love letterz..

To all my beloved readers, mohon tegur dan komen andai ada yang tidak kena dengan penulisan saya, mohon juga komen membina untuk meningkatkan mutu penulisan...

**Segala copy paste karya-karya di dalam blog ini adalah di larang, segalanya adalah hak terpelihara perahan otak saya. Terima kasih.

muah2 utk semua. Terima kasih atas sokongan!

yang benar dan tak tipu:
Adah Firaisaa
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday 14 March 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 6)


BAB 6

“AWALNYA kelik? Oyak  nak shopping, mana barangnya?” Tanya Datin Raudhah. Terkejut melihat dua anak kesayangannya yang baru sahaja keluar tak sampai sejam, sudah menunjukkan kembali wajah mereka di rumah. Kebiasaanya, kalau mereka dua beradik keluar, mahu pukul 12 malam baru ingat nak balik. Tapi kali ni, hairan!
Harraz mengambil tempat duduk di sebelah ibunya, terus meniarap di atas sofa. Risya memuncung.
“Mama tak payah tanyalah. Abang ni memang macam ni, sebelum pergi tadi, cakap nak shopping, dalam kereta cakap nak makan, pastu cakap tak nak shopping, tapi pergi jugak ke KB mall. Macam tempat lain tak ada kedai makan je. Lepastu boleh buat drama dekat KB Mall?? Semua orang  kelih!” Risya duduk dengan  malas, berpaling sekejap pada abangnya dan apabila mata mereka bertentang, terus Risya mengalihkan pandangan pada televisyen sambil menjeling.
Harraz  masih lagi meniarap di sebelah Datin Raudhah. “Adik tak payah karang cerita kat mama ya. Dahlah abang tengah sakit hati ni.” Jawab Harraz sambil menunjal paha adiknya menggunakan kaki.
“Abang!! Iiish!! Mama tengoklah anak kesayangan mama ni. Main kaki pulak!” Risya menjerit. Baru sahaja Datin Raudhah mahu bersuara, satu suara lain telah menegur.
“Raz! Risya! Apa benda ni? Dari atas papa dengar kamu bertengkar. Tengok mama kamu tu, dah blur semacam dah mukanya.” Datuk Haidar menegur anak-anaknya sambil menuruni tangga. Harraz dan Risya serentak berpaling ke arah suara yang menegur. Risya mengangkat ibu jari tangan kanan, menunjukkan isyarat “bagus” ke arah abangnya. Dia tahu, sebentar lagi mesti abangnya akan diasak dengan pelbagai soalan.
Datin Raudhah hanya mendiamkan diri. Malas melayan karenah anak-anak. Biar sang suami yang mengambil bahagian. Dia mahu melayan telenovela, lagi bagus daripada mendengar budak besar bergaduh. Harap badan je makin bertambah inci, tetapi masing-masing tetap mahu berkelakuan manja seperti kanak-kanak.
Datuk Haidar mengambil tempat di sebelah Datin Raudhah. Harraz masih membatu meniarap. Risya tersengih-sengih memandang papanya.
“Risya, apa yang kamu sengih-sengih tu?” Risya terkejut dan terus menggelengkan kepalanya. Matanya dilarikan ke arah televisyen, berpura-pura sedang menonton bersama-sama mamanya.
Fokus.
Datuk Haidar meggeleng-geleng kepalanya sambil menahan ketawa. Tahu sangat yang Risya mahu mengelak daripada menjawab soalan. Dia mengalihkan pandangannya kepada Harraz.
“Raz, cerita dekat papa, apa yang terjadi ni? Kenapa kamu bersinglet je ni? Bukan tadi keluar pakai elok je papa tengok?” Datuk Hidar pelik. Dah kenapa anak aku ni? Takkanlah Malaysia ni panas sangat?
Risya memandang Harraz sambil mengangkat keningnya. Harraz menjelirkan lidah. Buruk betul!
“Harraz! soalan papa kamu belum jawab lagi. Papa tengah menunggu jawapan kamu ni.” Suara Datuk Haidar kedengaran tegas. Harraz bangun dari pembaringan.
“Sebenarnya, baju Raz, Raz dah bagi pada perempuan pending si mulut itik tu.” Jawabnya selamba. Datuk Haidar dan Datin  Raudhah sama-sama memandang ke arah Harraz serentak.
Perempuan pending si mulut itik?? Sejak bila anak aku ni ada tarikan dengan perempuan. Bisik hati kecil Datin Raudhah. Dia mengerutkan dahi. Pelik dengan perangai anak bujangnya.
“Bagi kat siapa? Perempuan mulut itik? Pending? Cuba cerita betul-betul Harraz oi... papa ni bukan muda sangat nak fikir, nak buat kesimpulan sendiri.” Sesi soal jawab bersama Datuk Haidar telah bermula. Masak kau Harraz!
“Jawab abang, jawab.” Risya menambah lalu ketawa.  Harraz mencuka. Matanya dijeling tajam.
Geram betul Risya ni. Siaplah kamu lepas ni, Oppa ganyang kaulah lepas ni, jangan terpekik melalak mintak tolong mama sudah. Eiii... geram betul! Hati Harraz menjerit.  Dia memandang Risya yang sedang galak mengetawakan dirinya kemudian mengalihkan pandangan ke arah mama dan papanya.
Amboi! Masing-masing mengadap muka aku, macam aku ni pelik sangat. Dengan muka penuh minat pulak tu.
“Macam ni, tadi Raz bawak adik ke KB Mall. Lepas tu tiba-tiba ada seorang budak datang, dengan tak ada hint je dia langgar Raz and landing atas badan  Raz. Yang paling bagusnya boleh pulak aiskrim coklat dia kena baju Raz, dahla baju Raz pakai tu warna putih. Tengah Raz serabut, pening-pening duk fikir dan terkejut tu, mak dia datang and say sorry to me. Baru ingat nak maafkan, tapi tak jadi...”
Bakpo tak jadi pulok doh? Bukan teruk pun budak tu buat pada kamu.” Datuk Haidar menyoal lagi.
