tak jumpa? Mung buang
tabiat ke ape Marha? Bukan ke pagi tadi mung dah datang bawak si Alif tu jalan-jalan? Ya Allah,
kenapalah aku dikurniakan adik yang kurang betul nih.
Aduuh...” Mursyida membebel lagi, sambil melangkah masuk. Dia
menuju ke dapur.
Marha
pula? Macam biasalah, buat muka tak siap terpacak depan pintu.
“Mung buat apa lagi depan pintu tu?
Masuk! Kang mak ngah kesayangan mung keluar
dari rumahnya, apa nak jawab? Bukan mung tak tau dia pantang benar kalau anak dara baru balik
malam-malam macam ni!” Laung Mursyida dari dapur.
Marha
berpusing melihat ke arah rumah mak ngahnya yang bertentangan, ada seseorang
sedang mengintai di balik langsir.
Alamak!
Mak Ngah, The Ratu Kepoh
Asia... hahhaha... terus dia berlari masuk dan menutup pintu
rumahnya. Pintu dikunci dari dalam.
Kakaknya keluar sambil menatang dulang.
“Ha! Ini dah kenapa lari macam kena kejar hantu je?”
“Mana
tak lari kak, hantu mak ngah membayangi hidup ini… hehehehe...” jawab
Marha. Mursyida menggeleng kepala perlahan. Mereka menuju ke ruang tamu rumah.
“Waah... rajin akak saya ni buat air di tengah malam. Ni mesti nak
korek hadiah ni… hehhehe...” usik Marha. Mursyida mencebik.
“Apa
mung ingat akak ni macam budak kecik
ke? Asal birthday je nak hadiah. Macam
tu? Ucapan dah cukup. Nah air, tanda terima kasih ingat birthday akak. Tak
ada hadiah pun tak apa.” jawab Mursyida sambil menghulurkan mug berisi air kopi
pekat. Kegemaran Marha dari kecil lagi
“Ini sudah bagus kak!” jerit Marha.
“Apa yang bagus? Air kopi akak ke?”
“Tak ada maknanya, try pun belum
air ni... entah sedap ke tidak, ahaha... Kak, akak nak tahu dok? Yang bagusnya, tahun ni
memang tak ada hadiah besar-besar pun kat akak, lupa.. hehe”
“Dah la tak ada hadiah, sempat mung mengutuk air akak ya?”
“Ala akak… jangan la merajuk, tak cantik dah birthday
girl. Tadi cakap tak ada hadiah pun tak apa. Mana satu ni? Mahu tapi
malu ya?” tangannya menguis-nguis pipi milik Mursyida.
“Ish! Janganlah Marha, mung ni jangan buang tabiat malam-malam buta ni boleh tak?”
Mursyida menepis-nepis tangan putih milik Marha.
“Yelah-yelah, erm… kak, Abang Iman mana kak?”
Tanya Marha sambil mata meliar mencari kelibat abang iparnya.
“Ada,
tengah tengok tv kat ruang rehat tu, bakpo?”
“Jom,
Marha pun nak tengok tv jugaklah mesti ada bola ni. Kalau The
Red Warriors, siaran ulangan pun saya sanggup tengok.” Marha terus
berlalu meninggalkkan kakaknya di ruang tamu.
“The Red Warriors? Tak berubah langsung,
ingat dah bertudung jadi muslimah sejati, tapi ni bukan sejati, ni
nak kena ceramah lagi adalah. Marha, Marha. Kenapalah adik aku
seorang ni.” Mursyida mengaru-garu kepalanya.
Dia bangun dan terus menuju ke bilik rehat di rumah
pusaka orang tua mereka.
“ABE WEHH! Waaah… Kan dah cakap tadi, The Red Warriorslah… Fuyoo….
Dah lima gol. Rugi betul tak tengok dari tadi. Kenapa abang
tak call Marha oyak malam ni ada match? Turun! Turun! The
best game in the world ni abang!” bebel Marha sambil menolak
abang iparnya supaya turun daripada sofa yang terletak di depan Tv.
“Ya
Allah, kus semangat aku budak nih. Eh, kenapa tolak-tolak abang ni?”
