love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, 28 April 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 8)


BAB 8
MARHA melihat jam di pergelangan tangannya. Masa berbaki sepuluh minit sebelum waktu yang dijanjikan. Masih awal. Hari ini dia berjanji dengan Risya, adik si Naga, untuk berjumpa di perkarangan Hotel Ridel berhampiran dengan menara jam di tepi Sungai Kelantan. Kawasan ini juga terletak di bangunan yang sama dengan penthouse miliknya. Dia hanya memerlukan lima minit berjalan kaki daripada blok di mana rumahnya berada.
Sambil menikmati air batu campur, dia merenung ke arah Sungai Kelantan yang meriah dengan anak-anak muda bermain ski air. Alangkah seronok menjadi mereka, bergelak ketawa bagai tiada duka yang melanda. Kalaulah dia juga mampu ketawa sebegitu, kalaulah segala duka yang dia tanggung mampu dialirkan keluar daripada hidupnya sederas air sungai yang mengalir, kalaulah dia tak perlu menanggung sesak di dalam dada ini. Walau berapa banyak kalaulah pun, belum tentu semua itu akan menjadi realiti kerana..  kerana apa? Kerana semuanya adalah ‘kalaulah’, impian yang hanya berlegar-legar di dalam kepala sahaja. Orang kata perkataan ‘kalau’ ni, kapal terbang pun boleh jadi keropok.
Sedang dia mengunyah kacang tanah yang ditabur di atas air batu campur, tiba-tiba satu idea datang. Ambil gambar, selepas itu, boleh aku muat naik di laman facebook. Bisik hati kecil Marha. Dia mengukir senyuman  nipis sambil mengangkat tangan dan telefon bimbit ntuk mengambil gambar.
Facebook!
Senyumannya terus mati.
Ya! Dia terus teringat akan kejadian bagaimana dia boleh meng”approve” si naga untuk menyertai senarai kawannya di laman sosial facebook.

Malam itu…
Sedang enak dia menonton drama lakonan aktres Lee Min Ho, Boys Over Flower, tiba-tiba dia di kejutkan dengan bunyi notification daripada laman mukabukunya. Dia menekan ikon berbentuk manusia. Siapa pula yang add aku  tengah malam  macam  ni?
Harraz Rizki.
Dia membaca nama pemilik akaun mukabuku tersebut.
“Rizki? Macam nama mamat naga yang poyo tu je? Tapi takkan dia kot? Mana dia tahu facebook aku. Lagipun dia selalu panggil aku mulut itik, takkan nak berkawan dengan si mulut itik ni kot? Siapa agaknya dia ni? Jom tengok mutual friend. Risya, lagi, eh! kawan-kawan aku pun ada jugak, Aina, Mus, Abi, Odah, Nozi. Ini dah lebih! Kebanyakannya kawan perempuan aku. Gambar pun semuanya private. Ni mesti buaya tembaga ni, kawan dia ramai perempuan, mesti nak ngorat aku jugak ni. Tak boleh jadi, entah siapa-siapa, tiba-tiba nak jadi kawan aku. Tak baca ke peraturan untuk menjadi kawan mukabuku aku tu? Aku tulis, siap guna caps lock lagi tu, takkan tak perasan kot..
Dahla gambar profil tak letak. Duk letak gambar bentuk hati siap warna merah menyala tu kenapa? Nampak sangat mamat buaya yang nak perangkap drama cintan cintun ni. Mesejlah senang, bagi dia sedar sikit, aku bukan jenis terima orang sebarangan untuk jadi kawan  aku.” Mulutnya membebel-bebel. Dia pantang benar orang yang dia tak kenali tiba-tiba datang dan mahu menambahnya menjadi rakan. Akaun facebooknya bukan untuk orang sembarangan, hanya untuk kawan-kawan yang dia betul-betul baik dan kenali sahaja. Itu lebih privacy dan selamat sebenarnya. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya gilakan angka rakan meningkat.
Buat apa kawan di Facebook angkanya mencecah lima ribu orang, namun hampir lapan puluh peratus semuanya tak pernah bertegur. Sahkan bertegur melalui ruangan ‘chatting’, komen mengomen pun belum tentu.

