love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 8 March 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 5)


BAB 5

“KITA nak gi mana ni bang? Tadi cakap nak ke Taman Tengku Anis, tapi ni bukan jalan ke sana.” Risya menunjukkan wajah kehairanan. Harraz tergelak.
“Adik abang tak payah risaulah. Hari ni abang nak bawa adik abang pergi ke suatu tempat. Mesti best punyalah!”
“Yelah, tahulah suatu tempat tapi kat mana wahai abangku tercinta? Tadi janji Tutti Frutti la, shopping la… ni shopping ke mana, Tutti ke mana?” Risya memasamkan mukanya. Muncung lapan belas yang sentiasa menjadi teman terus keluar.
Shopping tu mungkin, tapi tak bermaksud janji tau. Tu mulut tu. Tadi dah janji dengan abangkan, abang tak suka Risya buat duck face macam  tu. Buruk sangat muka adik abang jadinya.” Harraz sesekali menjeling kearah wajah kelat adiknya sambil menumpukan  perhatian kepada  pemanduan. “Kalau rasa nak sangat jadi itik, nanti abang buat reban itik kat taman rumah kita, bolehlah kawan dengan adik abang yang manja ni, nak?” tambah Harraz lagi.
“Abang ni, ke situ pulak. Busuk la rumah kita nanti bau tahi itik! Tak sesuailah adik yang vogue ni nak kawan dengan itik.” jawab Risya dengan pelat ala-alat mat salleh sambil ketawa. Terus hilang muka-muka hantu muncung. Harraz juga turut ketawa kuat. Berjaya dia mengusir wajah itik yang dia tak suka, tetapi yang pelik ayat yang dia ucapkan tadi tidaklah lawak mana rasanya. Kenapa Risya bukan main ketawa?
“Kan comel ketawa macam ni, manis aje adik abang tak ada la macam tadi.” Harraz terus mencubit pipi adiknya, Risya. Risya menjerit kecil.
“Abang ni kan, suka sangat mengutuk bila Risya muncung. Abang kahwin nanti, dapat yang spesis Risya and mama baru padan muka. Siapa nak jawab?”
“Kalau abang dapat isteri spesis macam adik and mama, matilah abang. Hari-hari kena mengadap duck face macam tu, isteri abang pun mesti menyesal punya, abang cubit bibir dia hari-hari, confirm dia tak buat dah.”
“Jahatnya abang saya!! Kesian kakak ipar adikkan, ni sebelum kahwin adik kena bagi warning awal-awal, tak nak ada yang menjadi mangsa kekejaman abang.” Risya mengerutkan mukanya.
“Tak payah berangan. Sahkan isteri, calon isteri pun abang tak ada lagi, tak ada siapa-siapa yang kamu perlu warning.”
“Nampak sangat menipu tak ada girlfriend.” Bisik Risya perlahan.
“Apa adik cakap? Abang tak dengar.” Tanya Harraz dan mendekatkan telinganya ke arah Risya. Risya sedar dia terlepas cakap. Harap-harap abang tak dengar.
“Eh, mana ada apa-apa,  Risya kata , oh begitu.. “ jawab Risya takut-takut.
“Ooo... tapi abang rasa abang tak dengar macam tu pun tadi?”
“Erk!”
“Sudahlah, now kita dah smpai dah, kejap abang cari parking.” Malas Harraz nak melayan kalau bab-bab begini. Baik dia menamatkan perbualan lebih awal.
“Eh, dah sampai?” Risya kelam kabut mengalihkan pandangannya ke luar kereta.
Banyak juga kami bercakap, sampai tak sedar dah sampai. Kat mana ni? La… abang datang KB Mall je? Bosan betul. Tadi cakap tak nak shopping, tapi sekarang ke sini pulak. Patutlah rasa dekat, berapa minit je dari rumah. Aduh abang ni, macam tak ada tempat lain nak tuju.
“Abang ni cakap berbelit tau. Mula-mula cakap nak shopping, dalam kereta cakap tak nak, ni datang KB Mall buat gapo? Tadi cakap tok se shopping? Kenapa datang sini jugak?”
