love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, 25 April 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 7)


BAB 7
PING!
Marha yang sedang melipat baju di atas katil sepantas kilat berpaling ke arah komputer riba yang terbuka bersebelahannya, juga di atas katil.
“Siapa pulak yang ‘mengomen’ status di wall aku ni? Jarang benar orang nak komen, selalu mereka ni reti like aje. Entah baca entah tidak apa yang aku tulis. Lagi-lagi kalau si Kiera dengan Eija, lagilah. Tahu online, like sampai lebam, pastu off. Ape pun tak jadi.” Marha membebel sendirian sambil tangan melipat kain sarung miliknya. Usai menyudahkan kain sehelai itu, dia meniarap dan menarik komputer riba ke arah tempat duduknya. Dia menekan nombor satu yang berwarna merah.

Risya Bulat commented on your status: kesian naga….

“Risya Bulat? Ini bukan adik naga tu ke?” soal Marha sendirian lagi. Tadi rasanya dia baru menjadi rakan di Facebook, sekarang dah komen mengomen? Klik! Dia menekan kolum tersebut. Beberapa saat kemudian terpapar komen penuh.

Kesian naga itukan akak? Malangnya saya adik naga itu… hahahaa..” – Risya Bulat.

Marha membaca komen yang baru sahaja di tulis. Alamak! Adik dia komen status di wall facebook aku lah! Marha sedikit cuak. Agak-agak adik dia sebelahkan abang dia tak? ‘Hahaha’ yang dia tulis tu agak-agak menganjing ke memang betul-betul sokong aku? Eh! Mestilah, nama lagi abang dia, mestilah dia sebelahkan abang dia. Fikir Marha sambil mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan jari telunjuk.

Risya: Hi kak!

Eh! budak ni tegur aku? Nak layan ke tidak? Layan ke? Ke tidak? Erm… Layan sajalah, jangan cari gaduh sudah. Mindanya berbicara. Marha mula menekan papan kekunci untuk membalas teguran daripada adik si naga di ruang sosial.

Marha Karmila : Hi… hehehhehe…
Risya Bulat : Akak buat apa?
Marha : Tak ada buat apa pun, baring atas katil je, penat layan budak-budak.

Nasib baik budak-budak dah tidur, kalau tak jenuh aku nak melayan mereka.Tak dapatlah berfacebook hari ini.

Risya Bulat : Ooh… anak-anak akak dah tidur ya?

Anak-anak?? Oh my! Aku nampak tua sangat ke?? Hatinya menjerit. Dia berlari ke meja solek, mukanya di pandang, dibelek-belek.
“Tak adalah tua mana kan?” soalnya pada diri sendiri. Menyedapkan hati sendiri. Setelah berpuas hati dia kembali mengadap komputer ribanya.

Marha : Anak? Akak mana ada anaklah.Yang tadi anak saudaralah.
Risya Bulat : Lah, saya ingat akak dah kahwin. Tak sangka itu anak saudara. Tapi sebenarnya dah agak sebab tengok album dalam fb akak.
Marha : See? Dah tahu tanya lagi.. hehehe… Apa tua sangat ke muka akak tadi dik?

Ramah pulak Marha kali ini.Rasa selesa mula bertamu dalam hatinya, jarang Marha mudah ‘kena’ dengan orang yang baru dikenalinya.

Risya Bulat : Hahahha.. nak kepastian kan… muka akak? Tak adalah tua kak. Cuma saya dengar budak lelaki tadi panggil akak mama, tu yang saya ingat akak dah kahwin. Maaf kak. Salah sangka.

Hahahaha, lawak sungguh budak ni. Panggilan tak semestinya membawa maksud yang serupa. Itu yang orang putih kata, “don’t judge a book by its cover”, tapi kalau versi aku “don’t judged a tittle by its nama”, hahaha… Marha membebel-bebel di dalam hati kemudian ketawa sendirian. Tangannya masih ligat menekan papan kekunci. Makin rancak nampaknya.

Marha: Taklah, akak jaga anak saudara, kakak akak pergi honeymoon, takkan nak bawak budak-budak, kacau nanti. Hehehehe…
Risya Bulat: ooooh… patutlah. Hehe..akak, nanti chat lagi ea, Risya nak tidur la, esok ada kelas. Hehehe… nanti kalau akak nak pulangkan baju abang, akak call Risya je okay. Tak payah layan sangat abang Risya tu, dia memang tak betul sikit. Ok. Babai. Nanti apa-apa contact kite tau?