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Kehadapan saudara (mengikut profile fb awak ni male), rasanya telah sy beritahu pd ruang profile sy, jika saudara rasa sy tidak mengenali saudara, haruslah saudara menghantar mesej terlebih dahulu, untuk sesi screening and confirmation, barulah sy boleh meng”approve” saudara. Ada faham? Terima kasih.
**hrp saudara bls dgn sedikit butiran tentang diri saudara, yang membuktikan sy knl saudara. Tq”

Harap mamat ni fahamlah ye. Bukti apa agaknya dia nak bagi. Hehehe.. kata hatinya.
Kemudian, Marha terus menyambung menonton drama berepisod itu. Di sebabkan dia seorang “hantu” Lee Min Ho, drama Boys over Flower ni, sudah masuk kali ke-58 di tontonya. Tengok! Boleh ukurkan betapa minatnya dia?
Sebentar kemudian, satu notifocation lagi masuk. Wah! balasan mesej daripada buaya tembaga tadilah. Laju betul! Agaknya memang kerja menghadap facebook kot. Haha... Marha ketawa sendirian. Beberapa saat kemudian, mesej tersebut terpapar di skrin komputer ribanya. Rasa teruja yang ada dalam dirinya bagai disentap kasar. Senyumannya bagai di bawa pergi puting beliung dan hancur berkecai.

Waalaikumusslaamwarahmatullahiwabarokatuh! Ke hadapan saudari Marha Karmila (mengikut nama fb awklah yer, sy tak tahulah nama awak ni betul ke perasan je), menurut msj awk, awk memerlukan bukti bahawa awk mengenali sy untuk approve sy sbg rakan fb awk, baik. Buktinya, saya pemilik t-shirt putih jenama Polo yang anak awk kotorkan siang tadi. Kalau bukti ini masih tak cukup, sy tak tahulah. Sila approve sy, kalau awk tak approve, sy akan cas harga baju tersebut, mengikut harga asal baju. Kemudian akan ditambah dengan bunganya sekali, pengumuman di akhbar dan juga di facebook. Sekian. Peace no war!! =)”

