love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 30 December 2012

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 4)



BAB 4

RAZ! OOO RAZ!”. 
Jerit Datin Raudhah agak lantang. Dia berdiri sambil bercekak pinggang, mendongak ke balkoni bilik anaknya.
“Ya Allah, bila lah anak aku ni nak hilang  jetlag nya. Ni dah masuk tiga bulan dah ni, alasan jetlag! Jetlag! Dia ingat aku ni tak biasa ke oversea bokali!” bebel Datin Raudhah sambil mengherotkan bibirnya ketika menyebut perkataan ‘jetlag’. Datuk Haidar ketawa melihat isterinya yang sedang membebel.
“Odah sayang, comel jugak awak ni kalau buat muka gitu deh, baru saya tahu bini kesayangan saya ni ada bakat buat lawak.” Kata Datuk Haidar sekaligus meledakkan ketawanya. 
Datin Raudhah berpaling dan memandang ke arah suami yang sedang asyik mengetawakan dirinya.  Dia berjalan ke arah gazebo kayu jati yang digunakan untuk bersantai setiap hari bersama keluarga.
“Ewah, sedap abang mengata saya ya? Duhai suami tercinta, tengok la perangai anak sulung kesayangan tu. Ini dah pukul empat petang, matahari dah nak terbenam semula dah boleh sesedap rasa dia tidur kat atas? Nasib baik hari ni Sabtu, pejabat cuti. Kalau tidak? Memang tak ada peluang awak nak ajak dia ke pejabat.”  Jawab Datin Raudhah sambil melabuhkan punggungnya di atas gazebo itu. Air terjun buatan serta kolam ikan yang dibina menambahkan lagi suasana ketenangan di dalam Villa Kasturi.
“Biarlah Odah, dia masih belum puas holiday lagi tu, saya dulu pun gitu jugak. Baru balik dari  study dah kena kerja, masuk pejabat bagai. Itu memang saja nak stresskan otak tu. Buat apa kalau dia kerja tapi hati dia tak suka, saya tok se anak saya jadi macam saya dulu kerja dalam terpaksa. Hasilnya, kualiti langsung tak ada. Akhirnya, daddy bagi saya cuti dua bulan, barulah saya betul-betul ready untuk berbakti pada company. Lagipun tak perlu tergesa-gesa, dia akan bekerja dengan syarikat keluarga, bukannya kena pergi interview ke apa.” Datuk Haidar menjawab panjang lebar sambil menikmati pisang goreng buatan isterinya. Datin Raudhah memang pandai memasak. Lagi-lagi kalau kuih tradisional. Pisang goreng yang biasa ni kalau tukang yang membuatnya adalah isteri tercinta, rasa sedap tu lain macam jadinya. Ada uumph! orang kata. Datin Raudhah menjeling tidak puas hati.
“Ha, manjakanlah sangat budak tu. Macamlah demo tu kuat sangat nak uruskan syarikat loni. Saya bukannya suruh dia kerja teruk-teruk, kurang-kurang bantu ringankan beban awak sikit pun cukuplah. Kalau awak biar je dia macam ni, bila dia nak rasa pegang tanggungjawab? Ini tidak, balik pukul tiga empat pagi, macam mana jetlagnya tak ada? Anak dengan bapa sama jah belaka.”
Datin Raudah muncung. Pandangannya dialihkan ke kolam ikan di hadapan.
Sudah, ini yang menjadi kelemahannya kalau si isteri dah menunjukkan muncung lapan belas. Dia bergerak mendekati isteri tercinta dan dipeluk isterinya dari belakang.
“Odah, mendidik anak-anak ni saya tak beghehi gunakan paksaan. Saya biarkan dia, bukan bermakna saya tak pantau pergerakan dia. Harraz tu, walau dia selalu balik lewat pagi, satu yang saya bangga dengan anak saya, dia ikut pesan awak, jangan jejakkan kaki ke tempat-tempat yang tak senonoh, tempat yang boleh datangkan bencana dan bermacam-macam lagilah yang awak pesan tu. Paling tidak pun dia melepak di rumah sepupu dia tu. Bukan ke mana pun. Kota Bharu ni tak ada apalah, bukan macam KL, JB yang ada disko dan sewaktu dengannya tu.” Cerita Datuk Haidar lagi. Dagunya ditongkatkan ke bahu Datin Raudhah.
Sepantas kilat Datin Raudhah berpusing mengadap muka Datuk Haidar. See?? Ikan dah makan  umpan. Tiada lagi muncung 18 tu. Percayalah!.
            “Betul ke abang? Mana abang tahu ni? Ke abang saja nak pujuk Odah ni?” Datin Raudhah merenung ke dalam mata suaminya. Menduga jawapan yang dia terima. Datuk Haidar senyum.
“Betul sayang, abang upah orang ikut Harraz. Anak muda loni bukan boleh percaya sangat, kita kena ikut rentak mereka, baru mereka tak meletup tak tentu hala, kan sayang?” Tanya Datuk Haidar manja. Dia memang seorang yang penyayang, dan tidak malu-malu menunjukkan kemanjaan serta kasih sayangnya pada keluarga. Seorang yang lemah lembut dan terlalu menjaga hati orang ramai.
Tiba-tiba,
“Papa, Mama! Raz kat atas ni dah habis segala rasa cemburu tau! Hahahahha..” jerit Harraz dari balkoni biliknya sambil ketawa. Datuk Haidar dan Datin Raudhah mendongak ke atas.
Anak bujang dah bangun rupanya.
            “Tak payah nak memekak kat atas sana tu, mai turun. Orang dah tiga kali makan nasi, kamu sepinggan pun belum sentuh! Bertuah punya anak. Turun!” jawab Datin Raudhah, suaranya ditinggikan sedikit untk memastikan Harraz betul-betul dengar apa yang dicakapkannya. Dia masih lagi berada di dalam pelukan suaminya. Tak perlu nak malu dengan anak sendiri, memang patut di tunjukkan kasih sayang antara mereka kepada anak-anak, biar jadi contoh. Bukan begitu?
            “Yelah mama, kejap lagi Raz turun. Raz nak mandi kejap. Mama dengan papa tunggu tau, Raz ada benda nak bincang okay.” Ucap Harraz dan terus menghilangkan diri di sebalik pintu gelongsor balkoni biliknya.
            “Ada orang mengintip kitalah daripada tadi rupanya bang, malu la pulak rasanya.”
            “Buat apa nak malu, ini yang patut ditonjolkan pada anak-anak. Kasih sayang kita yang sentiasa mekar walau usia kita makin meningkat. Orang kata seiring dengan perkembangan umur. ” Jawab Datuk Haidar. Berbunga-bunga betul! Kalah orang muda yang bercinta!