“Baru nak borak panjang-panjang, dah nak tidur?” Marha mengeluh.
“Baru nak selidik tentang naga yang mengaum siang tadi, tak ada rezeki nampaknya. Eh? Naga mengaum ke?” soalnya sendirian kemudian ketawa kuat. Rasa kelakar dengan soalan sendiri.

Marha: okay Risya, terima kasih...cekedout… good luck masuk kelas. Hehhe..

Kemudian, mesej Marha dibalas dengan animasi “smile”, seterusnya kelihatan butang hijau bertukar menjadi kelabu menandakan Risya telah pun offline.
“Belajar lagi rupanya budak ni, sekali tengok gaya macam dah kerja, rupanya tidak. Pemakaian macam ada kelas je, mesti anak orang berada ni. Jom! Kita teroka facebook Risya.”


HARRAZ  menghidupkan komputer riba miliknya. Hatinya berbunga riang. Agak-agak Risya cadangkan betul-betul ke dia main- main ya? Beberapa minit kemudian, selepas komputer ribanya memaparkan desktop, dia terus menekan ikon Google Chrome. Facebook terus dibuka, dan…. TARA!!! Dia tersenyum lebar. Terus dia menekan butang “add friend”. Dalam hatinya, berdoa semoga orang disana masih bermukabuku.
Online ke tidak dia ni? Tadi elok je duk update status, siap berbalas komen dengan Risya lagi.” Harraz membebel sendirian sambal membelek news feed facebook dari atas ke bawah. Sempat juga matanya merakam komen yang Risya tinggalkan pada status terkini milik Marha.Masa dirasakan lambat berputar.
Tit! Tit!
Komputer ribanya berbunyi, pantas dia memandang ke arah skrin komputer. Ada satu mesej.
“Siapa pulak main mesej malam-malam macam ni? Jangan ada yang gatal nak berkenalan sudah.” Harraz terus membuka mesej tersebut. Daripada Marha Karmila.
Eh, ini nama perempuan tadi. Dia membaca setiap bait yang ditulis.

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Kehadapan saudara (mengikut profile fb awak ni lelaki), rasanya telah sy beritahu pd ruang profile sy, jika saudara rasa sy tidak mengenali saudara,haruslah saudara menghantar mesej terlebih dahulu, untuk sesi screening and confirmation, barulah sy boleh meng”approve” saudara. Ada faham? Terima kasih.
**hrp saudara bls dgn sedikit butiran tentang diri saudara, yang membuktikan sy knl saudara. Tq”

“Amboi! Panjang lebar perempuan ni mesej aku. Sesi screening and confirmation konon. Takkan gambar  yang aku letak tu dia tak cair rasa sesweet gula kot? Takkan tak ada Risya sebagai  mutual friend kot? Ape ke pelik dia ni? Baik! Aku balas butiran yang membuktikan dia kenal aku ya?”
Harraz terus menaip laju. Sebentar kemudian dia menekan butang send dan terus ketawa. Tidak smpai sepuluh minit, dia telah di approved. Apa lagi, sekali lagi satu bilik bergema dengan ketawa kuatnya. Dia terus bangun dan menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk sebelum tidur. Itu adalah rutin yang diamalkannya sejak usia belasan lagi.