“Takkan kena langgar dengan budak pun Harraz nak meletup?” perlahan suara Datuk Haidar berbisik pada dirinya sendiri. Setahunya Harraz walaupun baran dia memang tahap maksima, namun kalau dengan budak-budak cepat sangat dia lembut hati.
“Tak jadi sebab rupa-rupanya mak dia tu orang yang langgar Raz masa kat kedai Parkway tempoh hari, sampai pecah Kristal replika kapal yang Raz nak beli tu. Siapa tak geram? Sisa sakit hati ni masih berbaki tau. Bila Raz marah dan sergah sikit dah muncung. Macam mama and adiklah. Mulut itik…pap! Pap! Pap!” jawabnya sambil  meniru gaya mulut itik.
“Ewah, ewah, sedap kamu mengata kami ya. Dapat bini yang suka memuncung macam mama dengan Risya baru padan muka.” Datin Raudhah menyampuk.  Anaknya yang seorang ni suka sangat mengejek tabiat dia dan Risya yang suka memuncung jika ada hal yang tidak mereka puas hati atau merajuk. Samalah dengan Datuk Haidar, suaminya. Bapak borek anak rintik.
“Lepas tu, pasal perempuan tu jugaklah tempoh hari Raz hampir kemalangan tau. Boleh pulak tengah syok kita memandu dia break mengejut? Nasib baik Raz tak dekat sangat dengan dia. Kalau tidak, habis kereta Raz tercium kereta dia kat tengah-tengah jalan macam tu. Kita marah-marah dia, dia buat muka selamba dan terus blah macam tu je. Geram tau tak? Dasar mulut itik! Muka pending! Hish!” Harraz melepaskan amarahnya dengan menumbuk sofa yang dia duduk.
Datuk Haidar ketawa. Datin Raudhah mula merasakan sesuatu. Harraz nampak pelik hari ini, pasal muncung mulut pun Harraz ambil tahu. Eh! Ini bukan pelik lagi ni, ni luar biasa ni! Naluri seorang ibu kuat sangat mengatakan ada yang tidak kena dengan Harraz.
“Harraz, sejak bila kamu ambil tahu pasal perempuan ni? Siap boleh mention dia muncung bila kena marah. Ni Harraz yang mama kenal ke?” Datin Raudhah bertanya sambil menepuk lembut bahu anaknya.  Harraz masih mencuka.  Risya ketawa.
“Ha!!! Risya ingatkan, Risya sorang je perasan benda ni, mama pun perasan jugak? Kalaulah mama tengok muka abang masa dia bercerita hal perempuan tu dan masa terserempak dengan kakak cantik tu, mesti mama tak boleh tahan gelak. Sumpah lain daripada Harraz Rizki yang Risya kenal tau.”
“Sedap kamu mengata abang ya. Oppa ganyang kau baru tau!” Harraz menyepak perlahan kaki adiknya yang sedang meniarap, menonton televisyen.
“Eleh, nak ganyang-ganyang orang pulak, panggil Akak Marha tu baru tau. Mana kami tak pelik, abang sebelum ni dahla skema, gila buku, belajar siang dan malam. Sampai mama ni berkempunan nak menantu perempuan abang boleh tak buat layan aje. Ni abang bagi respon kat ore ttino  ni kami gembira tau. Bukan apa, bersyukurlah jugak, akhirya terjawab yang abang adik ni bukan jenis minat kaum sejenis. Kan mama?”Soal Risya. Datin Raudhah laju mengangguk.
Harraz membeliakkan matanya.
Kaum sejenis?? Gila ke apa pemikiran mama dan adik ni??
“Yes! I’m G.A.Y. Gay! Dengan erti kata lain, I’m happy.”
“Tahulah perkataan gay tu ada masanya merujuk perkataan happy, bahagia, tapi apa yang mama dan adik maksudkan tu lain la….”
“Argh! Enggak mau! Sampai hati adik fikir serong pada abangmu yang handsome ini.” Harraz menolak-nolak tubuh Risya menggunakan kakinya. Geram punya pasal, dengan Bahasa Indonesia sekali dituturkannya.
“Sudahlah tu, Raz, tak baik main kaki kat adik macam tu. Ni papa nak tanya, mana kamu tahu yang budak kecil tu anak pada perempuan yang kamu kata mulut itik tu?”
Papa ni, tak habis lagi rupanya dengan soalan. Harraz menggaru-garu kepala. Susah bila Inspektor Haidar mula menjalankan tugas. Masak… masak…
“Dah dia bahasakan diri dia mama dengan budak tu, mestilah budak tu anak dia. Kenapa papa?”
“Ingatkan single lagi, kalau single boleh papa pinang dan kahwinkan dengan kamu. So, cukuplah pakej kat rumah kita ni. Muncung lapan belas kali tiga!. Hehehe…” jawab Datuk Haidar, serentak dengan itu, dia mendapat cubitan istimewa daripada isterinya. Datuk Haidar menjerit kecil, terkejut dengan cubitan manja tersebut. Anak-anak ketawa, kelakar melihat Datuk haidar menjerit kesakitan.
“Amboi, amboi! Papa ni… sempat kenakan kami ya? Buruk-buruk muncung kami ni, kalau keluar muncung lapan belas yang korang alergik sangat tu, hati resah jugakkan? Pening jugak nak memujukkan?”  tempelak Datin Raudhah. Datuk Haidar  senyum. Malas menjawab bila puan besar dah bersuara. Silap timing nak bergurau rupanya. Tak pasal-pasal dapat hadiah ketam percuma.
Harraz ketawa. Sempat papa kenakan mama. Papa dan mama memang selalu bergurau dan bergelak ketawa. Papa kata, itu rencah rahsia dalam rumahtangga. Kalau aku ada isteri, hari-hari memang kena bergurau lah ye? Kalaulah perempuan mulut itik tu jadi isteri aku mesti seksa hidup dia, asyik kena sakat.
Hish! Perempuan tu lagi??
Hari ini kenapa asyik ingatkan dia ni, sebelum ni elok je. Itu isteri oranglah Harraz. Apa kena dengan aku ni? Tadi ingat dia, sekarang lepas apa yang berlaku ni pun, ingat dia juga.  Sedar Raz, sedar! Dia isteri orang! Tak baik ingat hal isteri orang ni!
Harraz tersenyum dan mengangkat punggunya dan berlalu ke bilik. Otak ini harus direhatkan sebelum perkara pelik makin menjadi-jadi.