“Abang lapar, saja datang menyemak kat sini sekali sekala. Sambil-sambil tu, boleh abang cari kakak ipar untuk kamu.” Harraz mengenyitkan matanya dan mengangkat  kening sebelah kirinya. Mereka keluar dari kereta
“Eiii! Abang ni bajet tiru Lee Min Hoo la... eiii... geli! Siapa yang malang dapat abang nih. Cepatlah, adik pun dah lapar tengok muka poyo abang nih.” Risya tergelak besar. Tapi memang betul, ramai kawan-kawannya mengatakan wajah abangnya memang kacak, hidungnya yang terletak serta matanya yang sedikit dalam. Semestinya menjadi kegilaan ramai perempuan.
Ramai senior-senior perempuan di universitinya yang kononnya jatuh cinta pandang pertama pada abangnya. Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan dia?  Hampir saban hari dia terpaksa menjadi posmen tak bergaji untuk menghantar surat dan kiriman salam, itu belum termasuk yang hari-hari menempel minta nombor telefon. Di depan mereka, Risya anggukkan sahaja, tetapi, tidak juga dia sampaikan. Mahu bernanah telinganya kalau abangnya tahu semua ni.
“Ke abang memang tak suka perempuan agaknya. Eh, ape aku ni??? Jangan abang suka kaum sejenis sudah. Mintak simpang! Heheheh…” dia tergelak sendirian.
Harraz memandang pelik adiknya yang ketawa sendirian secara tiba-tiba. “Dah bakpo mung ni Risya? Ketawa tiba-tiba… Kena sampuk ke?” dia menepuk bahu Risya yang berjalan di sebelahnya.
“Eh abang ni, terkejut tau?? Perlahan sikit tak boleh ke?”
“Dah kamu yang buat abang takut, tiba-tiba ketawa, risaulah jugak adik abang kena sampuk siang-siang macam ni.” Harraz menggosok kepala adiknya.
Risya senyum. “Wahhh… sweetnye abang… risau kat adik... ehhehe... tak ada apa-apalah... adik teringat kat senior universiti adik, kesian cintanya tak terbalas eak…. Separuh nyawa dia minat kat abang, abang boleh buat tak tau je…hati batu betul abang ni.” Risya ketawa lagi..
“Ha! Buka lagi cerita tu, abang dah kata jangan layan sangat mereka tuh, abang tak suka mereka suka abang sebab muka handsome la, sweet la, apa-apa je. Mereka belum kenal lagi perangai betul abang. Silap-silap haribulan, yang separuh mati nak kat abang nilah, yang lari dulu… bukan begitu?”
Risya ketawa geli hati. Abangnya sudah buka mulut. Lebih baik layan sahaja daripada kena marah. Hehehe…. Lagipun memang betul apa yang Harraz katakan. Kalau mereka yang nak sangat Harraz tu tahu perangai Harraz sebenar, memang diorang yang lari dulu. Risya yang sebagai adik pun tak tahan dengan sikap nak serba sempurna abangnya tu, apatah orang lain yang baru nak kenal?
Tapi bagus jugak abang ni, jenis sedar dirikan? Sedar perangai buruk sendiri. Hahahaha…. Bisik hati Risya.
“Dahlah, jom. Hari ini abang terasa nak makan KFC. Jom teman abang makan. Tiba-tiba teringin pulak rasanya nak makan ayam goreng. Fuuh!!! Sedapnya….” Kata Harraz sambil tersenyum.
“KFC? Macam tak ada tempat lain nak makan KFC. Padahal dekat Bandar Kubang Kerian bukannya tak ada, tu dekat stadium tu pun bukannya tak ada. Abang ni saja je datang tempat orang ramai-ramai macam ni.” Bebel Risya.
“Eh! Tadi bukannya kamu cakap pasal kakak ipar? Abang datang sini nak cari kakak ipar untuk kamulah.”
“Kakak ipar kat shopping mall? Nampak sangat kalau jumpa jodoh kat sini, sembilan puluh peratus mata duitan, kaki shopping! Tak mampu adik nak sangkal lagi. Percayalah!”
“Pulak? apa-apalah adik oi. Abang nak makan je sekarang ni. Adik nak yang mana? Abang nak paha ayam. Bila gigit je, keluar asap. Rasa dia… peeergh!!!!” Harraz memejamkan mata. Reaksi yang penuh kelazatan. Risya telan air liur.