Si Naga???
OMG!
Oh my gucci!
Oh my Godness!
Oh my Goblin!
Oh my english!
Kenapa kehidupannya di alam maya pun mamat yang selalu buat hari dia rosak tu pun ada sekali? Eh, selalu ke?? Bukan ke baru dua kali aku gaduh dengan dia di KB Mall? Alah, lebih daripada sekali tu kira selalulah tu.
Dengan pantas dia menekan butang “confirm”. Maka dengan itu, diisytiharkan, Harraz Rizki selamat menjadi kawan kepada Marha Karmila di laman mukabuku. Marha mengeluh berat.
Bila difikirkan semula, rasa mahu ketawa pun ada bila teringatkan ugutan jika dia tidak menerima Si Naga itu menjadi kawannya. Oops! Si Naga itu sudah bernama okay, Harraz Rizki! Tapi, aku lebih selesa dengan panggilan naga. Naga pun nagalah, janji ada jugak nama. Hehehhe..
Berbalik kepada ugutan tadi, dia bukanlah tidak mampu untuk membayar harga baju berjenama itu. Walaupun terpaksa menggunakan hampir keseluruhan pendapatannya pun, dia boleh buat jika benar-benar terpaksa, namun, dia bukanlah jenis yang suka menggunakn pendapatan yang didapatinya dengan penat lelah itu dengan perkara-perkara yang tidak perlu. Untuk apa dia mengorbankan pendapatannya, sedangkan dia hanya perlu menekan butang dengan menggunakan satu jarinya sahaja? Bukanlah beri impak yang besar pun kepada dia.
Mesti Si Naga itu fikir aku ni mudah mengalah, penakut dan senang di bulikan?
“Ya, betul, mesti!” kata Marha.
“Apa yang betul kak?”
Tiba-tiba Marha disapa dengan satu suara. Dia sedikit terkejut kerana asyik melayan lamunan. Rupanya Risya sudah siap mengambil tempat duduk di hadapannya.
Mesti budak comel ini melihat aku yang sedang berangan, tengoklah tersengih-sengih. Sedang ketawakan aku yang berangan tak ingat dunialah tu. Gumam hati Marha.
“Eh! Risya dah sampai rupanya, akak tak perasan. Dah lama sampai?” Tanya Marha. Riak terkejut masih ada di wajahnya. Kemudian Marha tersenyum memaniskan muka menutup gelabah di dada. Lagipun, takkan nak masam mencuka bila dah jumpa tetamu ni.
Risya ketawa mengekek. Kelakar melihat Marha yang terkejut dan gelabah.
“Risya dah lama sampai kak, dari tadi duk melihat akak termenung jauh malas nak kacau. Orang kata layan blues. Hehe... tapi bila dah lama sangat, nak jugak tegur. Orang tua kata risau termasuk ke alam lain. Hehhee...”
“Memandailah kamu ni ya. Datang dengan siapa? Seorang je? Ke ada saing?” tanya Marha, sambil matanya melilau sekeliling mencari teman Risya,
“Risya datang seorang je kak, tak ada maknanya berteman bagai. Baru balik daripada shopping kat Parkson tu, terus datang sini. Risau terlambat, tapi memang Risya lambat pun. Sorry eah akak, terpaksa akak menunggu. Akak datang dengan siapa? Mana kereta?” Risya memandang wajah polos Marha. Dia tersenyum.
Marha turut tersenyum. “Tak ada apa-apalah Risya, akak yang datang awal setengah jam dari masa yang kita janjikan, tak ada salah siapa-siapa pun. Janji kita jumpa, dan akak dapat pulangkan baju abang kamu. Akak datang seorang je. Kereta? rumah akak kat atas ni aje, tingkat 22, blok c, nanti kalau ada masa singgahlah.” Jawab Marha, sambil menghulurkan beg plastik berisi baju kononnya kesayangan Harraz.
Risya mengambil beg plastik tersebut.
“Lah… Ye ke? Patutlah akak tak ada problem bila Risya minta jumpa kat sini, lain kali Risya singgah eah.”
“Boleh aje. Tak ada masalah.”
“Erm… akak, sebenarnya ada satu benda  Risya nak cakap nak ni, boleh?” tanya Risya sambil memandang tepat pada wajah Marha.
Marha terpana, benda apa pulak ni? Macam serius aje.
“Benda apa Risya? Boleh aje, akak sudi mendengar.”
“Sebenarnya..”
Belum sempat Risya berbicara lebih lanjut, seorang lelaki datang ke meja mereka dan mengambil pesanan. Marha menunggu dengan penuh tanda tanya. Selepas Risya membuat pesanan untuk menikmati air batu campur sama seperti Marha, dia kembali memandang ke arah Marha semula. Marha menelan air liur, tidak sabar dengan benda yang bakal diberitahu.
“Okay, jom kita sambung, buat kacau pulak waiter tu. Sebenarnya, macam ni, erm... sebenarnya Risya nak tanya, macam mana idea perkataan naga tu datang? Maksud Risya macam mana akak boleh terfikir muka dia merah macam naga? Sorry kalau soalan Risya ni annoying.” Soal Risya selamba. Marha ternganga, soalan jenis apakah ini? Lebih kurang macam interview dalam Melodi aje gayanya? Siap dengan idea-idea lagi. Ingatkan soalan apelah sangat, saja buat aku risau budak ni.
“Idea? Erm… sebenarnyakan, akak tak tahu pun apa yang akak cakapkan masa akak tengah marah. Dalam hati rasa geram je, main sembur je apa yang berkaitan. Kenapa? Risya marah ke akak panggil abang Risya dengan panggilan macam tu?” suara Marha perlahan. Risau kalau-kalau apa yang dia ucapkan mengundang kemarahan Risya.
“Marah? Tak adalah… bukan apa, dah lama Risya perasan muka abang Raz tu merah je. Risya pun jealous tengok kulit dia putih macam tu, tapi apakan daya Risya ikut kulit mama, melayu sejati. Abang Raz tu ikut atuk Risya, atuk dulu ada mix dengan British, kulit dia putih melepak dan cepat merah, lagi-lagi bila dia panas atau marah, dan… bila akak cakap dia naga, Risya rasa… memang kena sangatlah!! Hahahahha...” Sebaik sahaja Risya menghabiskan ayat, dia ketawa dengan kuat. Marha yang agak cuak tadi, turut ketawa terbahak-bahak. 
“Akak ingat kamu marah akak panggil abang kamu naga...” kata Marha dengan ketawa yang masih bersisa.
“Nak marah kenapa, akak panggil Abang Raz, bukannya kata kat Risya. Ehehee” Risya masih ketawa perlahan.
“Manalah tahu, selalunya seorang adik akan support abangnya kan, erm… dia tahu ke akak jumpa kamu hari ni?” Dia memandang tepat wajah Risya.
“Tak pun, buat apa bagitahu? Nanti dia sibuk mengendeng nak datang, malas nak layan dia tau. Dahla banyak songeh, kalah kita yang perempuan ni kak oi.”
“Iye ke? Akak dah agak dah, tengok muka akak dah tau. Jenis perfectionistkan?” Tanya Marha. Dia sudah berani bertanya soalan yang menghentan Harraz, kerana dia tahu, Risya bukanlah berpihak pada abangnya sangat. Hehehe..
“Owh akak! That was right! Abang kalau dia buat perangai, mama pun pening tau. Itu tak kena, ini tak kena. Kalau boleh semua dia nak buat sendiri, dia kata tak yakin dan tak puas hati dengan hasil kerja orang lain. Perangai siapalah yang dia ikutkan tu, tak tahulah kami.”
“Kesian siapa yang jadi isteri abang Risya kan?” tambah Marha. Kemudian mereka ketawa bersama.
Kemudian pesanan Risya sampai dan mereka menikmati petang tersebut dengan berbual-bual kosong. Perempuan apa lagi bila dah jumpa korum, kalau bukan pasal shopping, mesti novel, tak pun pasal makanan, itu pun boleh jadi topik tau. Hari beransur senja, mereka telah selesai menikmati air batu campur, anak-anak muda masih gembira dan ketawa bermain air di Sungai Kelantan.
“Kak, terima kasih untuk petang ni.” Tiba-tiba Risya bersuara. Lama dia diam dan memerhati wajah Marha. Kemudian tak semena0mena, matanya berkaca-kaca. Ada air suci yang bertakung, hanya menunggu masa untuk menitis.
Marha kaget. Kenapa pulak ni? Bisik hati kecil Marha.
“Terima kasih untuk apa Risya? Kenapa ni?”
“Risya tak pernah rasa ada kakak, yang boleh bergurau senda macam ni, Risya hanya ada abang yang tahu mengusik aje, ehhehehe… tapi hari ini Risya rasa Risya dah dapat seorang kakak, walaupun hari ni kali pertama kita berjumpa dan berbual, Risya rasa amcam dah lama Risya kenal akak.” Jawab Risya. Air matanya mula menitis.
“Eh, janganlah menangis, kakak pun tak pernah ada adik, rasa seronok dengan Risya. Akak pun nak ucap terima kasih sebab Risya buat akak happy hari ni, dah lama akak tak keluar dan gelak ketawa macam ni.”
Marha tersenyum. Dia pun sebenarnya pelik dengan keadaan sekarang, mudah benar dia mesra dengan Risya. Dulu, dia paling susah mahu bercakap dengan orang yang baru atau sudah lama di kenali, hanya Kak Mursyida sahaja yang tahu perangainya yang mulut becok dan gila-gila. Pekerja di syarikat yang dia sekarang bekerja pun, setiap hari hanya melihat wajahnya yang serius dan penuh komited kepada kerja sahaja. Kecuali Kiera dan Eija yang kadang-kadang merasa jugak gurauannya.
Tetapi kali ini, dia mampu berbual-bual dengan Risya, siap usik mengusik lagi.
“Kak, jadi kakak Risya sampai bila-bila boleh?” dia memandang tepat ke wajah Marha. Mengharap. Marha masih diam. Berfikir.
“Akak tak sudi ye?” tanya Risya lagi. Dia rasa malu.
Marha tersenyum.
“Siapa cakap akak tak sudi? Boleh je.” Jawab Marha.
Yess! Thanks akak!”. Risya terus memeluk Marha. Terkejut Marha dibuatnya, mata Marha membulat.
“Kak, nanti ikut Risya balik rumah eah? Risya nak kenalkan akak pada mama. Mesti mama seronok. Mama beghehi anak perempuan ni. Maklumlah, kami dua beradik je.”
“Insyaallah Risya, kalau akak free, akak pergi ye?”
“Terima kasih kak.”
Setelah habis episod gelak ketawa. Mereka beransur pulang.  Langit memerah, suara azan Maghrib berkumandang dan hari semakin gelap. Marha dan Risya pulang dalam keadaan gembira. 


