love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday 19 May 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab10)



BAB 10
“KAU kenapa ni Marha? Tension semacam je? Kamu ada masalah ke?” Tanya  Fatiya, teman baiknya. Mereka tinggal di kawasan dan blok yang sama, hanya aras rumah berbeza. Fatiya tinggal di tingkat 15, manakala dia di tingkat paling atas, tingkat 22. Fatiya berasal daripada Selangor, namun menetap di sini atas faktor kerja dan tidak mahu tinggal bersama keluarga. Fatiya mengambil tempat di atas katil, sebelah Marha yang memuncung.
“Tak ada apa-apalah.” Ringkas jawapannya. Marha duduk menopang dagu di atas lututnya. Separuh badannya di dalam selimut. Sejuk! Mana tidaknya, aircond terpasang dengan suhu paling rendah, kononnya boleh menyejukkan hati yang membara. Tapi langsung tak ada kesan, mulutnya tetap muncung sedepa.
“Aku bukan kenal engkau hari ini je Marha, jangan lupa tu. Engkau, kalau dah mulut memuncung, muka cemberut macam tu. Ini bukan tak ada apa-apa,tapi ni dah segala ada nih.” Bebel Fatiya lagi. Dia turut masuk ke dalam selimut yang membaluti tubuh Marha. Kulit kayu ke si Marha ni?
“Engkau gaduh dengan siapa ni? Jangan sampai aku buat kau bercakap sudah. Baik kau bagitahu awal-awal.” Fatiya memberi amaran. Tangannya mula menjalar di sekitar belakang Marha. Dia tahu, Marha cukup sensitif jika belakangnya disentuh. Marha mula bergerak, lalu menepis tangan milik Fatiya. Dia mendengus kuat. Lemah apabila tangan Fatiya sudah memulakan aksi.
“Yelah, yelah, aku cerita. Tangan tu tak payah aktif sangat, ada yang makan gigitan berbisa aku, tak pasal nanti kecoh dengan jeritan anak dara tua di kawasan kondo ni.” Marah Marha. Fatiya ketawa. Dia mengenangkan gigitan pertama yang dia terima ketika mengusik Marha. Mahu seminggu melekat kesan gigitan tersebut di lengannya.  Tak sanggup rasanya, cukuplah hanya sekali.
“Anak dara tua tak anak dara tua, cepat cerita. Aku baru dua puluh lima tahun okay? Belum tua lagi!” Fatiya sudah tidak sabar lagi. Apa yang membuat teman baiknya muncung memanjang begini.
“Tadi mamat naga tu datang rumah aku! Eiii! Memang padan dengan nama naga, dah la muka merah, lepas tu datang rumah aku main sembur-sembur pulak. Memang berapi semburannya. Buat lagi perangai hangin macam tu, memang padan dengan muka dia puas hati aku dapat sulam baju kesayangan dia dengan nama naga. Baju kesayangan konon. Sekarang, biar dia rasakan! Sanggup ke tak pakai baju tu depan orang ramai? Hahahaha” Marha ketawa kuat.
“Mamat naga mana pulak ni? Yang kau cerita dia suruh kau basuh baju tu ke?” Tanya Fatiya yang masih belum kurang jelas.
“Itu jelah naga yang menghuru harakan hidup aku sejak kebelakangan ni. Benci aku!” jerit Marha kuat sambil menepuk kuat tilam. Fatiya terkejut terus melompat dan memeluk  Marha.
“Hoi! Dah engkau kenapa peluk aku? Rimas la... rimas!” marah  Marha sambil merungkaikan pelukan Fatiya. Fatiya ketawa. Berasa lucu dengan perlakuan spontannya.
“Engkau yang bengong, menjerit lagi kuat-kuat siapa suruh? Dah tahu aku ni cepat terkejut, suka-suka hati je.” Fatiya marah-marah manja. Marha masih memuncung.
“Dah aku geram sangat. Kau tahu tadi, aku ingatkan adik dia datang seorang je, aku dengan tak bertudungnya sambut adik dia, nasib baik time tu naga tak ada lagi. Lepastu aku masuk dapur tinggalkan adik dia, kejap jer. Lepas buat air aku keluar la. Hampir melompat aku, nasib baik tak tumpah air yang aku tatang. Berlari macam pelesit aku masuk cari tudung. Dia bantai gelakkan aku, lepas tu siap sembur aku macam-macam. Kononnya  marah sangat aku sulamkan perkataan naga kat baju kesayangan dia tuh. Aku bantai buat bodoh jer, malas nak layan. Ahhahahaa... terus tengok tv. Pastu siap kritik rumah aku tak cantik la, aku itu, aku ini.Eeeiiiii!!!!” sekali lagi Marha menjerit dan terus menarik selimut membaluti seluruh tubuhnya. Eh! Tapi betul dia buat bodoh? Bukan ke dia sekali melayan perang mulut tadi?
Fatiya ketawa melihat Marha membatukan diri dalam selimut.
Itulah Marha, pantang marah mulutnya tak akan berhenti menjerit dan membebel. Bibir wajib dimuncungkan tanda protes. Rambut harus berserabai dek perlakuan tangan yang menggaru-garu kepala tanpa sebab. Sebijik orang tak waras! Hahaha... Fatiya ketawa lagi.
“Dahla tu..  dia dah balik pun kan? Tak payah nak layan setan sangat, lepas ni kau takkan jumpa dia lagi kan?” pujuk Fatiya. Dengan tak semena-mena, Marha bingkas bangun daripada pembaringannya.
“Siapa kata tak jumpa?? Masalahnya Tiya, minggu depan hari jumaat, Risya paksa aku pergi rumah dia. Mama dia jemput makan tengahari. Aduuuh!” Fatiya ternganga, kemudian mengeluh.
“Nasib engkaulah Marha, dapat adik yang baik, comel, elok, tapi abangnya naga. Hahahaa...”
“Sampai hati kau kan. Kawan kau punyalah seksa sekarang, kau boleh mengeluh macam tu je?”
“Lepas tu apa yang kau jangka aku akan buat? Pergi bunuh naga tu? Eh! Hello!! Ini bukan kat Thailand, bukan kat Mexico. Tak suka je boleh bunuh orang sesuka hati.” Fatiya membebel. Bukan dia tak kesian dengan Marha, tapi dah ini takdirnya, nak buat macam mana.
“Bunuh? Aku tak adalah sampai kejam macam tu.” Muncung Marha masih kelihatan.
“Ha! Tahu pun…  dahlah, aku nak balik. Malas aku  nak layan rajuk kau tu. Jangan lupa kunci pintu. Pergi rehat, kau bukannya boleh sangat stress bagai tu. Bye.” Fatiya berlalu pergi. Marha masih memendam rasa. Sebentar kemudian dia mendengar pintu di tutup. Marha bangun mengunci pintu dan menyambung menjadi batu. Menjadi batu? Erk! Macam Si Tanggang kena sumpah aje ayatnya. Hehehe…