“Abe saye
duk bawah dengan akak, jap lagi akak sampai. I am the Queen, kena
duduk atas sofa yang empuk lagi selesa ini. Hehe” sebaik sahaja Iman
terjatuh daripada sofa, terus dia mengambil tempat. Iman menggeleng laju.
“Tak berubah jugak adik ipar aku seorang ni.
Marha, abang ingat bulan lepas kamu datang bawak tudung berbakul-bakul azam baru
la katakan, ingat nak berubah? Tak ada dah bola-bola semua ni, tapi jangkaan
abang meleset! Oh! Jeng kreng sungguh
adik abang ni.” kata Iman, sambil ketawa. Dia merubah posisi untuk bersila di
depan televisyen.
“Suamiku sayang, adik kesayangan awak ni, kena
pergi hantar kelas kesopanan diri dan jiwa, baru tak reti semua ni, tahu?”
tiba-tiba Mursyida datang menyampuk, dan terus bersimpuh di sebelah suaminya.
“Akak, abang, bertudung tak menghalang Marha
mempunyai jiwa anak Kelantan la... The
Red Warriors ni jantung hati negeri Kelantan
tahu? Apa abang dan akak lupa? The
red Warriors inilah yang menaikkan nama Kelantan di mata orang-orang
luar tau. Dengan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa yang berkaliber menaikkan nama
pasukan bola sepak negeri kita dulu, dengan ketangkasan pemain-pemain seperti
Piya, Apek, dan ramai lagilah,
ditambah dengan kehandsomeman mereka, maka bergemerlapanlah dunia The Red Warriors di dunia ini…”
“Oit! Oit! Mung ni nak
tengok bola ke nak nak kaji sejarah bola? Pening aku dengan adik perempuan tetapi gaya jantan
nih.” Jerit Mursyida.
“Ha… akak… marah-marah cancel hadiah birthday okay...
ha... no... No... No…” Jawab Marha sambil menggerakkan jari telunjuknya ke
kiri dan kanan. Iman hanya mampu ketawa. Mursyida menarik muncung
lagi.
“Eleh, tadi dah cakap lupa hadiah birthday akak,
sekarang nak ugut pulak, tak laku dah adikku sayang...”
“Oo... tak percaya ya… tak apa, tak apa.
Abang! Kita pergi dua orang je lah eak, tak payah la bawak akak ni.” Jawab
Marha. Dia menyeluk poket bajunya, kemudian dia melayang-layangkan
sampul surat bersaiz sederhana dihadapan kakaknya.
“Apa ni Marha? Bagi abang tengok.”
“Memang nak bagi abang tengok pun,
hehehe... Cepatlah bukak, ni hadiah birthday Kak Syida,
tapi saya bagi abanglah sebab dia tak nak…” Jawab Marha sambil menjeling
manja kepada kakaknya. Mursyida membalas jelingan adiknya. Matanya dikecilkan.
“Ewaaaah! Bak sini, hadiah akak ni!”
terus sahaja Mursyida merampas sampul surat itu daripada tangan
Marha. Marha dan Iman ketawa.
Tiba-tiba...
“Marha….” Air mata mengalir
laju. Mursyida menangis. Dia melihat sekeping kertas tertulis, Pakej Bulan
Madu ke Bali 5 hari 4 malam.
“Laah…. Akak aku dah touching, gembira sangat kot. Hehehe.” Dia
mengaru-garu kepalanya, memandang Iman dan mereka menjungkit bahu serntak.
“Ala akak… jangan la menangis, please…
abang dan kakak dah lama tak berhoneymoonkan? Pergilah, budak-budak
Marha jaga okay. Lagipun minggu depan cuti sekolah, boleh ea?” Marha
mengosok belakang kakaknya .
“Erm... mahal ni, kamu tak kisah berhabis
duit untuk kakak?” Mursyida mendongak ke arah adiknya.
“Akak, selepas abah dan mama tak ada, Marha hanya
ada kakak dalam hidup Marha untuk Marha kongsi suka duka, kakak segala-galanya
untuk Marha. Kakak dan abang yang selama ini berkorban masa melayan
karenah Marha. Takkan hanya pakej honeymoon ni Marha nak
berkira, berapalah sangat jika dibandingkan kesanggupan kakak yang selalu
berada disamping Marha, menjadi penyokong Marha dalam apa jua
keputusan.”
