love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 18 December 2014

Bunga Spanar

Selamat pagi sayang.. ecececece.. hehehhee.. 

BUNGA SPANAR> insyaAllah bakal memulakan manuskrip ni secepat yang mungkin selepas selesai hal pak cik naga tu okay. cerita ni asalnya datang daripada mimpi saya. dua hari berturut-turut mimpi benda yang sama. apa lagi. ku buat ajelah.. ehhehehe.. insyaAllah.. doakan ya? 

love:
adah firaisaa

Monday, 8 December 2014

ABANG NAGA LULUUUUUS!!!!

Harraz dan Marha.... 

Alhamdulillah... setelah bertukar kepada beberapa penerbit.. akhirnya dengan deraian air mata.. aku mengucapkan syukur kerana hasil penat lelah selama ini bagaikan sudah terbayar. itu belum betul-betul terbit tu.... itu baru dapat berita lulus.. ekekeke... masa tu aku tengah baring kat atas katil.. mamai2 duk tidur.. tiba2 je dapat berita.. huwaa!!! aku bangun daripada terbaring tu, duk bersila atas katil. mata duk baca email yang aku dapat... dalam kepala duk fikir.. manuskrip lulus.. kalau lulus maksudnya terbit.. kalau terbit....... huwaaa!! aku terus menangis.. hahhaa. bukan aku nak mengangis sangatlah! tapi air mata tu yang keluar sendiri.. sapa suruh entah. ahhahaa


terus hapdet kat facebook.. hahaha. alah.. biaselah.. dunia di hujung jari.... (baca ala2 mat saleh ye)

jadi dengan rasminya. aku perkenalkanlah... penerbit yang Allah gerakkan hatinya untuk menerima naskah tak seberapa daripada aku ni.. 

tajuk insyaAllah masih dalam otak ni.. mungkin akan di tukar sedikit..hhehehe.. walaupun ceritaku tak berapa nak naga sangat. wakakak

okaylah. okalah.. aku mengaku.. mula2 tulis entri semangat gile.. now dah mengantuk pulak. ehhehe.. jadi.. itu je berita nak bagi tau.. hahahhaa.. terima kasih Anaasa! 

*now ANAASA dah ade 5 biji buku.. nak beli sila pm aku atau kalau nak beli dgn penerbit sendiri pun boleeh.. ehhehe..






cover-cover daripada diorang lawooo kan? jom! berangan macam mana rupa HArraz dan Marha pulak. hehehe.. 

nunite!!


Thursday, 15 May 2014

Pelupuk Hati - Teaser

hai.. hari ini saya dah di penghujung final exam.. jadi.. ada teaser baru!! hhehee..


Tengku Bazilah tersenyum. Menantu? Kahwin dengan siapa? Dia hanya punya dua orang anak lelaki, seorang sudah layak berkahwin, Tengku Ash Johan, seorang lagi masih di tingkatan 5, Tengku Ash Jefri. Takkan mahu berkahwin dengan yang tingkatan 5 itu? Aduhai… mulut… mulut.. terlepas cakap.

“A’a.. terima kasih ya doktor. Apa-apa nanti saya akan hubungi doktor kembali.” Sebaik sahaja Doktor Hazelin keluar daripada pintu bilik, Tengku Bazilah diserang dengan anak sulungnya.

“Umi, apa yang umi katakan ni? Menantu? Bila masa dia kahwin dengan Johan? Entah anak siapa-siapa entah dalam kandungannya. Kenapa umi nak bertanggungjawab?” soal Tengku Bazlinda sedikit keras. Tengku Bazilah sedikit kaget. sudah terlepas cakap, mahu cakap apalagi? Inilah yang orang kata, kerana mulut badan binasa.

Tengku Bazlinda mengeluh kuat sambil menjeling ke arah ibunya. Bukan dia tak sukakan Nur Rumaisaa, tetapi berita ini memang mengejutkannya. Selama ini dia memerhatikan Rumaisaa seorang yang baik, sopan santun, dan dia mengaku dia pernah terniat mahu menjodohkan Rumaisaa dengan adiknya, Tengku Ash Johan. Tetapi, bila semua ini terjadi, dia tak mahu adiknya bertanggungjawab melulu. Belum sempat Tengku Bazilah menjawab, Nur Rumaisaa yang tadi hanya terbaring lesu, mula bergerak-gerak tanda sedar. 



kita letak sikit ajelah... takut skrg ni musim plagriasm... hehehe.... so.. ape2 sy update kt Fb ajelah okay. hehehehehhe... 