AWAL kamu bangun hari ni Harraz, selalu kalau cuti selagi tak dengar orang berkhutbah Jumaat, selagi itu kamu memerap dalam selimut?” tegur Datin Raudhah. Harraz yang berdiri di depan dinding berakuarium yang  bersaiz 5 kaki di ruang tamu rumah,  menoleh ke belakang.
“Mana ada awalnya mama. Pukul 10 pagi dah ni, lewat dah.” Jawab Harraz. Dia mengambil tempat di sofa dan menghidupkan televisyen. Hari jumaat, siaran biasa-biasa sahaja, tak ada yang mampu menarik minatnya. Akhir sekali dia membuka saluran Ceria di Astro. Kartun Tom and Jerry lebih menarik perhatian.
“Mana tak awal mama, hari ini kan kita ada tetamu istimewa. Takkan mama dah lupa.” Risya yang baru turun dari tingkat atas menyampuk dan ketawa.
Harraz buat tidak tahu. Datin Raudhah turut mahu mengusik anak tunggal lelakinya.
“Allah Risya… patutlah, mama terlupa. Kamu tunggu Marha ke Raz?”
What??” Harraz memandang mamanya dengan pantas. Terkejut dia yang sedang memberi fokus kepada kartun yang sedang ditayangkan.
“Eh, mama salah oyak ke Raz? Ke mung yang tok se dengar?” Datin Raudhah masih mengusik.
“Mengarutlah mama ni, mengusik je kerjanya… janganlah… orang nak tengok Tom and Jerry pun tak boleh.” Muka Harraz mula memerah. Malu.  Terkantoi niatnya. Dia memang menunggu kedatangan Marha a.k.a perempuan mulut itik. Namun niatnya hanya satu, mahu menyakat dan membalas dendam.  Tunggulah Marha, hari ini aku balas betul-betul. Minggu lepas aku pergi rumah kau, kau buat tak tahu aje time aku  membebel. Tengok kali ini, siapa yang kenakan siapa. Bisiknya di dalam hati. Idea-idea nakal mula menerjah.
“Kalau mama salah, kenapa sampai ke Pelangi Mall orang tu ikut? Tak pernah-pernah kamu nak ikut Risya keluar, lagi-lagi ke rumah orang.” Tambah Datin Raudhah. Seronok pulak membahan anak sendiri. Selalu dia sahaja yang selalu dibuli Harraz, hari ini balas sikit-sikit je, bukan luak pun.  Datin Raudhah  tersenyum menahan ketawa. Dia sudah perasan wajah Harraz sudah mula bertukar warna. Cuba tengok telinganya, macam dah keluar asap dah tu.
“Raz ikut Risya sebab Raz nak marahkan perempuan tu, rajin sangat menyulam baju Raz dah kenapa? Ingat Raz beli guna daun kering ke?” mulutnya membebel, tetapi matanya masih pegun memandang skrin televisyen.
“Alah, bukannya kamu tak boleh marah dengan cara lain, bagi nota ke, kirim saja pada Risya. Lagipun, itu guna duit papa jugak, kalau rosak tak leh pakai, mintak dengan papa duit, beli baru. Habih ceghito!”
“Bagi nota? Mama…”
“Assalamualaikum….”
Belum  sempat habis  Harraz menjawab usikan daripada mamanya, terdengar seseorang memberi salam. Mereka bertiga memandang serentak ke pintu utama.
“Akak!” jerit Risya. Dia berlari ke arah Marha dan seterusnya memeluk Marha. Risya menarik Marha yang kelihatan malu-malu untuk masuk, dan mereka beriringan masuk ke rumah. Datin Raudhah bangun dan menyambut kedatangan tetamunya. Harraz yang masih melayan Tom and Jerry, tersenyum sinis. Tanda niat membalas dendam akan tercapai tak lama lagi.