Alaaaaah. Ni yang aku tak
suka bab lencun-lencun ni. Cengeng la kakak aku nih.
“Tapi akak passport dah hilang rasanya, macam mana nak naik flight?
Kena buat baru kan? Mana sempat…” tiba-tiba Mursyida bangun. Dia memandang
wajah adiknya dan suaminya, Iman.
“Syida, pasal tu semuanya sudah settle. Abang
dah lesaikan dah semuanya, tunggu hari ni je.” Jawab Iman.
“Dah selesai? Abang, mana boleh abang buatkan passport saya.”
“Bila masa abang buatkan passport awak? Bukan ke passport
tu memang abang yang simpan? Yang awak melalut hilang bagai tu bakpo? Jangan risaulah, abang dah
aturkan semuanya.” Jawab Iman sambal mendepakan tangan.
“Ooooo…memang dah berkomplot la ni
yer?” Mursyida menjegilkan matanya kepada Marha. Marha ketawa kuat,
bergolek-golek di atas karpet. Lucu melihat wajah tidak puas hati
kakaknya. Mursyida bangun dan terus menggeletek
adiknya, apa lagi, meraung la Marha sekuat hati. Tiba-tiba…
Tok! Tok! Tok!
Mereka berhenti bergurau, masing-masing
berpandangan.
“Siapa?” Tanya Marha. Iman
mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mursyida berkerut-kerut.
“Assalamualaikum…” terdengar satu suara dari luar
rumah.
“Abang tengok.” Iman bangun dan terus ke
pintu utama rumah.
“Waalaikumussalam...” Iman membuka pintu
dan… tadaaa…….! Anak perempuan Mak Ngah Kamsiah datang.
“Dari mana ni Lina?” Tanya Mursyida.
Ni mesti datang nak mengorek rahsia
oranglah tu, tak habis-habis. Bisik hati Marha.
“Mak aku huk
suruh datang, tanya bakpo mung semua gege sangat, mengilai macam hantu.”
Binggo!! Kan aku dah cakap, datang nak
menyibuk la tuh.
“Ooooh, cakap kat mak ngah, kami sekeluarga tengah bersuka ria,
bergembira, bergurau-gurau mengeratkan silaturrahim. Tak boleh ke? Minta
maaflah kalau suara kami ni macam polong. Iye Cik Malina?”
Ambik kau, sedap tak ayat aku? Mana boleh bagi
Kak Syida jawab, dia tu takut sangat ngan mak ngah. Bisik hati kecil Marha
sambal mejeling sekilas wajah Mursyida.
“Yelah, jangan bising sangat malam-malam macam ni.
Lewat dah, pergilah tidur.”
“Yelah, kami tidur ya? Mintak ampun Cik Malina….
Kirim salam kat mak ngah ya... sekarang dah boleh balik. Kami nak
tidur sekarang ni, tadi suruh tidur kan?”
Ambik kau Malina lagi sedas, banyak songeh. Dahlah
datang rumah orang malam-malam. Anak dengan mak sama aje, macam la
aku tak tahu dari tadi kamu mengendap rumah ni. Terjenguk-jenguk. Ngomel
hati Marha lagi.
Malina pulang dengan wajah yang kelat. Siapa
tak sakit hati jika dihalau, kan??
Malina adalah anak ketiga Mak Ngah
Kamsiah, anak paling disayangi dan hampir sebaya dengan Marha. Anak
pertamanya telah meninggal ketika masih kecil dan anak kedua mak ngah,
Marliani, sudah bertahun tidak balik ke rumah kerana bergaduh dengan Malina.
Tentang apa tidak pulak mereka ketahui.
Kamsiah sebenarnya kakak kepada ibu Marha dan
Mursyida. Namun yang menghairankan, kenapa perangai Kamsiah dan Norsyahadah
sangat berlainan. Satu kampung tahu Mak Ngah Kamsiah ni jenis tidak boleh
melihat ada yang lebih daripada keluarganya, kalau tidak, mulalah The Ratu Kepoh Asia buat siaran langsung
ke seluruh kampung untuk menunjukkan dia yang lebih daripada
orang lain.