Tuesday, 25 March 2014

berperang dalam segala hal.

salam sejahtera buat semua pembaca "Lazuardi Cinta". sedar tak sedar agak bersawang juga blog ni kan? hehehe. maaflah... saya tak sempat... terlalu banyak komitmen pada pekajaran yang harus dilunaskan.... maafkan saya segalanya.... tentang MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA  andai ada rezekinya... murah berkahnya... maka akan terhasillah sebuah buku.. kalau tidakpun.. tidak mengapalah.. saya pendatang baru.. jadi harus terima banyak kekurangan yang masih perlu dibaiki.. kan?? kalau bukan rezeki saya dgn penerbit yang ini... saya akan bergerak ke arah lain... mencuba tak salah. yang penting putus asa tu yang jangan. betul x? hehehe.... 

manuskrip kedua dan ketiga yang masih mencari arah bertajuk NAK JADI PENGANTIN dan DARI JIWA SANG LELAKI pula insyaAllah... itu projek 2015. 2014 ni draf je sikit2...... asalkan bergerak drpd terus senyap tak bergerak kan? apa pun yang penting sekrang.. keutamaan saya adalah menghabiskan pengajian yang tinggal beberapa semster je lagi ni... lepastu nk buat persiapan jadi isteri orang pulak... kalau ada rezeki bakal pengantin.. insyaAllah... MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan menemui anda dlm versi cetak.. kalau belum murah rezekinya.. mesti ada yang terbaik drpd Allah bukan? xperlu persoalkan kenapa... hanya buat dan berdoa. janji usaha ada.... insyaAllah... apapun.. saya memohon jasa baik kalian yang membaca entri bersawang kali ini.. semoga MEMOIR CINTA PAK CIK NAGA akan diterima baik oleh pihak penerbit.... insyaAllah...


*** Harraz Rizki bukan hero handsome mana pun, bukan lelaki romantik sampai meleleh tu.. Marha Karmila pula perempuan biasa2.. hanya jiwanya yang kental dan baik hati... ya.. Memoir inta Pak Cik Naga bukanlah cerita cinta yang meletop kebabom! namun di dalamnya penuh ilmu yang mahu saya kongsikan hasil drpd pengalaman dan juga niat mahu membantu org lain tentang kewujudan dan mencegah ganguan alam ghaib pada manusia. itu sahaja... insyaALlah.. baik niat kita.... baiklah rezekinya... isnyaLlah.... Amin...

yang ikhlas:
Adah Firaisaa

(tatabahasa berterabut. nak cepat. ngantuk. hehee. babai. muah2)

Wednesday, 8 January 2014

Dari Jiwa Sang Lelaki- Prolog



Prolog

“Kenangan itu… kenangan yang merantai jiwa remaja kita. Apa mungkin ia kembali. Atau terus akan berlalu dibawa syahdu angin, dihempas deburan ombak”

