BAB 6
“AWALNYA kelik? Oyak nak shopping, mana barangnya?” Tanya Datin
Raudhah. Terkejut melihat dua anak kesayangannya yang baru sahaja keluar tak
sampai sejam, sudah menunjukkan kembali wajah mereka di rumah. Kebiasaanya,
kalau mereka dua beradik keluar, mahu pukul 12 malam baru ingat nak balik. Tapi
kali ni, hairan!
Harraz mengambil tempat
duduk di sebelah ibunya, terus meniarap di atas sofa. Risya memuncung.
“Mama tak payah tanyalah.
Abang ni memang macam ni, sebelum pergi tadi, cakap nak shopping,
dalam kereta cakap nak makan, pastu cakap tak nak shopping, tapi
pergi jugak ke KB mall. Macam tempat lain tak ada kedai makan je. Lepastu boleh
buat drama dekat KB Mall?? Semua orang kelih!” Risya duduk dengan malas, berpaling sekejap pada
abangnya dan apabila mata mereka bertentang, terus Risya mengalihkan pandangan
pada televisyen sambil menjeling.
Harraz masih lagi
meniarap di sebelah Datin Raudhah. “Adik tak payah karang cerita kat mama ya.
Dahlah abang tengah sakit hati ni.” Jawab Harraz sambil menunjal paha adiknya
menggunakan kaki.
“Abang!! Iiish!! Mama
tengoklah anak kesayangan mama ni. Main kaki pulak!” Risya menjerit. Baru
sahaja Datin Raudhah mahu bersuara, satu suara lain telah menegur.
“Raz! Risya! Apa benda ni?
Dari atas papa dengar kamu bertengkar. Tengok mama kamu tu, dah blur semacam
dah mukanya.” Datuk Haidar menegur anak-anaknya sambil menuruni tangga. Harraz
dan Risya serentak berpaling ke arah suara yang menegur. Risya mengangkat ibu
jari tangan kanan, menunjukkan isyarat “bagus” ke arah abangnya. Dia tahu,
sebentar lagi mesti abangnya akan diasak dengan pelbagai soalan.
Datin Raudhah hanya
mendiamkan diri. Malas melayan karenah anak-anak. Biar sang suami yang
mengambil bahagian. Dia mahu melayan telenovela, lagi bagus daripada mendengar
budak besar bergaduh. Harap badan je makin bertambah inci, tetapi masing-masing
tetap mahu berkelakuan manja seperti kanak-kanak.
Datuk Haidar mengambil
tempat di sebelah Datin Raudhah. Harraz masih membatu meniarap. Risya
tersengih-sengih memandang papanya.
“Risya, apa yang kamu
sengih-sengih tu?” Risya terkejut dan terus menggelengkan kepalanya. Matanya
dilarikan ke arah televisyen, berpura-pura sedang menonton bersama-sama
mamanya.
Fokus.
Datuk Haidar
meggeleng-geleng kepalanya sambil menahan ketawa. Tahu sangat yang Risya mahu
mengelak daripada menjawab soalan. Dia mengalihkan pandangannya kepada Harraz.
“Raz, cerita dekat papa,
apa yang terjadi ni? Kenapa kamu bersinglet je ni? Bukan tadi keluar pakai elok
je papa tengok?” Datuk Hidar pelik. Dah kenapa anak aku ni? Takkanlah Malaysia
ni panas sangat?
Risya memandang Harraz
sambil mengangkat keningnya. Harraz menjelirkan lidah. Buruk betul!
“Harraz! soalan papa kamu
belum jawab lagi. Papa tengah menunggu jawapan kamu ni.” Suara Datuk Haidar
kedengaran tegas. Harraz bangun dari pembaringan.
“Sebenarnya, baju Raz, Raz
dah bagi pada perempuan pending si mulut itik tu.” Jawabnya selamba.
Datuk Haidar dan Datin Raudhah sama-sama memandang ke arah Harraz
serentak.
Perempuan pending si
mulut itik?? Sejak bila anak aku ni ada tarikan dengan perempuan. Bisik hati
kecil Datin Raudhah. Dia mengerutkan dahi. Pelik dengan perangai anak
bujangnya.
“Bagi kat siapa? Perempuan
mulut itik? Pending? Cuba cerita betul-betul Harraz oi... papa ni
bukan muda sangat nak fikir, nak buat kesimpulan sendiri.” Sesi soal jawab
bersama Datuk Haidar telah bermula. Masak kau Harraz!
“Jawab abang, jawab.” Risya
menambah lalu ketawa. Harraz mencuka. Matanya dijeling tajam.
Geram betul Risya ni.