Ah... biar sajalah mak ngah dan
keluarganya dengan karenah mereka, jangan kacau ketenteraman aku dan Kak Syida
sudah. Eh, tadi bukan dia dah ganggu ketenteraman ke? Marha memandang Mursyida dan Iman
yang masih berdiri, mereka berdua memandang tepat ke arahnya.,
“Kenapa?” Marha mendepakan tangannya.
“Wah... wah... adikku sayang, mulut sudah
pandai berbau longkang ya? Esok mak ngah mesti bising. Nanti dijaja
satu kampung adik akak ni mulut celupar.” Bebel Mursyida.
“Biarlah akak, mereka tak pernah senang dengan
kesenangan kita. Orang macam mereka sesekali patut di ajar
juga.” Jawab Marha sambil memuncung.
“Suka hati munglah
Marha, dah besar panjang. Ha! Malam ni nak tidur rumah ni ke,
nak balik Pelangi Mall? Dah lewat sangat ni.”
“Saya nak balik la akak, banyak kerja nak
buat. Walaupun esok cuti, orang macam saya ni kalah menteri.
Hehehe... balik dulu la kakak, abang.” Marha terus bersalam dan
memeluk kakaknya. “Once again, happy birthday to you my dearest sister,
I love you so much!” Mursyida tersenyum.
“Thanks
adik, nanti nak akak hantar budak-budak ke rumah kamu ya?”
“Ditanggung beres kak! Bye.”
Marha berjalan menuju ke keretanya, beberapa minit
kemudian kereta itu menderum pergi, meninggalkan Mursyida dan Iman di
muka pintu. Hanya mata menghantar pemergian adiknya.
“Hati kau terlalu baik Marha, tak sia-sia aku
menjaga kamu.”
MAK NGAH KAMSIAH berdiri di
depan pintu. Melihat anaknya, Malina balik dengan wajah yang mencuka.
“Ha! Dah mung
bakpo muka buruk benar aku tengok ni?” Malina masih berdiam diri,
dia menjeling sedikit ketika melintasi ibunya di depan pintu rumah.
Dia menghentak-hentakkan kakinya, kemudian
menghempaskan diri di atas sofa.
“Eh! Aku kecek
dengan mung ni. Apa kena
hentak kaki bagai nak runtuh rumah ni? Apa yang diorang buat bising sangat
tadi?” ibunya bertanya lagi. Malina merengus.
“Mak ni, gegelah…
kalau nak tau sangat bakpo tak
pergi tanya sendiri? Tak pasal-pasal orang kena hambak. Marha sekarang berbisa eah mulutnya. Sakit
hati tau tak?” Malina meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
“Eh, kurang ajar berdooh budak ni sekarang
ye? Berani dia halau anak aku? Masa mung sampai tadi diorang tengah buat gapo?”
“Tengah bergurau, lepastu orang dengar Marha
hadiahkan pakej bulan madu ke Bali sebab hari ni hari lahir Kak Syida.”
“Pakej bulan madu? Banyak sangat ke duit si
Marha sekarang ni?”
“Eiish! Mak jangan tanya banyak la.
Orang tengah sakit hati ni. Pantang betul kalau dia lebih dari
orang.” Malina membentak dan berlalu ke bilik. Mak Ngah Kamsiah
terkumat-kamit menyumpah. Rasa tercabar dengan kelebihan yang Marha
ada. Sesuatu harus di lakukan!
DI
PERKARANGAN Lapangan Terbang Sultan Ismail,
kelihatan Marha menolong Iman dan Mursyida mengangkat bagasi keluar daripada
bonet kereta Perdana hitamnya. Di sisi kereta kelihatan Alif dan Afiq sedang
memuncungkan mulut masing-masing. Merajuk dengan ibu dan abah mereka gamaknya.
“Anak
mama ni nape… tak handsome la muka masam je macam tu...”
Tegur Marha. Dia mencangkung di depan kedua-dua anak saudaranya itu.
“Siapa
suruh ibu dengan abah tak bawak abang dengan adik?” soal Afiq.
“Ala…
mama saja suruh ibu dengan abah pergi holiday.
Sebab mama nak Afiq dengan Alif duduk dengan mama. Teman mama seminggu ni.
Boleh? Mama bosan la duduk rumah sorang-sorang. Boleh ya?” pujuk Marha. Alif
dan Afiq berpandangan.