MALANG tak berbau, ha! Inilah yang tak berbaunya. Ingat nak bersuka-ria, si Alif ni buat hal pulak dah. Dahla orang ramai, kenapa aku asyik kena time pergi KB mall je? Tempat lain elok aje, kat Parkson tak ada pulak jumpa si naga merah tu. Kat Pantai Timur Hypermarket pun tak ada. Aku ingat episod gaduh-gaduh dengan dia tak akan wujud lagi. Nasib badan Marha oi!
Dia membebel di dalam hati, kemudian memandang Alif yang enak tidur di sebelahnya, mungkin penat menangis kot. Selepas itu dia mengalihkan pandangan kepada baju t-shirt berwarna putih.
“Macamlah tak boleh basuh sendiri! Setakat baju kena aiskrim je kot. Saja nak buat hal. Inilah manusia kalau fikir diri sendiri je hebat. Ingat baju serupa dia tu orang lain tak mampu beli ke?” Bebel Marha lagi.
“Apa nama lelaki tadi eah? Tak silap aku masa kami hampir berlanggar tempoh hari aku ingat nama dia, tapi sekarang kenapa aku hilang ingatan pulak ni. Apa namanya, Riki? Rifqi? Rocky? Ah! Lantaklah, janji ade bunyi Ki kat belakang tu. Hahahha... Buang masa nak fikir!”
Marha mengalihkan pandangannya ke hadapan dan  meneruskan pemanduannya pulang ke Pelangi Mall Kondominium.
“Kesian Alif menangis. Terkejut tak pernah tengok orang bergaduh kot. Nasiblah jadi pelakon drama kat KB Mall hari ni, tempoh hari dekat Parkway, hari ni dekat KFC pulak. Sepatutnya pihak pengurusan KB Mall ni dah boleh lantik aku jadi duta dah ni. Secara tak langsung menjadi satu tarikan buat pengunjung-pengunjung yang datang. Betul tak?”