Siaplah kamu lepas ni, Oppa ganyang kaulah lepas ni, jangan terpekik melalak
mintak tolong mama sudah. Eiii... geram betul! Hati Harraz menjerit. Dia memandang Risya yang sedang galak
mengetawakan dirinya kemudian mengalihkan pandangan ke arah mama dan papanya.
Amboi! Masing-masing
mengadap muka aku, macam aku ni pelik sangat. Dengan muka penuh minat pulak tu.
“Macam ni, tadi Raz bawak
adik ke KB Mall. Lepas tu tiba-tiba ada seorang budak datang, dengan tak
ada hint je dia langgar Raz and landing atas
badan Raz. Yang paling bagusnya boleh pulak aiskrim coklat dia kena baju
Raz, dahla baju Raz pakai tu warna putih. Tengah Raz serabut, pening-pening duk
fikir dan terkejut tu, mak dia datang and say sorry to me. Baru
ingat nak maafkan, tapi tak jadi...”
“Bakpo tak jadi pulok doh? Bukan teruk pun budak tu buat pada kamu.”
Datuk Haidar menyoal lagi.
“Takkan kena langgar dengan
budak pun Harraz nak meletup?” perlahan suara Datuk Haidar berbisik pada
dirinya sendiri. Setahunya Harraz walaupun baran dia memang tahap maksima,
namun kalau dengan budak-budak cepat sangat dia lembut hati.
“Tak jadi sebab
rupa-rupanya mak dia tu orang yang langgar Raz masa kat kedai Parkway tempoh
hari, sampai pecah Kristal replika kapal yang Raz nak beli tu. Siapa tak geram?
Sisa sakit hati ni masih berbaki tau. Bila Raz marah dan sergah sikit dah muncung.
Macam mama and adiklah. Mulut itik…pap! Pap! Pap!” jawabnya sambil meniru
gaya mulut itik.
“Ewah, ewah, sedap kamu
mengata kami ya. Dapat bini yang suka memuncung macam mama dengan Risya baru
padan muka.” Datin Raudhah menyampuk. Anaknya yang seorang ni suka sangat
mengejek tabiat dia dan Risya yang suka memuncung jika ada hal yang tidak
mereka puas hati atau merajuk. Samalah dengan Datuk Haidar, suaminya. Bapak
borek anak rintik.
“Lepas tu, pasal perempuan
tu jugaklah tempoh hari Raz hampir kemalangan tau. Boleh pulak tengah syok kita
memandu dia break mengejut? Nasib
baik Raz tak dekat sangat dengan dia. Kalau tidak, habis kereta Raz tercium
kereta dia kat tengah-tengah jalan macam tu. Kita marah-marah dia, dia buat
muka selamba dan terus blah macam tu je. Geram tau tak? Dasar mulut itik! Muka pending! Hish!” Harraz melepaskan
amarahnya dengan menumbuk sofa yang dia duduk.
Datuk Haidar ketawa. Datin
Raudhah mula merasakan sesuatu. Harraz nampak pelik hari ini, pasal muncung
mulut pun Harraz ambil tahu. Eh! Ini bukan pelik lagi ni, ni luar biasa ni!
Naluri seorang ibu kuat sangat mengatakan ada yang tidak kena dengan Harraz.
“Harraz, sejak bila kamu
ambil tahu pasal perempuan ni? Siap boleh mention dia muncung
bila kena marah. Ni Harraz yang mama kenal ke?” Datin Raudhah bertanya sambil
menepuk lembut bahu anaknya. Harraz masih mencuka. Risya ketawa.
“Ha!!! Risya ingatkan,
Risya sorang je perasan benda ni, mama pun perasan jugak? Kalaulah mama tengok
muka abang masa dia bercerita hal perempuan tu dan masa terserempak dengan
kakak cantik tu, mesti mama tak boleh tahan gelak. Sumpah lain daripada Harraz
Rizki yang Risya kenal tau.”
“Sedap kamu mengata abang
ya. Oppa ganyang kau baru tau!” Harraz menyepak perlahan kaki adiknya yang
sedang meniarap, menonton televisyen.
“Eleh, nak ganyang-ganyang orang
pulak, panggil Akak Marha tu baru tau. Mana kami tak pelik, abang sebelum ni
dahla skema, gila buku, belajar siang dan malam. Sampai mama ni berkempunan nak
menantu perempuan abang boleh tak buat layan aje. Ni abang bagi respon kat ore ttino ni kami gembira tau. Bukan apa, bersyukurlah
jugak, akhirya terjawab yang abang adik ni bukan jenis minat kaum sejenis. Kan
mama?”Soal Risya. Datin Raudhah laju mengangguk.
