Bab 1
SUFIAH duduk
menekur lantai. Dia menarik nafas panjang cuba mencari kekuatan dalam
permasalahannya. Renda kain telekung sembahyang dipintal-pintal perlahan.
Otaknya menerawang memikirkan kesudahan bagi keadaan yang sedang berlaku
sekarang. Setelah agak lama dia diam begitu, akhirnya dia bangun.
Telekung
sembahyang dibuka dan dilipat dua, kemudian di sangkutkan ke penyidai. Dia
hemudian berlabuh di atas katil. Samsung S4 miliknya dicapai lalu jari
telunjuknya menari di atas skrin dan melakar bentuk huruf L. Kelihatan satu
ikon sampul surat beserta nombor satu terpapar di skrin bermaksud terdapat satu
mesej yang masih belum dibaca. Laju ibu jarinya menyentuh ikon tersebut.
“Sorry sayang, abang tengah pujuk abah
la ni. Doa ya, semua ni akan berjalan dengan lancar”
Sufiah
mengeluh kuat. Aduh… bilalah semua ni akan selesai? Tergantung macam ni. Abah tanya
kejap lagi aku nak jawab apa? Kusut… kusut.
Tok!
Tok!
Sufiah
Hannani yang sedang menekur telefon bimbit di tangan mendongak kearah pintu biliknya.
“Siapa?”
mendatar suaranya menyoal.
“Abah”
jawab satu suara di luar. Sufiah mula menggaru kepala. Aduh, apa aku nak jawab
ni? Aduh! Aduh!
“Kejap
bah.” Dia bangun dan membuka pintu bilik. Terjengul muka abah kesayanagn
dihadapan pintu biliknya.
“Ha?
Macam mana?” Aduh! Dah menembak? Belum sempat pintu ni aku bukak luas-luas,
abah dah tembak dengan soalan cepu emas.
“Erm,
belum ada jawapan lagi abah, dia masih berbincang dengan keluarga.” Jawab
Sufiah perlahan. Takut!
“Oh,
tak apalah, nanti dah ada keputusan cakap kat abah. Bagitau dia, dalam masa dua
minggu ni je, lepas ni, abah tak terima dah!” Gulp! Sufiah menelan air liur.
Tambah sebiji lagi nampaknya batu kat atas kepala ni. Dia menghantar bapanya
yang berlalu dengan anak mata. Pintu bilik ditutup kembali dan terus melompat
ke atas kati. Kepala ini perlu direhatkan seketika.
“ABAH bukan tak
percaya, tapi abah risau. Kamu tu tak bekerja lagi, study pun baru masuk semester
berapa? Lambat lagi nak habis degree tu. Kenapa awal sangat nak bertunang? Tak
boleh tunggu dah ke?” Encik Khairul berpaling mengadap anak bujangnya. Pelik
kenapa tiba-tiba mintak nak bertunang.
Qays
Hadi memandang bapanya. Dia turut mengeluh. Kenapalah susah nak fahamkan abah
ni.
“Abah,
Qays nak bertunang je. Belum nak kahwin lagi, lagipun Sufi dah cakap,
keputusan kahwin tu terletak pada tangan
dia. Dia yang akan putuskan bila dia nak kahwin, abah dia tak akan tetapkan.
Lagipun dia faham kami masih belajar. Abah dia just tak berani nak lepaskan dia
belajar jauh sendirian, lepastu nak bawak kereta bagai. Itu yang abah dia
mintak kami tunang, kurang-kurang Qays ada untuk tengok-tengokkan Sufi bila
kami kat sana nanti.”
“Lepastu
kamu nak belajar ke nak jaga anak orang ni?” selar Encik Khairul.
“Abah,
Qays dah fikir masak-masak, benda macam ni bukan buat main. Qays sedar, Qays
anak sulung, kena tunjuk contoh baik-baik untuk adik-adik. Qays bertunang ni
pun Qays nak elokkan nama abah jugak. Sufi selalu datang sini, abah tak fikir
ke kalau orang tanya, ‘siapa yang datang tu?’. Abah nak jawab apa? Abah nak
jawab, ‘awek anak aku yang datang…’. Macam tu? Tak ke nampak macam abah tak kisah?
Kalau abah jawab tunang anak aku tak adalah nampak buruk sangat.” sebijik kena
di muka Encik Khairul. Puan Syafira keatwa mendengar jawapan anak bujangnya.
Encik
Khairul mula rasa lembut hati. Pandai jugak anak aku ni berfikir. Logik! Logik!
“Nak
bertunang ni bukan pakai lima puluh sen je, kamu ada duit?” Encik Khairul
menduga.
“Kalau
tak cukup semuanya, tak adalah saya berani minta dengan abah. Abah just say yes
je. Semuanya Qays akan uruskan sendiri. Tolonglah abah, Qays ada masa dua
minggu ini je nak lesaikan hal ni. Kami dah kenal lama dah abah, dah hampir
tiga tahun dah. Atau abah tak berkenan dengan Sufi? Kalau tak berkenan kenapa
tak cakap awal-awal?” Qays merenung wajah bapanya mengharap keputusan positif.
“Abah
bukan tak suka, tapi abah risau kamu tak dapat fokus pada study. Nanti sibuk
dengan hal lain.” Suara Encik Khairul makin kendur namun kedengaran tegas.
“Habis
tu, abah ingat dengan hubungan yang tak nampak hala tuju macam ni hati Qays
akan tenang? Study Qays akan cemerlang?” soal Qays laju. Dia penat memujuk abahnya.
Hampir tiga hari lamanya. Dia masih ada seminggu sahaja sebelum tempoh dua
minggu yang ditawarkan oleh Dato’ Mohammad tamat.