HARRAZ mencari-cari kelibat adiknya, Risya.
“Mana pulak budak cengeng ni pergi? Tadi elok je tonton televisyen. Ni mesti dah lari ni. Dah tahu tadi kenakan aku. Ha! macam biasa. Malam hukuman menjelma! Hahahahha…..Harraz ketawa sendirian.
 Nasib engkaulah Risya dapat abang macam aku. Bisik hatinya.
Dia berjalan menuju ke bilik Risya yang berada di sebelah biliknya. Kemudian, dia berhenti tegak di depan bilik itu. Kelihatan gambar Barbie tergantung di pintu bilik beserta nama “RISYA”.
“Warna pink! Perempuan, memang tak lari daripada warna ini. Entah apa yang istimewa dengan warna pink pun tak tahu. Bayangkan, sembilan daripada sepuluh perempuan gemarkan warna pink a.k.a merah jambu?  Kesian pada warna lain. Tak ada yang minat. Dia ada terbaca kata peminat warna pink ni lembut orangnya, tapi kenapa Risya tak pun? Asyik luku kepala aku, sepak aku suka-suka hati dia je?” dia meluahkan rasa tidak puas hati pada diri sendiri.
Harraz menarik nafas. Dia membuka pintu bilik Risya perlahan-lahan. Kepalanya di jengah beserta sergahan kuat.
“Huargh!!”
“Abang!” jerit Risya terkejut. Dia yang baru sahaja memanjat katil terhenyak terperanjat, nasib baik tak terjatuh. “Tak boleh ke kalau nak masuk bilik tu bagi salam dulu ke, ketuk pintu ke, tak pun bagi la some hint to me. Mana tau Risya tengah seksi ke, tak ke haru?? Sanggup abang tengok? Nok kelih?”
“Alah, kalau setakat Risya seksi, abang tak heran pun. Tak ada rasa. Hahaha…” Harraz gelak dan melabuhkan punggungnya di katil bersaiz king milik Risya. Cadar pun warna merah jambu. Malangnya lelaki yang dapat adiknya nanti. Terpaksa menahan rasa hidup dalam warna yang bukan menjadi pilihan.
“Mulut jahat ya! Ha! Ni kenapa datang bilik Risya ni? Malam-malam buta bukan nak tidur, merayap bilik orang aje tahu. Kesian muka dah handsome, tapi lupa ingatan pada bilik sendiri.” Kata Risya.
“Saja, nak tuntut hutang petang tadi.” Harraz turut meniarap seperti Risya. Mereka berdua memandang komputer riba jenama Apple milik Risya.
“Hutang? Hutang apa abang?” Risya bangun dan bersila.
Hutang? Nak kata tadi ada terpinjam duit abang, rasanya tidak. Sahkan nak pinjam, duit satu sen pun tak keluar. Melayan baran abang punya pasal. Hatinya membebel-bebel.
“Hutang nak ganyang kamu lah.”
“Ha?? Tak payah nak beroppa ganyang kat sini okay. Padan la muka abang tu. Buat perangai depan orang ramai. Ingat adik ni tak ada muka ke, semua orang tengok adik tadi tau? Kalau bukan ingat sayang kat abang adik yang seorang ni, mau adik tak mengaku si Harraz Rizki ni abang adik tau.” Jawab Risya dan kembali meniarap. Facebook saja kerjanya.
“Apa yang tak payah? Sedap kamu buli abang depan mama papa tadi ya? Alah, orang tengok aje pun, bukan diorang kenal kita ni siapa, lagipun, memang patut abang marah. Baju kesayangan tu.”  Bantah Harraz lagi.
“Lantaklah, tapi tak payah nak mengganyang kat sini. Adik tengah tunggu akak tadi add adik ni. Hehehehe….”
“Sempat pulak kamu promote Facebook kamu kat dia?”
“Mestilah. Kesian dia kena dengan abang, nasib baik abang ada adik yang bijak ni. Kalau tak, macam mana dia nak pulangkan baju yang kononya baju kesayangan abang tu?” tanya Risya sambil menepuk lembut dahi abangnya.
“Suka-suka dia cepuk dahi abang ye! Tak apa… tak apa..” Harraz memegang dahinya. Adik yang nakal! “Biasalah…. tengah marah, siapa pun abang tak nampak! Janji apa yang dalam kepala ni keluar.” Harraz masih memandang kosong screen laptop.
“Eh! Akak ni add la.” Jerit Risya.
“Ha?? Cepatla approve!” Harraz mula teruja.
“Abang pulak yang terlebih excited. Ho bakpo? Isteri orang ni okay.” Matanya dijeling sedikit, abang ni lain macam benar. Dari siang tadi lagi aku perasan.
“Yelah, yelah… abang teruja sebab fikirkan baju abang je. Bukannya apa.” Jawab Harraz menutup perasaan yang sebenar. Alamak! Kantoi dengan Risya pulak. Jangan dia fikir lain sudah.
Risya menekan butang “confirm”. Kemudian terpapar laman mukabuku milik Marha.
“Marha Karmila? Waah… sedapnya nama akak ni. Eh abang! Bakpo kat sini status akak ni single? Cakap dah ada anak?”  Risya memandang Harraz dengan penuh tanda tanya.
“Alah, nama lagi facebook, semua boleh dibuat lah…. Apa yang pelik?” Harraz menjawab. Dia buat muka bodoh.
“Mesti terasa hati laki dia ni kan sebab bini dia tak mengaku dah kahwin.Ooo… parok! Ade jugak bini tak ngaku dah berlaki. ” Sambung Harraz lagi.
“Abang! Cuba baca ni.” Harraz yang menyembamkan muka di bantal mengangkat muka. Dia membaca ayat yang berada di laman mukabuku milik perempuan mulut itik.

Malang! tadi pegi kbmall! Terjumpa mamat gila! Pasal aiskrim pun nak gaduh! Dahla muka merah macam naga! Sediiih! Mulut pun boleh tahan, menyembur macam api naga dah! Sesuailah tu! N.A.G.A!!!

“Dia cakap abang naga lah. Hahahahahhaha….” Risya ketawa besar. Harraz menunjukkan muka tidak puas hati.
“Abang punyalah handsome, dia boleh cakap abang ni muka macam naga? Mata dia buta agaknya.” Jawab Harraz. Geram! Comforter di atas katil Risya direnyuk-renyuk geram.
“Nak buat macam mana, muka abang tu putih sangat. Dah la bila marah tak hengat dunia, mana tak muka tu merah macam muka naga?” jawab Risya. Harraz terkena lagi.  Telinga adiknya ditarik, Risya menjerit.
“Ewah, ewah, ewah…. Belum apa-apa lagi kamu dah geng dengan si mulut itik tu ye? Ha! Elok sangatlah tu. Dua mulut itik berjumpa, jadi itik kuasa dua! Malaslah layan kamu! Abang nak masuk bilik lagi best!” jawab Harraz. Datang dengan niat nak mengganyang adiknya, tapi dia rupanya yang diganyangkan?
“Kejap abang, tengok album ni. Budak tadi bukan anak dialah, tu anak saudara dia je. Cuma budak tu panggil Kak Marha, mama.” Risya menarik tangan Harraz yang  mahu berdiri.
Dengan malas Harraz membaca nama album tersebut.
My Two heroes! Handsome nephews!
Harraz tersenyum. Namun senyumannya masih mampu disorokkan daripada penglihatan Risya.
“Eh, baru perasan pulak yang budak besar sikit ni abang pernah tengok masa kami gaduh tepi jalan hari tu. Yang kecil ini langgar abang tadi kan?”
Yes, yang kecil ni tadi landing atas abang. Ha, kenapa ni?” Risya melirik matanya sambil tersenyum ke arah Harraz. Harraz tarik muka.
“Apa-apa ajelah Risya, malas abang nak layan.” Jawab Harraz. Dia berlalu menuju ke biliknya. Cuba menutup rasa dihati. Tak tahu kenapa berita perempuan mulut itik itu belum ada anak menggetarkan dan mengujakan hatinya.
Tiba-tiba terdengar jeritan daripada bilik Risya saat dia melangkah keluar.
“Adik suggest dia jadi kawan abang kat facebook okay!”
Harraz tersenyum lagi dan menghilang disebalik pintu biliknya.