Harraz membeliakkan
matanya.
Kaum sejenis?? Gila ke apa
pemikiran mama dan adik ni??
“Yes! I’m G.A.Y. Gay! Dengan
erti kata lain, I’m happy.”
“Tahulah perkataan gay tu ada masanya merujuk perkataan happy, bahagia, tapi apa yang mama dan
adik maksudkan tu lain la….”
“Argh! Enggak mau! Sampai hati adik fikir serong pada abangmu yang
handsome ini.” Harraz menolak-nolak tubuh Risya menggunakan kakinya. Geram
punya pasal, dengan Bahasa Indonesia sekali dituturkannya.
“Sudahlah tu, Raz, tak baik
main kaki kat adik macam tu. Ni papa nak tanya, mana kamu tahu yang budak kecil
tu anak pada perempuan yang kamu kata mulut itik tu?”
Papa ni, tak habis lagi
rupanya dengan soalan. Harraz menggaru-garu kepala. Susah bila Inspektor Haidar
mula menjalankan tugas. Masak… masak…
“Dah dia bahasakan diri dia
mama dengan budak tu, mestilah budak tu anak dia. Kenapa papa?”
“Ingatkan single lagi, kalau single boleh papa pinang dan kahwinkan dengan kamu. So, cukuplah
pakej kat rumah kita ni. Muncung lapan belas kali tiga!. Hehehe…” jawab Datuk
Haidar, serentak dengan itu, dia mendapat cubitan istimewa daripada isterinya.
Datuk Haidar menjerit kecil, terkejut dengan cubitan manja tersebut. Anak-anak
ketawa, kelakar melihat Datuk haidar menjerit kesakitan.
“Amboi, amboi! Papa ni…
sempat kenakan kami ya? Buruk-buruk muncung kami ni, kalau keluar muncung lapan
belas yang korang alergik sangat tu, hati resah jugakkan? Pening jugak nak
memujukkan?” tempelak Datin Raudhah. Datuk Haidar senyum. Malas
menjawab bila puan besar dah bersuara. Silap timing nak bergurau rupanya. Tak pasal-pasal dapat hadiah ketam
percuma.
Harraz ketawa. Sempat papa
kenakan mama. Papa dan mama memang selalu bergurau dan bergelak ketawa. Papa
kata, itu rencah rahsia dalam rumahtangga. Kalau aku ada isteri, hari-hari
memang kena bergurau lah ye? Kalaulah perempuan mulut itik tu jadi isteri aku mesti
seksa hidup dia, asyik kena sakat.
Hish! Perempuan tu lagi??
Hari ini kenapa asyik
ingatkan dia ni, sebelum ni elok je. Itu isteri oranglah Harraz. Apa kena
dengan aku ni? Tadi ingat dia, sekarang lepas apa yang berlaku ni pun, ingat
dia juga. Sedar Raz, sedar! Dia isteri orang! Tak baik ingat hal isteri
orang ni!
Harraz tersenyum dan
mengangkat punggunya dan berlalu ke bilik. Otak ini harus direhatkan sebelum
perkara pelik makin menjadi-jadi.
MALANG tak berbau,
ha! Inilah yang tak berbaunya. Ingat nak bersuka-ria, si Alif ni buat hal pulak
dah. Dahla orang ramai, kenapa aku asyik kena time pergi KB mall je? Tempat
lain elok aje, kat Parkson tak ada pulak jumpa si naga merah tu. Kat Pantai
Timur Hypermarket pun tak ada. Aku ingat episod gaduh-gaduh dengan dia tak akan
wujud lagi. Nasib badan Marha oi!
Dia membebel di dalam hati,
kemudian memandang Alif yang enak tidur di sebelahnya, mungkin penat menangis
kot. Selepas itu dia mengalihkan pandangan kepada baju t-shirt berwarna putih.
“Macamlah tak boleh basuh
sendiri! Setakat baju kena aiskrim je kot. Saja nak buat hal. Inilah manusia
kalau fikir diri sendiri je hebat. Ingat baju serupa dia tu orang lain tak
mampu beli ke?” Bebel Marha lagi.
“Apa nama lelaki tadi eah?
Tak silap aku masa kami hampir berlanggar tempoh hari aku ingat nama dia, tapi
sekarang kenapa aku hilang ingatan pulak ni. Apa namanya, Riki? Rifqi? Rocky?
Ah! Lantaklah, janji ade bunyi Ki kat belakang tu. Hahahha... Buang masa nak
fikir!”
Marha mengalihkan
pandangannya ke hadapan dan meneruskan
pemanduannya pulang ke Pelangi Mall Kondominium.