PING! Ping! ping!
Marha yang sedang menunduk memeriksa proposal permohonan belanjawan untuk majlis tahunan syarikat sedikit terganggu. Siapa pulak yang berani menghantar private messege di facebooknya pada waktu bekerja? Ah! Malas nak ambil tahu, nanti-nantilah. Kerja lagi penting! Dia membebel-bebel di dalam hati marahkan diri sendiri supaya memberi focus kepada hal yang penting.
Dia tunduk semula menyambung kerjanya.
Ping! Ping!
Marha yang baharu saja dapat memberi tumpuan kembali terganggu. Dia mendongak semula memandang skrin komputer.
“Ini dah lebih ni. Nak bukak ke tidak? Nak bukak ke tidak? Kalau aku bukak, nanti kerja tak jalan. Kalau aku tak bukak, mesti gangguan ni tak habis-habis mengacau ketenangan bekerja ni. Tak boleh jadi ni!”  Dia mengangguk laju. Kemudian tangannya mencapai tetikus dan menggerakkan cursor ke ikon Google Chrome. Beberapa saat kemudian terpapar laman mukabukunya.
Enam mesej yang diterima!
Dengan pantas dia menekan ikon mesej tersebut. Kotak dialog.
“Harraz Rizki?? Dia tak ada kerja lain ke??” bisiknya perlahan.
Harraz: Hi!
Sayang!!
Kenapa tak balas ni? Saya bosan ni.
Budak comel… kuat marah… muncung...
Oit! Busy kerja ke?? Kesiaaaaaaan!
Aku bosan ni anak itik oi!! Jawablah…. Hadoi!