Kenapa perasaan berbunga itu datang walaupun kita berada di dua dunia berasingan…

Tuesday 12 March 2013

Tunangan orang?

hyep! hyep! hyep! hahhaa.. dah lama sangat rasanya aku tak luangkan masa beceloteh pasal diri sendiri. kehidupan n apa yang berlaku di sekeliling. nak buat macam mana, sibuk kalah menteri pertahanan yang tgh sibuk mempertahankan Lahad Datu, Sabah dr genge2 SULU yg xberapa betol tuh. aku pulak kat sini sibuk melayab buku-buku, kelas, lecturer, dan tunang! OOOPS!! TUNANG? hehe.. alhamdulillah.. secara rasminya aku dah pun bergelar tunangan kepada my only one budak comel, MOHAMMAD FIKRAN BIN RUZANI...

kehidupan as tunangan orang ni bukan banyak berbeza pun, belom jadi isteri lagi kan. ehehe.. just sekarang ni peraturan terlebih ketat masa couple dlu lah.. sekarang semua aku buat dia kena tahu, nak pegi mana2, tak boleh sorang-sorang, pegi balik kelas pun berhantar berambik, kreta aku dia yang jaga, yerla aku ni bukan reti jaga kreta. hahahhahaa....  

Friday 8 March 2013

Cinta Hatiku Encik Naga (bab 5)