“Kesian Alif menangis.
Terkejut tak pernah tengok orang bergaduh kot. Nasiblah jadi pelakon drama kat
KB Mall hari ni, tempoh hari dekat Parkway, hari ni dekat KFC pulak. Sepatutnya
pihak pengurusan KB Mall ni dah boleh lantik aku jadi duta dah ni. Secara tak
langsung menjadi satu tarikan buat pengunjung-pengunjung yang datang. Betul
tak?”
HARRAZ mencari-cari
kelibat adiknya, Risya.
“Mana pulak budak cengeng
ni pergi? Tadi elok je tonton televisyen. Ni mesti dah lari ni. Dah tahu tadi kenakan
aku. Ha! macam biasa. Malam hukuman menjelma! Hahahahha…..”Harraz ketawa
sendirian.
Nasib engkaulah Risya dapat abang macam aku.
Bisik hatinya.
Dia berjalan menuju ke
bilik Risya yang berada di sebelah biliknya. Kemudian, dia berhenti tegak di depan
bilik itu. Kelihatan gambar Barbie tergantung di pintu bilik beserta nama
“RISYA”.
“Warna pink! Perempuan,
memang tak lari daripada warna ini. Entah apa yang istimewa dengan warna pink
pun tak tahu. Bayangkan, sembilan daripada sepuluh perempuan gemarkan warna
pink a.k.a merah jambu? Kesian pada warna lain. Tak ada yang minat.
Dia ada terbaca kata peminat warna pink ni lembut orangnya, tapi kenapa Risya
tak pun? Asyik luku kepala aku, sepak aku suka-suka hati dia je?” dia meluahkan
rasa tidak puas hati pada diri sendiri.
Harraz menarik nafas. Dia
membuka pintu bilik Risya perlahan-lahan. Kepalanya di jengah beserta sergahan
kuat.
“Huargh!!”
“Abang!” jerit Risya
terkejut. Dia yang baru sahaja memanjat katil terhenyak terperanjat, nasib baik
tak terjatuh. “Tak boleh ke kalau nak masuk bilik tu bagi salam dulu ke, ketuk
pintu ke, tak pun bagi la some hint to me. Mana tau Risya tengah
seksi ke, tak ke haru?? Sanggup abang tengok? Nok kelih?”
“Alah, kalau setakat Risya
seksi, abang tak heran pun. Tak ada rasa. Hahaha…” Harraz gelak dan melabuhkan
punggungnya di katil bersaiz king milik Risya. Cadar pun warna merah jambu.
Malangnya lelaki yang dapat adiknya nanti. Terpaksa menahan rasa hidup dalam
warna yang bukan menjadi pilihan.
“Mulut jahat ya! Ha! Ni kenapa
datang bilik Risya ni? Malam-malam buta bukan nak tidur, merayap bilik orang
aje tahu. Kesian muka dah handsome,
tapi lupa ingatan pada bilik sendiri.” Kata Risya.
“Saja, nak tuntut hutang
petang tadi.” Harraz turut meniarap seperti Risya. Mereka berdua memandang
komputer riba jenama Apple milik Risya.
“Hutang? Hutang apa abang?”
Risya bangun dan bersila.
Hutang? Nak kata tadi ada
terpinjam duit abang, rasanya tidak. Sahkan nak pinjam, duit satu sen pun tak
keluar. Melayan baran abang punya pasal. Hatinya membebel-bebel.
“Hutang nak ganyang kamu
lah.”
“Ha?? Tak payah nak beroppa
ganyang kat sini okay. Padan la muka abang tu. Buat perangai depan orang ramai.
Ingat adik ni tak ada muka ke, semua orang tengok adik tadi tau? Kalau bukan
ingat sayang kat abang adik yang seorang ni, mau adik tak mengaku si Harraz
Rizki ni abang adik tau.” Jawab Risya dan kembali meniarap. Facebook saja
kerjanya.
“Apa yang tak payah? Sedap
kamu buli abang depan mama papa tadi ya? Alah, orang tengok aje pun, bukan
diorang kenal kita ni siapa, lagipun, memang patut abang marah. Baju kesayangan
tu.” Bantah Harraz lagi.
“Lantaklah, tapi tak payah
nak mengganyang kat sini. Adik tengah tunggu akak tadi add adik
ni. Hehehehe….”
“Sempat pulak kamu promote
Facebook kamu kat dia?”
“Mestilah. Kesian dia kena
dengan abang, nasib baik abang ada adik yang bijak ni. Kalau tak, macam mana
dia nak pulangkan baju yang kononya baju kesayangan abang tu?” tanya Risya
sambil menepuk lembut dahi abangnya.