“Ha?? Anak itik? Dia cakap aku anak itik? Naga punya naga! Sakit hati aku. Saja nak menganggu emosi aku bekerja ye? Eh! Dia ni tak bekerja ke?? Sedap duk ganggu anak orang.”
Marha mula menekan kekunci untuk membalas. Geram!

Marha: Hoi!
Pak cik naga. Kalau dah naga tetap naga kan?
Tak kerja ke duk ganggu orang bekerja? Kesian penganggur.
Nak anggur 5 kilo boleh? Tapi aku nak free! Sengal!!

“Puas hati! Sedap cakap aku itik, dia tak sedar diri, naga!” Dia melihat di skrin komputer, kelihatan perkataan typing. “Eh? Dia nak balas lagi ke?”

Harraz: Ha… anak itik bls chat aku la! Seronok!!
Anggur tak ada! Anak itik aku ada jual. Hahahhahaha…

“Kurang asam punya naga! Anak itik juga kau sebut?? Eii!!” Dia mengetap bibir dan menghentak-hentak tangannya di meja.
“Hoi Marha! Kau ni dah kenapa?? Buang tabiat ke??”
Kiera. Pembantu pengurus kewangannya menegur. Dia yang asyik melayan mesej-mesej daripada Harraz mendongak ke pintu pejabatnya, terkejut! Kelihatan Kiera dengan senyuman berdiri di situ. Kenapa dia tak sedar Kiera buka pintu? Pelik??
“Ha? Apa yang tabiat? Siapa buang?”
Kiera menggeleng kepala. Marha kalau dah gelabah, macam itulah! “Engkaulah, daripada tadi aku tengok kau duk berkerut-kerut dahi sambil pandang skrin komputer tu. Lepas tu boleh pulak hentak-hentak meja, kenapa? Marahkan siapa?”
“Eh? kau tengok aku dari tadi ke? Ehehe... tak ada apa-apalah... Saja. Stress sebab proposal ni aku tak faham.” Dalih Marha. Kini Kiera pula yang berkerut. Tak faham?
“Kau tak faham Marha? Bukan ke benda ni paling seronok kau cakap? Lagipun itu setakat proposal nak minta bajet je, bukannya benda-benda yang masuk lejar. Aku dah rasa pening ni tengok gelagat kau. Kau sebenarnya okay ke tak ni?”
Belum sempat Marha menjawab, mesej masuk lagi.
Ping!
Ping!
“Ha?? Apa benda yang bunyi ping-ping tu?” Tanya Kiera sedikit terkejut.
Alamak! Badigolsood betullah Harraz ni. Marahnya di dalam hati. Dia bangun dan terus menolak Kiera keluar
“Eh, tak ada apa-apa. Kau keluar dulu eah. Aku nak fokus ni, nanti kalau ada masalah aku contact kau eah?”
Ping!
“Ha! Bunyi lagilah Marha. Kau main apa kat laptop tu?”
“Tak ada apa, keluar dulu ya? Okay? Babai..”
“Yelah, aku nak bagitau minggu ni aku nak balik Perak lagi, nak ikut tak?”
“Tak nak.” Laju Marha menjawab.
Kiera tunjuk muka pelik, terkejut dengan jawapan pantas daripada Marha, namun dia tetap berlalu. Malas nak layan perangai pelik Marha. Marha pula menarik nafas lega.


“Nasib baik tak kantoi! Naga punya Harraz!! Eiii!! Kalau tak menyusahkan hidup aku agaknya tak boleh ya? Pantang ada masa aku nak relaks ke, nak happy ke, mesti ada dia yang datang buat kacau. Ni facebook ni pun bala jugak ni. Tertangguh kerja nak semak proposal! Geram!! Kenapalah si Zuckeberg tu cipta faceook? Eh? kesian si Zucke tu, tak pasal-pasal di salahkan. Aceceh... aku panggil dia Zucke pulak, bajet si Mark Zuckerberg tu bff aku lah pulakkan? Choi!”