BAB 5

“KITA nak gi mana ni bang? Tadi cakap nak ke Taman Tengku Anis, tapi ni bukan jalan ke sana.” Risya menunjukkan wajah kehairanan. Harraz tergelak.
“Adik abang tak payah risaulah. Hari ni abang nak bawa adik abang pergi ke suatu tempat. Mesti best punyalah!”
“Yelah, tahulah suatu tempat tapi kat mana wahai abangku tercinta? Tadi janji Tutti Frutti la, shopping la… ni shopping ke mana, Tutti ke mana?” Risya memasamkan mukanya. Muncung lapan belas yang sentiasa menjadi teman terus keluar.
Shopping tu mungkin, tapi tak bermaksud janji tau. Tu mulut tu. Tadi dah janji dengan abangkan, abang tak suka Risya buat duck face macam  tu. Buruk sangat muka adik abang jadinya.” Harraz sesekali menjeling kearah wajah kelat adiknya sambil menumpukan  perhatian kepada  pemanduan. “Kalau rasa nak sangat jadi itik, nanti abang buat reban itik kat taman rumah kita, bolehlah kawan dengan adik abang yang manja ni, nak?” tambah Harraz lagi.
“Abang ni, ke situ pulak. Busuk la rumah kita nanti bau tahi itik! Tak sesuailah adik yang vogue ni nak kawan dengan itik.” jawab Risya dengan pelat ala-alat mat salleh sambil ketawa. Terus hilang muka-muka hantu muncung. Harraz juga turut ketawa kuat. Berjaya dia mengusir wajah itik yang dia tak suka, tetapi yang pelik ayat yang dia ucapkan tadi tidaklah lawak mana rasanya. Kenapa Risya bukan main ketawa?
“Kan comel ketawa macam ni, manis aje adik abang tak ada la macam tadi.” Harraz terus mencubit pipi adiknya, Risya. Risya menjerit kecil.
“Abang ni kan, suka sangat mengutuk bila Risya muncung. Abang kahwin nanti, dapat yang spesis Risya and mama baru padan muka. Siapa nak jawab?”
“Kalau abang dapat isteri spesis macam adik and mama, matilah abang. Hari-hari kena mengadap duck face macam tu, isteri abang pun mesti menyesal punya, abang cubit bibir dia hari-hari, confirm dia tak buat dah.”
“Jahatnya abang saya!! Kesian kakak ipar adikkan, ni sebelum kahwin adik kena bagi warning awal-awal, tak nak ada yang menjadi mangsa kekejaman abang.” Risya mengerutkan mukanya.
“Tak payah berangan. Sahkan isteri, calon isteri pun abang tak ada lagi, tak ada siapa-siapa yang kamu perlu warning.”
“Nampak sangat menipu tak ada girlfriend.” Bisik Risya perlahan.
“Apa adik cakap? Abang tak dengar.” Tanya Harraz dan mendekatkan telinganya ke arah Risya. Risya sedar dia terlepas cakap. Harap-harap abang tak dengar.
“Eh, mana ada apa-apa,  Risya kata , oh begitu.. “ jawab Risya takut-takut.
“Ooo... tapi abang rasa abang tak dengar macam tu pun tadi?”
“Erk!”
“Sudahlah, now kita dah smpai dah, kejap abang cari parking.” Malas Harraz nak melayan kalau bab-bab begini. Baik dia menamatkan perbualan lebih awal.
“Eh, dah sampai?” Risya kelam kabut mengalihkan pandangannya ke luar kereta.
Banyak juga kami bercakap, sampai tak sedar dah sampai. Kat mana ni? La… abang datang KB Mall je? Bosan betul. Tadi cakap tak nak shopping, tapi sekarang ke sini pulak. Patutlah rasa dekat, berapa minit je dari rumah. Aduh abang ni, macam tak ada tempat lain nak tuju.
“Abang ni cakap berbelit tau. Mula-mula cakap nak shopping, dalam kereta cakap tak nak, ni datang KB Mall buat gapo? Tadi cakap tok se shopping? Kenapa datang sini jugak?”
“Abang lapar, saja datang menyemak kat sini sekali sekala. Sambil-sambil tu, boleh abang cari kakak ipar untuk kamu.” Harraz mengenyitkan matanya dan mengangkat  kening sebelah kirinya. Mereka keluar dari kereta
“Eiii! Abang ni bajet tiru Lee Min Hoo la... eiii... geli! Siapa yang malang dapat abang nih. Cepatlah, adik pun dah lapar tengok muka poyo abang nih.” Risya tergelak besar. Tapi memang betul, ramai kawan-kawannya mengatakan wajah abangnya memang kacak, hidungnya yang terletak serta matanya yang sedikit dalam. Semestinya menjadi kegilaan ramai perempuan.
Ramai senior-senior perempuan di universitinya yang kononnya jatuh cinta pandang pertama pada abangnya. Yang menjadi mangsa siapa lagi kalau bukan dia?  Hampir saban hari dia terpaksa menjadi posmen tak bergaji untuk menghantar surat dan kiriman salam, itu belum termasuk yang hari-hari menempel minta nombor telefon. Di depan mereka, Risya anggukkan sahaja, tetapi, tidak juga dia sampaikan. Mahu bernanah telinganya kalau abangnya tahu semua ni.
“Ke abang memang tak suka perempuan agaknya. Eh, ape aku ni??? Jangan abang suka kaum sejenis sudah. Mintak simpang! Heheheh…” dia tergelak sendirian.
Harraz memandang pelik adiknya yang ketawa sendirian secara tiba-tiba. “Dah bakpo mung ni Risya? Ketawa tiba-tiba… Kena sampuk ke?” dia menepuk bahu Risya yang berjalan di sebelahnya.
“Eh abang ni, terkejut tau?? Perlahan sikit tak boleh ke?”
“Dah kamu yang buat abang takut, tiba-tiba ketawa, risaulah jugak adik abang kena sampuk siang-siang macam ni.” Harraz menggosok kepala adiknya.
Risya senyum. “Wahhh… sweetnye abang… risau kat adik... ehhehe... tak ada apa-apalah... adik teringat kat senior universiti adik, kesian cintanya tak terbalas eak…. Separuh nyawa dia minat kat abang, abang boleh buat tak tau je…hati batu betul abang ni.” Risya ketawa lagi..
“Ha! Buka lagi cerita tu, abang dah kata jangan layan sangat mereka tuh, abang tak suka mereka suka abang sebab muka handsome la, sweet la, apa-apa je. Mereka belum kenal lagi perangai betul abang. Silap-silap haribulan, yang separuh mati nak kat abang nilah, yang lari dulu… bukan begitu?”
Risya ketawa geli hati. Abangnya sudah buka mulut. Lebih baik layan sahaja daripada kena marah. Hehehe…. Lagipun memang betul apa yang Harraz katakan. Kalau mereka yang nak sangat Harraz tu tahu perangai Harraz sebenar, memang diorang yang lari dulu. Risya yang sebagai adik pun tak tahan dengan sikap nak serba sempurna abangnya tu, apatah orang lain yang baru nak kenal?
Tapi bagus jugak abang ni, jenis sedar dirikan? Sedar perangai buruk sendiri. Hahahaha…. Bisik hati Risya.
“Dahlah, jom. Hari ini abang terasa nak makan KFC. Jom teman abang makan. Tiba-tiba teringin pulak rasanya nak makan ayam goreng. Fuuh!!! Sedapnya….” Kata Harraz sambil tersenyum.
“KFC? Macam tak ada tempat lain nak makan KFC. Padahal dekat Bandar Kubang Kerian bukannya tak ada, tu dekat stadium tu pun bukannya tak ada. Abang ni saja je datang tempat orang ramai-ramai macam ni.” Bebel Risya.
“Eh! Tadi bukannya kamu cakap pasal kakak ipar? Abang datang sini nak cari kakak ipar untuk kamulah.”
“Kakak ipar kat shopping mall? Nampak sangat kalau jumpa jodoh kat sini, sembilan puluh peratus mata duitan, kaki shopping! Tak mampu adik nak sangkal lagi. Percayalah!”
“Pulak? apa-apalah adik oi. Abang nak makan je sekarang ni. Adik nak yang mana? Abang nak paha ayam. Bila gigit je, keluar asap. Rasa dia… peeergh!!!!” Harraz memejamkan mata. Reaksi yang penuh kelazatan. Risya telan air liur.
 “Ewah, ni dah menganggu diet adik nih, tetapi memandangkan ada abang yang kacak bergaya belanja, sanggupku melanggar pantang.”
“Adik diet??” Harraz berhenti daripada berjalan. Risya buat muka pelik. 
Dah bakpo pulak abang aku ni? soal Risya dalam hati.
“Oyeahh! Mestilah abang, kenapa? Macam pelik saja.”  Risya turut berhenti di sebelah abangnya. Dia mengenyitkan matanya sambil bercekak pinggang.