 “Ewah, ni dah menganggu diet adik nih, tetapi memandangkan ada abang yang kacak bergaya belanja, sanggupku melanggar pantang.”
“Adik diet??” Harraz berhenti daripada berjalan. Risya buat muka pelik. 
Dah bakpo pulak abang aku ni? soal Risya dalam hati.
“Oyeahh! Mestilah abang, kenapa? Macam pelik saja.”  Risya turut berhenti di sebelah abangnya. Dia mengenyitkan matanya sambil bercekak pinggang.
“Memang pelik. Adik abang yang sekeping macam ni pun nak diet? Dah macam straw je abang tengok. Tak payah lah abang rasa diet mendiet ni. Rugi je tak dapat menikmati makanan yang ada kat dunia ni.” Harraz dengan muka tak bersalah memberi komen kepada adiknya. Risya berasap. Dikerutkan dahinya, mencerna sindiran yang diberikan.
“Dikatanya aku  ni macam straw? Amboi! Sedapnya mulut tuan hamba berkata-kata. Abang jangan buat Risya marah tau. Tak nak kawan abang baru tahu!” hatinya terusik. Sampai hati abang yang setiap hari dipuji handsome mengata badannya bagai penyedut minuman?
“Hehehehe... jangan marah adikku sayang. Jomlah makan. Abang dah lapar sangat ni.” Harraz terus menarik tangan adiknya menuju ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken. Dia perasan muka Risya sudah memerah. Pantang benar bentuk badannya dikritik. Jadi, lebih elok cepat-cepat diajak ke KFC.
Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan restoran tersebut, tiba-tiba Harraz berhenti mengejut. Risya yang berjalan di belakang Harraz sambil membebel-bebel tentang lokasi KFC yang di pilih turut terhenti dan terlanggar bahu abangnya. 
Dush! Ini memang emergency break! Menyeringai Risya apabila hidung kecilnya mencium bahu keras abangnya.
“Apa lagi ni abang? Sakit hidung adik ni terlanggar bahu abang yang macam besi tu. Keras.” Kata Risya sambil menggosok-gosok hidungnya yang sakit.
“Si pending spesis mama lah….” Bisik Harraz perlahan.
“Ha? Apa dia abang?” Tanya Risya. Dengar macam abangnya ada menyeebut perkataan mama tadi, takkan terserempak dengan mama mereka kat sini pun abang dia terkejut? 
Harraz berpaling mengadap adiknya.
“Tu, perempuan yang bertudung kuning tu, dia satu spesis mama and adik. Kalau kena marah mesti muncung macam mama dan adik tau.” Harraz bercerita sambil menunding jari ke arah seorang perempuan yang berjalan sendirian sambil memegang beberapa beg plastik. Risya berdiri kaku melihat kesungguhan abangnya bercerita. Jarang benar abang ambil tahu pasal perempuan, siap tahu perempuan tu suka memuncung bila kena marah. Biar betik ini abang aku si Harraz? Kemudian dia beralih mata kepada perempuan yang ditunjukkan Harraz. Not bad!
Harraz menyambung lagi, “Dahla pending memanjang, abang hampir nak bergocoh dengan dia hari tu kat Parkway, dia pecahkan Kristal kapal layar abang. Lepas tu..” belum sempat habis Harraz bercerita, tiba-tiba….
BUK!!
“Aduh!” jerit seorang kanak-kanak lelaki. Harraz jatuh terlentang di depan KFC dan kanak-kanak tersebut jatuh di atas badan Harraz.  Harraz terpana, apa yang terjadi?
Kenapa ada rasa sejuk-sejuk kat dada aku ni? soalnya pada diri sendiri. Dia  melihat dadanya. Aiskrim coklat mendarat dengan aman sekali di atas badannya. Apa yang lebih malang, dia memakai t-shirt polo berwarna putih kegemarannya.
Matanya dialihkan pula pada objek yang menghempap badannya. Terdapat seorang budak lelaki sedang meniarap di atas dada sambil mata terkebil-kebil. Mungkin juga turut terkejut dengan kejadian yang baru berlaku. Harraz mula berasap, lebih-lebih lagi aksi ini berlaku di pusat membeli-belah. Semua mata memandangnya yang sedang terlentang di atas lantai.