“KITA nak masak apa hari ni mama?” Tanya Risya. Mereka bertiga duduk bersembang di bar dapur. Berkira-kira untuk memilih menu. Kaum Adam telah selamat ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
“Entahlah, mama pun dah bosan asyik makan makanan sama tiap hari. Ha, Marha nak makan apa? Elok duk termenung, fikir nak makan apa ke?” Datin Raudhah bertanya sambil menepuk lembut paha Marha. Marha tersentak. Aduh! Kantoi berangan la pulak!
“Eh... erm.. entah, Marha ikut je Datin.”  Datin Raudhah tersenyum.
“Datin lagi, lupalah tu, kan mama dah pesan tadi, panggil mama. Kamu dah jadi kakak Risya, maksudnya kamu pun dah jadi anak mama. Lagipun Risya satu-satunya anak perempuan mama, ada kamu meriah sikit rasanya. Dulukan, mama teringin nak ada keluarga besar, seronok tau ada keluarga besar-besar ni. Tapi itulah, perancangan Allah tu lebih berkuasa. Dua saja yang mama ada.”
“Tak apalah mama, mana-mana pun rezekikan. Mungkin ada dua lebih berkualiti daripada ada ramai kan. Hehehhe…. Jadi apa kita nak masak ni?” Marha cuba menceriakan kembali keadaan.
“Apa kata kita buat nasi ayam hari ini?” Risya memberikan cadangan.
“Boleh jugak, dah lama akak tak makan nasi ayam.”
“Mama punya nasi ayam sedap sengoti akak. Betul! Tak tipu. Mesti mengigau seminggu kalau makan nasi ayam mama.” Risya ketawa.
“Pandailah Risya ni, bodek mamalah tu. Dah, bangun, gi bukak peti tu, tengok cukup barang ke tidak nak buat nasi ayam.” Arah Datin Raudhah.
“Yes mem!” Risya dan Marha menjawab serentak. Mereka berdua bangun dan berlari ke peti ais. Datin Raudhah tersenyum.
Seronok melihat Risya berteman gelak ketawa. Rasa terisi rumah. Dia memandang Marha. Wajah polos itu. Rasa seperti gadis itu membawa satu perasaan yang luar biasa ke rumah ini. Seperti pernah dilihat rias yang sama seperti ini, tetapi dia lupa. Setiap kali memandang wajah Marha, rasa dekat, seperti pernah berjumpa. Mungkinkah mereka pernah berjumpa di alam roh? Iya, kebarangkalian itu tinggi. Dia pernah mendengar orang-orang tua berkata, jika kita bertemu seseorang wajahnya seperti familiar, terasa dekat, mungkin di alam roh dulu, sebelum ditiupkan masuk ke dalam janin kita pernah berkawan, dan berhubung dengan orang tersebut. Tetapi dia sendiri tidak pasti sejauh mana kebenaran kata-kata ini, mungkin hanya cerita rekaan orang tua semata atau memang betul-betul berlaku.
“Cukup ma!” jerit Risya secara tiba-tiba mematikan lamunan Datin Raudhah.

 “Okay, jom masak.” Datin Raudhah menjawab. Dia bangun dan mula bergerak mendekati dua orang anak dara yang berdiri di hadapan peti sejuk unuk menyiapkan bahan memasak nasi ayam.

3 comments:

  1. ala... ciputnya. x puas baca laa. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni je yg sempat. exam week. mmg sibuk.. hehehee... Alhamadulillah sempat jugak.. insyaAllah dlm 2 hari lg bab 11 akan menyusul. lagi kejutan.. ehhehhehe. trima kasih membaca.... xsangka ad yg membaca crita biasa2 ni....

      Delete
    2. mule2 biase, lame2 t jd luar biase

      Delete