HARRAZ kembali melontarkan badannya ke atas katil. Kemesraan antara papa dan mama amat menggembirakan hatinya. Seronok melihat cinta dan kasih sayang kedua orang tuanya yang tak pernah pudar. Tersenyum-senyum sendirian dia sambil memeluk bantal. Dipenyek-penyek bantal itu sambil berimaginasi. Huh! Imaginasilah sangat, padahal berangan! Hehehehe…
Kan best kalau aku ada isteri, boleh jugak manja-manja. Tak adalah kesepian macam ni, asyik peluk bantal ini aje. Tapi kalau ada rezeki, tak nak pulak yang macam mama dengan Risya, asyik memuncung je. Perempuan yang langgar aku kat mall tempoh hari pun sama, kena sergah sikit pun dah macam itik mulutnya. Dah la bawak kereta macam dia seorang je bayar cukai, aku ni menumpang je atas jalan tu gamaknya. Mindanya berkomunikasi.
“Kenapa pulak aku ingat pada perempuan yang mengopakkan poket aku? Tak masuk akal betul!” Harraz membebel seorang diri apabila tersedar daripada angan-angan yang baginya tidak masuk akal.
“Mengaku je Harraz itu saja perempuan yang pernah kamu layan bercakap dalam dunia ni.” Kedengaran satu suara mengejekknya.
“Ingat aku ni tak laku sangat ke” jawab Harraz angkuh.
Eh! Bukan tak laku, tapi memilih dan cerewet! Dari kecil sampai besar, mamanya, Risya, dan neneknya sahaja rasanya perempuan dalam hidup yang dia rasa perfecto! Dalam perfecto pun banyak jugak komennya. Rasa perfecto pun sebab itu je wanita yang ada di sekelilingnya. Kalau ada yang tak kena pun, nak kritik tak boleh. Mati kena tembak balik nanti dengan mereka bertiga!
Masa study dulu pun, mana nak dipandang perempuan-perempuan lain, buang masa katanya.  Lagi-lagi kalau perempuan yang jenis suka merengek minta perhatian. Oh! Tolonglaaah…
“Eh, sudahlah berangan, buatnya adik tahu ada perempuan lain yang aku ingat, mau mati dia gelak, mandi lagi baik.” Ujar Harraz sendirian. Dia bangun dan menghilang di sebalik pintu tandas. Beberapa minit kemudian kedengaran air mencurah-curah diselangi lagu Hindustan, Dil Hai Tumhara dendangan penyanyi tak diiktiraf, Harraz sendiri!