Tanpa membuang masa, Harraz bangun sambil dia mengangkat kanak-kanak itu ke tepi. Risya cepat-cepat memegang tangan abangnya, cuba mengawal keadaan.
“Abang, you tak apa-apa? Sabar abang, sabar. Jangan marah, please, dia budak lagi tu.” Risya berdiri di sebelah abangnya, berbisik dan cuba meredakan kemarahan abangnya. Harraz melihat kanak-kanak itu, senyap. Takut dimarahi barangkali, rasa kasihan terdetik dihatinya. Terus hilang rasa marah yang membuak sebentar tadi. Namun baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bercakap dengan budak lelaki itu …
“Ya Allah Alif! Kenapa lari-lari macam ni? Mama dah cakapkan hati-hati, kesian pak cik ni, habis bajunya. Itulah, tak dengar kata, babap kang.”  Perempuan bertudung kuning itu berlari ke arah budak yang melanggarnya dan memeluk kanak-kanak lelaki itu.
Pak cik? Mama? Perempuan ni bukan ke perempuan pending tu? Dia dah berkahwin ke? Budak tu anak dia ke? Banyak sekali soalan berlegar-legar di dalam mindanya. Harraz kaku. Pelik!
“Encik, minta maaf ya. Alif tak sengaja tadi, dia memang gembira sangat dapat aiskrim ni sampai tak nak dengar cakap saya.” Perempuan bertudung kuning itu mendongak ke arah  Harraz sambil memohon maaf dan sebaik sahja dia menghabiskan kata, wajahnya terus menunjukkan reaksi terkejut. Harraz turut terkejut.
You? Perempuan pending mulut itik?? Serius? Jumpa kau je aku dapt penyakit, jumpa kau je aku dapat susah!” jerit Harraz. Perasaanya menjadi marah kembali. Kalaulah dia tahu budak kecil itu anak si perempuan pending ni, memang dah lama kena.
“Hah? Apa yang pending? Apa yang itik ni? Saya tak faham...” Marha kaget. Mamat mulut longkang dan kapal layar? Sepintas lalu kejadian mereka bergaduh di sebabkan replika kapal yang diperbuat daripada Kristal pecah menerjah tubir matanya. Kemudian insiden bergaduh di bahu jalan turut kembali meresap ke dalam ingatan.
OMG!
Kenapa sekali lagi mereka dipertemukan?
“Patutlah rasa macam pernah tengok budak ni. Eh! Awak tau tak? Kalau terjumpa awak, kenapalah hidup saya ada je dugaan yang datang?! Kenapa lah awak asyik bagi bala je kat saya? Dahla baju kesayangan ni…. Adoi…” Harraz mememekkan mukanya seperti badut sekaligus meramas-ramas rambutnya. Terlalu geram!
Marha buat muka pelik. Dah kenapa mamat ni? Muka merah macam naga je? Baju kotor sikit aje, bukan tak boleh basuh! Tak boleh jadi nih, kena lawan balik nih.
“Apa??? Awak kata saya bagi awak bala?? Eh hello, saya dah minta maaf baik-baik, suka suki awak cakap saya macam ni ye? Dah la muka merah macam naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala.” Jawab Marha lantang. Menyampah dengan lelaki yang ikut sedap mulut bercakap ni. Sakit hati sangat rasanya! Dadanya berombak, tangannya menggeletar. Geram dan berdebar!
Risya garu kepala. Aduh… macam mana aku boleh terjebak dengan drama bersiri di KB Mall ni?
“Kak, sabar kak, jangan marah abang saya, kita bincang ya…” Risya cuba menenangkan Marha. Kanak-kanak lelaki tadi mula menitiskan air mata dan seterusnya menangis kuat. Mungkin terkejut melihat dua orang dewasa sedang berperang mulut. Marha memeluk Alif dan menggosok-gosok belakangnya. Cuba menenangkan Alif dari menarik perhatian orang ramai.
“Apa sabar-sabar?” Harraz menjeling ke arah adiknya. Risya menikus.