“Mama
bawak kami jalan-jalan tau?” pinta Afiq.
“Iya
sayang. Mama bawak anak mama ni jalan-jalan.”
“Mama,
ibu dengan abah nak pergi mana? Ibu, ibu nak pergi mana?” soal Afiq lagi, kali
ini wajahnya memandang Mursyida.
“Ibu
nak pergi Bali, mana tahu dapat adik perempuan kat sana.” Jawab Marha laju niat
mahu mengusik kakak dan abang iparnya. Mursyida menganga. Bertuah punya adik!
Jawapan tak beragak.
“Adik?
Nak pergi ambik adik Afiq ke? Kenapa tak bawak Afiq sekali? Afiq pun nak ambik
adik jugak.” Jawab Afiq. Marha garu kepala yag tidak gatal. Aduh! Nak jawab
macam mana ni.
“Ha!
Menjawablah kau dik, abang tak ada perkataan yang nak dikata. Pandai sangat
bagi jawapan macam tu kat budak-budak. Bukannya mereka paham. Menanggunglah
sampai esok Marha oi, mung
ingat Afiq ni akan berhenti setakat ni je ke soalan dia? Selagi dia ingat
jawapan yang mung
bagi ni dik, selagi itulah dia akan soal mung.
Masaklah…” Iman ketawa. Dia kenal sangat perangai anaknya Afiq, selagi dia
ingat, selagi itulah dia akan bertanya soalan pada orang yang dia mahu. Sampai
kita ni naik lenguh menjawab benda sama. Kadang-kadang sampai rasa nak marah
sangat-sangat, tapi bila di fikirkan budak-budak haruslah ditahan dan dilayan
dengan elok. Biasalah, ibarat iklan di televisyen tu, sel-sel otak nak
berhubung. Makin banyak kenapa yang keluar daripada mulut mereka, makin banyak
sel otak yang terbina.
Mursyida
ketawa sambil mengangkat ibu jari tangan kanannya kepada Marha. Marha
menyeringai sengih, menampakkan susun baris giginya.
Masak
aku!
“Budak-budak
tak boleh sayang. Ibu dengan abah je boleh pergi. Afiq dengan Alif duduk dengan
mama okay?” sebaik sahaja Marha menjawab, seorang kanak-kanak lelaki dalam
lingkungan empat tahun berjalan di depan mereka sambil menarik beg , dipimpin
oleh orang tuanya mungkin. Mereka berjalan menuju ke pintu masuk lapangan
terbang.
“Itu!
Dia sama besar je dengan Afiq, ibu dia bawak jugak tu.” Jerit Afiq tiba-tiba.
Jarinya di tunjukkan pada kanak-kanak tersebut.
Adoi!
Kenapalah masa-masa macam ni budak ni nak lalu kat sini? Penat, penat.
“Itu
dia nak hantar ibu dia kat pintu dalam je. Macam abang dengan adik akan buat
sekejap lagi. Sudah-sudah, lepas kita hantar ibu dan abah di pintu masuk, mama
bawak sayang-sayang mama ni makan kat KFC nak? Atas ni ada KFC, sambil makan
boleh tengok kapal terbang. Nak tak?” Tanya Marha sambil menujukkan wajah
terujanya.
“Atik
naaak! Jom!” jawab si kecil, Alif. Laju! Maklumlah, pantang benar kalau dengar
KFC, katanya ‘ayam goreng’! Pengaruh cerita Upin dan Ipinlah ni kot. Dah itu
saja kerjanya setiap hari di depan televisyen.
“Bagus
adik, abang jangan sedih-sedih okay. Ibu pergi kejap je. Duduk elok-elok dengan
mama okay?” pesan Mursyida. Dia menggosok perlahan belakang anak sulungnya.
Afiq mengangguk, akur dengan nasihat yang di berikan.
“Jom
kita masuk dalam!” Marha mengangkat Alif lalu mendukungnya. Afiq pula di pimpin
oleh Mursyida. Mereka semua beriringan masuk ke tempat pendaftaran tiket di
Lapangan Terbang Sultan Ismail.
panjang cgt laa .. mls nk baca ... hahahahaha
ReplyDeletelupa pulak aku yang ekau ni xsuko baco novel.. hahahaahha.....
ReplyDeletebesttt~!
ReplyDelete