“Memang pelik. Adik abang yang sekeping macam ni pun nak diet? Dah macam straw je abang tengok. Tak payah lah abang rasa diet mendiet ni. Rugi je tak dapat menikmati makanan yang ada kat dunia ni.” Harraz dengan muka tak bersalah memberi komen kepada adiknya. Risya berasap. Dikerutkan dahinya, mencerna sindiran yang diberikan.
“Dikatanya aku  ni macam straw? Amboi! Sedapnya mulut tuan hamba berkata-kata. Abang jangan buat Risya marah tau. Tak nak kawan abang baru tahu!” hatinya terusik. Sampai hati abang yang setiap hari dipuji handsome mengata badannya bagai penyedut minuman?
“Hehehehe... jangan marah adikku sayang. Jomlah makan. Abang dah lapar sangat ni.” Harraz terus menarik tangan adiknya menuju ke restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken. Dia perasan muka Risya sudah memerah. Pantang benar bentuk badannya dikritik. Jadi, lebih elok cepat-cepat diajak ke KFC.
Sebaik sahaja mereka tiba di hadapan restoran tersebut, tiba-tiba Harraz berhenti mengejut. Risya yang berjalan di belakang Harraz sambil membebel-bebel tentang lokasi KFC yang di pilih turut terhenti dan terlanggar bahu abangnya. 
Dush! Ini memang emergency break! Menyeringai Risya apabila hidung kecilnya mencium bahu keras abangnya.
“Apa lagi ni abang? Sakit hidung adik ni terlanggar bahu abang yang macam besi tu. Keras.” Kata Risya sambil menggosok-gosok hidungnya yang sakit.
“Si pending spesis mama lah….” Bisik Harraz perlahan.
“Ha? Apa dia abang?” Tanya Risya. Dengar macam abangnya ada menyeebut perkataan mama tadi, takkan terserempak dengan mama mereka kat sini pun abang dia terkejut? 
Harraz berpaling mengadap adiknya.
“Tu, perempuan yang bertudung kuning tu, dia satu spesis mama and adik. Kalau kena marah mesti muncung macam mama dan adik tau.” Harraz bercerita sambil menunding jari ke arah seorang perempuan yang berjalan sendirian sambil memegang beberapa beg plastik. Risya berdiri kaku melihat kesungguhan abangnya bercerita. Jarang benar abang ambil tahu pasal perempuan, siap tahu perempuan tu suka memuncung bila kena marah. Biar betik ini abang aku si Harraz? Kemudian dia beralih mata kepada perempuan yang ditunjukkan Harraz. Not bad!
Harraz menyambung lagi, “Dahla pending memanjang, abang hampir nak bergocoh dengan dia hari tu kat Parkway, dia pecahkan Kristal kapal layar abang. Lepas tu..” belum sempat habis Harraz bercerita, tiba-tiba….
BUK!!
“Aduh!” jerit seorang kanak-kanak lelaki. Harraz jatuh terlentang di depan KFC dan kanak-kanak tersebut jatuh di atas badan Harraz.  Harraz terpana, apa yang terjadi?
Kenapa ada rasa sejuk-sejuk kat dada aku ni? soalnya pada diri sendiri. Dia  melihat dadanya. Aiskrim coklat mendarat dengan aman sekali di atas badannya. Apa yang lebih malang, dia memakai t-shirt polo berwarna putih kegemarannya.
Matanya dialihkan pula pada objek yang menghempap badannya. Terdapat seorang budak lelaki sedang meniarap di atas dada sambil mata terkebil-kebil. Mungkin juga turut terkejut dengan kejadian yang baru berlaku. Harraz mula berasap, lebih-lebih lagi aksi ini berlaku di pusat membeli-belah. Semua mata memandangnya yang sedang terlentang di atas lantai.
Tanpa membuang masa, Harraz bangun sambil dia mengangkat kanak-kanak itu ke tepi. Risya cepat-cepat memegang tangan abangnya, cuba mengawal keadaan.
“Abang, you tak apa-apa? Sabar abang, sabar. Jangan marah, please, dia budak lagi tu.” Risya berdiri di sebelah abangnya, berbisik dan cuba meredakan kemarahan abangnya. Harraz melihat kanak-kanak itu, senyap. Takut dimarahi barangkali, rasa kasihan terdetik dihatinya. Terus hilang rasa marah yang membuak sebentar tadi. Namun baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk bercakap dengan budak lelaki itu …
“Ya Allah Alif! Kenapa lari-lari macam ni? Mama dah cakapkan hati-hati, kesian pak cik ni, habis bajunya. Itulah, tak dengar kata, babap kang.”  Perempuan bertudung kuning itu berlari ke arah budak yang melanggarnya dan memeluk kanak-kanak lelaki itu.
Pak cik? Mama? Perempuan ni bukan ke perempuan pending tu? Dia dah berkahwin ke? Budak tu anak dia ke? Banyak sekali soalan berlegar-legar di dalam mindanya. Harraz kaku. Pelik!
“Encik, minta maaf ya. Alif tak sengaja tadi, dia memang gembira sangat dapat aiskrim ni sampai tak nak dengar cakap saya.” Perempuan bertudung kuning itu mendongak ke arah  Harraz sambil memohon maaf dan sebaik sahja dia menghabiskan kata, wajahnya terus menunjukkan reaksi terkejut. Harraz turut terkejut.
You? Perempuan pending mulut itik?? Serius? Jumpa kau je aku dapt penyakit, jumpa kau je aku dapat susah!” jerit Harraz. Perasaanya menjadi marah kembali. Kalaulah dia tahu budak kecil itu anak si perempuan pending ni, memang dah lama kena.
“Hah? Apa yang pending? Apa yang itik ni? Saya tak faham...” Marha kaget. Mamat mulut longkang dan kapal layar? Sepintas lalu kejadian mereka bergaduh di sebabkan replika kapal yang diperbuat daripada Kristal pecah menerjah tubir matanya. Kemudian insiden bergaduh di bahu jalan turut kembali meresap ke dalam ingatan.
OMG!
Kenapa sekali lagi mereka dipertemukan?
“Patutlah rasa macam pernah tengok budak ni. Eh! Awak tau tak? Kalau terjumpa awak, kenapalah hidup saya ada je dugaan yang datang?! Kenapa lah awak asyik bagi bala je kat saya? Dahla baju kesayangan ni…. Adoi…” Harraz mememekkan mukanya seperti badut sekaligus meramas-ramas rambutnya. Terlalu geram!
Marha buat muka pelik. Dah kenapa mamat ni? Muka merah macam naga je? Baju kotor sikit aje, bukan tak boleh basuh! Tak boleh jadi nih, kena lawan balik nih.
“Apa??? Awak kata saya bagi awak bala?? Eh hello, saya dah minta maaf baik-baik, suka suki awak cakap saya macam ni ye? Dah la muka merah macam naga. Sedap mulut je cakap kita bawa bala.” Jawab Marha lantang. Menyampah dengan lelaki yang ikut sedap mulut bercakap ni. Sakit hati sangat rasanya! Dadanya berombak, tangannya menggeletar. Geram dan berdebar!
Risya garu kepala. Aduh… macam mana aku boleh terjebak dengan drama bersiri di KB Mall ni?
“Kak, sabar kak, jangan marah abang saya, kita bincang ya…” Risya cuba menenangkan Marha. Kanak-kanak lelaki tadi mula menitiskan air mata dan seterusnya menangis kuat. Mungkin terkejut melihat dua orang dewasa sedang berperang mulut. Marha memeluk Alif dan menggosok-gosok belakangnya. Cuba menenangkan Alif dari menarik perhatian orang ramai.
“Apa sabar-sabar?” Harraz menjeling ke arah adiknya. Risya menikus.
Tiba-tiba Harraz membuka baju Polo kesayangannya di situ jugak. Marha kecut, orang sekeliling mula memandang pelik. Nasib baik dia memaki singlet di bahagian dalam, kalau tidak, free show! Nasib baik body boleh tahan. Walaupun tak masuk dalam kategori badan ketak-ketak yang boleh diberi ibu jari, yang boleh bawak bertanding bina badan tu, paling kurang perut tak boyot. Ada perasaan mahu ketawa saat itu sebenarnya, namun di tahan dek kerana situasi yang tidak kena untuk dia lepaskan ketawa. Tetapi sebenarnya agak menggoda juga sekali imbas, hehehehehe… nampak tak permainannya? Hati berdetak tak mahu mengaku…
“Kau ambik baju ni, basuh! Jangan basuh guna mesin, rosak nanti! And tolong pulangkan secepat yang mungkin. Terima kasih!” Harraz terus berlalu setelah baju yang dihulurnya disambut oleh Marha. Risya yang turut ditarik abangnya berlalu membuat muka terkejut. 
“Biar betul abang aku? Siap bukak baju kat shopping mall. Marah betul dah ni.”