Thursday, 25 April 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 7)


BAB 7
PING!
Marha yang sedang melipat baju di atas katil sepantas kilat berpaling ke arah komputer riba yang terbuka bersebelahannya, juga di atas katil.
“Siapa pulak yang ‘mengomen’ status di wall aku ni? Jarang benar orang nak komen, selalu mereka ni reti like aje. Entah baca entah tidak apa yang aku tulis. Lagi-lagi kalau si Kiera dengan Eija, lagilah. Tahu online, like sampai lebam, pastu off. Ape pun tak jadi.” Marha membebel sendirian sambil tangan melipat kain sarung miliknya. Usai menyudahkan kain sehelai itu, dia meniarap dan menarik komputer riba ke arah tempat duduknya. Dia menekan nombor satu yang berwarna merah.

Risya Bulat commented on your status: kesian naga….

“Risya Bulat? Ini bukan adik naga tu ke?” soal Marha sendirian lagi. Tadi rasanya dia baru menjadi rakan di Facebook, sekarang dah komen mengomen? Klik! Dia menekan kolum tersebut. Beberapa saat kemudian terpapar komen penuh.

Kesian naga itukan akak? Malangnya saya adik naga itu… hahahaa..” – Risya Bulat.

Marha membaca komen yang baru sahaja di tulis. Alamak! Adik dia komen status di wall facebook aku lah! Marha sedikit cuak. Agak-agak adik dia sebelahkan abang dia tak? ‘Hahaha’ yang dia tulis tu agak-agak menganjing ke memang betul-betul sokong aku? Eh! Mestilah, nama lagi abang dia, mestilah dia sebelahkan abang dia. Fikir Marha sambil mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan jari telunjuk.

Risya: Hi kak!

Eh! budak ni tegur aku? Nak layan ke tidak? Layan ke? Ke tidak? Erm… Layan sajalah, jangan cari gaduh sudah. Mindanya berbicara. Marha mula menekan papan kekunci untuk membalas teguran daripada adik si naga di ruang sosial.

Marha Karmila : Hi… hehehhehe…
Risya Bulat : Akak buat apa?
Marha : Tak ada buat apa pun, baring atas katil je, penat layan budak-budak.

Nasib baik budak-budak dah tidur, kalau tak jenuh aku nak melayan mereka.Tak dapatlah berfacebook hari ini.

Risya Bulat : Ooh… anak-anak akak dah tidur ya?

Anak-anak?? Oh my! Aku nampak tua sangat ke?? Hatinya menjerit. Dia berlari ke meja solek, mukanya di pandang, dibelek-belek.
“Tak adalah tua mana kan?” soalnya pada diri sendiri. Menyedapkan hati sendiri. Setelah berpuas hati dia kembali mengadap komputer ribanya.

Marha : Anak? Akak mana ada anaklah.Yang tadi anak saudaralah.
Risya Bulat : Lah, saya ingat akak dah kahwin. Tak sangka itu anak saudara. Tapi sebenarnya dah agak sebab tengok album dalam fb akak.
Marha : See? Dah tahu tanya lagi.. hehehe… Apa tua sangat ke muka akak tadi dik?

Ramah pulak Marha kali ini.Rasa selesa mula bertamu dalam hatinya, jarang Marha mudah ‘kena’ dengan orang yang baru dikenalinya.

Risya Bulat : Hahahha.. nak kepastian kan… muka akak? Tak adalah tua kak. Cuma saya dengar budak lelaki tadi panggil akak mama, tu yang saya ingat akak dah kahwin. Maaf kak. Salah sangka.

Hahahaha, lawak sungguh budak ni. Panggilan tak semestinya membawa maksud yang serupa. Itu yang orang putih kata, “don’t judge a book by its cover”, tapi kalau versi aku “don’t judged a tittle by its nama”, hahaha… Marha membebel-bebel di dalam hati kemudian ketawa sendirian. Tangannya masih ligat menekan papan kekunci. Makin rancak nampaknya.

Marha: Taklah, akak jaga anak saudara, kakak akak pergi honeymoon, takkan nak bawak budak-budak, kacau nanti. Hehehehe…
Risya Bulat: ooooh… patutlah. Hehe..akak, nanti chat lagi ea, Risya nak tidur la, esok ada kelas. Hehehe… nanti kalau akak nak pulangkan baju abang, akak call Risya je okay. Tak payah layan sangat abang Risya tu, dia memang tak betul sikit. Ok. Babai. Nanti apa-apa contact kite tau?

“Baru nak borak panjang-panjang, dah nak tidur?” Marha mengeluh.
“Baru nak selidik tentang naga yang mengaum siang tadi, tak ada rezeki nampaknya. Eh? Naga mengaum ke?” soalnya sendirian kemudian ketawa kuat. Rasa kelakar dengan soalan sendiri.