SEPASANG kaki melangkah menurut persisiran pantai yang setia menanti deburan ombak. Tidak jauh mana dia membawa diri kali ini. Sesak di dalam dada berjaya dia kabuskan dengan senyuman mesra. Alasan memancing ke Pantai Bagan Lalang di daerah Sepang ini bukanlah tujuan utama sebenarnya, namun lebih kepada merawat hati yang duka nestapa.
Dia seorang pencinta setia, seorang yang berpegang kepada janji yang dilafazkan. Namun kenapa dia yang selalu yang kesepian? Ditinggalkan? Kisah dia ini terbalikkah? Berputar tiga ratus enam puluh darjah dengan apa yang selalu sahaja berlaku di luar sana. Kebiasaanya dia mendengar perempuan dipermainkan dengan kaumnya, namun dalam kisah hidup dia berlainan pula.
Hidup seorang Wafi Ikram bukan sahaja dipermainkan dengan tipu muslihat perempuan, malah dihina pula. Dicaci maki seolah-olah seluruh dunia ini menghukum apa yang telah berlaku padanya. Semuanya bukan dia minta walaupun dia tahu dia yang bersalah membiarkan hidupnya terumbang-ambing mengikut olengan bisikan syaitan. Tetapi atas nama manusia, tiada yang sempurna, semuanya pernah melakukan kesilapan. Jadi, kenapa dia dihukum teruk begitu? Tak adakah orang yang mahu menolongnya, mengubah dan mengajaknya keluar daripada jalan yang dia sendiri tidak pilih.
Masih adakah manusia seperti Almira Putri yang menerima dia seadanya, malah membantu pula dia naik dan bangun seperti yang lain. Terhutang budi benar dia pada Almira Putri, tanpa nasihat dan kata-kata semangat yang dicurahkan kepadanya, dia tak mampu sampai ketahap ini dengan izin Allah.
Wafi Ikram bukanlah seorang anak hartawan, jutawan malah mempunyai asset berbilion-bilion jauh sekali. Dia hanyalah anak sepasang suami isteri yang biasa-biasa kehidupannya, bersederhana dalam segala hal. Dan kejayaan dia hari ini juga bukanlah gah mana, namun bekerja sebagai seorang pereka dalam industry pembuatan pengbungkusan produk satu kejayaan baginya. Kerana bantuan kata-kata nasihat daripada Almira Putri dan izin Allah, dia berjaya menghabiskan pengajiannya dengan tangis, jerih pedih serta susah dan payah kerana berita yang memagut keceriaanya berlaku disaat-saat akhir dia menghabiskan pengajian.
Kakinya melangkah lagi tanpa tahu ke mana destinasi yang sepatutnya membawa dirinya berhenti. Hanya berjalan, berjalan dan terus berjalan menerusi gigi air di pantai yang memutih dan laut yang membiru. Hatinya rasa pedih, nak menangis air mata sudah kering lama dahulu, nak meraung nanti dikatakan gila pula oleh orang sekeliling, bagaimana pula jika dia diam? Kalau diam risau segala rasa yang hadir memakan diri sendiri dari dalam. Mahu menulis rasa yang terpendam? Jangan mimpilah, dia tak tahu menulis bait dan kata yang dia rasa, semuanya tak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.
Setelah lenguh kaki melangkah, Wafi Ikram berhenti.
“Maaf mama, Wafi terpaksa tipu mama dan Abang Izz, bukan tak mahu berkongsi, tapi biarlah luka ini dirawat sendiri.” Luahnya perlahan sambil pandangannya dilemparkan jauh ke arah lauh yang luas terbentang.
Kali ini hatinya patah benar dengan apa yang terjadi. Sangkanya Hanim mampu mengubat rindunya pada Almira Putri. Namun dia harus sedar, kejadian Allah itu maha agung! Mungkin hanya wajah mereka yang hampir serupa, namun bukan sikap dan tingkah laku yang sama.
Hanim Natasya. Seorang gadis kecil molek yang dikenali kerana berjiran tempat kerja dengannya. Hampir dua tahun hanya berbalas senyuman, akhirnya tahun ini dia dapat menggenggam erat hubungan diantara mereka. Namun tak tahu mana silapnya, hubungan mereka masih belum pun mencapai usia setahun, Hanim minta hubungan mereka ditamatkan. Setelah didesak berkali-kali tentang punca retaknya hubungan mereka, akhirnya Hanim membuka mulut.
Salahnya juga tak bercerita awal-awal tentang apa yang telah berlaku dalam hidupnya sepanjang dua puluh sembilan hidup di bumi Allah ini. Namun apabila difikirkan, mereka baru sahaja kenal, rasanya tak perlu dia meneritakan segala-galanya tentang sejarah hitam atau putih kehidupannya. Untuk mengenali mestilah harus berani megambil masa dan risiko bukan? Lagipun andai benar Hanim redha dan menerima dia kerana masa sekarang, Hanim tak akan berlalu pergi meninggalkan dia sendirian begini. Betul atau tidak? Siapa yang mahu beri jawapan pada soalan yang hanya dilepaskan pada alam.
Wafi Ikram tunduk mengutip cengerang-cengkerang yang memutih mendarat di pinggir pantai. Selepas dibelek-belek melihat bentuk dan seni yang terukir, dia melemparkan cengkerang-cengkerang tersebut ke dalam laut satu persatu. Sesekali rambut yang sedikit panjang miliknya diselak dan diselitkan dibawah kacamata yang dipakai. Ada juga rasa rimas yang bertamu saat hujung rambut melindungi tubir mata atau mencucuk-cucuk mahu menerobos masuk, namun kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, dia lebih senang mengambil langkah membiarkan rambut hadapannya panjang mengurai melindungi sepasang mata. Lagipun sekarang dunia sibuk dengan dunia K-Pop yang berfesyen rambut menutup ruang dahi, jadi tidaklah dia terasa asing sangat bila menggayakan rambut yang serupa.
Nafasnya ditarik dan dihembus perlahan-lahan. Cuba mengusir rasa sesak dan duka yang menghuni hati. Harapannya semoga segala rasa yang menyeksa jiwanya berlalu pergi perlahan-lahan bersama setiap karbon dioksida yang keluar daripada liang pernafasannya.
“Wafi Ikram harus bangun! Tak boleh lemah!!”  jeritnya kuat melawan bunyi deruan ombak yang menghempas pantai.
Almira Putri, andai kau masih ada bersama….