“Betul
tu abang, kta kena fikir jugak perasaan Qays. Lagipun dah terang lagi yang
mereka tak akan berkahwin dalam masa terdekat ni. Kalau kamu bertunang
sekarang, agak-agak berapa lama baru kahwin?”
tangannya menyentuh paha anak bujang yang sedang cemberut. Muka tak puas
hatilah tu!
“Lepas
Qays studylah, takkan nak kahwin sekarang, nak makan apa? Nak belanja kenduri
dengan apa?”
“Ha!
Dengar tu abang? Lepas Qays study, maknanya dekat dua tahunlah jugak sebelum
diorang kahwin. Bolehlah ye bang? Kesian budak-budak ni. Lagipun betul kata
Qays tu, pertunanagn ni kurang-kurang menjaga air muka kita juga bila orang tanya
pasal Sufi datang ke rumah ni. Awak pun tahu saya rapat dengan Sufi tu, ke hulu
ke hilir.” Puan Syafira memujuk.
“Nantilah
saya fikir macam mana.” Encik Khairul terus berlalu keluar, sebentar kemudian
kedengaran deruman kereta meninggalkan rumah.
Qays
dan Puan Syafira saling berpandangan.
“Dah
hampir berjaya dah tu, usaha lagi. Malam ni jangan lupa solat hajat
banyak-banyak. Mohon Allah lembutkan hati abah. Kita nak buat benda baik,
bukannya nak pergi mencuri kan?” senyuman manis diberikan kepada anak
bujangnya, Qays.
“Terima
kasih ma sebab faham Qays.” Puan Syafira dirangkulnya.
“Dah
nama anak mama, mestilah mama faham. Mama tahu apa niat Qays sebenar. Kalau bukan
sebab abah, mama dah lama suruh korang berdua kahwin.” Puan Syafira senyum.
“Kahwin
ma? Lagi Qays nak!” suaranya sedikit tinggi.
“Hisy!”
jerit Puan Syafira lalu menepuk paha Qays kuat. Gatal sangat anak teruna aku
ni! Qays Hadi menyeringai menahan pedih di pahanya.
“Nampak
tak kegatalan kamu? Dengar dek abah, hati yang nak lembut terus jadi keras
balik. Nak?” kali ini telinga Qays pula menjadi mangsa tangan kecil Puan
Syafira.
“Tak…
tak.. tak nak ma…. Tak nak…” Qays mengaduh. Kepalanya ditelengkan supaya
tarikan telinga dari jemari ibunya tidak kuat.
“Tahu
takut. Ni mama nak tanya. kamu nekad nak kat Sufiah tu?” Qays terkebil-kebil memandang
wajah ibunya. Lama.
Apa
punya soalan mama ni? Dah hampir tiga tahun aku duk berkepit dengan Sufiah,
baru hari ini tanya nak betul ke tidak? “Mama ni biar betik! Sufiah tu ke hulu
ke hilir dengan mama dah nak dekat dua tahun, datang rumah kita setiap minggu,
ikut je mama ajak pergi mana. Mama pulak baik sangat sampai panggil sayangla,
babyla. Kalah Qays yang bercinta dengan dia ni, tapi hari ni baru mama tanya
perasaan Qays yang sebenarnya? Ni kenapa bagi soalan pelik kat Qays ni?”
duduknya dikemaskan, badannya tegap mengadap ibunya.
Bila
Puan Syafira mula menyoal soalan pelik-pelik macam ni tak lain tak bukan nak
mengujilah ni! Qays Hadi senyum sendiri. Kenal sangat dengan perangai mama
tercinta. Wajahnya dimaniskan sambil memandang ibunya, apabila pandangan mereka bertembung Qays mengangkat
kedua-dua keningnya tanda bertanya kenapa. Puan Syafira senyum, hailah anak
bujang seorang ni, sekejap je masa berputar, dah besar rupanya. Buktinya,
tengoklah, menggatal dengan anak dara orang, hormone nak berpasangan dah keluar
rupanya. Pantang sebut perkataan kahwin.
“Sufiah
tu anak Dato’, berani ke lawan?” Puan Syafira tanya lagi, kali ini dengan nada
yang lebih rendah dan perlahan. Seakan-akan berbisik. Kepalanya juga
direndahkan mendekati wajah Qays.
“Haaish!
Mana tak berani ma… kalau tak berani tak ada Qays pergi rumah dia, kenal dengan
abah dia.” Qays juga menjawab dengan nada perlahan dan berbisik. Kepalanya dijengah
sedikit kehadapan, mendekati wajah ibunya. Risau kalau-kalau ibunya tidak
mendengar setiap bait yang keluar daripada mulut seksinya.
Puan
Syafira mengangkat kepalanya. “Kenapa Qays bisik jugak ni?” suaranya dikuatkan.
“Mana
Qays tahu, dah mama bisik, Qays ikutlah, kang tak ikut mama marah pulak.”
“Ikut
pun bertempatlah. Aduh, pening mama layan karenah kamu seorang ni. Sudahlah,
mama nak ke dapur. Daripada duduk tengok kartun, baik pergi solat hajat mintak
hati abah kamu lembut. Pergi!” sedikit meninggi suara Puan Syafira. Kakinya melangkah
ke dapur sambil mulutnya tak berhenti membebel-bebel tentang apa yang patut
Qays lakukan. Qays Hadi pula hanya senyum sambil memandang skrin televisyen.
Ibu,
kalau membebel rasa sakit telinga, tapi kalau tak ada, rasa rindu. Lebih baik
sakit telinga daripada rasa rindu!