 “LAH…. Kat sini rupanya mama dengan papa duduk, penat adik pusing satu rumah.” 
Tiba-tiba Hafsya Risya, satu-satunya anak gadis Datuk Haidar dan Datin Raudhah menegur. Mereka berdua berpaling secara serentak ke arah pintu gelangsar yang menghubungkan taman mini rumah mereka dengan ruang menonton di dalam rumah. Risya tersenyum sambil melangkah ke arah mereka, dan terus mengambil tempat di gazebo ukir itu.
Hafsya Risya, anak kedua merangkap anak bongsu pasangan Datuk Haidar dan Datin Raudhah. Berumur 20 tahun, sedang mengikuti diploma di tahun akhir dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi Mara. Seorang yang banyak cakap dan amat manja dengan abangnya, Harraz.
            “Risya dari mana ni? Mama ingatkan kamu ke universiti.” Tanya Datin Raudhah sambil menuangkan jus epal ke dalam gelas dan dihulurkan kepada anaknya. Risya menyambut.
            “Eh mama ni, hari inikan Sabtu? Mestilah Risya cuti, mana ada pergi universiti. Sekali sekala nak jugak rasa duduk di rumah, lagipun malas la nak drive ke Machang tu, jauh tau.” Risya menyedut dan menikmati jus di dalam gelasnya.
            “Mana la mama tahu, kamu selalu sangat sibuk beraktiviti kat Universiti tu, jarang sangat kamu lekat dirumah... kan papa? Orang tu orang penting universiti, habis semua kelab mahu dia join. Sekarangkan dah jadi senior, lagilah.” Perli Datin Raudah. Datuk Haidar ketawa.
            “Mama ni saje je nak usik Risya, kalau Risya tak ada kat rumah pot pet pot pet duk bebel. Ini Risya ada pun nak gege jugak? Ni yang rasa nak merajuk ni. Risya tubik baru tahu.” Risya memuncung.  Datuk Haidar ketawa.
”Ini spesis mama kamulah ni, asal merajuk je muncung lapan belas tu keluar. Lepas ni papa boleh guna bibir kamu untuk sangkut baju papa, tak payah beli almari dah. Sangkut je penyangkut baju tu kat bibir.” Datuk Haidar ketawa lagi. Risya tetap memuncungkan mulutnya.
Pap!
Bibir Risya ditepuk dengan telapak tangan.
“Sakitlah!!” Jerit Risya sambil memegang bibirnya yang mula merasa pedih. Harraz ketawa kuat, lalu mengambil tempat di sebelah bapanya.
“Padan muka, muncung lagi depan papa, mama. Ingat cantik sangat la duck face macam tu.”
“Dah mama yang usik Risya, Risya merajuklah. Yang abang sibuk tepuk mulut Risya kenapa?” Bentak Risya dengan suara yang bernada merajuk. Menahan geram.
“Ala…sayang abang dah merajuk la, tak jadilah bawak adik kesayangan abang ni jalan-jalan kejap lagi. Abang ingat nak ke Taman Tengku Anis kejap, nak pergi ambil gambar, lepas tu nak lepak dekat Tutti Fruitti, and then I want to go to somewhere, shopping may be. Erm… is there anybody want to go out with me??” Kata Harraz sambil mengenyitkan matanya ke arah Risya.
Risya teruja.
“Nak ikut!!! Nak ikut! Ala abang, boleh ya??” dek terlalu teruja, rajuk tadi sudah hilang ke mana. Bukan selalu boleh keluar berjimba dengan abang sendiri. Asyik sibuk merayap aje kerjanya. Adik di rumah sendirian dahagakan perhatian.
“Janji tak nak muka duck face lagi, tak cantik!”
“Yelah, yelah, nak bersiap kejap ye. Tunggu tau abang. Kalau lari, siap!” Risya bergegas naik ke ruang atas.
“Kalau bab berjalan, laju je anak mama seorang tu ye.” Harraz memulakan bicara dengan orang tuanya sambil tangannya mencapai pisang goreng.
“Mana taknya Raz, dah  nama anak mama mestilah sama. Mana nak tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi. Bukan begitu mama?” Datuk Haidar menyampuk sambil ketawa. Harraz turut ketawa.
“Kamu berdua kalau bab mengenakan mama, memang excellent betul! Malas mama nak layan. Alih-alih mama jugak yang terkena. Harraz, apa yang kamu nak bincangkan?  Bukan main kamu menjerit dari balkoni tadi, agaknya satu taman  rumah kita ni boleh dengar kot?” Tanya Datin Raudhah sambil menepuk lembut paha anaknya.
“Oh, hampir terlupa pulak Raz. Papa, pejabat papa ada kosong tak sekarang?” Datuk Haidar dan Datin Raudhah berpandangan.
“Kenapa? Kamu ada nak masukkan sesiapa ke?”
“Bukanlah papa, come on! Harraz balik dah lama kot. Raz fikir, dah sampai masanya Raz bantu papa kan?”
Datuk Haidar dan Datin Raudhah berpandangan. Kemudian mereka tersenyum.
“Alhamdulillah…..berjuta-juta kali alhamdulillah Raz. Ini yang mama tunggu selama ni.” Datin Raudhah tersenyum lebar.
“Wah! This is good news for me!! That’s my boy, syukur alhamdulillah…. Dah lama papa nak tanya kamu pasal ni, tapi papa ingat tak nak memaksa kamu, nanti kamu malas kerja, betul tak?” Datuh Haidar ketawa.
“Betul tu pa, kalau tanpa persediaan, tak akan ada hasil , kalau ada pun, as a bad worker. Saya hanya ke pejabat, duduk atas kerusi dan hadiahkan senyum sumbing pada semua pekerja. Yelah, nak buat kerja mood tak ada, sudahnya tengok orang sekeliling dan senyum, kan pa?”
“Kan ambo oyak doh mama? Anak ambo, mesti tahu apa yang dikatakannya, betul tak? Don’t worry Raz, tempat kamu sentiasa ada, sentiasa kosong bilik tu. Bila kamu nak mula?” Ujar Datuk Haidar sambil mengangkat sebelah keningnya. Harraz ketawa. Datin Raudhah tersenyum gembira.
“Yelah…anak demo jelah yang pandai.” Datin Raudhah buat-buat merajuk.
Give me a week. Raz nak buat the best preparation sebelum bergelumang dengan kerja, bolehkan pa?”
Of course! Ambik saja lama mana masa yang kamu nak, tapi jangan sampai buat papa tertunggu-tunggu kat office tu sudah. Hahaha….” Mereka ketawa.
“Abang! Cepatlah, Risya dah siap ni, jom!” Jerit Risya. Dia berdiri di pintu gelongsor yang menghubungkan gazebo dan ruang rehat rumah.
“Amboi anak mama, kalau bab berjalan nombor satu! Jangan nakal-nakal nanti. Kesian abang kamu.” Pesan Datin Raudhah. Harraz berpusing melihat ke arah adiknya.
“Kot ye pun excited, salam dengan mama papa dulu sebelum pergi. Cepat!” Harraz bersuara. Risya tersengih-sengih, tahu salahnya. Terus dia menuju ke arah orang tuanya dan menyalami tangan mereka. Harraz turut melakukan hal yang sama, dan mereka bergandingan menuju ke kereta Harraz sambil bergurau.
Datuk Haidar tersenyum, bahagia melihat kedua-dua anaknya amat rapat antara satu sama lain.