Marha: okay Risya, terima kasih...cekedout… good luck masuk kelas. Hehhe..

Kemudian, mesej Marha dibalas dengan animasi “smile”, seterusnya kelihatan butang hijau bertukar menjadi kelabu menandakan Risya telah pun offline.
“Belajar lagi rupanya budak ni, sekali tengok gaya macam dah kerja, rupanya tidak. Pemakaian macam ada kelas je, mesti anak orang berada ni. Jom! Kita teroka facebook Risya.”


HARRAZ  menghidupkan komputer riba miliknya. Hatinya berbunga riang. Agak-agak Risya cadangkan betul-betul ke dia main- main ya? Beberapa minit kemudian, selepas komputer ribanya memaparkan desktop, dia terus menekan ikon Google Chrome. Facebook terus dibuka, dan…. TARA!!! Dia tersenyum lebar. Terus dia menekan butang “add friend”. Dalam hatinya, berdoa semoga orang disana masih bermukabuku.
Online ke tidak dia ni? Tadi elok je duk update status, siap berbalas komen dengan Risya lagi.” Harraz membebel sendirian sambal membelek news feed facebook dari atas ke bawah. Sempat juga matanya merakam komen yang Risya tinggalkan pada status terkini milik Marha.Masa dirasakan lambat berputar.
Tit! Tit!
Komputer ribanya berbunyi, pantas dia memandang ke arah skrin komputer. Ada satu mesej.
“Siapa pulak main mesej malam-malam macam ni? Jangan ada yang gatal nak berkenalan sudah.” Harraz terus membuka mesej tersebut. Daripada Marha Karmila.
Eh, ini nama perempuan tadi. Dia membaca setiap bait yang ditulis.

“Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Kehadapan saudara (mengikut profile fb awak ni lelaki), rasanya telah sy beritahu pd ruang profile sy, jika saudara rasa sy tidak mengenali saudara,haruslah saudara menghantar mesej terlebih dahulu, untuk sesi screening and confirmation, barulah sy boleh meng”approve” saudara. Ada faham? Terima kasih.
**hrp saudara bls dgn sedikit butiran tentang diri saudara, yang membuktikan sy knl saudara. Tq”

“Amboi! Panjang lebar perempuan ni mesej aku. Sesi screening and confirmation konon. Takkan gambar  yang aku letak tu dia tak cair rasa sesweet gula kot? Takkan tak ada Risya sebagai  mutual friend kot? Ape ke pelik dia ni? Baik! Aku balas butiran yang membuktikan dia kenal aku ya?”
Harraz terus menaip laju. Sebentar kemudian dia menekan butang send dan terus ketawa. Tidak smpai sepuluh minit, dia telah di approved. Apa lagi, sekali lagi satu bilik bergema dengan ketawa kuatnya. Dia terus bangun dan menuju ke bilik air. Mengambil wudhuk sebelum tidur. Itu adalah rutin yang diamalkannya sejak usia belasan lagi.