“Suka-suka dia cepuk dahi
abang ye! Tak apa… tak apa..” Harraz memegang dahinya. Adik yang nakal!
“Biasalah…. tengah marah, siapa pun abang tak nampak! Janji apa yang dalam
kepala ni keluar.” Harraz masih memandang kosong screen laptop.
“Eh! Akak ni add la.”
Jerit Risya.
“Ha?? Cepatla approve!”
Harraz mula teruja.
“Abang pulak yang
terlebih excited. Ho bakpo?
Isteri orang ni okay.” Matanya dijeling sedikit, abang ni lain macam benar.
Dari siang tadi lagi aku perasan.
“Yelah, yelah… abang teruja
sebab fikirkan baju abang je. Bukannya apa.” Jawab Harraz menutup perasaan yang
sebenar. Alamak! Kantoi dengan Risya pulak. Jangan dia fikir lain sudah.
Risya menekan butang “confirm”.
Kemudian terpapar laman mukabuku milik Marha.
“Marha Karmila? Waah…
sedapnya nama akak ni. Eh abang! Bakpo
kat sini status akak ni single? Cakap dah ada anak?”
Risya memandang Harraz dengan penuh tanda tanya.
“Alah, nama lagi facebook, semua boleh dibuat lah…. Apa
yang pelik?” Harraz menjawab. Dia buat muka bodoh.
“Mesti terasa hati laki dia
ni kan sebab bini dia tak mengaku dah kahwin.Ooo… parok! Ade jugak bini tak ngaku dah berlaki. ” Sambung Harraz lagi.
“Abang! Cuba baca ni.”
Harraz yang menyembamkan muka di bantal mengangkat muka. Dia membaca ayat yang
berada di laman mukabuku milik perempuan mulut itik.
Malang! tadi pegi kbmall!
Terjumpa mamat gila! Pasal aiskrim pun nak gaduh! Dahla muka merah macam naga!
Sediiih! Mulut pun boleh tahan, menyembur macam api naga dah! Sesuailah tu!
N.A.G.A!!!
“Dia cakap abang naga lah.
Hahahahahhaha….” Risya ketawa besar. Harraz menunjukkan muka tidak puas hati.
“Abang punyalah handsome,
dia boleh cakap abang ni muka macam naga? Mata dia buta agaknya.” Jawab Harraz.
Geram! Comforter di atas katil Risya
direnyuk-renyuk geram.
“Nak buat macam mana, muka
abang tu putih sangat. Dah la bila marah tak hengat dunia, mana tak muka tu
merah macam muka naga?” jawab Risya. Harraz terkena lagi. Telinga adiknya
ditarik, Risya menjerit.
“Ewah, ewah, ewah…. Belum
apa-apa lagi kamu dah geng dengan si mulut itik tu ye? Ha! Elok sangatlah tu. Dua
mulut itik berjumpa, jadi itik kuasa dua! Malaslah layan kamu! Abang nak masuk
bilik lagi best!” jawab Harraz.
Datang dengan niat nak mengganyang adiknya, tapi dia rupanya yang diganyangkan?
“Kejap abang, tengok album
ni. Budak tadi bukan anak dialah, tu anak saudara dia je. Cuma budak tu panggil
Kak Marha, mama.” Risya menarik tangan Harraz yang mahu berdiri.
Dengan malas Harraz membaca
nama album tersebut.
My Two heroes! Handsome
nephews!
Harraz tersenyum. Namun
senyumannya masih mampu disorokkan daripada penglihatan Risya.
“Eh, baru perasan pulak
yang budak besar sikit ni abang pernah tengok masa kami gaduh tepi jalan hari
tu. Yang kecil ini langgar abang tadi kan?”
“Yes, yang kecil ni tadi landing
atas abang. Ha, kenapa ni?” Risya melirik matanya sambil tersenyum ke arah
Harraz. Harraz tarik muka.
“Apa-apa ajelah Risya,
malas abang nak layan.” Jawab Harraz. Dia berlalu menuju ke biliknya. Cuba
menutup rasa dihati. Tak tahu kenapa berita perempuan mulut itik itu belum ada
anak menggetarkan dan mengujakan hatinya.
Tiba-tiba terdengar jeritan
daripada bilik Risya saat dia melangkah keluar.
“Adik suggest
dia jadi kawan abang kat facebook
okay!”
Harraz tersenyum lagi dan
menghilang disebalik pintu biliknya.
Kenapa perasaan berbunga
itu datang walaupun kita berada di dua dunia berasingan…
No comments:
Post a Comment