“MAMA, Aliff nak yem!”
“Sekejap ye sayang, lepas kita hantar Abang Afiq ke kelas, kita beli ya?” ujar Marha lalu tersenyum memandang anak saudaranya, Alif. Walaupun sedang memandu, sesekali matanya dilarikan juga ke arah Afiq, anak sulung Mursyida. Apa yang seronok sangat dilihat sehinggakan mukanya dilekatkan ke cermin kereta. 
“Afiq, tengok apa tu sayang?” tegur Marha lembut. Anak saudaranya berpusing.
“Afiq tengok kereta. Mama, hari ni Afiq tok se gi Smart Reader boleh?” Afiq menunjukkan muka sedih. Marha senyum. Tahu sangat memek muka meminta belas tu.
“Tak bolehla sayang, kalau nak pandai kenalah belajar. Lagipun kelas tu bukan percuma, kena bayar tau? Kesian ibu dengan abah cari duit untuk bayar kelas Afiq. Mereka nak tengok Afiq pandai.” Pujuk Marha.
Walaupun dia yang membayar yuran kelas tambahan bahasa Inggeris di Smart Reader untuk Afiq, dia lebih suka memberitahu bahawa semua itu dibayar oleh kakaknya. Ini adalah kerana Marha mahu anak-anak saudaranya menghargai Mursyida dan Iman sebagai ibubapa yang terbaik.
Mursyida bukanlah tidak pandai, namun kerana dia adalah kakak sulung, dia lebih banyak membantu arwah mamanya dalam membesarkan adik-adik. Dia tidak menyambung pelajaran kerana tidak mahu keluarganya berasa susah. Alhamdulillah walaupun jodohnya dengan Iman yang tidaklah bekerja besar dan berharta, namun kebahagiaan terserlah di wajah mereka. Itu jodoh pilihan abah untuk Mursyida. Kata abahnya lagi, Mursyida memang seorang anak yang baik dan patuh. Berkat restu mama dan abahlah yang menjadi salah satu punca kebahagiaan itu milik Mursyida.
Pernah Marha bertanya kenapa abahnya menerima Iman walaupun Iman tidak berharta. Kata abahnya, kebahagiaan bukan terletak pada harta, namun ia terletak pada rasa ikhlas, jujur dan rasa tanggungjawab yang ada dalam hati. Kalau harta bertimbun namun dalam hati kosong, tak ada tanggungjawab, hubungan di antara dua manusia tak akan elok.. Dan ya! Marha bersetuju dengan pendapat abah. Bertuah Mursyida mendapat kasih sayang abah sehinggalah dia bergelar seorang isteri.
Marha menyapu air mata di pelipis. Rasa rindu membuak-buak kepada arwah mama dan abah tiba-tiba hadir. Walauapapun, dia tetap bersyukur abah dan mama sempat memberikan kasih sayang serta bimbingan kepadanya sehingga akhir hayat mereka. Semoga mama dan abah sentiasa dalam rahmat Allah.

"Jika perkara-perkara yang berlaku mengikut kehendak anda, anda bernasib baik, tetapi jika mereka tidak, anda sangat bertuah kerana mereka berlaku mengikut kehendak Allah."

Friday, 21 December 2012

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 3)




BAB 3

DUM! Harraz menghempas pintu kereta miliknya kuat. Geram dengan tingkah pemandu di hadapan yang menghentikan kereta secara tiba-tiba.
Ei! Dia ingat jalan mak nenek dia ke sesedap rasa nak berhenti ikut suka. Nampak rupa kereta macam kereta perempuan.
Bukti?
Buktinya ada pelekat bunga kat cermin belakang. Hah! Inilah perempuan kalau bawak kereta. Macam jalan ini dah dibayar untuk dia seorang yang memandu. Bebelnya di dalam hati. Berasap-rasap dah ni.
Kaki dilangkah laju menuju ke arah Perdana hitam yang terletak elok di bahu jalan. Dengan perasaan marah dia mengetuk cermin kereta tersebut. Terhendap-hendap dia cuba mengintai. Maklumlah kereta di ‘tinted’ gelap gelita. Mana nak nampak orang di dalam.
“Ish! Tok se tubik pulak orang dalam ni. Aku nak bagi ceramah free tok se pulak! Woi! Tubiklah!” jerit Harraz. Kali ini lebih kuat lagi ketukan.
Pap!
Pintu di buka. Tanpa menunggu, Harraz terus menarik pintu kereta dan membukanya. Nah! Ternganga luas pintu kereta tersebut terbuka. Belum sempat orang di dalam kereta membuka mulut, Harraz terlebih dahulu menembak laju amarahnya.
Mung ni, drive ada lesen ke tidak? Nasib baik aku sempat tekan break. Kalau tidak, habis kereta mung dengan kereta aku bercium di tengah-tengah jalan ni. Lain kali naik kereta pakai otak! Jangan tidur... aku ni terkejut tahu tak? Nasib baik tak tercabut jantung kat dalam dada ni. Kalau bukan sebab rasa terkejut, terhenyak macam kena sergah dengan kingkong ni, tak ada aku nak bagi ceramah percuma pada mung. Lain kali bawak kereta guna otak! Faham?”
Bertubi-tubi bebelan Harraz menusuk ke telinga Marha. Bercampur aduk loghatnya, apabila dia marah memang begitulah. Pengaruh papa yang dari Kelantan dan mama dari Selangor memang kuat dalam percakapannya. Namun yang pelik, mama fasih betul bercakap Kelantan.
Berbalik kepada hal tadi, Marha tahu salahnya menekan break secara mengejut, tapi manalah dia tahu Afiq nak tanya soalan cepu emas tu.
“Ma... maaf encik. Saya tak sengaja.” Jawab Marha perlahan. Dia masih menunduk. Tak mahu lelaki yang sedang marah-marah itu mengecamnya.
“Maaf. Maaf. Maaf je reti. Manusia memang macam itukan. Bila buat salah, mohon maaf. Tapi sebelum buat salah tu tak ada langsung nak fikir.” Tambah Harraz lagi. Marha masih menunduk memandang kaki.
“Cik akak, kalau saya sedang bercakap pandang saya boleh? Saya bukan tunggul berdiri depan awak. Awak ni kurang pelajaran ya? Dahla buat saya terkejut beruk, bila saya bercakap langsung tak nak pandang muka orang yang sedang bercakap ni.” minta Harraz dengan suara lembut namun ditegaskan. Pandangannya bergerak ke arah dua kanak-kanak sedang terkebil-kebil memandangnya.
“Ha? Pandang? Kenapa pulak? saya punya sukalah nak pandang ke tidak.” Jawab Marha laju. Dia sebenarnya sudah mula kecut perut.
Aku pandang karang, dia nampak muka aku macam mana? Mesti dia akan bahan aku cukup-cukup kan? Mapuh dohla….! Hatinya resah.
Tapi agak-agak dia cam ke tidak? Baru sekali kot jumpa hari tu, takkan dia ingat. Lelaki ni orang kata ingatannya paling lama 3 jam sahaja. Ini dah berapa hari ni, mesti lupa punya kan? Hatinya bertanya sendiri, harap-harap minda yang sedang berfikir ada jawapannya.
Kenapalah aku dapat soalan saat macam ni tiba-tiba dia muncul pulak? Petunjuk yang dia akan jadi papa untuk anak-anak saudara aku ke? Ish! Jangan perasan sangat Marha, buat apa kalau setakat handsome tapi mulut ‘kelongkangan’ begini. Peringatan di beri kepada diri sendiri.
“Iya! Pandang muka saya ni, jangan risau saya takkan jatuh hati tengok muka awak punya.”
Eh! Poyo pulak mamat ni. Tiap kali gaduh dengan perempuan memang dia kena sentuh bab hati dan perasaan ke?  Marha mengutuk di dalam hati.
“Nah! Saya pandang awak! Saya tahulah salah saya break mengejut. Tapi awak tak ada hak nak serang-serang saya tepi jalan macam ni. Awak ingat saya tak terkejut? Suka hati nak marah orang! Awak ingat saya sedang bersuka ria nak test drive saya punya break? Bukannya nak tanya apa masalah sampai boleh break macam tu, ini tidak. Kerja nak membebel, nak marah je. Dia fikir jantung dia je, jantung kita ni macam mana? Simpan je dalam kocek baju?”
Marha mendongak dan memandang tepat pada wajah Harraz. Geram sungguh dia!
Rahang Harraz jatuh. Dia bagaikan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apa benar ini orang yang sama?
“Engkau lagi!! Ei! Kenapa asyik ada masalah je bila aku jumpa kau? Tak ada orang lain ke? Dah lah itik, patutlah kau terkedek-kedek bawak kereta. Serupa itik! Memang serupa!” selar Harraz.
Marha buntang matanya.            
Itik? Dia ingat aku? Dia ni lelaki ke apa? Orang cakap ingatan lelaki tahan 3 jam, tapi dia ni kenapa pulak kuat sangat ingatannya? Dah lebih tiga jam dah kalau kira betul-betul. Dia ni campuran ke apa? Otaknya  memproses kejadian yang sedang terjadi.
“Eh! Ingat kau seorang menyampah? Aku lagi menyampah! Harap je nama Rizki, tapi langsung tak membawa rezeki! Mulut tu tahu nak marah-marah orang je! Lantak kau lah nak membebel sorang-sorang tepi jalan ni. Aku pergi dulu.” Badan Harraz ditolak, pintu keretanya ditarik lalu ditutup rapat. Sebentar kemudian, kereta Perdana berwarna hitam itu menderum laju meninggalkan Harraz yang masih berdiri kaku.
“Dia cakap aku tak bawak rezeki?? Dasar perempuan pending mulut itik!”