“ABANG RAZ…” satu suara manja dan gemersik kedengaran.
Siapa pulak panggil aku malam-malam macam ni? Bisik hati Harraz agak pelik.
Dia yang baru sahaja mahu melelapkan mata kembali segar. Tiba-tiba rasa meremang bulu tengkuknya.
“Abang, pandang la sini… Abang Raz…”
Aduh, suruh pandang-pandang pulak! Dah ni kenapa ni? Bebelnya lagi di dalam hati. Siapa pula malam-malam macam ni menyuruhnya pandang memandang?
Harraz masih membatukan dirinya. Nak berpaling tapi dia tak berani, rasanya dia seorang sahaja di dalam bilik ni. Statusnya pun masih lagi bujang, belum berkahwin, tapi kenapa ada suara perempuan di dalam bilik tidurnya?
Dia mengemaskan pelukannya pada bantal peluk. Nak berlari keluar, pintu bilik pula berada di belakangnya. Kalau dia nak ke pintu bilik, maksudnya dia harus memandang ke arah suara perempuan tadi. Dah hampir dua bulan dia balik ke rumah, tak pernah pulak dia tahu bilik yang dia diami daripada kecil ni berhantu? Jadi kalau bukan manusia, bukan hantu, siapa yang menyuruhnya berpaling ke belakang?
“Tadi dah ambil wudhuk dah, takkan benda-benda mengarut ni nak datang mengacau lagi?” bebelnya antara dengar dan tidak.
“Abang Raz, sampai hati tak nak pandang Marha..”
MARHA???
Kenapa perempuan mulut itik ni ada dalam bilik aku? Aku mimpi ke? Jerit hati kecilnya. Geram!
Harraz mencubit tangannya sendiri. Sakit! Maknanya ini bukan mimpi. Dia berpaling ke belakang perlahan-lahan. Tiba-tiba, tersembul wajah Marha hampir dengan kepalanya.
“Aaaaah!!!!” Harraz menjerit dan terus bangun. Dia melompat ke tepi katil kerana terlalu terkejut.
“Hahahahahaha…” kedengaran suara perempuan ketawa.
Tapi kenapa aku macam kenal je suara perempuan ni? Eh? Bukan ke ni suara Risya? Soalannya terngiang-ngiang di dalam kepala.
 Dia mengintai di sebalik birai katil. Kelihatan Risya sedang seronok mengetawakannya sambil memegang sehelai kertas. Harraz berdiri daripada persembunyiannya. Hantinya berasap. Berani Risya mengetawakan dirinya. Risya berbaring di atas katil milik abangnya menyambung ketawa yang masih bersisa.
“Mana Marha?” soal Harraz kuat. Matanya liar mencari-cari bayang tubuh Marha.
“Mana ada Kak Marhalah abang ni, mamai!” jawab Risya yang masih tak boleh berhenti ketawa.
“Dah tu? Tadi siapa? Kenapa aku nampak muka Marha?” Tanya Harraz lagi, tidak puas hati.
“Tadi? Ni!” jawab Risya sambil menunjukkan wajah Marha di atas sekeping kertas bersaiz A4.
Ooh! Barulah dia faham. Rupanya Risya yang mengusik dia tidur tadi.
Terlebih gula punya adik!! Terkejut beruk aku ingatkan Marha betul masuk ke bilik, rupanya gambar je? Saja bikin malu adik aku sekor ni. Dahla bilik ni terang dengan lampu tidur aje, mana nak perasan siapa yang ada selain dia. Cahaya lampu tidur ni pun bukan terang mana pun, malap, kekuningan aje. Harraz mengetap bibir sambal membebel-bebel di dalam hati.
“Terlebih gula eah  kau adik? Dah! Pergi tidur! Eiish! Sakitnya hati aku. Dahla penat. Tahu tak abang tak cekak ni? Nak tidur ni. Dah!! Blah, blah. Kacau je.” Wajah Harraz mula memerah. Geram dengan gurauan adiknya. Badan kecil Risya di tolak kuat menuju ke pintu bilik.
“Yelah, tak payahlah paksa-paksa, Risya keluar sendirilah. Night abang, jangan marah eah. Sayaang abang. Mmmuah!” Risya melayangkan flying kissnya pada abang tercinta, kemudian ketawa besarnya meledak lagi. Kelakar melihat Harraz melompat menyorok di tepi katil. Harraz mencebikkan wajahnya. Sakit hati dengan gurauan bodoh adiknya.
“Kalau ya pun nak mengusik aku, tak ada cara lain ke? Kenapalah wajah si mulut itik itu juga dia gunakan? Macam tak ada orang lain dah yang boleh takutkan aku?Eh? Memang tak akan ada pun kan? Marha je yang boleh buat kau jadi perangai gila-gila macam setan!”
Harraz memanjat katil dan duduk bersandar di kepala katilnya.
“Hadoi... bertuah punya adik. Kus semangat aku! Kenapalah dalam banyak-banyak muka Marha yang berjaya buat aku separuh mati terkejut? Ini suratan atau kebetulan ya? Pelik bin ajaib jugak. Selalu aku tak kisah pun dengan mana-mana perempuan. Erm... curious! Eh? Curious pada diri sendiri pulak? Aduh, macam orang tak betul duk bercakap sorang diri macam ni. Marha, kenapa kau buat aku jadi macam orang tak betul?? Sebelum ini elok aje kehidupan aku, dalam otak pun tak ada orang lain yang aku fikirkan selain keluarga. Sekarang otak aku dah rasa sesak bila setiap kali babak pergaduhan kita mula masuk dan diproses dalam otak. Haduh... tunggang langgang emosi dibuatnya” Harraz merungut sendirian. Rasa terkejut masih lagi bersisa di hati. Jantungnya juga masih lagi mengepam laju darah, belum tenang sepenuhnya. Ini semua gara-gara Risyalah ni.
Setelah beberapa ketika, akhirnya Harraz mengambil keputusan untuk tidur. Dia terus bungkam di atas katil dan menutup kepala menggunakan bantal harap-harap cepatlah lena. Tak rela otak ini berfikir tentang diri kau lagi.