“ABANG RAZ…” satu suara manja dan gemersik kedengaran.
Siapa pulak panggil aku malam-malam macam ni? Bisik hati Harraz agak pelik.
Dia yang baru sahaja mahu melelapkan mata kembali segar. Tiba-tiba rasa meremang bulu tengkuknya.
“Abang, pandang la sini… Abang Raz…”
Aduh, suruh pandang-pandang pulak! Dah ni kenapa ni? Bebelnya lagi di dalam hati. Siapa pula malam-malam macam ni menyuruhnya pandang memandang?
Harraz masih membatukan dirinya. Nak berpaling tapi dia tak berani, rasanya dia seorang sahaja di dalam bilik ni. Statusnya pun masih lagi bujang, belum berkahwin, tapi kenapa ada suara perempuan di dalam bilik tidurnya?
Dia mengemaskan pelukannya pada bantal peluk. Nak berlari keluar, pintu bilik pula berada di belakangnya. Kalau dia nak ke pintu bilik, maksudnya dia harus memandang ke arah suara perempuan tadi. Dah hampir dua bulan dia balik ke rumah, tak pernah pulak dia tahu bilik yang dia diami daripada kecil ni berhantu? Jadi kalau bukan manusia, bukan hantu, siapa yang menyuruhnya berpaling ke belakang?
“Tadi dah ambil wudhuk dah, takkan benda-benda mengarut ni nak datang mengacau lagi?” bebelnya antara dengar dan tidak.
“Abang Raz, sampai hati tak nak pandang Marha..”
MARHA???
Kenapa perempuan mulut itik ni ada dalam bilik aku? Aku mimpi ke? Jerit hati kecilnya. Geram!
Harraz mencubit tangannya sendiri. Sakit! Maknanya ini bukan mimpi. Dia berpaling ke belakang perlahan-lahan. Tiba-tiba, tersembul wajah Marha hampir dengan kepalanya.
“Aaaaah!!!!” Harraz menjerit dan terus bangun. Dia melompat ke tepi katil kerana terlalu terkejut.
“Hahahahahaha…” kedengaran suara perempuan ketawa.
Tapi kenapa aku macam kenal je suara perempuan ni? Eh? Bukan ke ni suara Risya? Soalannya terngiang-ngiang di dalam kepala.
 Dia mengintai di sebalik birai katil. Kelihatan Risya sedang seronok mengetawakannya sambil memegang sehelai kertas. Harraz berdiri daripada persembunyiannya. Hantinya berasap. Berani Risya mengetawakan dirinya. Risya berbaring di atas katil milik abangnya menyambung ketawa yang masih bersisa.
“Mana Marha?” soal Harraz kuat. Matanya liar mencari-cari bayang tubuh Marha.
“Mana ada Kak Marhalah abang ni, mamai!” jawab Risya yang masih tak boleh berhenti ketawa.
“Dah tu? Tadi siapa? Kenapa aku nampak muka Marha?” Tanya Harraz lagi, tidak puas hati.
“Tadi? Ni!” jawab Risya sambil menunjukkan wajah Marha di atas sekeping kertas bersaiz A4.
Ooh! Barulah dia faham. Rupanya Risya yang mengusik dia tidur tadi.
Terlebih gula punya adik!! Terkejut beruk aku ingatkan Marha betul masuk ke bilik, rupanya gambar je? Saja bikin malu adik aku sekor ni. Dahla bilik ni terang dengan lampu tidur aje, mana nak perasan siapa yang ada selain dia. Cahaya lampu tidur ni pun bukan terang mana pun, malap, kekuningan aje. Harraz mengetap bibir sambal membebel-bebel di dalam hati.
“Terlebih gula eah  kau adik? Dah! Pergi tidur! Eiish! Sakitnya hati aku. Dahla penat. Tahu tak abang tak cekak ni? Nak tidur ni. Dah!! Blah, blah. Kacau je.” Wajah Harraz mula memerah. Geram dengan gurauan adiknya. Badan kecil Risya di tolak kuat menuju ke pintu bilik.
“Yelah, tak payahlah paksa-paksa, Risya keluar sendirilah. Night abang, jangan marah eah. Sayaang abang. Mmmuah!” Risya melayangkan flying kissnya pada abang tercinta, kemudian ketawa besarnya meledak lagi. Kelakar melihat Harraz melompat menyorok di tepi katil. Harraz mencebikkan wajahnya. Sakit hati dengan gurauan bodoh adiknya.
“Kalau ya pun nak mengusik aku, tak ada cara lain ke? Kenapalah wajah si mulut itik itu juga dia gunakan? Macam tak ada orang lain dah yang boleh takutkan aku?Eh? Memang tak akan ada pun kan? Marha je yang boleh buat kau jadi perangai gila-gila macam setan!”
Harraz memanjat katil dan duduk bersandar di kepala katilnya.
“Hadoi... bertuah punya adik. Kus semangat aku! Kenapalah dalam banyak-banyak muka Marha yang berjaya buat aku separuh mati terkejut? Ini suratan atau kebetulan ya? Pelik bin ajaib jugak. Selalu aku tak kisah pun dengan mana-mana perempuan. Erm... curious! Eh? Curious pada diri sendiri pulak? Aduh, macam orang tak betul duk bercakap sorang diri macam ni. Marha, kenapa kau buat aku jadi macam orang tak betul?? Sebelum ini elok aje kehidupan aku, dalam otak pun tak ada orang lain yang aku fikirkan selain keluarga. Sekarang otak aku dah rasa sesak bila setiap kali babak pergaduhan kita mula masuk dan diproses dalam otak. Haduh... tunggang langgang emosi dibuatnya” Harraz merungut sendirian. Rasa terkejut masih lagi bersisa di hati. Jantungnya juga masih lagi mengepam laju darah, belum tenang sepenuhnya. Ini semua gara-gara Risyalah ni.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Harraz mengambil keputusan untuk tidur. Dia terus bungkam di atas katil dan menutup kepala menggunakan bantal harap-harap cepatlah lena. Tak rela otak ini berfikir tentang diri kau lagi.

No comments:

Post a Comment