“SELAMAT hari lahir Kak Syida!!.” Jerit Marha sebaik sahaja kakaknya membuka pintu, dengan cepat dia memeluk erat kakaknya. Bukan main terkejut Mursyida dengan keletah adik nan seorang ini. Yelah, sekarang pukul 12 tengah malam tiba-tiba ada orang datang serbu  rumah dan peluk kuat-kuat macam ni. Tak ke terkejut beruk??
            “Terima kasih…. Marha, Marha. Setiap tahun tak berubah, pukul 12 malam setiap kali birthday akak mung tersembul depan pintu rumah ni. Dah la menjerit kuat, buatnya dengar sampai ke rumah mak ngah mung tu, tak ke dia cop mung ni anak dara tak betol? Macam tak kenal sangat mak ngah mung tu...” bebel Mursyida.
            “Waaaaaah! Rindu la... lama tak jumpakan kak?” kata Marha sambil melonggarkan pelukannya. Senyum yang paling manis di buatnya. Sebenarnya cover malu sebab terover menjerit dan dibebel pula oleh Kak Syida... Hehehe…
            “Lama tak jumpa? Mung buang tabiat ke ape Marha? Bukan ke pagi tadi mung dah datang bawak si Alif tu jalan-jalan? Ya Allah, kenapalah aku dikurniakan adik yang kurang betul nih. Aduuh...”  Mursyida membebel lagi, sambil melangkah masuk. Dia menuju ke dapur.
            Marha pula? Macam biasalah, buat muka tak siap terpacak depan pintu.
            “Mung buat apa lagi depan pintu tu? Masuk! Kang mak ngah kesayangan mung keluar dari rumahnya, apa  nak jawab? Bukan mung tak tau dia pantang benar kalau anak dara baru balik malam-malam macam ni!” Laung Mursyida dari dapur.
            Marha berpusing melihat ke arah rumah mak ngahnya yang bertentangan, ada seseorang sedang mengintai di balik langsir. 
Alamak!
Mak Ngah, The Ratu Kepoh Asia... hahhaha...  terus dia berlari masuk dan menutup pintu rumahnya. Pintu dikunci dari dalam.
Kakaknya keluar sambil menatang dulang.
            “Ha! Ini dah kenapa lari macam kena kejar hantu je?”
            “Mana tak lari kak, hantu mak ngah membayangi hidup ini… hehehehe...” jawab Marha. Mursyida menggeleng kepala perlahan. Mereka menuju ke ruang tamu rumah.
            “Waah... rajin akak saya ni buat air di tengah malam. Ni mesti nak korek hadiah ni… hehhehe...” usik Marha. Mursyida mencebik.
            “Apa mung ingat akak ni macam budak kecik ke? Asal birthday je nak hadiah. Macam tu? Ucapan dah cukup. Nah air, tanda terima kasih ingat birthday akak. Tak ada hadiah pun tak apa.” jawab Mursyida sambil menghulurkan mug berisi air kopi pekat. Kegemaran Marha dari kecil lagi
 “Ini sudah bagus kak!” jerit Marha.
“Apa yang bagus? Air kopi akak ke?”
“Tak ada maknanya, try pun belum air ni... entah sedap ke tidak, ahaha... Kak, akak nak tahu dok? Yang bagusnya, tahun ni memang  tak ada hadiah besar-besar pun kat akak, lupa.. hehe”
“Dah la tak ada hadiah, sempat mung mengutuk air akak ya?”
“Ala akak… jangan la merajuk, tak cantik dah birthday girl. Tadi cakap tak ada hadiah pun tak apa. Mana satu ni? Mahu tapi malu ya?” tangannya menguis-nguis pipi milik Mursyida.
“Ish! Janganlah Marha, mung ni jangan buang tabiat malam-malam buta ni boleh tak?” Mursyida menepis-nepis tangan putih milik Marha.
“Yelah-yelah, erm… kak, Abang Iman mana kak?” Tanya Marha sambil mata meliar mencari kelibat abang  iparnya.
            “Ada, tengah tengok tv kat ruang rehat tu, bakpo?”
            “Jom, Marha pun nak tengok tv jugaklah mesti ada bola ni. Kalau The Red Warriors, siaran ulangan pun saya sanggup tengok.” Marha terus berlalu meninggalkkan kakaknya di ruang tamu.
            “The Red Warriors? Tak berubah langsung, ingat dah bertudung jadi muslimah sejati, tapi ni bukan sejati, ni nak kena ceramah lagi adalah. Marha, Marha. Kenapalah adik aku seorang ni.” Mursyida mengaru-garu kepalanya.
Dia bangun dan terus menuju ke bilik rehat di rumah pusaka orang tua mereka.