KESIAN akak tu… macam  manalah dia nak pulangkan baju abang. Wait!!
“Abang, macam mana dia nak pulangkan baju abang?” kata Risya sambil berhenti mengejut. Harraz tersentak kerana tarikan pada tangan adiknya terhenti. Tetapi disaat ini, egonya lebih tinggi, dia melepaskan tangan adiknya dan terus berlalu ke arah parking kereta. Risya menggeleng kepala dan mengambil keputusan untuk kembali ke KFC. Kelihatan perempuan bertudung kuning tadi masih berdiri di tempat tadi dan memujuk anaknya menangis.
“Akak...” Risya menegur perlahan. Perempuan bertudung kuning itu mendongak.
“Nama saya Risya, saya adik kepada lelaki tadi. Maaf ya dengan kelakuan abang saya. Dia memang macam tu, cepat baran, bekeng orang kata. Akak siapa nama?”
Marha tersenyum. “Saya Marha, tak apalah, sepatutnya dia yang datang minta maaf, bukan awak. Kamu tak salah apa-apa pun.” Mendatar sahaja jawapannya. Kalau ikutkan marah, memang marah, tapi dia tak boleh lepaskan marah pada orang yang salah.
By the way, ni nombor telefon saya,  and nama Facebook saya. Kalau sudi akak add la saya ya. Hehe… bukan apa, nanti akak nak hantar baju abangkan? Saya nak ambik baju tu sekarangkan nanti saya kena marah, tak berani. Hehehe...” ujar Risya sambil menghulurkan secebis kertas kepada Marha.
Marha menyambut dengan senang hati. Nasib baiklah adiknya baik, kalau tidak? Satu keturunan kena sumpah dengan aku. Sabar Marha, sabar.
“Terima kasih ye Risya. Akak kena pulang dulu ni, Alif dari tadi menangis tok se berhenti. Nanti apa-apa akak hubungi kamu ya. Assalamualaikum.” Marha bersalam dengan Risya dan terus berlalu mendukung Alif pergi.
Risya tersenyum dan menajwab salam.
“Abang aku ni, begitu baik akak ni, dia kata akak bawa bala? Apa pelajaran la Abang Raz ni pakai. Nasib baik dah ada anak, kalau tak memang aku kenakan untuk abang ni.”  Dia ketawa sendirian dan terus berlalu menuju ke tempat meletak kereta. Pasti abangnya telah lama menunggu.
Nasib engkau la abang menunggu adikmu yang comel dan baik ni. KFC tak dapat, shopping pun tak dapat. Nasib aku jugak yang malang. Baru ingat nak pau duit abang. Nasib dapat abang yang emosional ni.