Tiba-tiba Harraz membuka baju Polo kesayangannya di situ jugak. Marha kecut, orang sekeliling mula memandang pelik. Nasib baik dia memaki singlet di bahagian dalam, kalau tidak, free show! Nasib baik body boleh tahan. Walaupun tak masuk dalam kategori badan ketak-ketak yang boleh diberi ibu jari, yang boleh bawak bertanding bina badan tu, paling kurang perut tak boyot. Ada perasaan mahu ketawa saat itu sebenarnya, namun di tahan dek kerana situasi yang tidak kena untuk dia lepaskan ketawa. Tetapi sebenarnya agak menggoda juga sekali imbas, hehehehehe… nampak tak permainannya? Hati berdetak tak mahu mengaku…
“Kau ambik baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin, rosak nanti! And tolong pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!” Harraz terus berlalu setelah baju yang dihulurnya disambut oleh Marha. Risya yang turut ditarik abangnya berlalu membuat muka terkejut. 
“Biar betul abang aku? Siap bukak baju kat shopping mall. Marah betul dah ni.”



KESIAN akak tu… macam  manalah dia nak pulangkan baju abang. Wait!!
“Abang, macam mana dia nak pulangkan baju abang?” kata Risya sambil berhenti mengejut. Harraz tersentak kerana tarikan pada tangan adiknya terhenti. Tetapi disaat ini, egonya lebih tinggi, dia melepaskan tangan adiknya dan terus berlalu ke arah parking kereta. Risya menggeleng kepala dan mengambil keputusan untuk kembali ke KFC. Kelihatan perempuan bertudung kuning tadi masih berdiri di tempat tadi dan memujuk anaknya menangis.
“Akak...” Risya menegur perlahan. Perempuan bertudung kuning itu mendongak.
“Nama saya Risya, saya adik kepada lelaki tadi. Maaf ya dengan kelakuan abang saya. Dia memang macam tu, cepat baran, bekeng orang kata. Akak siapa nama?”
Marha tersenyum. “Saya Marha, tak apalah, sepatutnya dia yang datang minta maaf, bukan awak. Kamu tak salah apa-apa pun.” Mendatar sahaja jawapannya. Kalau ikutkan marah, memang marah, tapi dia tak boleh lepaskan marah pada orang yang salah.
By the way, ni nombor telefon saya,  and nama Facebook saya. Kalau sudi akak add la saya ya. Hehe… bukan apa, nanti akak nak hantar baju abangkan? Saya nak ambik baju tu sekarangkan nanti saya kena marah, tak berani. Hehehe...” ujar Risya sambil menghulurkan secebis kertas kepada Marha.
Marha menyambut dengan senang hati. Nasib baiklah adiknya baik, kalau tidak? Satu keturunan kena sumpah dengan aku. Sabar Marha, sabar.
“Terima kasih ye Risya. Akak kena pulang dulu ni, Alif dari tadi menangis tok se berhenti. Nanti apa-apa akak hubungi kamu ya. Assalamualaikum.” Marha bersalam dengan Risya dan terus berlalu mendukung Alif pergi.
Risya tersenyum dan menajwab salam.
“Abang aku ni, begitu baik akak ni, dia kata akak bawa bala? Apa pelajaran la Abang Raz ni pakai. Nasib baik dah ada anak, kalau tak memang aku kenakan untuk abang ni.”  Dia ketawa sendirian dan terus berlalu menuju ke tempat meletak kereta. Pasti abangnya telah lama menunggu.
Nasib engkau la abang menunggu adikmu yang comel dan baik ni. KFC tak dapat, shopping pun tak dapat. Nasib aku jugak yang malang. Baru ingat nak pau duit abang. Nasib dapat abang yang emosional ni.

4 comments:

  1. hahaha... boleh tahan bongok punya abang la.. aduyai... nasib baik ade adik yg baik hati. macam menarik je cerita ni. part gaduh2 ni...mesti best nanti kan? hmn... x sabar tunggu sambungan.

    ReplyDelete
  2. hehe.. time kaseh cik vilet sudi baca cerita yang tak berapa nk cerita nih.. hehee.. insyaAllah masa terdekat ni....

    ReplyDelete
  3. Bestnyer Cerita ni, harap ada sambunganya lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terbit ya sis. boleh beli di kedai2 buku berhampiran. hehehe

      Delete