“ABE WEHH! Waaah… Kan dah cakap tadi, The Red Warriorslah… Fuyoo…. Dah lima gol. Rugi betul tak tengok dari tadi. Kenapa abang tak call Marha oyak malam ni ada match? Turun! Turun! The best game in the world ni abang!” bebel Marha sambil menolak abang iparnya supaya turun daripada sofa yang terletak di depan Tv.
            “Ya Allah, kus semangat aku budak nih. Eh, kenapa tolak-tolak abang ni?”
Abe saye duk bawah dengan akak, jap lagi akak sampai. I am the Queen, kena duduk atas sofa yang empuk lagi selesa ini. Hehe” sebaik sahaja Iman terjatuh daripada sofa, terus dia mengambil tempat. Iman menggeleng laju.
“Tak berubah jugak adik ipar aku seorang ni. Marha, abang ingat bulan lepas kamu datang bawak tudung berbakul-bakul azam baru la katakan, ingat nak berubah? Tak ada dah bola-bola semua ni, tapi jangkaan abang meleset! Oh! Jeng kreng sungguh adik abang ni.” kata Iman, sambil ketawa. Dia merubah posisi untuk bersila di depan televisyen.
“Suamiku sayang, adik kesayangan awak ni, kena pergi hantar kelas kesopanan diri dan jiwa, baru tak reti semua ni, tahu?” tiba-tiba Mursyida datang menyampuk, dan terus bersimpuh di sebelah suaminya.
“Akak, abang, bertudung tak menghalang Marha mempunyai jiwa anak Kelantan la... The Red Warriors ni jantung hati negeri Kelantan tahu? Apa abang dan akak lupa? The red Warriors inilah yang menaikkan nama Kelantan di mata orang-orang luar tau. Dengan kepimpinan Tan Sri Anuar Musa yang berkaliber menaikkan nama pasukan bola sepak negeri kita dulu, dengan ketangkasan pemain-pemain seperti Piya, Apek, dan ramai lagilah, ditambah dengan kehandsomeman mereka, maka bergemerlapanlah dunia The Red Warriors di dunia ini…”
“Oit! Oit! Mung ni nak tengok bola ke nak nak kaji sejarah bola? Pening aku dengan adik perempuan tetapi gaya jantan nih.” Jerit Mursyida.
“Ha… akak… marah-marah cancel hadiah birthday okay... ha... no... No... No…” Jawab Marha sambil menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan. Iman hanya mampu ketawa. Mursyida menarik muncung lagi.
“Eleh, tadi dah cakap lupa hadiah birthday akak, sekarang nak ugut pulak, tak laku dah adikku sayang...”
“Oo... tak percaya ya… tak apa, tak apa. Abang! Kita pergi dua orang je lah eak, tak payah la bawak akak ni.” Jawab Marha. Dia menyeluk poket bajunya, kemudian dia melayang-layangkan sampul surat bersaiz sederhana dihadapan kakaknya.
“Apa ni Marha? Bagi abang tengok.”
“Memang nak bagi abang tengok pun, hehehe... Cepatlah bukak, ni hadiah birthday Kak Syida, tapi saya bagi abanglah sebab dia tak nak…” Jawab Marha sambil menjeling manja kepada kakaknya. Mursyida membalas jelingan adiknya. Matanya dikecilkan.
“Ewaaaah! Bak sini, hadiah akak ni!” terus sahaja Mursyida merampas sampul surat itu daripada tangan Marha. Marha dan Iman ketawa.
Tiba-tiba...
“Marha….” Air mata mengalir laju. Mursyida menangis. Dia melihat sekeping kertas tertulis, Pakej Bulan Madu ke Bali 5 hari 4 malam.
“Laah…. Akak aku dah touching, gembira sangat kot. Hehehe.” Dia mengaru-garu kepalanya, memandang Iman dan mereka menjungkit bahu serntak.
“Ala akak… jangan la menangis, please… abang dan kakak dah lama tak berhoneymoonkan? Pergilah, budak-budak Marha jaga okay. Lagipun minggu depan cuti sekolah, boleh ea?” Marha mengosok belakang kakaknya .
“Erm... mahal ni, kamu tak kisah berhabis duit untuk kakak?” Mursyida mendongak ke arah adiknya.
“Akak, selepas abah dan mama tak ada, Marha hanya ada kakak dalam hidup Marha untuk Marha kongsi suka duka, kakak segala-galanya untuk Marha. Kakak dan abang yang selama ini berkorban masa melayan karenah Marha. Takkan hanya pakej honeymoon ni Marha nak berkira, berapalah sangat jika dibandingkan kesanggupan kakak yang selalu berada disamping Marha, menjadi penyokong Marha dalam apa jua keputusan.”
Alaaaaah. Ni yang aku tak suka bab lencun-lencun ni. Cengeng la kakak aku nih.
“Tapi akak passport dah hilang rasanya, macam mana nak naik flight? Kena buat baru kan? Mana sempat…” tiba-tiba Mursyida bangun. Dia memandang wajah adiknya dan suaminya, Iman.
“Syida, pasal tu semuanya sudah settle. Abang dah lesaikan dah semuanya, tunggu hari ni je.” Jawab Iman.
“Dah selesai? Abang, mana boleh abang buatkan passport saya.”
“Bila masa abang buatkan passport awak? Bukan ke passport tu memang abang yang simpan? Yang awak melalut hilang bagai tu bakpo? Jangan risaulah, abang dah aturkan semuanya.” Jawab Iman sambal mendepakan tangan.
“Ooooo…memang dah berkomplot la ni yer?” Mursyida menjegilkan matanya kepada Marha. Marha ketawa kuat, bergolek-golek di atas karpet. Lucu melihat wajah tidak puas hati kakaknya. Mursyida bangun dan terus menggeletek adiknya, apa lagi, meraung la Marha sekuat hati. Tiba-tiba…
Tok! Tok! Tok!
Mereka berhenti bergurau, masing-masing berpandangan.
“Siapa?” Tanya Marha. Iman  mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mursyida berkerut-kerut.
“Assalamualaikum…” terdengar satu suara dari luar rumah.
“Abang tengok.” Iman bangun dan terus ke pintu utama rumah.
“Waalaikumussalam...” Iman membuka pintu dan… tadaaa…….! Anak perempuan  Mak Ngah Kamsiah datang.
“Dari mana ni Lina?” Tanya Mursyida.
Ni mesti datang nak mengorek rahsia oranglah tu, tak habis-habis. Bisik hati Marha.
“Mak aku huk suruh datang, tanya bakpo mung semua gege sangat, mengilai macam hantu.”
Binggo!! Kan aku dah cakap, datang nak menyibuk la tuh.
“Ooooh, cakap kat mak ngah, kami sekeluarga tengah bersuka ria, bergembira, bergurau-gurau mengeratkan silaturrahim. Tak boleh ke? Minta maaflah kalau suara kami ni macam polong. Iye Cik Malina?”
Ambik kau, sedap tak ayat aku? Mana boleh bagi Kak Syida jawab, dia tu takut sangat ngan mak ngah. Bisik hati kecil Marha sambal mejeling sekilas wajah Mursyida.
“Yelah, jangan bising sangat malam-malam macam ni. Lewat dah, pergilah tidur.”
“Yelah, kami tidur ya? Mintak ampun Cik Malina…. Kirim salam kat mak ngah ya... sekarang dah boleh balik. Kami nak tidur sekarang ni, tadi suruh tidur kan?”
Ambik kau Malina lagi sedas, banyak songeh. Dahlah datang rumah orang malam-malam. Anak dengan mak sama aje, macam la aku tak tahu dari tadi kamu mengendap rumah ni. Terjenguk-jenguk. Ngomel hati Marha lagi.
Malina pulang dengan wajah yang kelat. Siapa tak sakit hati jika dihalau, kan?? 
Malina adalah anak  ketiga Mak Ngah Kamsiah, anak paling disayangi dan hampir sebaya dengan Marha. Anak pertamanya telah meninggal ketika masih kecil dan anak kedua mak ngah, Marliani, sudah bertahun tidak balik ke rumah kerana bergaduh dengan Malina. Tentang apa tidak pulak mereka ketahui.
Kamsiah sebenarnya kakak kepada ibu Marha dan Mursyida. Namun yang menghairankan, kenapa perangai Kamsiah dan Norsyahadah sangat berlainan. Satu kampung tahu Mak Ngah Kamsiah ni jenis tidak boleh melihat ada yang lebih daripada keluarganya, kalau tidak, mulalah The Ratu Kepoh Asia buat siaran langsung ke seluruh kampung untuk menunjukkan dia yang lebih daripada orang lain. 
Ah... biar sajalah mak ngah dan keluarganya dengan karenah mereka, jangan kacau ketenteraman aku dan Kak Syida sudah. Eh, tadi bukan dia dah ganggu ketenteraman ke? Marha memandang Mursyida dan Iman yang masih berdiri, mereka berdua memandang tepat ke arahnya.,
“Kenapa?” Marha mendepakan tangannya.
“Wah... wah... adikku sayang, mulut sudah pandai berbau longkang ya? Esok mak ngah  mesti bising. Nanti dijaja satu kampung adik akak ni mulut celupar.” Bebel  Mursyida.
“Biarlah akak, mereka tak pernah senang dengan kesenangan kita. Orang macam mereka sesekali patut di ajar juga.” Jawab Marha sambil memuncung.
“Suka hati munglah Marha, dah besar panjang. Ha! Malam ni nak tidur rumah ni ke, nak balik Pelangi Mall? Dah lewat sangat ni.”
“Saya nak balik la akak, banyak kerja nak buat. Walaupun esok cuti, orang macam saya ni kalah menteri. Hehehe... balik dulu la kakak, abang.” Marha terus bersalam dan memeluk kakaknya. “Once again, happy birthday to you my dearest sister, I love you so much!” Mursyida tersenyum.
Thanks adik, nanti nak akak hantar budak-budak ke rumah kamu  ya?”
“Ditanggung beres kak! Bye.”
Marha berjalan menuju ke keretanya, beberapa minit kemudian kereta itu menderum pergi, meninggalkan Mursyida dan Iman di muka pintu. Hanya mata menghantar pemergian adiknya. 
“Hati kau terlalu baik Marha, tak sia-sia aku menjaga kamu.”



MAK NGAH KAMSIAH berdiri di depan pintu. Melihat anaknya, Malina balik dengan wajah yang mencuka.
“Ha! Dah mung bakpo muka buruk benar aku tengok ni?” Malina masih berdiam diri, dia menjeling sedikit ketika melintasi ibunya di depan pintu rumah.
Dia menghentak-hentakkan kakinya, kemudian menghempaskan diri di atas sofa.
“Eh! Aku kecek dengan mung ni. Apa kena hentak kaki bagai nak runtuh rumah ni? Apa yang diorang buat bising sangat tadi?” ibunya bertanya lagi. Malina merengus.
“Mak ni, gegelah… kalau nak tau sangat bakpo tak pergi tanya sendiri? Tak pasal-pasal orang kena hambak. Marha sekarang berbisa eah mulutnya. Sakit hati tau tak?” Malina meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
“Eh, kurang ajar berdooh budak ni sekarang ye? Berani dia halau anak aku? Masa mung sampai tadi diorang tengah buat gapo?”
“Tengah bergurau, lepastu orang dengar Marha hadiahkan pakej bulan madu ke Bali sebab hari ni hari lahir Kak Syida.”
“Pakej bulan madu? Banyak sangat ke duit si Marha sekarang ni?”
“Eiish! Mak jangan tanya banyak la. Orang tengah sakit hati ni. Pantang betul kalau dia lebih dari orang.” Malina membentak dan berlalu ke bilik. Mak Ngah Kamsiah terkumat-kamit menyumpah. Rasa tercabar dengan kelebihan yang Marha ada. Sesuatu harus di lakukan!


DI PERKARANGAN Lapangan Terbang Sultan Ismail, kelihatan Marha menolong Iman dan Mursyida mengangkat bagasi keluar daripada bonet kereta Perdana hitamnya. Di sisi kereta kelihatan Alif dan Afiq sedang memuncungkan mulut masing-masing. Merajuk dengan ibu dan abah mereka gamaknya.
“Anak mama ni nape… tak handsome la muka masam je macam tu...” Tegur Marha. Dia mencangkung di depan kedua-dua anak saudaranya itu.
“Siapa suruh ibu dengan abah tak bawak abang dengan adik?” soal Afiq.
“Ala… mama saja suruh ibu dengan abah pergi holiday. Sebab mama nak Afiq dengan Alif duduk dengan mama. Teman mama seminggu ni. Boleh? Mama bosan la duduk rumah sorang-sorang. Boleh ya?” pujuk Marha. Alif dan Afiq berpandangan.
“Mama bawak kami jalan-jalan tau?” pinta Afiq.
“Iya sayang. Mama bawak anak mama ni jalan-jalan.”
“Mama, ibu dengan abah nak pergi mana? Ibu, ibu nak pergi mana?” soal Afiq lagi, kali ini wajahnya memandang Mursyida.
“Ibu nak pergi Bali, mana tahu dapat adik perempuan kat sana.” Jawab Marha laju niat mahu mengusik kakak dan abang iparnya. Mursyida menganga. Bertuah punya adik! Jawapan tak beragak.
“Adik? Nak pergi ambik adik Afiq ke? Kenapa tak bawak Afiq sekali? Afiq pun nak ambik adik jugak.” Jawab Afiq. Marha garu kepala yag tidak gatal. Aduh! Nak jawab macam mana ni.
“Ha! Menjawablah kau dik, abang tak ada perkataan yang nak dikata. Pandai sangat bagi jawapan macam tu kat budak-budak. Bukannya mereka paham. Menanggunglah sampai esok Marha oi, mung ingat Afiq ni akan berhenti setakat ni je ke soalan dia? Selagi dia ingat jawapan yang mung bagi ni dik, selagi itulah dia akan soal mung. Masaklah…” Iman ketawa. Dia kenal sangat perangai anaknya Afiq, selagi dia ingat, selagi itulah dia akan bertanya soalan pada orang yang dia mahu. Sampai kita ni naik lenguh menjawab benda sama. Kadang-kadang sampai rasa nak marah sangat-sangat, tapi bila di fikirkan budak-budak haruslah ditahan dan dilayan dengan elok. Biasalah, ibarat iklan di televisyen tu, sel-sel otak nak berhubung. Makin banyak kenapa yang keluar daripada mulut mereka, makin banyak sel otak yang terbina.
Mursyida ketawa sambil mengangkat ibu jari tangan kanannya kepada Marha. Marha menyeringai sengih, menampakkan susun baris giginya.
Masak aku!
“Budak-budak tak boleh sayang. Ibu dengan abah je boleh pergi. Afiq dengan Alif duduk dengan mama okay?” sebaik sahaja Marha menjawab, seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan empat tahun berjalan di depan mereka sambil menarik beg , dipimpin oleh orang tuanya mungkin. Mereka berjalan menuju ke pintu masuk lapangan terbang.
“Itu! Dia sama besar je dengan Afiq, ibu dia bawak jugak tu.” Jerit Afiq tiba-tiba. Jarinya di tunjukkan pada kanak-kanak tersebut.
Adoi! Kenapalah masa-masa macam ni budak ni nak lalu kat sini? Penat, penat.
“Itu dia nak hantar ibu dia kat pintu dalam je. Macam abang dengan adik akan buat sekejap lagi. Sudah-sudah, lepas kita hantar ibu dan abah di pintu masuk, mama bawak sayang-sayang mama ni makan kat KFC nak? Atas ni ada KFC, sambil makan boleh tengok kapal terbang. Nak tak?” Tanya Marha sambil menujukkan wajah terujanya.
“Atik naaak! Jom!” jawab si kecil, Alif. Laju! Maklumlah, pantang benar kalau dengar KFC, katanya ‘ayam goreng’! Pengaruh cerita Upin dan Ipinlah ni kot. Dah itu saja kerjanya setiap hari di depan televisyen.
“Bagus adik, abang jangan sedih-sedih okay. Ibu pergi kejap je. Duduk elok-elok dengan mama okay?” pesan Mursyida. Dia menggosok perlahan belakang anak sulungnya. Afiq mengangguk, akur dengan nasihat yang di berikan.

“Jom kita masuk dalam!” Marha mengangkat Alif lalu mendukungnya. Afiq pula di pimpin oleh Mursyida. Mereka semua beriringan masuk ke tempat pendaftaran tiket di Lapangan Terbang Sultan Ismail.